Kembara London ... jom! jom! Part 3



22hb seploh............ dua ribu dua ..........bermula dari malam ni dan seterusnya aku tidur atas sofa empuk in living room, lebih nyaman dan selesa, boleh mengadap tv sampai lelap.

Semalam tak tertulis beli bus pass maknanya naik cab ditanggung beres oleh bangah. Teksi depa standard je tu yang pelancong suka amik gambar. Stamp depa pun gitu, tak macam kita terlalu banyak corak sampai peminat setem sepertiku (dahulu kala) tak terkejar tang poketnya..... sat sat nak keluar duit lagi. Setem depa sama saiz cuma value and colour berlainan kecuali time special occassion barulah dikeluarkan sampul surat hari pertama. Sekarang ni tak taulah macamana....... dah ikut cara kita pulakkah?

Hari ni jalan-jalan di Oxford Street then amik Awok - ke Buckingham Palace, stop kat Victoria Station.

Terer tak aku jalan sensorang? siap boleh balik rumah jemput cousin aku tu tapi mata tak leh pejamlah atas bas sebab rumah teres kat sana sepesen jek...... design lebih kurang dan warna putih. Kalau leka karang takut terlepas, nak tekan loceng pun teragak-agak. Ada satu malam tu kan, aku ni tak turun turun lagik so driver bus tu pun tanyalah nak ke mana. Lepas kujawab then dia kata i think you've got into the wrong bus ma'am. Ahhh sudah! udah 8 lebih time tu huhuhuhhh.... Kontrol macho okay..... Nasib baik selamat sampai ke rumah jua akhirnya.

Sambil berjalan siang tu kerap jugak berhenti ambil gambar. Asal nampak menarik je snap sampaikan sedara aku tu cam bosan jek. Kitorang berdua ni pulak bergambar macam...... ha macam Bangla/vietnam/nepal yang datang sini tu lah hahahhah..... ahh korang yang first time ke oversea pun sama kan? jangan tak ngaku. Seronok je kita gelakkan depa berguling kat taman ye dak? hahahha gelak lagi. Samalah tu, nampak bas amik gambar, ada gambar kat teksi, tube station, depan hotel, phone booth, kat park, atas bas HOHO bla bla...
meh tengok gambar-gambar nih...harap harap suke, jenuh i scan tau!
Rumah kami opposite yang ini, ada big compound di belakang. Di sini payah nak jumpa langsir selain warna putih. Tak semua rumah ada kereta tak macam kat tempat kita 1 rumah sampai 3 kereta. Semuanya kerana public transport system yang efficient dan murah. Public transport mereka seragam dan dimiliki oleh kerajaan.

Beautiful park di tengah bandar. Ada beberapa park tapi yang aku ingat Hyde Park aje...memory lost.



Kan aku dah cakap ada gambar berguling kekekkkeke.... akak malu okay


Sedara aku tu dah pernah duduk bertahun kat sana dah tak heran dah sebab London ni dan Europe, ko datang seratus tahun lagi pun gitulah rupanya. Sikit je berubah. Mereka menghargai bangunan-bangunan lama tak macam kita.

End autumn ada sale jugak dan sale di sini best. Yang berharga murah tu bukan reject punya. Bukan jugak barang yang dah mark-up harga then declare "70% SALE". Aku tengok baby shoes Reebok 12 pound saje. Kalau ko darab 6 memang le banyak tapi ko bayangkan ko kerja kat sana. Betapa murahnya kan?

Barangan di charity shop jugak masih elok. Agaknya style diorang habis je satu satu musim beli baju kasut baru... yang lama bagi kat orang/buang sebab rumah kecik. eiiii...ko ingat kengkawan kita yang terbang sana sini tu semua beli barang baru ke? mana ada duit semua nak beli kat butik kak- katanya. Apa ada hal ye tak, asalkan masih bagus boleh je beli tak kiralah kat charity shop ke...car boot sales ke .... kat butik ke ... tepuk dada tanya poket. Ada sepasang celebrity Malaysia yang banyak duit tu pun selamba je mengaku beli barang baby second-hand masa shooting di UK dulu.

owhh...hari ni aku ada beli baju (x 6) erkkk!

Post a Comment

0 Comments