Showing posts with label Shanghai. Show all posts
Showing posts with label Shanghai. Show all posts

6 Masjid di Shanghai untuk bersolat hari raya Eidul Fitri

6 Masjid di Shanghai untuk bersolat hari raya Eidul Fitri | Assalamualaikum. 17 Jun 2018 dijangka jatuhnya 1 Syawal 1439H, hari kemenangan melawan nafsu bagi umat Islam di seluruh dunia. Hari yang membahagiakan bagi kebanyakan orang.


Hari raya ialah hari untuk berkumpul dan bermaaf-maafan diatas silap dan salah. Seronoknya jika kita masih boleh berkumpul sekeluarga seperti dalam iklan Tenaga Nasional Berhad yang terbaru ni, meriah beb! Sebenarnya di hari raya kita boleh menziarahi keluarga dan saudara juga teman-teman tanpa perlu undangan berbeza dengan menghadiri kenduri, dimana tanpa jemputan adalah haram untuk kita makan di majlis kenduri orang.

Namun ada umat Islam yang bermusafir ketika ini diatas pelbagai sebab. Ada yang terpaksa bekerja. Ada yang sudah biasa begitu, sengaja mengambil kesempatan cuti persekolahan yang panjang. Budaya ini lebih sinonim dengan masyarakat Tionghua kerana bagi mereka paling penting ialah "makan besar" pada malam sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Bagi aku pula, selagi ada mak dan abah insyaAllah kami akan tetap pulang ke kampung. Belum pernah lagi kami berhari raya di rumah sendiri apatah lagi bercuti ke luar negara di Eidul Fitri. Raya itu bahagia.

Ada seseorang yang PM bertanyakan tentang masjid di Shanghai kerana dia akan beraya di sana minggu depan. Jadi aku senaraikan ENAM masjid untuk dipilih bagi menunaikan solat sunat hari raya nanti.

Terdapat tujuh buah masjid utama di Shanghai. Ada masjid yang telah direnovasi beberapa kali, ada yang dipindahkan akibat pembesaran bandar dan ada juga yang digabungkan. Masjid tertua ialah Masjid Songjiang yang berusia 600 tahun!

Sumber di sini.

Masjid-masjid di Shanghai
1. Xiaotaoyuan Mosque (上海小桃园清真寺)
Masjid ini mula dibina pada tahun 1917 dan merupakan masjid yang terbesar di Shanghai. Sebelum ini ia dikenali sebagai Hui Mosque of Western ShanghaiIa masjid yang aktif serta banyak memberi manfaat dalam pengembangan agama Islam kepada penduduk muslim di sana sejak 100 tahun lalu.

Masjid Xiaotaoyuan mampu menerima sehingga 500 jemaah dalam satu satu masa. Di tingkat dua dan tiga disediakan perpustakaan serta ruang membaca yang menyimpan Al Quran daripada pelbagai versi.

Di bahagian mendatar di bumbung masjid disediakan Moon Watching Pavilion. Sejak beroperasi ia juga berfungsi sebagai Muslim National Primary School, Chongben Primary School and Orphans Cultivating School and others.

Alamat:
Xiaotaoyuan Mosque, 52 Xiaotaoyuan Street, Huangpu District, Shanghai

Cara ke Xiaotaoyuan Mosque:
Naik subway Line 8 or Line 10 (sila study Metro map di atas) dan turun di Laoximen. Keluar di Exit 7 dan jalan ke timur sepanjang East Fuxing Road sehingga ke hujung jalan.

Related image
Sumber di sini.

2. Huxi Mosque (上海沪西清真寺)
Nama lamanya ialah Yaoshuinong Mosque. Masjid Huxi ialah masjid yang pertama dibina semula setelah wujudnya People's Republic of China. Reka bentuknya menunjukkan gaya Arab/Islamic yang kuat. Ruang solatnya di dua tingkat. Terdapat air pancut di hadapan dan belakang masjid yang menjadikan suasananya tenang dan 'sejuk'. Di Masjid Huxi juga ada restoran, kedai buku islamik dan kelas mempertahankan diri. Bagus kan?

Alamat: 
3 Lane, 1328 Changde Road, Putuo District, Shanghai (上海市普陀区常德路1328弄3).

