Aceh Day 4 - Pasar Atjeh



Balik dari meronda semalam kami ke rumah Indra, yelah kannn tunjuklah budi bahasa sikit gi sembang-sembang sebelum balik. Sudahnya terpaksa tidur kat rumah dia sebab hujan lebat. Nasib baik kami sewa bilik hotel yang murah sajork kalau tak rugi yolah duit den.

Rabu, kami berjalan-jalan menghabiskan masa without our camera kerna hujan masih renyai. Aku kena hujan takpe nyah. Nak masuk Pasar Atjeh awal sangat so kita gi tambah ole-ole. Jangan la ko mengharap ole-ole yang berpuluh ringgit daripada aku .............. thought that counts isn't it? Nasib baik la aku beli lagi makanan tu, anak-anak aku yang kecik dua orang itu suka pulak dodol. Kalau korang ke sana jangan lupa beli dodol, dendeng ikan, keropok malinjau, buah pala anddddd................. kopi aceh.

Di dalam Pasar Atjeh ada baaanyakkkkkkk blouse dan dress muslimah, sila bawa wang berjuta-juta ye puan-puan. Harganya taklah murah sangat sebab kain baju tu pun dari Jakarta/Bandung. Ada satu dress tu aku berkenan sungguh tapi bila difikir-fikir balik bila dah letak ke badan aku sure tak molek macam patung tu. Patung kan 35-25-35, aku er errr..... biaq pi lah, napsu je tu.
aisehmen...... melintang pulak buah pala ni

hahhh!... apa lagi, pulanglah! tet tet tet tet tet.........................kami ke airport naik becak je, terasa jauh pulak tapi scenery nya awesome! lalu kampung kampung ..... akukan orang kampung so sentiasa kekampunganlah aku.

Di Simpang Mesra, dekat bebenor dengan laut. Dulu bukan main deras air laut naik kat sini sampai boleh menghanyutkan kapal besar

Labi-labi


Lorong cacing


Kami dua mak pak ni berhajat nak ke mari lagi dengan anak-anak pulak di suatu masa nanti. Kalau boleh nak duduk sini barang seminggu ke boleh berjalan sampai Meulaboh yang dah lenyap tu. Perjalanan ke Meulaboh akan mengambil masa sekitar 3 1/2 jam lebih kurang je dari Medan ke Parapat. Kalau boleh kami nak buat 'the in thing' yang kubilang hari tu. Paling koman pun nak sampaikan derma daripada para dermawan kat Malaysia ni. Sedikit dari kita besar maknanya pada mereka yang susah tu.

Tamatlah sudah cerita Aceh, hujung tahun aku nak melancong ke Kolumpo pulak. Jauh tuuuuuuuuuuuuuu



Post a Comment

0 Comments