Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL2017) | Pesta Memandaikan Bangsa

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL2017) atau Kuala Lumpur International Book Fair 2017 telah kembali ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seperti kebiasaannya. Pesta buku tahunan yang telah diadakan bermula 28 April hingga 7 Mei  dikatakan telah mengumpulkan 1,000 penulis buku yang banyak menyumbang kepada percambahan minda warga Malaysia.

Sumber KLIBF2017

Ia dipindahkan kembali ke PWTC untuk menampung dua kandungan baharu PBAKL iaitu Baca World 2017, iaitu pameran kandungan digital dan Asean E-Book Conference (AEC). Tahun lalu percubaan pertama memindahkannya ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) telah menimbulkan beberapa isu tetapi menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohammad Yusof Khair yang juga Pengerusi MBKM, di masa akan datang pesta buku yang lebih besar akan diadakan di MAEPS kerana lokasinya di luar Kuala Lumpur yang mudah diakses melalui rangkaian lebuhraya dan mempunyai segmen pasaran baru. Betullah juga, ada banyak universiti di Serdang, Bangi, Nilai, Puchong, Seremban... banyak juga kawasan perumahan dimana para pelajar boleh pergi sendiri ke sana.

Kali ini 905 gerai pameran dibuka dengan penyertaan penerbit tempatan dan asing serta agensi kerajaan tempatan dan asing. Dewan Tun Razak 1 & 2 pun dibuka sebab ramai peserta. Pihak MBKM menjangkakan 2.5 juta pengunjung pada pesta buku kali ini. Menurut Tan Sri Dr. Khair kadar tabiat membaca rakyat negara ini meningkat kepada 12 judul buku setahun (bagus bagus!). Tak tahulah sampai ke tidak jumlah pengunjung tu... semalam berakhirnya, sehari dua lagi ada lah pengumuman tu kot.


Apa yang ku cari di PBAKL2017?
Owh sebenarnya aku buat keputusan "nak pergi juga ke PBAKL" di tengahari Ahad tu sebab anak-anak set sekolah rendah masih di Port Dickson bersama atuk uwan dan sepupu sepapat. Terbang bebaslah mak. Pukul empat setengah petang baru sampai sana.

Niat asalnya hendak membeli buku-buku hartanah dan kewangan yang diberi diskaun tetapi.... bila masuk je dari sisi Puteri Pacific Hotel tu terus terpana dengan banyaknya novel fixie hahah... di ground floor tu novel-novel penulis tempatan dilelong RM5 sebuah. Aku tak belilah sebab tak biasa membaca hasil tulisan penulis-penulis tu. Karang cinta remaja sangat bosan pula aku. Bagi hadik hadik je lah.

Novel fixie sangat banyak tetapi AWAS, ada juga yang tidak sesuai untuk bacaan remaja. 

Baru masuk ke Pesta Buku dah berkenan dengan buku-buku yang aku tanda tu tetapi akhirnya beli buku Faisal Tehrani tu aje. 

RM5 punya pasal licin rak ni.

 Ruang pameran Dewan Bahasa dan Pustaka. Aku beli buku Keris Mas di sini. Di tahun 90an dulu aku pernah pergi ke jualan gudang DBP  kat mana entah, Keramat kot, Gigih aku dan Kay turun naik bas.

Berani ke??  😁 Para suami elok baca buku ni. Kalau rasa rezeki tersekat tu boleh timba ilmu dengan membacanya. Mungkin ada yang belum beres mengenai layanan serta nafkah keatas isteri.

Novel-novel lama Aina Emir dijual hanya RM5 sebuah sewaktu happy hour. Takkan tak beli? haishh..takkan lagi 😂. Dulu aku baca buku dia sampai menangis bengkak mata hahah... dah lah esoknya kena jumpa client. Teringat lagi cerita watak Behzad tu... isk

Ada juga siri buku "backpacker" ke UK, German, Eropah, Jepun, Korea dan sebagainya. Aku dah flip through semua buku tu, banyak tips yang diberikan sebelum berangkat dan semasa berada di negara-negara tersebut.  Oleh kerana aku pun selalu juga membuat kerja research sebelum berjalan ni aku taklah teruja sangat dengan buku-buku tu tetapi lebih tertarik dengan buku mengenai perjalanan dan pengalaman mengembara itu sendiri. Ada yang berkenan tapi lain kalilah kita beli.

Para penulis buku siri "backpacker" sedang sibuk melayani peminat.

