Menjejak Sejarah Melaka | Melaka Heritage Trail



Jika ditanya dengan soalan negeri manakah yang kaya dengan sejarah penjajahan dan terkenal di dunia suatu ketika dahulu? Tidak sukar untuk kita menjawab MELAKA. Melaka sehingga kini menjadi tumpuan manusia. Bezanya, dahulu untuk perdagangan tetapi kini sebagai pusat pelancongan. Melaka yang telah berusia 752 tahun kini sedang dimajukan untuk fasa kedua yang mangambil masa sehingga tahun 2020.


Terdapat 12 subsektor pelancongan di Melaka diantaranya ialah sejarah, makanan, membeli-belah, dan pendidikan. Sejak 10 tahun lalu ia semakin berkembang dengan sektor pelancongan perubatan terutamanya dari rakyat Sumatera Barat terutamanya dari PekanBaru, Dumai dan Pulau Karimun kerana lokasi yang berdekatan dan harga berpatutan sehinggakan ada diantara hospital swasta di Melaka menyediakan hotel di dalam kawasan hospital untuk ahli keluarga pesakit menginap.Haaa… itu yang mereka suka, tidaklah bosan sangat bila berada di hospital, ada masanya tetap terus dapat keluar melancong.Yang paling mendapat tempat dihati para pelancong ialah Melaka River Cruise.

Satu perkara yang harus dipuji dengan tiga pihak berkuasa yang terlibat dengan pelancongan negeri Melaka, mereka bersepakat dalam meningkatkan, memajukan dan mempromosikan produk pelancongan negeri. Mereka juga mendapat sokongan padu daripada para NGO. Rakyatnya turut sama menjaga keindahan persekitaran rumah masing-masing dan ramah mesra kepada pelancong. Kalau tak percaya korang pergilah memandu ke kampung-kampung, agak sukar untuk kita melihat kawasan rumah yang kotor dan semak samun. Seriusnya mereka dalam industri pelancongan sehinggakan bekas Ketua Menteri Datuk Ali Rustam pernah menegur sendiri seorang pengusaha sebuah hotel setelah membaca komen pelancong di internet (bad hotel review).

Okay mari kita berbalik kepada cerita Menjejak Sejarah Melaka | Melaka Heritage Trail. Walaupun kita pernah belajar mengenai sejarah Melaka dan banyak sumber lain yang boleh memberitahu kita tentang itu, menggunakan khidmat pemandu pelancong ketika membuat lawatan adalah yang terbaik. If you wish to have a free guided tour for Melaka Heritage Trail do it on Tuesday, Thursday and Saturday. Masanya antara 9.30 pagi hingga 12 tengahari dan perlu mendaftar di Tourist Information Centre.

Cerita sejarah Melaka yang kita fahami dimulai dengan cerita Parameswara yang beragama hindu berasal dari Palembang. Negeri Islam hanya bermula ketika kesultanan Melaka. Program yang akan kita buat laluannya akan bermula dari bangunanStadhuys Town House atau Dutch Square atau Red Square yang dibina pada tahun 1650 naik kebukit St Paul lalu turun ke kubur Belanda membawa ke tinggalan kota A’Famosa, ke muzium negeri dan kemudiannya tugu peringatan kemerdekaan.

Melaka diserang Portugis pada tahun 1511 setelah pihak tersebut datang recce semenjak dua tahun sebelumnya. Cerita tersebut ada dipaterikan pada papan batu di kawasan yang kita akan lalui setelah turun dari bukit St. Paul. Seronok sangatlah kita bila omputeh datang sinikan…padahal mereka datang ‘melawat bakal kawasan jajahan’. Selepas itu Melaka dijajah pula oleh Belanda dan kemudiannya British. Ketika pemerintahan British ia dimasukkan ke dalam negeri-negeri Selat bersama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Melaka yang dua kali lebih besar dari Singapura telah berusia 752 tahun.

Portugis dikatakan menyerang Melaka untuk menguasai perdagangan rempah. Seperti mana kini kuasa-kuasa besar menyerang negara arab secara fizikal dan halus untuk menguasai stok minyaknya yang banyak, tujuh keturunan pun makan tak habis. Mereka membawa bersama agama Katolik dan membina gereja bila berada di sini. Pihak Portugis juga telah merobohkan istana Melaka untūk membina kubu (fortress). Batu yang mereka gunakan pula adalah dari jenis laterite yang diambil dari Pulau Melaka.
 
