Surabaya- masih di Mount Bromo



 Pagi tu pak supir bawa aku ke kawasan Cemoro Lawang nak bagi aku tengok Mt Bromo dari kejauhan. Okaylah tu kan daripada takde lansung. Aku memang suka kawasan sejuk begini fresh je lalu pepagi.

 Rumah-rumah di sini kebanyakannya kecik je mungkin memanjang ke belakang dan mereka menanam jagung, bawang dan lain-lain. Masa aku lalu tu bawang dan dituai. Cuba hang tengok jip tu, jip besar tu boleh masukkan 5 ehh...Jard kata 7orang penumpang la... nak untung banyak ko.

Kesian kat aku kan dapat tengok dari sini je. Yang no 1 tu laluan motor, jip, kuda, syok je tengok orang naik kuda macam cerita koboi yang aku tengok masa kecik dulu. No 2 tempat parking jip. Sesiapa yang tak larat nak berjalan kaki boleh sewa kuda dari sini ke tangga yang no 4 tu sebelum panjat sendiri beratus mata tangga untuk melihat kawah Bromo. No 3 tu candi. Kat sebelah kiri gambar adalah savana. Best je kawan aku bergambar dan buat photo shooting/training kat situ dulu.

Bila Bromo meletus dulu orang bukannya lari tapi hotel jadi penuh. Walaupun berdebu tapi Bromo ni agak jauh dari penempatan manusia tak macam Gunung Merapi di Jogja dan pengalaman melihat gunung berapi meletus priceless.

Yang sebelah kanan tu lah puncak Penanjakan. Kalau ambil gambar dari arah sana memang lebih cantik tambah lagi time sunrise.
Masjid Muhammad Cheng Ho di Kabupaten Pasuruan. Wardina ada bergambar di sini dalam rancangan apa entah. Aku bukannya tengok tv pun, naik menyampah nak pilihanraya ni.


Berkali-kali aku bilang sama itu supir kami mau ke Tanggulangin tempat jualan barangan kulit tu tapi dia boleh tak singgah situ. Bengkek je tau! Alang-alang dah searah patut singgahlah nak tengok macamana rupa tempat tu. Rasa nak potong je sewa van tu.

Yang di bawah ni kawasan lumpur panas Lapindo di Sidoarjo. Korang pernah dengar kisah lumpur panas tu tak? Depa cerita masa syarikat carigali gas/minyak tengah menggerudi tahun 2006 dulu, gerudi tu patah. Sejak tu lumpur panas tu keluar dengan api. Pakar-pakar dari seantero dunia dah dipanggil tapi belum mampu menghentikan muntahan lumpur ni. Yang jadi mangsa orang kampung (16 buah kampung) yang hilang tempat tinggal. Rumah 2 tingkat, kilang, masjid pun tenggelam. Sampai sekarang kes ni termasuk pampasan tak selesai lagi dan lumpur masih keluar. Aku adalah beli vcd tu memang sadis weh (harga vcd pun mencekik)
Nampak bumbung je. Walaupun tanah ni merekah tapi kalau dibaling batu ia masih lembik lagi. Gambar ni disebelah kanan.

Ni yang sebelah kiri. Boleh bayangkan tak betapa tingginya tembok tanah yang aku berdiri ni? Mencungap okay bawak perut. Yang aku tak puas hati kat sini kadar parking mengalahkan metro parking kat KL nun. 20k dihendaknya padahal bukan lama pun kita kat situ. Tengah panas dik non.... tak larat nak berlama-lamaan. Kalau nak mengelilingi kawasan tu naik motor kena bayar lain pulak. Takdak pasai la aku nak naik motor tu. Vcd dijualnya sampai 50k (aku dapat 40k).

Then kami minta dihantar ke House of Sempoerna semula sebab nak naik tour bus yang Jard dah book. Di Surabaya ni banyak jugak bangunan yang antik/bersejarah tapi tak dipulihara seperti yang kerajaan Melaka buat. Not enough funds i guess. Rakyat pun sampai 260 juta, lebih baik selesaikan masalah rakyat daripada betulkan bangunan ye tak?

Yang di atas tu Balai Pemuda. Kiranya tourism office lah ni. Si Jard ngengada speaking London dengan sorang staf tu, terkial-kial kawan tu nak menjawab heheh..

Singgah pulak di kawasan pasar dan masjid Sunan Ampel. Murahlah kain baju kat sini, yang paling aku berkenan dress warna putih. Kalau kita biasanya akan pakai bila pergi haji/umrah je tapi orang sana pakai bila ada majlis/kuliah di masjid. Cantik je pakai baju putih macam-macam design pulak tu. Tapi takde le pulak aku membeli sebab tak tahu masa bila nak pakai. Being practical kekdahnya.

Masa kami tengah berjalan-jalan dalam kawasan ni adalah sorang mamat ni mintak sedekah. Lepas bagi duit baru aku perasan pakaian dan selipar dia tak macam orang miskin pun. Aku bagi tau Jard yang selipar dia lagi baru daripada yang aku pakai. hmmm...kira halal lah duit tu.

Yang paling best time solat masjid penuh dengan jemaah dan gerai-gerai ditinggalkan begitu sahaja. Lebih ramai yang solat daripada jadi penunggu gerai. Sungguh indah.

Inilah bas yang bawa kita pusing kota Surabaya. Aku rasa ni social service yang HoS buat.

Post a Comment

0 Comments