Medan- ke Pajak Ikan yukkkk!

Di Sibolangit yang kita lalu masa balik dari Berastagi tu ada beberapa lagi tempat menarik antaranya lokasi camping ground dan trekking di Air terjun Dua Warna, The Hill Hotel & Rst, Permandian si Debuk-debuk (Berastagi). 4, 5 days di Medan dengan kengkawan sekepala baru syiokkk.


Sebelum menghamburkan rupiah di Pajak Ikan kita isi perut dulu kat sebelah hotel. Eventhough kat hotel ada cafe tapi kita nak join warga Medan breakfast, nak tengok dan rasa apa yang dia makan. Ada beberapa buah gerai sekitar hotel tu tapi aku pilih yang ini coz nampak sedap dan ramai orang and clean too. Tak kisahlah kat mana-mana janji halalan toyyiban... sejak aku kena cherry berry di restoran mahal aku dah tak skeptikal lagi. Kita pergi tempat orang nak merasalah budaya orang kan? Aku tanya kat mamat sebelah aku yang pinggannya penuh berisi, dia kata 6k rp. Whoaaa.... ok la tu, kita pun order 3 set. Sodappp ko...... aku siap tambah sambal tempe lagi. Haishhhh...... makan nasi pagi-pagi bukan tabiat aku tapi memandangkan bawa anak-anak dan kita akan berbelanja lepas ni perut harus diisi dahulu supaya fikiran jadi lebih waras bila nak shopping. Betul! Tips ni. Cuba ko gi bazaar Ramadan time lapar tu, kalau boleh semua nak dibeli kan? Bila dah bukak puasa instead of masuk ke dalam perut ada yang terbabas ke dalam tong sampah tak gitu?

Nasi berlauk + mihun goreng, botol susu bawa sendiri

Ini le shopping mall yang kami nak jelajah malam tu tapi dah tutup. Time ni awal sangat la pulak, tak buka lagi

Masjid Raya........ syahdunya laungan azan feeling macam kat Mekah pulak

Library

Istana Maimun- istana kesultanan Deli. Ada lagi satu tempat kalo nak pergi, Tjong A Fie Mansion. If i'm not mistaken dia jutawan pertama di Medan Sumatera. Hubungannya rapat dengan raja-raja terdahulu.

Istana Maimun yang indah. Boleh bergambar dimana-mana pun asalkan jangan naik kat singgahsana tu. Weiii....melampau la tu kan nak naik takhta pulak. Entrance fee 8k rp.

Pernah nampak anak raja yang ini?






Kalau Sultan Brunei ke Tuanku Muhriz ke nak buat anak angkat/cucu angkat ke let me know ya. Just e-mail ruggedmom@gmail.com non it orang tengah/pelobi lorrr coz i don't have money to pay commission muahahahhhaaa.........

Itu anak aku Ali. Kalo umur ko dah 40 tahun tapi belum lagi berpeluang memakai songket dan bersanding ko sewa je baju-baju tu 20k rupiah sepasang, sarung terus. Depa ada sediakan kerusi raja untuk bergambar. Kalo yang dah pernah pakai songket tapi teringin nak pakai lagi sekali haaa.... kat sinilah tempatnya. Kat Malaysia jangan buat tau nanti kena kerat. Perempuan sekarang berani-berani tau. Biasanya orang bergambar kat singgahsana aje tapi aku heret anak aku ke serata ceruk. Yang pahitnya flash tertinggal kat hotel so tak boleh la bergambar kat tempat-tempat yang gelap. Gambar ni guna slow shutter 1/15 hand held. Last sekali Ali kata, letih la kita ma......... Kesian ko nak.. :-D

Pewaris kesultanan Deli ni tinggal berkeluarga di bahagian belakang dan bawah istana ni sebab bahagian atas dah dijadikan kawasan pelancongan. Tour guide yang aku dok panggil bapak... bapak... rupanya keturunan raja namanya Engku dot dot dot ......wa tak ingat, almarhum ayahnya berasal dari Selangor. Nak suggest la Istana lama Seri Menanti sewakan baju jugak tapi kena reasonable la dalam rm10 je.

