Kuala Lumpur FREE Heritage, Cultural & Nature Guided Walk | Ketahui Sejarah Kuala Lumpur Dalam 2.5 Jam

FREE Guided Walking Tour In Kuala Lumpur | Ketahui Sejarah Kuala Lumpur Dalam 2 Jam | Tinggal atau bekerja dalam jangkamasa lama di satu satu tempat belum menjanjikan pengetahuan kita bertambah mengenai lokasi tersebut. Tambahan pula apabila kita sampai ke tempat kerja bergelap, balik pun dah gelap. Kehidupan kita hanya habis dalam pejabat sahaja.
 
Kuala Lumpur kini kota kosmopolitan hebat yang berasal dari kawasan biasa biasa sahaja. Dahulunya ia adalah wilayah Selangor yang dimajukan Kapitan Cina ketiga, Yap Ah Loy. Yap Ah Loy membina rumah besar di tepi sungai yang menjadi nadi pengangkutan di waktu itu. Pelabuhan digunakan untuk mengangkut bijih timah di lombong Ampang, Pudu dan Sungai Besi. Sebelum ada bot berenjin perjalanan dari Kuala Lumpur ke Klang mengambil masa tiga hari dengan bersampan. Sado lengan memasing agaknya. Bayangkanlah pula bila dah sampai ke pelabuhan kena pula mengangkut bikih timah, batu-bata dan sebaginya ke lokasi seterusnya. Mudahnya hidup kita sekarang. #syukurselalu. 
 
Perlu diketahui juga bahawa sejak dahulu lagi orang Melayu sudah tinggal di bandar. Mereka, termasuk penghijrah dari Indonesia, menetap di sekitar Jalan Perak (area CIMB tu) dan Jalan Melayu (di Masjid India). Orang Melayu peneroka bandar. Demi 'kemajuan' mereka diusir dipindahkan ke kawasan lain. Sejarah sentiasa berulang, pemainnya sahaja yang bertukar. Siapa berduit dialah yang berkuasa.

Masyarakat beragama islam telah membina sebuah masjid di tapak Burger King berhampiran LRT Masjid Jamek sekarang ini. Apabila kawasan tersebut dimajukan pihak British telah menggantikannya dengan Masjid Jamek yang masih utuh hingga sekarang. Aku agak kehidupan penghijrah dahulu samalah seperti apa yang sedang berlaku di Jalan Silang sekarang ni. Di bangunan rumah kedai tu ada surau tau, aku pernah terdengar azan berkumandang secara live. Raya haji hari tu dengarnya warga Bangladesh bersolat di atas jalanraya di situ.
 
 
Bagaimana untuk mengikuti program Lawatan Berpandu PERCUMA di Kuala Lumpur?
 
 
Usaha ini telah dipelopori oleh Tourism Kuala Lumpur yang berada dibawah Biro Pelancongan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pelancong diberi empat pilihan iaitu:
 
1) Kuala Lumpur Heritage Trail
2) Old Kl & Nature Walk
3) Jalan-Jalan at Kampong Baru
4) Kuala Lumpur Night Walk
 
Lain pakej lain meeting point. Seronok dapat mengetahui dengan lebih jelas sejarah silam Kuala Lumpur. Melalui pembacaan juga boleh tetapi berjalan sambil ditunjukkan bangunan yang terlibat dalam pembesaran KL itu sendiri lebih menarik dan mengujakan. Ada bangunan yang masih berfungsi hingga kini, ada juga telah bertukar tangan.
 
Guided Walk Programme ini bukan hanya untuk pelancong asing. Kita orang Malaysia pun boleh turut serta. FREE kan.... rugilah siapa yang melepaskan peluang. Aku pun baru tahu je ni.
 
 
Kuala Lumpur Night Walk
Kami berkumpul di The Arch Cafe at the Old Market Square. Alaa... kat belakang Pasar Seni tu. Dulu HSBC Bank yang menempati lokasi kafe tu. Tempat aku lalu lalang di tahun 1990an dulu. Suka sangat aku ke Central market time memuda dulu melihat orang melukis potret. Yang kena lukis mukanya tu tabah je kaku atas kerusi hahaa..