Cara ke Huxi Mosque:
Naik metro dan turun di Changshoulu Station (长寿路).

3. Pudong Mosque (上海浦东清真寺)
Masjid ini mula dibina pada 1935. Kini keluasannya 1,650 mps dan mampu menampung 500 jemaah dalam satu masa. Masjid berwarna cerah ini dilengkapkan dengan kubah hijau di atasnya. Bangunan utama dibina tiga tingkat dengan menara setinggi 40 meter dan tiga kubah lain yang lebih rendah. Di dalamnya ada kedai menjual buku dan restoran halal.

Masjid inilah yang aku tak jumpa tu. Cara menulis salah maka aku pun turun salah stesen. Disebabkan itulah aku menulis macam budak nak sit for SPM so that tak menyusahkan orang sampai sesat barat.
Image result for Pudong Mosque

Alamat: 
Pudong Mosque, 375 Yuansheng Road, Pudong District, Shanghai (上海市浦东新区源深路375号)

Cara ke Pudong Mosque:
Naik metro Line 6 dan turun di Yuan Shen Stadium Station. Jalan arah utara. Atau, naik bas 975.

4. Fuyou Road Mosque (上海市福佑路清真寺)
Nama lamanya ialah Chuanxin Street Mosque. Masjid ini merupakan yang kedua dibina di Shanghai. Ruang solatnya menggunakan kemahiran pertukangan kayu China. Diwujudkan sewaktu Qing Dynasty (1644-1911) dan dahulunya menjadi tempat pertemuan orang-orang Islam membincangkan perihal politik, agama dan kebudayaan.

Sewaktu pertikaian agama pada tahun 1932, di masjid inilah semua arahan dikeluarkan untuk mempertahankan maruah agama islam.

Sumber di sini.

Alamat:
Fuyou Road Mosque, 378 Fuyou Road, Huangpu District, Shanghai (上海市福佑路378号). 

Cara ke Shanghai Fuyou Road Mosque:
Naik Metro Line 10 dan turun di Yuyuan Garden Station. 


5. Jingxing Road Mosque
Asalnya ia hanyalah sebuah bilik yang disewa utuk dijadikan tempat beribadah. Dibina pada 1947 dengan keluasan binaan hanyalah 132 mps sahaja.

Pada tahun 1948 muslimin dari Jiansu, Anhui dan beberapa tempat lain mencari dana untuk membeli rumah tersebut untuk dijadikan masjid. Pada 1959 ia digabungkan dengan Fenzhou Road Mosque. 

Alamat:
Jingxing Road Mosque, No.117, Lane 302, Jingxing Road, Yangpu District

Cara untuk ke Jingxing Road Mosque
1. Naik metro Line 10 dan turun di Jiangwan Gymnasium kemudian jalan kaki 15-minit.
2. Naik bas no.910 dan turun di Shiguang Road. 


6. Songjiang Mosque (松江清真寺)
Ini masjid yang paling jauh dari bandar besar Shanghai. Nama asal masjid ini ialah Zhenjiao Mosque @ Real Religion Mosque. Lokasinya ialah diantara Zuibaichi Garden dan Xilin Tower/pagoda/buddhist temple.

Bangunan pertamanya dibina di penghujung Dinasti Yuan di pertengahan kurun ke-4 (1271-1368) menjadikannya masjid tertua di Shanghai. Reka bentuknya adalah gabungan China dan Arab. Masjid ini ada sebuah taman yang cantik dan muzium kecil. Bangke Gate Tower or the Minaret Tower dibina dengan ciri-ciri kesenian Arab. Di belakang masjid ini ada kuburan dimana yang sangat lama bertulisan Cina manakala yang terkemudian ada tulisan Arab. Orang-orang Arab dahulu kala dengan teknologi yang terhad dan sistem pengangkutan yang tidak sesempurna sekarang pun mampu berniaga dan mengembangkan agama Islam hingga ke seluruh dunia. Hebatnya mereka.

Songjiang sebenarnya sebuah bandar yang terpisah dari Shanghai sejak sekian lama. jauhnya 41km daripada pusat bandar Shanghai.

Songjiang Mosque, Shanghai, China
Sumber di sini.

Sumber di sini.

