Cuti-cuti Medan, Indonesia Day 1



Kami ke seberang laut yang tak berapa jauh kali ni. Kos tambangnya dikira tak mahallah sebab dah booking setahun yang lalu. Uisshhhhh anak aku bukan main excited lagi tau nak pergi sanggup kumpul duit belanja sekolah sebab konon nak shopping kat sana. Kesian diaorang.......... nantilah aku cerita bila sampai masanya. Punyalah syok budak2 tu dapat duit beratus ribu hehehehhh....


hohohoho....... nak bagi taulah kepada yg tak tau lagi. Untuk ke Filipina dan Indonesia tak boleh buat group passport ye... kena sendiri2. Cisss lari budget aku kena tambah lagi 300.
Moralnya: pre-assumption not good for your health isk isk isk....
 
Diam sekejap budak cenonet nih

Kuala Lumpur-Medan, Indonesia takes only 50 mins. Aku belum habis isi borang masuk Indonesia tu lagi dah kena pakai seat belt balik dah nak mendarat, tak dan nak amik gambar awan as usual.

1st aku tukar duit kat sini

From my previous experience dapat cheaper rates bila tukar kat Indonesia so aku cuma bawa lebihan duit gi Bali hari tu, cukuplah untuk bayar hotel. Rental+supir bayar kendian. Masa kat airport Medan aku takmo tukar duit tu kunun nak cari rates yg lebih baik-aku fikir senang la nak cari money changer macam kat Bali nun rupa-rupanya bukan main payah lagi nak cari yang still running their bussiness after dark. Ayolahhh....... berpusing-pusing mencarinya at last jumpalah yang ini. Ada kisahnya......... jeng jeng jeng !!!

My laling dah tukar ntah berapa ratus ntah, aku pun nak tukar jugak termasuk duit anak-anak. Rates dia bagi rm1=2750 murah giler! padan muko den. Aku tukar rm535 dulu so sepatutnya aku dapat IDR1,471,250. Dia bagi aku less dari tu dengan alasan takde duit kecik. Mula-mula aku ingatkan yg hujung 50 tu takde aku kata okaylah. Lepas tu masa dalam kete aku fikir dan kira-kira balik dia bagi aku kurang dalam value rm11 walhal boleh aje dia pulangkan duit aku dan bagi cukup-cukup dengan duit rupiah yang dia ada. Hampeh! aku pangkah terus m/c ni. Patutlah tersengih-sengih je kerani tu dengan nyonya si tauke. Ko bedal duit aku ye?


Hotel Residence di belakang masjid raya - budget hotel with free wifi

Lepas tukar duit tu kami gi makan (tu yang terpaksa tukar duit jugak malam-malam tuh). Kami laki bini takdak hai yang jadi halnya budak-budak ni ..... karang berkicau kalau perut lapar. Aku bilang kat supir yang kiri sekali tu-Rizal namanya-
kamu bawa kami ke tempat makan biasa-biasa aja ya... yang penting halal, bersih dan enak.... ngak usah ke tempat pariwisata

Dia bawa kami ke medan selera Selat Panjang. Kami makan mee kuah, kuew tiaw, sate. Sate kerang tak ngam dengan tekak. Kat bandar Medan senang nak dapat makanan halal sebab majoritinya muslim. Yang susahnya bila keluar kota. Aktiviti malam kat sini? ilek

Owhh... lupa pulak nak cite fasal hotel tu. Rasa rugi pulak nak sewa mahal-mahal, dah la check-in di senjakala esok pagi-pagi dah keluar tu yang aku choose hotel ni which is situated belakang Masjid Raya Medan. Kat sekitar sini ada banyak jenis hotel antaranya Antares starts from 400k rp, Sukma City, yang budget antaranya Ronna's, Blue Angel. Walaupun kat hotel tu ada cafe we opt for makan di luar untuk breakfast. Kami dapat duduk kat bangunan yang baru dibeli, semua cunlah... tilam, katil, tv lcd, aircond baru cuma toilet duduk tapi kena siram. Macam kat kampung lak. Tak kisah la tu kan. Kain baju aku hantar ke laundry right depan hotel sebab dia boleh kira per kg, yg kat hotel per piece. Hantar hari ni amik esok 7k rp, hantar hari amik hari ni jugak 10k rp, ok kan? perghhh.... wangi almari aku ni ha dengan bau softener dia.

Dari hotel ni walking distance je ke Istana Maimun, Mayestic bakery, Masjid Raya dan ada 1 shopping complex tu apa ntah nama dia, tak dan nak masuk. Kalau nak makan keluar je hotel kiri kanan belakang ada orang berniaga. Try murtabak mesir, boleh tahan sedap tapi sebelah malam je lah sederet dengan Indomart tu.

Post a Comment

7 Comments

  1. salam..ruggedmom, supir yg anda amik ni under pakej ke @ deal teros menerus dari malaysia?

    ReplyDelete
  2. tpn dia terus dr sini. Keje emel mengemel ke indo ni lambat ler

    ReplyDelete
  3. Salam, ok ke pak supir tu kak? brp byr dia?

    ReplyDelete
  4. ruggedmom, berapa no telefon supir rizal ni? berapa dia charge sehari?

    ReplyDelete
  5. salam. boleh sy tau contact no driver tu? :) tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. askm aboyz, thanx for visiting this blog. Sorrylah saya tak dapat nak recommend sbb hari tu sy rec kat someone tapi dia tak dpt spt yg diharapkan, bertukar-tukar supir dlm masa 4 hari tu :(. U google sendirilah ye...sorry again.

      Delete

Feel free to leave your comment below. Thank you.