Sapa punya kerja ni?



Aku suka berjalan-jalan dan aku juga suka ambil gambar. Kalau aku meronda sorang-sorang then tiba-tiba rasa nak memerut haruslah aku bawa kamera aku tu masuk bilik kecik sekali kannnn.... masa nilah aku rasa, alamak! Kalau toilet duduk boleh tahan lagi, boleh sangkut ke strap ke bahu.

Aku tak faham betullah dengan orang yang design dan buat toilet ni, susah sangat ke nak buat tandas yang baik design, quality and user friendly? Takkan sampai ratus ribu kot? Melainkan di tempat-tempat terkenal dan highway PLUS tandas awam selalunya teruk. Kat klinik dan hospital pun sama jugak macam mana tu?  

1) Ada tu toilet seat tak ada...... bukan satu tapi 4 dari lima. Tak ada paip getah............. aku faham alasannya tak mau lantai basah dan kotor tapi sekurang-kurangnya pasanglah bidet.

2) Kalau ada paip pulak penyangkutnya dah tercabut. Ohhh.... gelilah nak ambil kat atas lantai. Kalau penyangkut takde dah tentu kerja-kerja pemasangan tak mantap sebab bukan berat pun benda tu...... dan takde sesiapa pun nak bergayut kat penyangkut kecik tu.

3) Tak boleh flushhhhhh...... tali dah putus

4) Takde air nak membersih diri. Aduhaiii.......kena tahan lagi

5) Takde tempat letak barang. Dah la lantai basah, kat mana nak letak beg? seksa betul

6) Tempat sangkut seluar pun takde..... benda ni berguna, kalau takde tempat letak barang kat belakang, boleh sangkut kamera (hohohoooo...... bukan yg plastik tu.......berair mata nanti!)

7) Ensel pintu pun takde....... tiru Beijing ek? open concept


Yang ni kat pusat pelancongan, tak kuasa la aku nak ambil gambar dalam toilet

Sambil-sambil mengelamun sambil menunggu anak berurusan kat bilik kecik tu cuba pandang sekeliling......... shoddy sungguh kerjanya. Aku rasa pemberi kontrak kena check ikut progress kerja (sepatutnya kan?) dan selepas enam bulan tempat-tempat tersebut disiapkan . Suruh dia buat balik atau repair dengan bersungguh-sungguh. Kita bayar tau nak masuk tempat-tempat ni....... kalau pun masuk free tapi dibuat dengan tax payers money, betul tak?

Post a Comment

0 Comments