Cara ke Songjiang Mosque:
1. Perjalanan menaiki teksi dari bandar Shanghai akan mengambil masa hampir satu jam. Tik tok tik tok...meter berjalan! Tambangnya RMB150.

2. Naik Songjiang Bus Line 5 atau 8 dan turun di Huating Old Street. Kalau guna google maps bila agak agak dah nak sampai tekanlah loceng. Di China selalunya signage jalan di bandar ada tulisan English.

3. Naik Metro/subway. Sila naik Line 9 dan turun di Zubaichi Park. Boleh berjalan kaki mengarah ke utara atau naik bas Songjiang no. 2 dan turun di Huating Old Street. 

4. Naik train. Naik Huhang Line dan turun di Songjiang Station, di sebelah Zubaichi Park. Jalan kaki 800m.

Aku mencuba sedaya upaya untuk menjadikan lawatan ke masjid sesuatu yang wajib ketika di luar negara selain ke tempat yang touristy. Kita dapat melihat bagaimana jemaah di negara lain bersolat. Kita dapat melihat bagaimana masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadah malah boleh menjana ekonomi sendiri dengan pembukaan restoran dan kedai buku. Akan timbul satu perasaan seronok apabila kita dapat berjumpa saudara seagama di benua yang berlainan. Mereka menganut agama Islam yang minoriti di sana tetapi paling pantas berkembang di seluruh dunia.

Tips melancong di China
1. Jika ingin mendapatkan makanan halal di negara bukan Islam, carilah masjid!

2. Ada sesetengah masjid di China tidak menyediakan selipar tandas. Jadi elok juga kalau kita boleh bawa sendiri untuk mengambil wuduk.

3. Bagi muslimah, bawalah sarung tangan dan stokin kerana telekung tidak disediakan.

My China Trip | Restoran Makanan Halal di Shanghai


My China Trip | Restoran Makanan Halal di Shanghai | 

Sambung lagi cerita Shanghai aku ni. Harap tak bosanlah ye. Ini tajuk penting, ada orang tak boleh hidup kalau tak dapat makan nasi sehari.
Oleh sebab aku berjalan kaki jadi jumpalah beberapa buah kedai halal yang tiada dalam list aku. Sebenarnya di kota besar China tak susah untuk mendapatkan makanan halal sebab jumlah umat islam yang ramai. Yang makan di restoran halal pun bukan semuanya muslim.
Ini restoran halal di Shanghai, tiga daripadanya di Nanjing Road. Najing Road ini ada west dan east. Yang aku beritahu ni di bahagian timur yang lebih meriah dengan kedai. West Nanjing Road dipenuhi dengan butik and branded store.
1) Berhadapan dengan Hotel Sofitel. Letaknya di tingkat 1.
2) Menghadap Hotel Sofitel, di sebelah kiri ada Restoran Amir. Nampak kelas sikit tak berani den nak masuk hahah.. karang kena zasss credit card pulak hehee
3) Keluar dari hotel Sofitel jalan ke kanan. Restoran halal tu kecil aje di lorong kanan yang kedua kot. Aku rasa Fujian Road, di bangunan sebelah kiri ada tulisan besar berlampu, "Spring".
 
4) Yang ini hasil bacaan aku. Restoran tu berada di belakang Seventh Heaven Hotel (yang ada termometer besar tu). Keluar dari SH Hotel ikut jalan sebelah kiri sampai jumpa simpang - not sure yang pertama atau kedua - yang ada traffic light, restoran dua tingkat tu di sebelah kiri.
5) Dalam perjalanan dari Chi Chen Hotel ada sebuah di bangunan yang bertentangan dengan Home Inn. Tak jauh dari Yuyuan Garden. Metro terdekat L10, L2 jauh sikit tapi boleh excercise kaki. Jarak Chi Chen Hotel ke Nanjing Road 20 minit berjalan kaki.
 

 
6) Berdekatan subway Xioanmen dekat Chi Chen Hotel tu pepagi ada orang Islam menjual roti tempayan. Satu manis satu jenis lagi berbijan. Makan sekeping kenyang weh.



 
7) Kalau nak jauh sikit boleh pergi ke restoran yang berhadapan (taklah betul betul opposite) dengan The Cube Hotel, Pudong. Naik Metro 5 yuan. Letaknya seberang jalan sebelah kiri sebelum The Cube Hotel.


