Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak



Assalamualaikum.

Masa aku buat blogpost event di Victoria Bridge, Kuala Kangsar aku terlupa rupanya ada lagi gambar lain yang sempat aku snap sebelum semua bateri kamera kong. Tapi seperti yang aku kaborkan hari tu.... tak sempat nak explore sehabisnya sebab tak cukup masa. Ada lagi gambar di sini.

Masjid Ubudiah di Bandar Di Raja Kuala Kangsar adalah di antara masjid yang tercantik di Malaysia. Itulah janji sultan di ketika itu sebagai tanda syukur ke hadrat ilahi dengan pulihnya baginda dari penyakit yang dideritainya sejak sekian lama. Rekaan kubah berwarna keemasan dan menaranya sangat menarik dan boleh dilihat dari jauh. Ia direka oleh pereka yang sama yang mereka bentuk Stesen Keretapi Ipoh dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur iaitu seorang arkitek dan pegawai tentera bernama Arthur Benison Huback.

Masjid yang dibina pada tahun 1917 ini menelan kos sebanyak RM200,000 apabila siap. wahhhh.... quite expensive jugak. Duit cukai bijih timah kot. Pembinaannya diarahkan oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah.

Masjid yang menjadi kebanggaan masyarakat muslim di Perak ni telah melalui beberapa dugaan ketika pembinaannya dan telah dirasmikan pembukaannya oleh pengganti Sultan Idris iaitu Sultan Abdul Jalil Karamtullah Shah. Selalunya di kad hari raya dan kad ucapan dari kerajaan Perak akan dimuatkan gambar masjid ini.






So kalau ke Kuala Kangsar percutian anda dianggap tidak sah sehingga anda ke Masjid Ubudiah ini.





Post a Comment

4 Comments

  1. Kannn... masjid ni mmg cantik... 1st time sggah hari tu mmg terpesona btul...

    ReplyDelete
  2. Harap suatu hari berpeluang berada disini.

    ReplyDelete
  3. akubiomed, kalau dah ada keinginan inshaallah sampailah nanti tu

    ReplyDelete
  4. Cantikkk. Haritu balik dari kampung singgah. Memang canntiikk :)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.