Ya Allah memang best lah, begitu banyak buku yang dijual dengan harga diskaun. Paling meriah rasanya gerai PTS Publications, meriah beb! Takkan tak nak beli buku-buku tebal bila harganya menjunam jadi RM3 je? Nasib baik bawa beg sekolah je, kalau bawa beg tarik harus penat menarik dan mengangkat turun ke stesen bas Puduraya. Bila nampak banyak sangat buku murah aku tukar plan, mana-mana buku yang aku bercadang nak beli tetapi hanya diberi diskaun 20% aku tangguhkan dulu. Nanti boleh beli di Popular, members boleh dapat 25% diskaun. Buat apalah nak bersusah-payah bawa balik jejauh kalau setakat dapat 20% je kan? hehee..

Lebih menariknya walaupun sudah petang, masih ada sesi para penulis novel bertemu peminat. Rasanya Norhayati Berahim pun ada selain penulis buku "backpacker" tersebut. Berderet peminat beratur nak minta tandatangan Izzue Islam. Aku tak terjebak ler... dalam ruang tu semua buku yang tajuknya... entahlah hahahha... tajuk drama TV3 pepetang tu ler... tak kuasa ai. Semasa acara Perhimpunan 1,000 penulis pada hari Sabtu lepas Ramlee Awang Murshid pun ada, rugi i tak datang.

Buku latihan sekolah aku beli satu je.. yang banyak kat rumah ni pun kalau diketuk baru nak buat. Boboiboy ni payah sket. Disebabkan aku sampai lewat maka tak dapatlah nak explore buku-buku foreign publisher. Mesti banyak yang bagus tu kan?

Servis menulis nama dalam bentuk khat juga laris.

Hasil tangkapan...

Aku beli semua yang dibawah dan dapat percuma lima buah buku yang di atas oven tu. 

Nak timbulkan minat membaca ni senang je, cari genre yang kita minat dan beli buku yang nipis dahulu. Bila rasa tak puas baru baca buku yang tebal sikit tapi kalau rasa tak boleh tidur sila baca buku yang ko tak faham sepatah haram hahahha...

Kepada sesiapa yang belum pernah pergi ke Pesta Buku Kuala Lumpur berniatlah dari sekarang untuk hadir tahun depan. Aku bawa duit RM200 tapi RM100 pun tak habis dan penuh satu beg sekolah. 

Pergilah, takkan rugi membaca dan mencari ilmu. Biarkan saraf otak kita saling berhubung. Kalau kita tak masukkan ilmu pengetahuan baru, kita akan sibuk menceritakan hal orang. Sungguh.




International Street Photography Exhibition @ MATIC

International Street Photography Exhibition @ MATIC | Matic di Jalan Ampang sedang mengadakan pameran Fotografi jalanan antarabangsa yang akan berakhir 30 Mac ini. Pameran ini merupakan satu usaha yang baik supaya Matic sentiasa aktif dan menjadi tempat rujukan serta pertanyaan tentang pelancongan di Malaysia.




Jika anda jurugambar atau sekadar meminati fotografi atau sesaja tak dok mende nok buat eloklah pergi ke pameran di Matic ini untuk melihat kreativiti dan 'ketajaman mata' jurugambar lain. Untuk mendapatkan gambar yang menarik dan hebat kesabaran sangat diperlukan selain luck. Ilmu, latihan dan usaha perlu berterusan. Bukan boleh belajar di youtube saja, kena berguru. Guru pula tak semestinya yang caj kau beribu ringgit untuk pandai walaupun yang mahal itu selalu lebih baik.

Aku sendiri memang minat fotografi. Minat je lah, pandainya tidak hehe... Percaya tak kalau aku kata aku belajar menggunakan kamera Yachica FX-3 yang manual tu masa sekolah menengah? Bila ada duit sendiri pi beli yang otomatik, senang kononnya. Memang senang pun tapi kualiti gambar tak sama. Eh, yang adik-adik ni tahu ke kamera Yashica? Yang aku berulang nampak orang dok bertekak Nikon vs Canon jer... tahpape. Kalau ada kamera dslr terkini pun tapi guna setting otomatik saja lebih baik guna handphone. (#Uje mohon terasa hahahha....). Samsung P9 tu pun dah kebabommm lawa gambarnya.