 Batu laterite

Stadhuys Town House yang asalnya berwarna putih telah dicat merah pada tahun 1911 dan kekal hingga kini.Ia dibina oleh Belanda dan terletak bersebelahan Christ Church yang dibina pada tahun 1753 untuk penganut mazhab Protestan. Di hadapannya pula Queen Victoria coronation fountain. Bangunan Stadhuys milikan Belanda pada suatu ketika dahulu ini dibina menggunakan batu bata.

 

Tour guide membawa kami melawat gereja lama, Christ Church, yang masih digunakan. Ia mempunyai keluasan 40’ x 80’ dengan beam setinggi 40 kaki. Orang Eropah ni berfikiran jauh, fikiran mereka maju berpuluh tahun daripada kita sebab tu mampu menakluk negara yang beribu batu jauhnya. Cara bangunan dibina pun menunjukkan mereka mengkaji sistem pengudaraan dan ketahanan bangunan. Bayangkan dah beratus tahun pun masih tahan lagi. Bangunan kita baru beberapa tahun dibina dah retaklah, runtuhlah, berlopak airlah….Habislah kasut kulit menteri terendam dalam takungan air di KLIA2 tu. Eh, korang tengok tak dalam newpaper? Menyinsing seluar uolllssss….

Inilah pengalaman kali pertama masuk ke gereja. Cubaan pertama di Gereja Blenduk di Semarang dulu gagal.
 
 Di lantai gereja


 
Seorang paderi Katolik dari Sepanyol, St Francis Xavier yang yang meninggal dunia pada tahun 1553, telah dikebumikan selama sembilan bulan di Gereja St Paul (Bukit St Paul) sebelum dipindahkan ke Goa, India. Mayatnya diletakkan kapur untuk mengawetkannya. Di atas bukit St Paul ini dulunya terdapat sebuah bangunan putih yang mempunyai menara pandang dan rumah api.

Bukit St Paul
 
 Tahun 1656


Semasa turun dari Bukit St Paul ini kita akan melalui tanah perkuburan Belanda sebelum menemui kota A’Famosa. Sebenarnya kawasan hadapan yang banyak bangunan tu telah ditambak oleh British. Di sebelah kiri A’Famosa ialah Muzium Negeri manakala di sebelah hadapannya (kanan) tugu kemerdekaan. Komen spontan kami pada masa tu, haa…besar ni je tugu kemerdekaan selepas 300 tahun dijajah?? Sedih giler. Macam tak appreciate kemerdekaan je gayanya. Rupanya bukan kami sahaja yang merungut, dah ramaiiiii termasuk anak kepada Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman jadi menurut pihak agensi yang berkaitan mereka akan memperbaikinya.

 
  Kubur Belanda

Muzium Melaka
 
dari depan: ruggedmom, ramble and wander, sekodeg, sunrise emily, destina asia - ala New Kids on the Block gituh


 
 Ini le batu tanda peringata kemerdekaannya. Sedih kan?

 Bekas kota lama

Berdekatan tugu tersebut juga boleh dilihat jelas tinggalan kota lama di dalam tanah. Tak boleh nak buat apa dah….di sekelilingnya penuh dengan bangunan. Baco buku sejarah yolah nampak eh.

Selain perkhidmatan bot dari/ke negara seberang yang beroperasi dari tengah-tengah kawasan pelancongan, Rayani Air juga akan memulakan operasinya tidak lama lagi dengan lima laluan domestik sebagai permulaan. Mungkin penerbangan sulung mereka dari Melaka-Kota Bharu-Melaka.

Seronok belajar sejarah sekarang ni sebab kita dapat pergi sendiri ke sesuatu tempat tu dan mendapatkan informasi daripada pelbagai sumber. Takdelah bosan macam di sekolah. Dulu masa sekolah harapkan buku teks sajalah (dalam buku teks tu pulak ada majalah Gila-Gila hahaa..) dan buku teks itu pula bersumberkan apa yang ditulis oleh penjajah juga. Cerita kehebatan dia je lah. Macam cerita Amerika berperang dengan Vietnam, Hollywood kata Amerika menang sedangkan hakikatnya kalah dengan orang Vietnam yang kurus keding tu. Mengelentong je kejenye.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

Projek Melaka Gateaway di Pulau Melaka akan memakan masa selama 20 tahun. Tarikan yang seterusnya yang bakal diadakan di Melaka ialah teksi air (water taxi) dan Freeport A’Famosa Outlet Village (premium outlet from Europe). Bergasaklah korang shopping kat sana nanti. Untuk bapak-bapak yang tak tahan mengekor bini shopping tu lebih baik bawa anak mandi-manda di A’Famosa Resort atau Melaka Waterworld. Lotih mengikut pompuan shopping nih…den pun tak tahan hahahahaha….