Bermula dari Lebuh Pasar Besar tour guide kami Jane menceritakan sejarah bangunan Straits Trading Building, Cycle & Carriage, menara jam dan sebagainya. Lokasi tersebut merupakan kawasan penting permulaan Kuala Lumpur lebih seratus tahun dahulu. Sungai Klang dan Sungai Gombak bertemu di sini, di Masjid Jamek.

Projek River of Life sedang berlansung yang menyebabkan keadaan di sana agak kurang menarik. Pemaju yang dilantik adalah sama dengan pemaju yang mencantikkan sebuah sungai di Korea Selatan. Aku ada ceritakan di sini beberapa bulan lepas. Mereka akan melebarkan kawasan pejalan kaki supaya warga Kuala Lumpur dan pelancong dapat menikmati keindahan bangunan di sekitar kawasan tersebut seperti Masjid Jamek, bangunan Sultan Abdul Samad, Bank Muamalat dan Jalan Melayu itu sendiri. 

*Gambar-gambar ini diambil dengan menggunakan Huawei Honor4C. 
 Straits Trading Buidling
 
 Cycle & Carriage
building.
 
 Old clock tower.
 
Ketiga-tiga gambar ini di Lebuh Pasar Besar yang berada di pertembungan Jalan Tun H.S. Lee (Jalan Bandar), Medan Pasar (Old Market Square) dan Jalan Hang Kasturi (Rodger Street).


Seterusnya kami melalui Jalan Melayu di OCBC Bank tu menuju ke Jalan Masjid India yang menjadi 'port' imigran dari India Selatan. Mereka asalnya bekerja di estet getah dan perlombongan sebelum menceburkan diri dalam perniagaan. Mereka juga bagus dalam perniagaan tekstil, pertukaran wang asing dan emas. Kan banyak kedai emas di Jalan Masjid India tu.
 
Mereka juga membina Masjid India demi Tuhan yang satu, supaya mereka dan generasi seterusnya sentiasa berpegang teguh kepada Islam. Sama jugalah seperti kita bila menjadi imigran di negara asing. Risau keperluan rohani anak-anak.

Jane sedang menceritakan sejarah Kuala Lumpur.

Masjid India.
 
Seterusnya kami dibawa ke pasar malam Kuala Lumpur yang terkenal di Lorong Tuanku Abdul Rahman. Nama jalan dan lorong ini adalah bersempena dengan nama Yang Dipertuan Agong yang pertama dan bukannya Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
 
Ingat lagi tak sebelum kekecohan pada tahun 1998, pasar malam ini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)? Surprisingly malam ini keadaan agak lengang. Mungkin orang ramai ke Dataran Merdeka untuk menonton Citrawarna padahal Citrawarna berlansung malam keesokannya, 25 September. Macam-macam di jual di pasar malam ni. Paling menarik perhatian aku "inner anti tembam - INAT" hahah... kreatif! Terasa ai tau. 







Kami juga singgah di panggung Odeon. Gah panggung ni dulu tau. Sekarang ia hanya menayang filem Hindustan dan Tamil sajo. Kalau nak merasa kebab sedap di Kuala Lumpur silalah ke seberang Odeon tu (di depan kedai kain Umang-Umang kalau tak silap namanya). Memang sedap! Aku mula makan sejak harganya RM1.20 lagi. Sekarang dah RM3.50 dan ada pilihan nak roti biasa atau roti pita. During lunch hour beratur panjang beb!
 
Lawatan berpandu ini berakhir di Coliseum Cafe yang asalnya menjadi tempat 'lepaking' tuan orang puteh kita dahulu. Kafe ini ada dua seksyen, kafe dan bar. Dahulunya orang perempuan tak boleh masuk ke bar manakalan orang tempatan tak boleh masuk lansung di kedua-duanya. Ada kasta. Menariknya, ada seorang waiter yang masih bekerja sejak puluhan tahun lalu. Diuruskan oleh anak tempatan (waris), kafe ini masih menjadi tempat pertemuan generasi lama selain sebuah lagi restoran di depan Sogo tu.
 
So this weekend you all dah ada aktiviti untuk dibuat bersama keluarga. Hari Sabtu boleh ikut dua trip terus. Biarlah kita lebih mengenali "kampung" sendiri berbanding orang luar.
 
Next, I will upload lots of the old Kuala Lumpur's photos. Sabaq na...  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free