Bisnes dinihari



Bila korang last naik bas? Ke....tak pernah naik bas lansung melainkan bas rombongan sekolah/universiti dulu? Jangan tak tahu....ada orang macam tu.... Malaysia ni kan mewah. 

Dulu-sulu since aku sekolah menengah my main mode of transport adalah bas - bas roti paun kami panggil sebab rupanya macam roti benggali tu. Kalau balik lewat kena naik bas biasa yang selalunya 2 jam sekali baru ada. Worst now, ceased operation. Sekarang ni pun sesekali aku naik bas ke KL but usually naik komuter je senang nak connect dengan LRT.

Hari tu anak mak mertua aku mintak tolong ambil barang kat kampung dia so being the 1st lady (to my family) dan isteri yang taat dan menurut perintah ehem..ehem.. "baik bos!". I took 11pm bus tapi takdonyo sampai pukul 11 tepat, pukul 12 baru sampai. Agaknya yang dicetak pukul 11pm tu time bas tu bertolak dari PD nun.... we are not in Japan anyway. Jam kita selalu tak tepat. From my previous experience bas tu tak masuk ke bus-station di Sungai Petani, kita kena jalan kaki pulak dari tempat dia cicirkan kita tu. Berkali-kali jugak aku tanya direction daripada bos, masa menunggu bas tu pun tanya lagi kat sorang makcik tu nak bagi puas hati. Aku balik armed with pisau lipat lagi tu.......persediaan beb. Tapi yang aku dok terfikir-fikir berani ke aku libas orang dengan pisau tu kalau kena attack? Sembelih ayam pun tak pernah............ Nampak macam senang je dalam movie.....berat rupanya pisau tu. Kalau kena tanya dengan pak polisi pandai le aku jawab.

Dalam banyak-banyak syarikat bas yang ke SP harga tiket Transnasional yang paling murah 39.70 one way. Drebarnya pun berhemah je. Lain-lain 45 ringgit so kalau balik berdua lebih baik drive kete sendiri, lebih kurang je kosnya. Gilalah sekarang ni naik bas pergi balik ke Baling sorang pun dah rm102. Kami pi Tawau hari tu baru 170 ringgit 7 orang nait belon.

Restoran mamak elok je berniaga time ni tapi tak lalu aku nak makan........ time ni waktu tidur aku not my makan time. Restoran lain pukul 6 baru mula pasang lampu, menyelesaikan subuh i guess.

Since connecting bus ke Baling lambat lagi so dapatlah aku meronda-ronda jap di subuh hari ni. Inilah 1st time aku tengok orang distribute newspaper di waktu begini. Siap ada desktop, printer bagai kat situ......

Best jugak kalau keluar dari kebiasaan kita. Selalunya time ni dok berbungkus dengan selimut lagi. Betullah, rezeki datang di waktu pagi. Ada sorang tu 5am dah buat ceramah. Bukan ceramah/kuliah kat masjid tu....ceramah lain sebab time tu je staf berkumpul. Lepas waktu tu semua dah bertebaran macam burung.

Aku nak beli, dia orang sibuk benar nampaknya. Nak tumpang baca segan pulak. Baca tajuk je lah.

Akak, u dari mana punya newspaper?
Saya online punyerrrr..... (blog picisan je anae)




Post a Comment

0 Comments