Aku share sedikit gambar-gambar menarik yang dipamerkan. Ada gambar yang.... eh aku pun ada gambar macam ni! hahah gitu. Kiranya yang aku share ni menariklah di mataku. Photographer yang lain jangan berkecil hati ya because it's subjective.

by Azman Karib, Malaysia.

by Husni Munir, Indonesia.

by Jasper Tijano, Philippine.

by Dennis Lim, Malaysia.

by Kevin Lim, Malaysia.

Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Telephone: 03 9235 4800 / 4900
Fax: 03 2162 1149
E-Mail: info@matic.gov.my
Website: http://www.matic.gov.my


Bagaimana untuk ke MATIC dengan pengangkutan awam?
Anda boleh menaiki LRT dan turun di Stesen Dang Wangi atau KLCC. Lebih dekat jika menaiki monorel dan turun di Stesen Bukit Nenas.





MUD KL | Malaysia's longest running musical!

MUD KL | Malaysia's longest running musical!  Aku menonton teater muzikal ini tanpa apa-apa persediaan, takde google apa pun. Tahulah teater muzikal tu bagaimana tapi takde apa apa expectation. Jiwa kosong gituh. Tak sangka ia sehebat tu.

Sewaktu menonton aku memang ada rasa kagum dengan props, kawalan suara dan lakonan bersahaja para aktor. Suara pelakon tu semasa menyanyi sangat merdu okay, live lagi tu. Suara mereka jauh lebih bagus daripada segelintir penyanyi popular yang hanya sedap didengar di radio, bila live hancus.... tetiba keluar suara keras macam jantan bila high pitch hahaah....

Show yang aku tonton tu si Anding yang menjadi pelakon utamanya. Show ini menggambarkan 1 Malaysia yang sebenar. Sifat masyarakat sebelum dibanjiri dengan teknologi terkini. Sifat belas ihsan dan tolong-menolong yang menebal, bukan seperti sekarang, plat kerete patah je pun sampai nak patah tengkuk kena tendang. Macam cilanat.


Teater muzikal MUD KL ni mengenai apa?
Ia mengisahkan tentang kehidupan di Kuala Lumpur ketika kemuncak perlombongan bijih timah. 

Selepas kemasyuran Melaka ratusan tahun dahulu, Kuala Lumpur pula mengambil tempat. Lokasi utamanya di pertemuan Sungai Lumpur (sekarang Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Harapan dan peluang cerah untuk menjadi kaya telah menggamit hati para pelombong dari negara luar terutamanya dari China untuk mencuba nasib di sini.

Mamat, Meng dan Muthiah membawa karakter masing-masing mewakili Melayu, Cina dan India sewaktu penghijrahan awal mereka ke Kuala Lumpur. Yang berani berubah akan berjaya. Yang terlalu berharap orang tu akan tolong orang ni akan bantu mencari pekerjaan tertinggallah kau. Yang memilih sangat nak terus melompat jadi bos tanpa melalui proses tertentu boleh teruskan berangan. Anak menteri dan raja je mampu buat macam tu. Kita orang biasa ni kena bertatih dahulu.

Kegigihan generasi awal inilah yang membentuk KL yang moden pada hari ini. Kalau kita rajin membaca atau mengambiltahu sejarah KL pasti teater ini akan lebih memberikan kesan di jiwa. Jika kita dibesarkan di KL dengan mak pak yang sedang menempuh usia emas, bawalah mereka. Entah entah mereka menagis sebak kerana menjadi sebahagian kelompok yang memajukan bandaraya ini.

Yang terdetik dalam hati macam hasil kerja Tiara Jaquelina. Pomm... betul! Susah nak cari orang yang benar benar benar komited dengan teater ni dan Tiara telah berjaya membina jenamanya sendiri.

Mari kita lihat memori Kuala Lumpur sejak 1880.






Pukul berapa teater muzikal di MUD KL?
Pukul 3 petang dan 8.30 malam setiap hari.

Kat mana..??
Panggung Bandaraya, Dataran merdeka. Ala... bangunan bersejarah yang siap pada tahun 1904 tu, sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.



Erm... berapa harga tiket masuk MUD KL ni?
For malaysian, RM53 sahaja. Dah termasuk gst dah tu. Jauh murahnya daripada tiket Anuar Zain kat Tasik Titiwangsa hari tu #tetiba.