 
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
 
Enjoy Shanghai !!

My China Trip- Shanghai Day 3 | Berjuta Tulips di Shanghai Flower Port


My China Trip- Shanghai Day 3 | Berjuta Tulips di Shanghai Flower Port | Tujuan ke Hangzhou di musim bunga dah tentulah nak tengok bunga sangat. Dengan cuaca yang sejuk dan nyaman memang waktu yang sesuai untuk berjalan. Selain spring musim lain yang sesuai ialah autumn, musim luruh. Masa tu dedaun semua bertukar kuning, coklat dan oren. Sangat cantik !


Hari ni aku berpindah ke hostel lain, SOHO International Youth Hostel yang lebih dekat dengan bandar. Kononnya kalau ada masa nak bergaul dengan orang lain pulaklah. Jangan silap faham ya hostel bukan sahaja disewa golongan muda tapi yang tua pun ada asalkan bersesuaian dengan matlamat masing-masing. Aku pun setakat sempat “hello” je dengan 2 orang mek saleh yang share dorm dengan aku. Itupun aku dah berselubung dengan duvet tapi mata tak mahu lelap, sejuk sangat. Pakai t-shirt lengan pendek je diorang tidur… aku berbungkus tangan dan kaki. Sejuk ooiii…. Pagi pun dah 13C. Time hujan ni lagilah sejuk.
 
Aku memang dah ada detail Shanghai Flower Port tu dan sejak di hostel yang sebelum ni dah bertanya dengan staf tu nacam mana nak pergi sebab semua line metro yang aku search menunjukkan sampai line 11 aje. Masalah bahasa dia nak menerangkan tu satu hal, satu masalah lagi apa yang dia tulis tu membuatkan aku lebih keliru. Tempat tu agak jauh dan mereka pun tak berapa familiar. Sudahnya pergi je sendiri, tawakal je lah.





 
Kepada yang belum tahu menggunakan sistem metro di sana, jangan risau sangat sebab ada versi English cuma kebih baik study dulu dari sini. Sebelum ke mesin tiket tu pun study dulu yang kat dinding tu. Kita kena pilih Line yang final.
Nak ke SFP naik subway Line 2 then turun di Long Yang Road lepas tu naik Line 16 ke Lingang Avenue. Itu takde hal dan aku pun menonong mengikut arrow yang menunjuk ke situ… tapi aku pelik jugak, takkan tak kena beli tiket lain? Hahaa… betul pun… nak keluar tak boleh so aku bagi tau le customer service person tu. Nasib baik tak kena denda hehee.. dia suruh bayar 6 yuan. Staf-staf subway semua baguslah dengan pelancong, manis je muka.
Sampai di Lingang Avenue kena naik shuttle bas pulak, 1 yuan. Senang je sebenarnya tapi memang suspens sikit sebab kalau kita bertanya je cepat-cepat menggeleng atau kata “NO”. Polis trafik pun tak dapat nak tolong oii. Cari yang muka muka student universiti tu mereka mungkin boleh membantu serba sedikit. Mereka ni sure akan cakap “I’m sorry, my English is poor….” tapi mereka akan cuba tolong sebab mereka nak belajar bahasa inggeris.

Di SFP aku ambil beratus gambar... akak seronok uolllsss. Nak tengok tulip free kat Hangzhou dah takde pulak so kenalah membayar 100 yuan di sini. Yang masih belajar tu jangan lupa bawa student card korang kemana-mana ye. You’ll get 50% discount! Yang nak tengok bunga tulip sila datang pada waktu yang ditetapkan. Di waktu lain bunga jenis lain pulak bersesuaian dengan musim.


 Romantiknya honeymoon di sini









Ya Allah, rasa nak tidur baring atas bunga-bunga tu. Rasa macam kat Keukenhof sangat adik kakak… dengan trench coat tu bolehlah kelentong orang nanti hahaa… hai entah bilalah nak sampai sana. Semoga dimurahkan rezeki kesihatan, masa, wang dan peluang. Kalau dapat pergi dengan percuma alangkah bagusnya. Kalau dapat ikut entourage memana mak datin best kot hehe..

