Itinerary percutian keluarga 4 hari 3 malam di Kuching, Sarawak

Itinerary percutian keluarga 4 hari 3 malam di Kuching, Sarawak | Seperti tahun lalu setiap hujung minggu  kami di bulan Disember dipenuhi dengan undangan perkahwinan. Tahun ini keempat-empat minggu kenduri kahwin melibatkan ahli keluarga jadi percutian keluarga sendiri terpaksa diawalkan seminggu sebelum cuti persekolahan. Exam dah habis so cikgu pun tak kisah. Datang sekolah pun memokak yo kojo ea.


Kami bertolak Sabtu malam jadi waktu untuk bersuka ria hanyalah tiga hari sahaja. Agak kurang gembira kali ini kerana anak tak cukup seorang. Kakak tak dapat pelepasan kerana memohon cuti sebulan sebelum bertolak. Principal dia kata susah nak reschedule para pelatih walaupun nak bercuti dua hari je. Kita pun tak faham lagi dengan peraturan di kolej ni kan... next time bila confirm je tiket kapal terbang terus apply cuti. Yang seorang lagi nasib baik diluluskan. Agak sukar nak berjalan bersama sekarang, kalau mereka dah bekerja lagilah susah kot terutama yang bakal kerja shift.


Dari KLIA2 ke Kuching
Owh kami tak beli luggage sebab seorang dapat 7kg baggage allowance, bila tujuh orang dah ada 49kg. Terlebih banyak dah tu. Seat pun tak beli sebab based on past experiences kami selalunya dapat duduk dedekat, row depan belakang je tapi kali ni kami terpisah jauh tiga tempat. Yang bestnya budak kecil dua orang tu dapat hot seat jadi salah seorang daripada mak paknya kena duduk dengan mereka. Aku duduk dengan the youngest di hot seat manakala Bangteh bertukar duduk di ekor dengan ayahnya. Merasalah aku duduk di hot seat heheh... tapi aku rasa taklah selega seat di Air Asia X.

Kesiankan anak, kita bagilah duit untuk mereka beli makanan. Boleh pula yang seorang tu makan mee segera Maggi hmmm....geram je aku tengok, membazir RM6. Punyalah banyak menu Santan Maggi jugak nak ditelannya. Yang bongsu ni aku tak plan nak belikan apa apa sebab dia dah makan macam macam tapi dia psiko aku, "adik nak makan, mama tak sayang adik ke?". Pandai. Sel-sel otak dia berhubung.

Dari Kuching International Airport kami naik Uber dan Grab je ke hotel. Uber XL takde pula time tu so kena naik dua kereta. Kita ramai wakkk... 

Kami sampai di Kapit Hotel dekat 11 malam. Ada isu sikit tapi kita cakap bebaiklah, bos dia nak compensate dengan memberikan kami dua bilik tapi aku tolak sebab aku dah fikirkan masalah nak mengejutkan bebudak ni pepagi. Mau bangun semua orang dalam hotel tu bila dengar suara aku nanti hahahah... stress gue nanti. Tak mengapalah, kami minta extra mattress je. Sempit sikit tapi masih ada ruang untuk bersolat. Tilam, bantal, air cond, staf semua okay kecuali dinding bilik air tak bersagat. Bilik pun tak dikemas. Dah hari pertama tak berkemas hari seterusnya aku suruhlah anak-anak kemaskan selimut dan susun bantal. Aku tak suka berada dalam keadaan bilik berserabut, lagi serabut kepala bila dah penat berjalan masuk ke bilik tengok katil tunggang langgang. Ish tak boleh... tak boleh!

Oleh kerana kami bertujuh, aku tempah van Kia Pregio daripada GoTravel Holiday Sdn Bhd. Bawa anak-anak ni kena peka hal keselesaan dan keselamatan. Lagipun kononnya senang nak letak 'harta rampasan' heheh... ada hati juga nak shopping. Tempat yang kami tujui jauh jauh belaka dan di tanah tinggi. Kalau nak sewa van atau perlukan pakej boleh call Encik Malik 016-888 9432. Pregio satu je yang lelain Toyota Hiace. Adik ipar dia jual kek lapis Dayang Salhah.

Van yang sangat selesa, boleh menyakat bergumpal bertumbuk menangis ketawa 😝 Poning kepalo den.

Uiks panjang juga bebelan. Mesti tak sabar nak tahu itinerary kami kan?

Hari Pertama
Hari tersebut merupakan hari terakhir acara regatta di Sungai Sarawak. Ada orang kata program start at 8am so kami pun tunggulah di tepi sungai tu selepas breakfast. Di sana sekali lagi kami bertanya, kali ini dengan Rela. Dia kata start pukul 10 pagi jadi kami pun cau cin cau lah sebab ada rancangan lain.

Rose among the torns. Berkali-kali datang Kuching baru kali ini dapat bergambar dengan cat statue ni.