Terbang burung terbang....di KL Bird Park

Terbang burung terbang....di KL Bird Park | Cuti persekolahan selama lima minggu telah bermula. Lama kan... tapi cuti sebelum ini lebih lama. Cuti tahun ini sudah ditarik ke cuti perayaan. Bagaimana dengan pengisiannya? Sudah dirancang atau terkontang-kanting macam hantu tak bertuan :D   (kata bos lama )?


Minggu ini berkeliaran di alam siber mengenai wang Malaysia tidak diterima di tempat penukaran wang negara jiran kerana nilainya semakin menurun. Ini memberikan lebih sebab untuk kita melancong di dalam negara. Melancong  dalam negara pun tak kurang menariknya. Tidak keterlaluan jika dikatakan terlalu banyak tempat yang belum kita terokai bersama keluarga. Taman Burung Kuala Lumpur salah satu daripadanya.


Berjalan Dalam Sangkar Burung
Dari pintu masuk lagi kita akan disambut dengan haiwan berbulu pelepah yang cantik ini. Melihat bangau di kolam, merak lalu lalang dan burung terbang bebas tanpa dirantai kakinya sungguh mengasyikkan. Aku tunggu juga bilalah merak tu nak mengembangkan ekornya dengan poyo malangnya tiada. 
   
Sangkar burung selalunya kecil tetapi KL Bird Park sangat berbeza. Kita boleh berjalan, berfoto dan memegang mana-mana beburung yang jinak. Paling seronok sewaktu feeding, "makan time" akan dipenuhi dengan burung yang jinak. Jinak jinak pun kalau terbongkok mengendap dekat sangat dia patuk juga ... terperanjat aku haishhh... heheh..

The world's largest free-flight aviary ini dibahagikan kepada empat zon. Paling kurang peruntukkan dua jam untuk mengeksplorasi keseluruhan kawasan ini tapi sebenarnya kalau datang dengan tujuan bersantai sambil mengambil gambar dua jam takkan cukup.
 
KL Bird Park berada di kawasan hijau Kuala Lumpur. Ada beberapa lagi tempat menarik seperti Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Memorial Tun Abdul Razak dan Memorial Tun Hussein Onn berdekatan. Dari stesen LRT Pasar Seni dan stesen keretapi Kuala Lumpur boleh je berjalan kaki (positif... bakar lemak!).   

Meh nak bakar line !














Hah nak ke mana tuu....


Aktiviti Harian Di KL Bird Park
Rancang waktublawatan anda supaya tidak terlepas aktiviti-aktiviti menarik yang telah diaturkan di sini:

Zone 1
Time : 10.30am
Location : Next to Brahminy Land
Activity : Free Fying Bird Feeding


Time : 2.30pm
Location : Brahminy Land
Activity : Eagle Feeding


Zone 3

Time : 11.30am
Location : Hornbill Park
Activity : Hornbill Feeding


Zone 4
Time : 9.30am / 5.30pm
Location : Photo Booth
Activity : Bird Photography

Time : 10.00am / 5.00pm
Location : Flightless Birds
Activity : Ostrich Feeding

Time : 10.00am / 5.00pm
Location : World of Parrots
Activity : Lory Feeding

Time : 12.30pm / 3.30pm
Location : Amphitheatre
Activity : Bird Show

Time : 4.00pm
Location : Waterfall Aviary
Activity : Miky Stork Feeding






Kuala Lumpur Di Zaman Yap Ah Loy

Kuala Lumpur Di Zaman Yap Ah Loy | Semasa mengikuti Kuala Lumpur FREE Heritage, Cultural & Nature Guided Walking Tour, banyak cerita lama tentang pembukaan Kuala Lumpur diketahui. Sejarah Kuala Lumpur begitu panjang dan menarik, lebih menarik daripada yang dicetak dalam buku teks sekolah. Di mana perkampungan asal Melayu, lokasi sebenar masjid, kilang batu-bata dan sebagainya antara informasi yang diberikan.

Kisah Kuala Lumpur juga tentang manusia yang pandai mencari peluang, merebut peluang dan membuka peluang yang lain. Ia juga mengenai ketamakan, kuasa dan rapport dengan pemimpin. 



 Rumah Yap Ah Loy dekat Central Market tu je..




 Masjid Jamek berada di pertemuan dua sungai, Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Hijaunya Kuala Lumpur yang dulu, siap ada lembu berkubang dalam sungai.







Cuti sekolah ini adalah masa yang sangat sesuai membawa keluarga belajar tentang sejarah negara secara santai. Takkan nak bawa ke theme park je kot? #DekatJe

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free