Hotel Review | Ibis Melaka Hotel - Economy hotel for business and leisure

Hotel Review | Ibis Melaka Hotel | Alhamdulillah since May this year ai rasa sangat bertuah kerana banyak kali nama naik dalam lucky draw.  One of it dapat voucher to stay at Ibis. Kat Melaka Bandaraya Bersejarah tu...


Lokasi Ibis Melaka Hotel di India Street, sepelaungan je dari Treasures Hotel & Suites yang aku stay hari tu. Dari hotel ini boleh berjalan kaki je Banda Hilir dimana letaknya Bukit St Paul, tinggalan Kota A Famosa, Muzium Samudera, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari, Jonker Street dan sebagainya. Kiranya park je kereta kat hotel dan mulalah berjalan kaki dalam 10 minit sahaja. Paling best ikut laluan tepi Sungai Melaka. Untuk ke Banda Hilir kita akan melepasi St Francis Xavier Church yang telah berusia 169 tahun. Nak ke Batu Berendam Airport? 15 minit sahaja berkereta.

Hotel ini baru sahaja dibuka tahun lalu, menyediakan 249 bilik kontemporari dengan sebuah bilik untuk OKU. Diuruskan Accor Hotels, kedudukannya di dalam UNESCO World Heritage Site menjadikannya penginapan yang ideal untuk bisnes dan percutian. 



Apa yang bagus mengenai Ibis Melaka?
1) Lokasi 
2) Bilik bersih. Even apartment lama di sebelah pun bersih.
3) Ample parking tetapi terbuka.
4) Linennya best! Jenis yang lembut halus tu.
5) Dalam bilik siap ada bantal peluk (bolster) yang gebu. Rasanya inilah kali pertama menginap di hotel yang provide bolster. 
6) Gimnasium disediakan
7) 100% non-smoking hotel (bagus!)
8) OKU friendly


Apa pula yang kureng di Ibis Melaka?
1) I booked twin sharing room, konon tak nak berhimpit dengan GBS tapi katilnya saiz biasa tidak seperti kebiasaannya bersaiz super single yang selesa tidur berdua.
2) Mereka tak refill (atau refill sikit je kot) shampoo/liquid soap agaknya. Lepas anak aku mandi terus habis tapi container besar gak.
3) Takde swimming poooolllll.....! Frust GBS haha...
4) I wish they have more selection for breakfast. Ai tak makan nasi or mee pepagi.
5) Oleh kerana it situated at India Street, menurut staf Ibis kita kena pergi ke Banda Hilir untuk mendapatkan makanan halal. Small matter je actually sebab all the attractions kat sana so bila sudah kenyang baru balik ke hotel.

However overall experience is good, worth for money.


Fasiliti lain:
Free WIFI
Outdoor playground for children (di belakang)
Air conditioned
Boleh hantar ke KLIA (with a fee)
Reception open 24 hours a day
Iron disediakan tapi kalau nak dry cleaning pun boleh
Penukaran wang


Ibis Melaka Hotel
249 Jalan Bendahara
75100
Melaka
Tel: +606 2228888
Faks: +606 2228899

Check-in time 15:00
Check-out time 12:00


Nota:
1) Tidak dibenarkan membawa durian, manggis dan dragon fruit ke dalam hotel.
2) Kami makan malam di Restoran Hajah Nona ke apa nama dia, berdekatan Hotel Casa Del Mar. Kuah asam pedas ikan kureng, ada rasa pahit sikit tapi ayam gorengnya SEDAP giler! 

1 comments so far

Very well written story. It will be beneficial to anyone who usess it, including me.
Keep up the good work - looking forward to more posts.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free