Pagi Ahad aku dah plan ke Pasar Serikin yang berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia. Kalau uols nak beli tikar Sarawak belilah di sini, murah. Saiz paling besar rm230. Aku tanya kat Pakistan di Nilai 3 sebelum raya hari tu bukak harga je rm600. Tanjat kite 😁

Aku cuma beli serbuk pop ice berjenis dan berpapan papan, kerepek pisang, limau, key-chain dengan ukiran nama, acuan rempeyek... beli yang kecil rm4. Rugi pula tak beli acuan kek empat segi. Kain sulam dan renda tak beli... bila ntah nak dipakai.

Sesampainya di Pasar Serikin hujan lebat pun turun. Nasib baik sekejap je.

Selepas tu kami ke Wind Cave dan Fairy Cave. Yang kelakarnya kami tersalah sangka Fairy Cave yang ada patung Budha. Mujur ringan mulut bertanya kepada staf di Wind Cave. Aku pelik gak kenapa tak nampak seperti dalam gambar, kecil je ruangnya, rupanya salah gua heheheh.. Seringgit je caj masuk ke gua-gua tu.

Gua yang kami tersalah masuk tu :))

Wind Cave dalam suasana asal, gelap. Kita kena bawa torchlight. 

Wind Cave @ Gua Angin

Fairy Cave cantik dengan stalagmit dan stalagtit. Ada lampu kecil dipasang untuk menerangi jalan di pelantar kayu. Kita kena naik tangga setinggi bangunan lima tingkat baru sampai ke mulut gua. Sebelum tangga dibina pelawat kena hike tepi bukit tu. Sejuk je gua ni. Di dalamnya ada lagi dua tangga tegak. Mencabar sikit tapi jangan awal sangat mengaku kalah, anak iols yang berumur empat tahun tu selamba je naik. Takkan hang kalah dengan dia? Malu beb.


Fairy Cave @ Gua Pari-pari

Kemudian kami ke Tasik Biru, mengimbau kenangan lama. Tasik ni dah tak cantik seperti zaman aku kekecik dulu. Masa tu kami boleh mandi-manda di sini...ada pokok untuk berteduh. Sekarang dah sunyi setelah kem tentera dipindahkan ke lokasi lain. Lagipun setelah perlombongan emas dilakukan semula sekitar 1990, air tasik ini tidak lagi sesuai untuk berendam. Ada perkhidmatan bot yang membawa kita makan angin sehingga ke air terjun di Tasik Biru selama 15/30 minit. Tak mahal pun tapi bos tak nak naik jadi kami pun singgah solat di masjid Bau sebelum balik ke bandar Kuching.

Tasik Biru.

Kami singgah sebentar di rumah parents bekas cikgu tadika dulu. Cikgu tadika okeh. Lama giler hubungan kami, dah macam saudara sendiri. Alang alang dah lalu... masih jelas di ingatan nombor rumah dan jalan ke rumahnya. Sekarang adiknya tinggal di situ dan malam tu kami menziarahi adik beliau yang seorang lagi. Rumah akak tu jadi port lepak/meeting mereka adik-beradik. Best nya dapur dia... ada sesi borak dan interview tentang travel bersama anak-anak remaja mereka. Rasa muda lak hahah...


Hari Kedua
Hari ni nak cover kawasan Semnggoh dan sekitarnya. Lokasi pertama yang kami tujui ialah Semenggoh Nature Reserve, tempat rehabilitasi orang utan yang sakit dan dijumpai orang awam sebelum dipulangkan ke habitat asal.

Rumah lama di Kem Penrissen. Kali ni kami tak masuk dalam sebab banyak tempat yang hendak dituju.

Orang utan di Semenggoh Nature Reserve.

Kami tiba dalam hujan renyai sebelum feeding time. Waktu memberi makan orang utan sehari dua kali, 9 pagi dan 3 petang tapi janganlah tiba on the dot. Binatang bukan boleh dijangka. Sewaktu kami tiba di sesi pagi tu tak muncul pun orang utan tu. Mungkin juga akibat mulut pelawat yang tak reti diam, bercakap je kerjanya. Park ranger tu dah remind supaya diam pun still tak boleh diam. Suka betul bercakap, mengalahkan budak-budak. Bengang betul.

Tujuan seterusnya kami ke Borneo Highland Resort. Ada apa di sini? Saja nak tengok. Masa datang dahulu hanya resort guests sahaja dibenarkan masuk tetapi sekarang sesiapa pun boleh naik sehingga 8km ke atas dengan bayaran tiket masuk RM10 seorang untuk dewasa. Masih ada 2km lagi untuk ke resort, hanya tetamu berdaftar dibenarkan ke sana. Resort ni hanya menyediakan vegetarian meal. Turun berat badan kalau seminggu duduk sini 😁  Masa kami sampai tu hujan renyai. Parking sahaja van, ambil gambar sesikit terus hujan lebat. Leburlah RM45 bersama air hujan tu hikssss....konon nak tengok negara Indonesia dari sini.

Borneo Highland Resort

Selepas setengah jam menunggu hujan tak juga reda maka kami decided untuk turun. Suspense juga turun dari gunung dalam hujan lebat. Alhamdulillah selamat. Rancangan untuk mandi di hot spring Anah Rais pun turut terbatal.... so kami patah balik nak tengok juga orang utan.

