Book review



Ada sikit rajin ini minggu.
Aku baca buku-buku ni sambung-menyambung der. Sheikh Muzaffar letak nama anak dia Sophea Isabella, aku ingatkan nama tu dah padam dari ingatan tak macam time hot Amy Search nyanyi dulu.

Isabella
Tulisan : Maulana Mohammad Saeed
Terjemahan: Abdullah Hussain (penulis Interlok tu)
Penerbit: Marwilis Publisher and Distributors Sdn Bhd

Buku ni sekadar aku buat ulangkaji. Dah lama kubeli.... awal 90an dulu, itupun dah cetakan kelima. Ada sebuah lagi buku yang tajuknya lebih kurang gini 'perdebatan paderi dan pelajar' yang mana isinya adalah sama tapi dalam bahasa Indonesia. Aku rasa yang aku ada ni lebih menarik gaya penulisannya dan setiap perdebatan tu ada dituliskan surah dan ayat berapa di dalam Injil dan Al Quran. Cara begini lebih bagus dan jelas sepertimana para ustaz dan ulama muda buat sekarang ni. Orang yang mengkaji perbezaan agama memang mudah faham. 

Akhirnya Kutemui Cinta-Mu....lalu akupun memeluk Islam
Produksi: Al Islam
Penerbit: Utusan Karya

Kisah-kisah kompilasi pengislaman saudara baru yang pernah keluar dalam majalah Al Islam. Ada jugak kisah terbaru seperti Lauren Booth yang tak keluar dalam sokkabar. Bagaimana anaknya merestui pengislamannya sebab dia takkan minum arak lagi dan tidak akan memakai pakaian yang menunjukkan lurah dendamnya. Dia tak sangka selama ni anak-anak dia memerhatikan cara hidup dan penampilannya.

Seperti jugak golongan cerdik pandai barat lainnya, dia nampak Islam itu berbeza sama sekali daripada apa yang dok dicanang dek westerners. Ye la kan, asal bom meletup je terus tuduh Al Qaeda dan muslims padahal polis dia pun belum sampai kat tempat kejadian...hampeh! Hinggakan bila ada malapetaka macam tu orang-orang Islam di negara barat tu takut nak keluar rumah. But when Anders Behring Breivik mematikan 93 nyawa bangsa sendiri takde pulak kata mamat tu pengganas, paling teruk dilabel 'itu masalah dia sendiri'. Cuba yang buat onar tu orang Islam 5 pages sokkabar pun tak habis cerita lagi.

Bagus la buku ni, walaupun ada yang aku pernah baca tapi banyak jugak yang belum kutahu seperti x-agent KGB yang mati diracun dengan radioaktif. Selain kisah si Lauren, pemuzik, atlit dunia, cerdik pandai pun ada.... dan mereka memeluk Islam sebab mahu mengisi kekosongan jiwa. Murah je yang, harga secawan Starbucks coffee.

Post a Comment

0 Comments