Destinasi lain….untuk peminat sukan ekstrim boleh ke Tasik Cincin manakala Sungai Linggi adalah untuk mereka yang sukakan eko-pelancongan. Lorong belakang di pekan lama pun dikatakan telah dinaiktaraf, tak tahulah dibuat macammana….ada laman seni jugak kot. Bandar Melaka tak boleh diubahsuai sesuka hati kerana tertakluk dengan syarat-syarat UNESCO.

Untuk mengurangkan kesesakan kenderaan yang nak masuk ke Melaka, kita boleh memasukinya melalui jalan pesisir pantai dari Port Dickson selain Alor Gajah. Manakala dari Singapura dan Johor boleh menggunakan tol Jasin. Walaupun di Melaka Tengah sahaja terdapat 200 hotel yang kebanyakannya bertaraf 2 dan 3 bintang, kalau nak bercuti di Melaka during peak season haruslah book dahulu. Kekadang homestay yang agak jauh dari bandar pun fully booked. Jangan terkejut pula bila nampak ada caj warisan dalam bil hotel korang nanti ya. Ala…dua hengget je pun.


Melawat Melaka boleh disamakan dengan melawat Malaysia. Jom ke Melaka!








Ingin menjual rumah MAMPU MILIK di Pandan Perdana

Sedang mencari rumah untuk diduduki sebelum perlaksanaan gst?


I want to sell a flat in Pandan Perdana.
Saya ingin menjual sebuah flat MAMPU MILIK yang sesuai untuk orang bujang, baru berkahwin, yang mempunyai keluarga kecil atau sekadar dibuat pelaburan. Memandangkan kebanyakan rumah sekarang hanya mampu tengok adalah lebih baik memiliki kediaman sendiri. Biarpun kecil lama kelamaan menjadi hak kita juga. Ingat, Allah dah janjikan rezeki untuk orang yang berkahwin dan mempunyai anak. Menyewa rumah besar tetap bukan kita yang punya, itu Ahmad Albab yang punya hahaaha...

Berada di lokasi strategik berdekatan bandaraya Kuala Lumpur, ia juga berdekatan taman-taman perumahan lain seperti Pandan Indah, Taman Permai, Shamelin dan kolej pengajian tinggi GMI & KPTM selain kedai dan bus stop. Berdekatan MRR2, tak jauh dari Jalan Ampang.

Syarat utama pembeli : Bumiputera
Lokasi : Pandan Perdana
Alamat : Blok A, Tingkat 2, Jalan Perdana 3/2, Pandan Perdana, 55200 Kuala Lumpur
Keluasan : +- 560kps . Ruangnya agak selesa
Jumlah bilik : 2 buah
Jumlah bilik air : 1
Parking : FREE
Stesen LRT terdekat : Pandan Jaya
Kadar sewa sekarang : RM500
Harga jualan : RM95,000
Nilaian CIMB : RM95,000

Nota: Rumah yang berkeluasan sama dijual dengan harga RM130,000 di Taman Melati, Setapak.

Kalau anda rasa anda tak mampu membayar ansuran bank sepenuhnya saya cadangkan buat macam kawan saya, sewakan bilik yang lain. Seeloknya jangan sampai penyewa tahu rumah tu rumah anda, gunakan alamat rumah mak ke..kakak ke...pejabat ke...untuk urusan surat menyurat. Sebabnya? jeng jeng jeng...itu kena bayar yuran tuition kat aku heheh..

Sebenarnya setahun yang lalu aku dah pernah iklankan rumah ni tapi ada issue dengan ejen jadi aku tarik balik. Adalah lebih baik membeli direct daripada owner, tiada jaminan harga diturunkan tetapi boleh mengelak dari tertipu dengan ejen tak berlesen. Nasihat aku, kalau anda jadi membeli rumah ni carilah lawyer yang bagus yang tak lembap. Dahlah kita bayar dia asyik nak kena follow-up aje. Tak ketuk tak jalan.