Kami berhenti makan di food court tak jauh dari Semenggoh Nature Reserve. Aku namakan "food court cari jodoh" 😁 sebab menjadi tempat bakal nurse dan bakal polis makan. Takde kantin dalam Pusat Pendidikan Sains Kesihatan tu agaknya sebab nampak ramai sangat makan di situ. Ada dua gerai nasi campur, aku beli dari gerai yang sebelah kanan sebab nampak lauk-pauk dia macam pedas.

Selepas itu kami masuk ke Semenggoh Nature Reserve semula menggunakan tiket yang sama. MasyaAllah enam ekor orang utan sekali turun termasuk abam otai, Edwin. Puas hati anak-anak.

Malam tu kami menyeberangi Sungai Sarawak menaiki bot penambang untuk makan di food court. Laksa Sarawak di gerai Pak Lah sangat ohsem! Harga pun berpatutan, Sebelum balik kami beli kek di dua kedai. Masa beli ni takde pula yang cakap nak bagi kawan bagi lecturer bagai, bila sampai rumah eh... tetiba ada pula hajat nak bagi si polan dan si polan. Kalau tahu awal boleh beli lebih banyak. Ada seorang peniaga menjual ikan terubuk masin berdekatan jeti. Kalau rasa tak sempat nak membeli di Kubah, beli je dengan dia. Tak jumpa pula penjual lain di bandar Kuching tu.

Tak terus balik ke hotel, kami berjalan di Kuching Water Front hingga ke Jambatan Darul Hana. Jambatan baru dari waterfront hingga ke Sarawak State Assembly Building. Lampunya bertukar-tukar warna merah hijau kuning biru so get ready je dengan kamera menunggu lampu kuning. Kemain ramai orang malam tu. Sewaktu berpatah balik jambatan terasa berayun, terhuyung hayang aku berjalan tapi sekejap je lah.

Di tepi sungai tu ada gerai makan juga. Nampak sedap dengan portion yang agak besar.

Aktiviti belum tamat 😃 (mak ko belum penat, nak, hahah..). Kami berjalan kaki pula mencari ais krim gula apong di open market sambil bergambar di mural.


Sarawak State Assembly Building


Jambatan Darul Hana


Hari Ketiga
Rancangan asal nak ke Fort Margaritha dan taman orkid tetapi selepas berjalan ke sana sini still tak dapat bot (sebab bukan peak hours lagi) kami jalan jalan di India Street aje dan keluar masuk kedai souvenir. Selepas check-out makan ais krim gula apong lagi di sebelah hotel pula. Rasa manisnya boleh potong kaki.

Tengahari ni kami makan di rumah bekas cikgu tadika di Batu Kawa. Dia bagi arahan lain aku ikut jalan lain sudahnya sesat hehee... Wah sedap betul lauk tengahari tu hingga terlupa mengira kalori. Takpelah Rabu depan start diet. Rabu depan tu tak taulah berapa jauh depannya hahahha...

Selepas Asar kami pun bertolak ke lapangan terbang. Naik kapal terbang bukan macam naik bas/teksi/keretapi ya. Gate close 20/30 minutes before departure so janganlah meroyan kat sosmed  jika ditinggalkan abam pilot sedangkan hang yang tak baca arahan. Aku pun pot pet pot pet kat bujang dua orang tu. Aku cakap kalau ko berdua tertinggal pepandailah cari duit beli tiket balik. Penerbangan awal 10 minit jadi sampai pun awal tapi sejam menunggu bas direct ke Seremban. Senang sikit sekarang tak payah naik bas ke Nilai dan tukar bas lain/naik KTM komuter ke Seremban pula. Jimat masa.

Itu sajalah itinerary kami. Dua hari hujan jadi ada tempat yang kami tak dapat pergi. Kami juga dinasihatkan untuk tidak ke Bako National Park kerana bimbang ombak besar sewaktu balik. Tak mengapalah, hujan pun rezeki juga.


Mungkin ada yang nak tahu berapa kos yang hangus. Secara kasarnya beginilah:

Tiket + GST untuk 8 orang = RM216 (aku beli bulan Mac 2017)
Hotel 3 malam = RM330
Van...sehari RM250, 3 hari dapat banyak diskaun lagipun self-drive
Diesel = RM90 (ada lebih lagi)
Makan...breakfast saja RM28 sekali makan, lunch harga standard macam semenanjung
Kek... banyak gak
Travel insurance
Misc...pes laksa Sarawak, jajan, ais krim dan sebagainya

Boleh tahan banyak juga 🙆😓😊


***


Nak tahu tentang tempat-tempat lain yang menarik di Kuching? Jemput baca di sini.


Negeri yang paling banyak daerah = Sarawak.
Negeri yang paling banyak airport = Sarawak.
Negeri yang paling banyak etnik = Sarawak.
Negeri yang paling banyak gua = Sarawak.
Negeri yang paling panjang sungai = Sarawak.
Negeri yang paling banyak tempat percutian = Sarawak.
Dan yang paling best, negeri yang TIADA toll = Sarawak.






This Is The Newest Post

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free