Aku berjalan sampai sakit kaki. Punyalah luas tempat ni… itupun aku tak masuk muzium bunga tu sebab bimbang ditinggal bas. Letihnyalah haiii dahlah satu benda pun tak masuk dalam perut aku hari ni, takut masuk toilet punya pasal. Erkkk tak kuasa!


Itu burung apa bah? Murai. Burung apa bah? Murai.. Burung apa bah? Burung Murai sayang








Datanglah sini tengok bunga yang banyak tu. Buat family photoshoot ke memang ngamlah. Aku sampai sini pun sebab Tony Fernandes bagi tiket free tapi masa tu kena fuel charge 200 hengget pulak. Sesiapa yang booking tahun ni untunglah bayar tax aje.
Balik tu aku masih berusaha nak mencari masjid semalam dengan turun di Dijing’an Temple tapi tak jumpa jalan tu. Polis trafik pun menggeleng bila ditanya. Aku pun bila ternampak Nanjing Road teruslah berjalan mencari sesuap nasi. Aku kan lapar? Rupa-rupanya aku berada di West Nanjing Road dan nak sampai ke pedestrian walk ya rabbi rasa jauhnya memaksa kaki yang letih berjalan.

Hari ketiga di sini disebabkan berjalan kaki yang jauh tu aku dah dapat gambaran jelas di mana letaknya People’s Square yang aku kena scam tu, Madamme Tussaud dan sebagainya. Di bahagian barat Nanjing Road berderet high end boutique. Ko sebut je nak brand apa.. Ferrari, Gucci, Prada bla la bla… yang kaki shopping tu eloklah book hotel di Nanjing Road ni. Nanti aku blogkan restoran makanan halal di Shanghai pulak.
Oleh kerana tak berjumpa kedai yang menjual sate kambing jadi aku pun masuklah kedai muslim semalam. Main tunjuklah kat gambar, nampak macam ada campuran mihun tapi nan hado…yang ada cendawan, pucuk tauhu dan lain-lain. Sekali tengok meja sebelah makan roti tempayan cicah daging kambing…menelan air liur kita. Itulah yang tak syoknya berjalan seorang, nak order lelebih pun tak boleh.

Portion sup tu kan besar tapi aku usaha jugaklah nak habiskan isinya, sekali tu si bini tauke ketuk kepala anak kecik dia yang meragam dengan sudu  terus hilang selera makan. Haiya... takde tempat lain ke nak pukul? Semua orang memandang tau. Laki dia pun marah. Potong betullah.
Ishhh... jeling lagi daging kambing meja sebelah sambil berjalan keluar hahah...

My China Trip- Shanghai Day 2 | Peoples Square dan Yuyuan Bazaar


My China Trip- Shanghai Day 2 | Peoples Square dan Yuyuan Bazaar | Merata aku berjalan hari ni. Di musim bunga ni semua bunga berkembang cantik memukau pandangan. Seronok berjalan dengan suhu 24C, nyaman je. 

 
Panas dah badan aku berjalan menjauhkan diri daripada scammers tu, lepak sekejap di Peoples Square. Stesen Metro PS ni ada 19 exit so kalau nak menunggu kengkawan make sure exit yang betul. People's Square ni selepas Nanjing Road shopping district. Yang menghala ke sungai tu kawasan The Bund.
 
Wah best lah buskers ni. Walaupun lagu cina tapi sedap di dengar. Kalau Edry KRU dengar ni masuk AJL tahun depan pulaklah kot hahaa… Aku duduk sekejap melepaskan lelah sambil merakam aksi mereka.

 

 
Berdekatan Peoples Square ni ada Madamme Tussaud dan hentian Big Bus Tour. Dah masuk sekali dulu di Madamme Tussaud London cukuplah kot. Setakat Selena Gomez apa kelas? kalau ada M. Nasir ke .. Ramli Sarip ke… nak jugak aku masuk. Patriotik sangat. Gituh.






 
 Ada orang berpiket, tak tahu sebab apa.