Oleh kerana rumah ini berpenyewa, jika anda atau adik-beradik atau kawan-kawan anda BENAR-BENAR berminat dengan lokasi dan keluasan rumah tersebut sahaja digalakkan membuat temujanji untuk melihat rumah tersebut. Ia untuk memudahkan semua pihak. Nanti kita set satu hari untuk site visit. Siapa cepat bayar deposit dia dapat. Okay?

Tolong sebarkan ye. Kepada yang berminat boleh hubungi saya di ruggedmom@gmail.com

Di hadapan balkoni kecik tu rumah teres setingkat. Jalan ke kiri akan ke Pandan Lake Club, ke kanan kedai dan Taman Shamelin. Berangin je di sini sebab tu pintu kena cangkuk kat paku.


Toilet agak sempit jadi perlu guna washing machine


Pelayaran Islamik Pertama Di Dunia 3.0!

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2015!



Tahun 2014 telah selamat dalam lipatan sejarah. Tahun baru, diary baru, tempat yang dituju untuk beristirehat pun carilah yang baru juga. Ingat lagi tak aku ada pos tentang pakej percutian pelayaran? haaa...kalau yang hari tu seronok sesangat yang kali ni laaaagiii best!


INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD.(ITCT) yang merupakan konsultan acara untuk perseorangan dan korporat akan mengadakan trip pelancongan Pelayaran Islamik Pertama Di Dunia 3.0! Oleh kerana mendapat banyak permintaan trip kali yang ketiga ini akan belayar pada 1-4 Februari 2015 untuk laluan KL-Penang-Krabi-Phuket-Penang. Dari KL kita naik bas lah, mano ado laut kek KL tu...banjir kilat selalu hehee.. 'Orang lain' pi semayang time tu kita pun pi bercuti sambil beribadah jugak lerrr....toksah masuk KL lah time ni weh, confirm sesak dengan pendatang asing. Kita pergi jauh sikit melihat alam ciptaan tuhan.

http://ilmucahayakehidupan.files.wordpress.com/2013/05/d987d988-d8a7d984d8b0d98a-d8acd8b9d984-d984d983d985-d8a7d984d8a3d8b1d8b6-d8b0d984d988d984d8a7-d981d8a7d985d8b4d988d8a7-d981d98a-d985d986.png
sumber: ilmucahayakehidupan.com

Apa yang menarik sangat dengan Pelayaran Islamik 3.0 ni?

Oleh kerana program sama yang di telah dibuat sebelum ini sold out dengan pantas, pakej kali ini juga on first come first serve basis. Siapa cepat dia dapat. Sepanjang kita belayar nanti masa akan dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah untuk pengisian rohani diantaranya:

 
 Senarai program yang telah diaturkan


Yang paling aku nak belajar dan bersoal jawab ialah cara mengetahui kedudukan kiblat, bukan sahaja di atas kapal tetapi ketika bermusafir sekiranya kompas kiblat aku tertinggal. Elok juga kita pelajari bab solat jamak dan qasar itu terlebih dahulu sebelum bertolak ya. Bermusafir ni sebenarnya tidaklah menyukarkan kita untuk bersolat kalau tahu caranya. Islam itu mudah.

Personaliti yang akan memberi ceramah pula memang dah terkenal dengan kehebatan masing-masing. Aku ni kalau mendengar ceramah, lebih suka diajar oleh orang yang dah berkeluarga dan beranak-pinak serta adil dalam mengeluarkan pendapat. Ni dia ha...

1. Ustaz Badlishah - Penceramah Bebas
2. Sheikh Abdelaziz Ghonim - Ahli Majlis Fatwa Al-Azhar Tanta/Ustaz Arab Kelate
3. Dato Hassan mahmud - Penceramah Bebas
4. Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi)
5. Imam Muda Miril



Finalis Pencetus Ummah pun ada

Selain daripada itu kita akan cop passport di Thailand juga, kita akan singgah di Krabi dan Phuket yang memang terkenal seantero dunia dengan kecantikan pantainya yang memutih. Lautnya apatah lagi. Di Phuket tu kita akan ke sebuah sekolah pondok dan shopping di Premium Outlet Phuket. Dah tentu ke sekolah pondok dulu...kalau ke POP dulu jenuhlah nak mengumpulkan cik kiah-cik kiah semula hahaa.. Hidup ni bukannya 24 jam di tikar sembahyang aje ye, hidup kena seimbang tetapi mesti berlandaskan syariat.

