Setinggan vs kondo



Rumah setinggan yang kuiklankan sebelum ni.... sila refer sini.

Yang datang buat site visit hari tu bisa kurus kalau 3 tahun duduk sini. Good what???? U don't have to be a gym member untuk kurus dan sihat.

Kebanyakan barang kat depan ni not mine. Langsir aku pun depa simpan dalam gobok-style pompuan kot.

Verrrryyyyy nice one.......... I LIKE

Aku dok jek laki aku... bang, sekarang orang tengok tv pesen gini

Tenant ni duduk bertiga and dia sorang je dah kerja. Yang lagi 2 orang baru grad dah balik kampung sebab tu dia terpaksa pindah. Sedih lak aku dia nak pindah. Selain rumah aku dah transform jadi kondo, depa bayar on time. Yang lebih baiknya depa bayar sekali 2 bulan, landlord mana yang tak suka? Yang sebelum ni pun 2 drpd 5 orang yang duduk kat situ nak bayar 6 bulan sekali tapi aku pulak taknak.... baik tak aku? Aku risau jadi kurang waras bila duit banyak dalam tangan.

Main bedroom........ i also like!

Bilik kedua....... teringat-ingat sampai ke hari ni. Bilik aku warna biru jugak tapi cat yang ini lagi cantik. Kesian aku, rumah sewa lagi cantik dari rumah sendiri. Masa dia orang masuk dulu depa pun dah ada perkakasan sendiri so tilam dilonggokkan kat bilik ni. Yang 3rd room tak boleh masuk sebab ada orang tidur. Kelakar nengok muka dia yang terperanjat ternampak aku dalam rumah. Nasib baik ko pakai kain, kalu ko keluar pakai t-shirt dengan spender macam mat saleh yang duduk sebelah bilik aku kat Bandung dulu, aku pulak la yang terperanjat.

Selain drpd tu almari baju, meja makan 4 seater, iron& ironing board, sofa 1 seater, washing machine pun disediakan. Anak aku yang kecik tu pi bukak almari orang tu lepas tu jerit, eh miiiii..... (maggi). Mujur dia tak meraung nak maggi

I like the colours. Asalnya aku cat colour lain, maybe beige or light yellow and dalam bilik purple yang macam pinkish sket. Ye la aku bajet budak pompuan yang nak duduk..... itupun lebihan cat rumah aku. Rumah yang aku duduk sekarang ni macam taska.... ada color biru, biru pekat, biru cair, purple hehehhe..... ramai kanak-kanak gitu le

Kesian boys time grad dapat bear. Takde ke yang nak bagi transformers?

Peti ais yang hijau tu aku punya

Confirm tak masak. Healthy diet huh....
Selain aksesori seperti minyak masak, oat, containers.... semua di atas aku sediakan including kuali dan pinggan. Kalau nak t-shirt saiz besar pun wa boleh bagi

My maintenance technician.... always there when needed. Yang kecik tu tengah belajar. Kita tak dapat nak tukar kipas sebab tak bawak tangga. Dah nak pergi kenduri takkan nak bawak tangga bagai.... bukannya naik van. Nak upah orang...hmmmm... harga mencekikkkk. Kat Cheras pun tak sampai seratus.

Boys will always be boys walaupun bila dah ada little boy

Si bujang kata dia mungkin tak bawa semua barang sebab dia akan duduk dengan abang, barang dah banyak. Kalau nak tinggalkan tv flat screen atau microwave kepada hamba yang hina ni apa salahnya....hamba terima seadanya.

Nak sewa?



Post a Comment

0 Comments