 Ada playground di sini
 
Big Bus Tour ada menjual tiket untuk 24 dan 48 jam dengan tiga laluan. Tiket premium 300 yuan dapat naik ke Oriental Pearl Tower atau River Cruise. Bila aku tengok laluan tu semua tempat yang aku nak pergi aku dah kunjungi kecuali temples, so tak perlu. Communication tower lain kali pun boleh pergi, tak minat sangat.
Acara seterusnya aku nak ke sebuah masjid. Aku ni kan bila menulis seboleh-bolehnya akan memberi maklumat yang accurate dengan cara penulisan/ejaan yang betul. Kalau ingat lagi subjek BM dulu:
 
‘di’ akan dijarak jika disambung dengan nama tempat atau masa. Maknanya di Henghe menunjukkan Henghe tu sebuah tempat manakala Dihenghe satu kata nama yang lain. Kenapa aku bangkitkan hal ni? Sebabnya adalah aku tak jumpa masjid tu setelah jauh menaiki Metro, 3 stop lagi nak habis. Info yang aku kumpulkan tu ditaip cara ‘orang sekarang’ yang ramai dah cikgu komplen dengan tak ada koma, noktah, huruf besar, huruf kecil, jarak, hingga menghasilkan maklumat yang kurang tepat.
Tak apalah tak ada rezeki, lain kali cari lagi tapi aku terjumpa sebuah restoran muslim berdekatan The Cube Hotel daerah Pudong. 

Disebabkan tak berjumpa masjid aku kenalah balik hotel untuk solat. Itu tak menjadi masalah besar sebab pertamanya sistem pengangkutan sangat efisien. Kedua, Chi Chen Hotel tu hanya 30m jauhnya dari stesen Xiaonanmen. Lagipun balik petang mana ada orang dalam bilik, semua dengan aktiviti memasing. Ada seorang dormate aku tu sibuk study because she'll be sitting for accounts paper. Stress dia sebab kena jawab 30 soalan english dalam masa sejam. Kesian dia.

Nak kemana eh? Ke Yuyuan Bazaar lagi!

Song Yun Tower. Sumber di sini

Song Yun Tower . Sumber di sini


Dimana Yuyuan Bazaar ni?

No.269 Fangbang Middle Road, Huangpu District, Shanghai

Hanya 10 min berjalan kaki untuk sampai ke sini dari Chi Chen Hotel dan Nanjing Road. Sesiapa yang menginap di Ibis Hotel senanglah, di belakangnya aje. Fangbang Middle Road atau Old Street, City God Temple dan Yuyuan Garden terletak berhampiran antara satu sama lain. Dibuka petang, pengunjung bazaar ni ya Rabbi ramainya. Di Yuyuan Bazaar ada Song Yun Tower resembling zaman dinasti dedulu tu yang sangat cantik di waktu malam. Jalan ini sangat indah suasananya kerana memiliki bangunan berarkiteksur china kuno. Menyesal tak bawa kamera dan handphone. Menyesal menyesal menyesal !
 
Bangunan  di sini bercampur baru dan lama. First time aku datang sini aku tak berjalan sampai ke hujung jadi tak jumpalah Song Yun Tower di atas. Bila datang kali kedua hah kau, punyalah besar bangunan tu dan penuh dengan kedai. Kedai fast food dan ais krim Turki pun ada. Sijil halal Malaysia pulak tu heheh.... ada beberapa sijil ditampal di kedai tu tetiba terpandang logo ghimau, fuhh bangga iols.
 
The price for everything?  dirt cheap!
 
Dapatlah beli shawl 5 yuan kat sini. Berkenan kat cheongsam tapi macam takde saiz I jer iskkk  malas nak tanya takut kecewa. Mesti cantik pakai kat rumah kan? Sopan je duduk kat sofa kekeke.... Beli juga kasut sepasang. I feeling sebaya Yuna you! Haha..

Kat sinilah aku dapat beli butang untuk trench coat yang lagi satu. Kot tu dah lama sangat sampaikan butang ada yang pecah tapi bila pakai elok terletak di badan. Tu yang usaha juga ganti butang. Hari tu gigih mencari sepanjang-panjang jalan Masjid India semata-mata nak cari butang yang hampir sama coraknya. Ada, tapi harga tak boleh blah rm3.50 sebiji. Mencekik sangat. Plastik je pon. Kalau beli 20 dah berapa?? Kat sini dapat 15 yuan je sebiji, itupun tak nego sangat. Bila aku pusing balik makcik tu dengan meja meja sekali dah takde, dah untung banyak kot hehee.. 
 