 

Lepas tengok gambar ni cuba pejam mata dan bayangkan kita berada di dalam jemaah yang ramai ni sama-sama bersolat dan berdoa, merayu kepada Allah. Pejam mata dan bayangkan suasana sunyi sepi diterangi cahaya bulan bintang di langit, hanya kedengaran desiran ombak sambil khusyuk mendengar imam mengalunkan suaranya membaca surah al quran. Alangkah seronoknya... Allahu.... cubalah.

Kemudian bayangkan lagi selepas sapedek kita berehat di kerusi malas sambil berbual dengan kenalan baru dan menikmati kehebatan fasiliti kapal Superstar Libra itu sendiri yang serba mewah. Manalah tahu kenalan baru kita tu akan menjadi penyebab untuk kita lebih berjaya di kemudian hari. Takkan nak lepak kat bilik aje kot?

Jika berminat untuk sentiasa dapat makan minum bersama dengan para penceramah pun boleh dengan sedikit bayaran tambahan. Nak tahu lebih lanjut mengenainya boleh bertanya dengan https://www.pelayaranislamik.com  . Kalau tak nak pun takpe... kita dengar dan ikuti nasihat serta pandangan mereka selama mana mereka tak mengajak kita kepada perkara kejahatan. Haiii dapat berjumpa dan mendengar ceramah mereka dalam satu masa pun dah cukup bagus.


Siapa yang patut mengikuti Pelayaran Islamik Pertama Di Dunia 3.0!

Kita kita dan kita! hahaa...


Kalau diri sendiri tak dapat tak dapat pergi hadiahkanlah kepada saudara baru ke...mak ayah ke..isteri tercinta ke (kalau dia nak pergi dengan bff) atau boleh juga dijadikan hadiah cabutan bertuah bagi syarikat-syarikat. Cuba naik kapal mewah lah pulak. Jangan bimbang kapal ni besar dan stabil bukannya terasa pun ia bergerak, macam duduk dalam bangunan je.

 Exited dah nak belayar dalam Pelayaran Islamik Pertama Di Dunia 3.0?

Sila daftar ONLINE sahaja. Tiada mana-mana individu, agen, syarikat pelancongan, dealer, pemborong ataupun 'ulat tiket' yang dilantik oleh pihak IntraTama dalam sebarang transaksi berkaitan Pelayaran Islamik ini. IntraTama tidak bertanggungjawab dengan sebarang transaksi dan tuntutan yang dibuat selain dari laman web rasmi ini - https://pelayaranislamik.com/daftar/3/step1.php!


Update:
Kini bayaran juga boleh dibuat dengan kad kredit. Pandangan pengguna dah didengar.




Syarikat yang memfokuskan misi untuk menjadi peneraju kepada pelayaran islamik ini boleh dihubungi di:

INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD
No 2.08, Jalan Prima SG 1,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
Email : info@pelayaranislamik.com
Tel : +603-6185 0010
Fax : +603-61899010

Tel : +603 6185 0010
Fax : +603 6189 9010
Email : info@intratamatravel.com 
Web : https://pelayaranislamik.com


Ingat tarikh tu, 1-4 Februari 2015!

Lamin Dana Cultural Sanctuary in Mukah



Assalamualaikum.

Aku pernah membawa korang semua ke dalam masyarakat yang pekat dengan adat dan mistik. Satu budaya yang telah banyak ditinggalkan disebabkan pemahaman agama yang meningkat dan dikejar arus kemodenan.




Kali ini aku nak berkongsi pula satu lagi kekayaan budaya yang masih dipertahankan iaitu Lamin Dana Cultural Sanctuary di Mukah, Sibu. Jarak bandar Sibu ke Mukah hanyalah 2 ½ jam perjalanan darat. Oleh kerana Mukah ni coastal town boleh juga menggunakan perkhidmatan bot ke sini. Domestic flights pun ada.

‘Lamin’ yang bermaksud rumah dan ‘dana’ pula bermaksud lama.  Rumah lama yang asal setinggi 40 kaki telah musnah dalam sebuah kebakaran pada tahun 1890an. Oleh sebab itu dapur rumah yang sekarang didirikan secara berasingan. Rumah yang berdiri sekarang ini dibina pada tahun 1991 dengan tujuan untuk memelihara budaya dan warisan nenek moyang setelah ramai ahli keluarga berhijrah ke Miri mencari penghidupan yang lebih baik.


