Bilik yang luas di TH Hotel & Convention Centre Terengganu

Banyak jemputan kenduri kahwin sekarang ni sampai tak tahu mana satu yang nak didahulukan. Bagi yang datang sendiri menjemput ke rumah hendak tak hendak kenalah diusahakan juga pergi sebagai tanda menghargai jemputan. Jika lokasinya dekat tidaklah kisah sangat tetapi jika jauh dan perlu bermalam hotel pasti menjadi pilihan utama.

Ramai yang tercari-cari hotel yang menawarkan nilai terbaik yang merangkumi lokasi, servis dan kemudahan yang ditawarkan. Jika ke Terengganu TH Hotel & Convention Centre Terengganu menawarkan sesuatu yang menarik untuk anda.

Terletak hanya 1 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan berdekatan pula dengan kampung keropok lekor terkenal Kampung Tok Beng serta 'colloseum' (ngeh ngeh...), jika keselesaan yang anda cari īnilah tempatnya. Ia juga hanya 7 minit pemanduan ke Pantai Teluk Ketapang. Sesiapa yang perlu menaiki penerbangan awal pagi memang elok sangatlah bermalam di sini. Pusat sukan MSN pun di sebelah aje.

Sebagai sebuah hotel moden segala keperluan asas pelanggan disediakan di dalam 182 buah bilik yang luas dan selesa termasuk sejadah, flat screen tv, toiletteries dan wifi (tak sure kat bilik aku hari tu ada ke tak). Zaman batu sangatlah kalau hotel baru takde wifi kan? Fitness centre pun disediakan kepada yang ingin workout. Parking pun free. Lagi satu, janganlah ingat hotel milik Tabung Haji ni hanya untuk tok lebai dan setazah aje ye...anyone can stay here. Ye betul, bakal-bakal haji dan hajah akan berkumpul di sini sebelum berlepas ke Mekah setiap tahun. Aku kan, kalau hotel di Malaysia ni tak tunjuk arah kiblat rasa koman betul hotel tu. Hotel biasa milik Cina yang depan Kotaraya tu pun ada arah kiblat. Inikan pula kalau shareholder nya Melayu. Kalau sejadah tak ada tak apa lagi, pillow case pun berguna.

Makan tempatan dan barat disediakan di Lagenda Restaurant manakala Menanti Lounge menghidangkan beberapa seleksi minuman dan hidangan ringan. Tak perlu ragu-ragu makan di hotel yang syariah compliance ni. Nak berkaraoke pun boleh.
 
Sata ikan yang terkenal di negeri pantai timur.

Fyi negeri Terengganu merupakan negeri cemerlang UPSR sejak berbelas tahun lalu. Menurut kajian pihak-pihak tertentu selain usaha gigih pelajar itu sendiri, guru-guru mereka dan para ibubapa, mereka memang banyak memakan ikan. Minyak ikan  memang diketahui mempunyai khasiat omega-3, DHA dan EPA. Okay, ini selingan.

Buah perah..ermmm tak berapa minat

Sesiapa yang menyewa bilik yang lebih mahal, sarapan mereka di sini. Ekslusif untuk bilik di tingkat yang tersebut sahaja.

Steamboat and grill diperkenalkan semenjak hotel ini dibuka dan masih menjadi hot stuff di TH Hotel & Convention Centre Terengganu. Selain rasanya yang enak harganya masih di dalam kategori mampu bayar. Nak celur dalam sup boleh, kuah tomyam pun ada.

 

Fruit tart. Desert special tapai ubi goreng dengan ais krim pun ada.

Di bawah ini adalah dua daripada signature dish yang dihidangkan di hotel ini. Chef pun tak lokek berkongsi resipi.

Sup ekor

  Chicken chop

Lobby yang luas dan selesa. Anda pasti akan disambut dengan mesra.




Jika datang bersama keluarga selain bilik yang selesa kolam renang juga menjadi salah satu sebab sesebuah hotel itu dipilih sebagai tempat penginapan. Yang bagusnya di TH Hotel ini terdapat tiga buah kolam renang; kolam renang dewasa, kolam renang untuk kanak-kanak dan kolam renang muslimah! Terbaiklah uollsss... kolam untuk wanita tu terletak bersebelahan dengan spa muslimah. Kawan aku kata sepatutnya ada kolam khas untuk lelaki juga sebab mereka pun malu menayang body. Tahu pulak malu perut buncit hahaa... Walaupun niat asalnya mahu mengasingkan tempat mandi lelaki dan wanita tetapi kalau dah kita datang beramai-ramai sekeluarga mereka tidaklah menghalang pula kita nak mandi-manda bersama.


 Kolam renang muslimah yang tertutup dari mata mata nakal.

Mengikut pengalaman sendiri, aku berpuas hati dengan malaysian hospitality yang diberikan hotel ini. Cuma, ia agak jauh dari Pasar Payang. eh?😁😁

Alamat hotel ini :

TH Hotel & Convention Centre
Jalan Lapangan Terbang
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : +609-668 6666
Faks:+609-667 4000
H/p : +6019-988 7808
Emel: dos.tht@thhotels.com.my
www.thhotels.com.my

2 comments

Tak sangka sudah ada hotel baru yang cantik. Kalau dahulu tidak banyak pilihan.

Hotel TH ni mmg cantik.. nk pegi mandi kt kolam renang pn blh wpun x menginap di hotel. Sorg dewasa rm15.. kanak2 free.. nk ke pasar pyg pn rasanya xde la jauh mana. Yg bestnya cni dekat dgn ict (ikan celup tepung). Nk cari kopok lekor pn mudah sbb mmg area kg. Klu psr pyg tu dh masuk area bndr, crowded skit.. jemput dtg berkunjung ke trg lg yer!

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free