Becak mama lagi laju.... bye!

Keluar dari Istana Maimun mulanya kami nak naik angkot, dah janji dengan anak-anak tapi takde pulak yang menghala ke Pajak Ikan so aku nak call +62 618461234 taxi Bluebird. Lalu pulak becak mempelawa kami......

ke Pajak Ikan, 7k bisa?
10k buk
tidak mengapa, terima kasih sambil berlalu then ...
oke buk 7k, 2 becak ya?
:-))

Kepada yang tak biasa ke Indonesia (atau negara lain) ambil tahu sikit-sikit anggaran tambang becak, angkot. Taxi Bluebird tu takpe sebab ada meter but min fare is 20k. Hari yang keempat ni 3 kali kami turun naik becak. Tambangnya sama macam teksi bermeter sebab kami guna 2 becak sekaligus tapi kepantasannya tu yang teksi tak boleh challenge. Lagi 1, kat mana-mana pun ada tak payah call. Ko tengok la kegembiraan anak-anak aku bila becak kami merempit. 
Becak aku kat belakang pulak

Aisey... nak tertinggal lagi

Takde apa yang aku berkenan pun di Pajak Ikan. Ingatkan nak beli tudung tapi kalau yang kat Malaysian 12 ringgit kat sana rm16 buat apa pulak aku nak beli? Untuk kenangan? Mungkin kepada orang lain. Yang sedihnya anak-anak aku yang jenuh mengumpul duit nak shopping di Medan pun tak beli apa-apa except kakak beli blouse sehelai di Pajak Petisah. Baju siap banyak di Pajak Petisah. Dua kali kami masuk kedai barangan sukan yang sama sebab si bujang 2 orang tu nak berbelanja. Yang buat tak menjadinya takde saiz, takde colour yang depa nak dan eh, kat Al Ikhsan kasut macam ni 89 inggit je lah!-kata kakaknya.

Kat kedai ni banyak blouse dan dress yang cantik tapi harganya agak mahal daripada yang lain. Kakak beli kat sinilah. Lokasinya di groundfloor and the salesgirls semua menutup aurat bukan sekadar tutup kepala. Orang Medan ni ramah-tamah ko..... ndak-ndak kalau bawak duit. Orang kita dok pengabih duit kat kedai dema je kot.

dok sini dendiam ek.... mak ko nak cari barang

Lepas tu ke mana pulak?

Bika Ambon yang terkenal. Jangan miss beli.
Kek kukus pun ada tapi tak banyak macam kat Bandung. Aku beli jugaklah sebuah tapi anak aku kata sedap lagi kek coklat mama.......... owhhhh terharu.

Pakcik becak yang hantar kami ke sini siap tunggu kami shopping kek tapi sudah kubilang kalau ada penumpang jalan aje toksah tunggu. Rupa-rupanya dia tunggu jugak so kami amik la dia jadi supir kami ke Pajak Ikan semula... nak beli fridge magnet, tadi terlupa. But this time dia caj 13k. Tu yang eden tak goma tu.

Indonesia ni sangat luas so kalau nak beli fridge magnet Danau Toba beli kat DT, fm Medan beli kat Medan.

Kat sini jugak dia melekat. Ali nak cari dvd upin ipin, jumpa tapi bahasa Indo, haaa tak payah! Aku jugak yang kena translate nanti. Uwan dia bagi 10 hengget untuk shopping, bila duit tu tak dibelanjakan dia boleh nangis tersesak-esak....aiyolah budak ni.... nak jugak bagi habis.

Lepas ni kemana lagi?
Balik hotellah packing. Naik becak sekali lagi ....... yiiiihaaaaa!!!!

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free