 
Bagaimana hendak ke Yuyuan Garden/Bazaar?
 
Dengan bas:

Sila naik bas 11, 26, 64, 304, 736, 805, 920, 926, 930 dan turun di Xinbeimen (Renmin Road Lishui Road) Station. Kemudian jalan sepanjang  Anren Street.

Naik City Sightseeing Bus pun boleh, sila turun di Yuyuan Garden.

Dengan Subway:

Sila ambil Subway Line 10 dan turun di Yuyuan Station Exit 1.




Cuba teka berapa yuan harga kasut tu? Sebijik sejibon dengan kasut sekolah All America yang berharga 40 ringgit tu tapi harga kat sini phewwww.... Kalau ada 10 pattern aku beli 10 terus hahahah.... 
 
 
 

 

My China Trip- Shanghai Day 2 | Scammed!!


My China Trip- Shanghai Day 2 | Scammed!! | Berjalan malam di Shanghai sudah maka kita pun nak mengulang Nanjing Road di siang hari pula. Dapatlah gambar thermometer tu siang dan malam.

Istimewanya berjalan seorang ni kita boleh bertukar plan sesuka hati, berjalan ikut kaki. Aku tak risau sangat sebab servis rangkaian Metro di sini sangat meluas. Selagi ada subway tak ada apa yang nak dirisaukan. Hari ni nak berjakan santai santai jek.
Aku berjalan sampai ke Peoples Square. Ada seorang perempuan ni minta tolong ambilkan gambar dengan 2 lagi kawan dia. Aku ok jer siap bagi arahan lagi begitu begini hahaa…. mestilah kita suka kalau orang kata kita pandai ambik gambar ye dok? Kita seronoklah juga sebab dia boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Dah berapa hari dah dok senyap jer... ada mulut pun susah benar nak bercakap.



 Mak pak jangan hilang akal pulak kat dalam ni hehe..


 Seronoknya ada baby... bergambar di Nanjing Road pedestrian walk

 
Dia kata dia orang Shanghai tapi kawan dia si B and C (lelaki) dari Suzhou. Dia ajak aku ke festival teh. Memula aku tak nak sebab kalau dah kata festival mestilah teh tu dijual mahal tapi dia ni very convincing. Dia kata dekat aje so aku pun ikutlah.
 
Yang bawa aku ni kawan dia si A yang dikatakan dari Suzhou. Tak ke pelik? Bila aku tunggu kawan dia yang lagi 2 orang tu dia kata takpe diorang tahu jalan. Eh?
 
Memacamlah kami berborak sambil berjalan tu. Dia kata ayah dia drive BMW mak dia pandu Honda. Bapaknya ada bisnes kononnya. Tanya pulak aku ada kereta apa. Nak aku jawab kang tahu ke dia Proton? Dia kata aku pun kaya jugak sebab pakai gelang emas. Perghh…merata dia memandang. Ko tak tahu mek, omeh murah kek Kualo Pilah. Nampak je dia padahal aku pakai kot berlengan panjang masa tu. Bila dia berjalan di  depan aku pun simpan gelang kahwin aku tu.
 
Kami berjalan agak jauh juga dan dia nampak my uneasiness so dia bagi reassurance tempat tu selamat bla bla bla. Jalan yang dia bawa tu less crowded, Henghe Road. Ada sebuah restoran muslim di situ tapi aku tak sure betul ke halal sebab ada gambar bir di signboard. Diam-diam aku simpan passport dalam poket seluar. Duit memang dah ada sikit. Kiranya apa-apa hal pun aku tak nak jadi PATI di China ni.
 
Logik ke festival takde orang berpusu-pusu? Sampai je di kedai tu ada seorang lelaki berpakaian tradisional membukakan pintu. B masuk dulu dan aku buat keputusan TAK NAK MASUK.

 
Lega.

 
Aku berjalan laju berpatah balik. Berjalan main agak-agak je, jumpa restoran muslim tu semula. Aku berjalan terus mengikut arus. Mesti pelancong China tu semua nak gi shopping kat Nanjing Lu kan? Ikut je diorang.

 
Ingat ye kawan-kawan kedai tu no 245, Beijing Road. Dia mungkin akan menipu tentang festival lain pulak.


Lahabau betul!
 

  

 

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free