Menurut Puan Diana Rose yang menguruskan Lamin Dana, beliau telah mempelajari tentang adat resam Melanau semenjak berumur 8 tahun lagi tetapi sayangnya tidak dapat mempelajari cara perubatan tradisional daripada ahli keluarga yang lebih tua kerana beliau terlalu muda pada ketika itu. Sejarah kaum Melanau telah bermula lama sebelum kisah Rajah Brooke dan kesultanan Brunei, dikatakan semasa kemasyhuran Sriwijaya dan Majapahit lagi.

Menurutnya lagi Mukah bakal menjadi smart city dan pihaknya sedang berusaha dengan pihak-pihak tertentu untuk menggazetkan kawasan ini sebagai UNESCO Heritage Site. Mereka juga mendapat sokongan daripada kerajaan, NGO dan badan antarabangsa. Sekiranya berjaya Lamin Dana akan menjadi landmark kepada bandar Mukah.

Kawasan Lamin Dana yang berkeluasan 1 hektar ini akan dikekalkan sebagai kawasan kajian sejarah dan budaya. Semenjak tahun 1999 mereka telah memulakan operasi homestay dengan 2 bilik keluarga dan 8 standard. Harganya pula bermula daripada RM80 semalam. Program yang diaturkan di sini seperti Melanau Cultural Team Building dan belajar menari daripada Borneo Moves. Para penari yang membuat persembahan di sini terdiri daripada penari-penari cilik yang kiut miut.







 Gambar yang ini macam lukisan kalau tengok yang high resolution

Bercakap mengenai kaum Melanau, mereka juga mempunyai sejarah hitamnya iaitu Jerunai. Cuba godek godek balik post lama aku tentang jerunai ni. Tak pun ko google jer. Di Kampung Telian yang mempunyai 200 buah rumah ini masih terdapat 4 buah jerunai yang tidak digunakan lagi. Masyarakat Melanau yang kaya dengan adat ini juga mengukir keranda mengikut jantina. Keranda yang ada gambar buaya untuk lelaki, yang berkepala katak berbadan buaya untuk wanita. Gambar buaya tersebut adakah untuk mengesahkan lelaki suka membuaya? krik krikk…

Jemput baca Mukah Kaul Festival : A Journey To Melanau Heartland dan Tebaloi dan World Cup Berpisah Tiada yang juga produk pelancongan Mukah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai budaya orang Melanau di Mukah, Sarawak.

Untuk maklumat lanjut bolehlah terus berhubung dengan :

Puan Diana Rose
Lamin Dana Cultural Sanctuary
Kg Telian Tengah
Mukah
Tel : 019-8495962 / 084-871543
Facebook : Lamin Dana Cultural Boutique Lodge


Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada @SarawakTravel diatas jemputan ini.

2014 yang cemerlang berjalan!




2014 yang cemerlang berjalan! Berakhir sudah tahun 2014, betapa pantasnya masa berlalu.


2014 merupakan tahun yang cemerlang dalam ekplorasi percutian aku di Malaysia. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah memberi peluang untuk menjelajah destinasi percutian di Malaysia. Terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah lagi.Aku bangga dapat bersama-sama menyemarakkan kempen Visit Malaysia Year 2014.

Begitu banyak tempat yang tidak terpapar di dada akhbar, brosur pelancongan atau tidak mendapat promosī yang cukup. Dengan adanya media sosial dan blog capaian promosi menjadi lebih jauh sehingga ke seluruh dunia. Butang translate pun aku sediakan di sebelah kanan tu…tak kisahlah anda orang Arab ke...omputehs ke… suruh je google alih bahasakan. Dan, aku telah berjaya melawan ketakutan denganflying fox dan repelling. Repelling di PNB Ilham Resort memang membuatkan aku kecut perut. Tingkat 9 tu beb!

Trip ke luar tidaklah banyak, sekadar:

Februari … Bangkok-Kanchanburi-Pattaya. Bangkok manjadi base. Next year insyaAllah nak cover Ayuttaya pula. Lagi satu, nak try naik khlong.

Mei … Bandung. Walaupun dah pernah ke sini tapi aku telah ke tempat yang baru. Aku tak percaya yang aku telah berjaya mendaki Gunung Papandayan! Satu achievement untuk amatur seperti aku ni.

Jun … rombongan Cik Kiah ke Ho Chi Minh City. Aku berjaya menambah dua lagi tempat lawatan baru. Taklah bosan sangat.

Ogos ... Singapore (part 2 belum publish)

Itu je yang termampu…alhamdulillah. Mudah-mudahan 2015 memberi peluang yang lebih banyak dan lebih baik. Amin ya Allah.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free