Showing posts with label vmy2014 travel malaysia tourism beautiful malaysia blogger wanita top blogger vacation shopping pekan nanas. Show all posts
Showing posts with label vmy2014 travel malaysia tourism beautiful malaysia blogger wanita top blogger vacation shopping pekan nanas. Show all posts

Homestay Sri Paya, Kulai Jaya | Pengusaha Produk IKS yang berjaya

Pelancongan adalah perniagaan. Pertanian juga perniagaan.

Untuk menampung keperluan pelancong, negeri Johor yang maju menawarkan pelbagai jenis penginapan termasuk homestay yang selesa dengan harga yang berpatutan. Sebahagian besarnya adalah lengkap berperabot untuk kemudahan kita. Kampung yang ingin menyertai program inap desa perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sebelum diberikan lesen.Salah satu syaratnya adalah minima 10 buah rumah menyertai program tersebut di dalam satu-satu kampung.

Ada juga homestay di Malaysia ni yang betul-betul rumah kampung tradisional. Yang begini lebih diminati pelancong asing terutamanya dari Jepun suka hinggakan kalau homestay tu diperbuat daripada papan dan batu mereka memilih untuk tidur di tingkat atas (rumah papan). 

Kali ini aku berpeluang ke Homestay Kampung Sri Paya yang terletak daerah Kulai yang hanya berjarak 20km dari kotaraya Johor Bahru. Aktiviti atau tarikan yang terdapat di kampung ini seperti permainan tradisional, persembahan kuda kepang, tarian dan muzik serta lawatan ke ladang dan tapak pertanian. Industri kecil dan sederhana juga menjadi sebahagian tarikan ke sini. Maju bisnes pakcik makcik ni....

Homestay Kampung Sri Paya ditubuhkan semenjak 6 tahun lalu dengan penglibatan 25 buah rumah. Selain program homestay yang mana kita akan tinggal bersama tuan rumah, terdapat juga kampung stay iaitu kita sewa sebuah rumah. Produk makanan yang dihasilkan di kampung ini diantaranya ialah otak-otak, tempe, mi siput dan cendawan. Di Johor, terdapat empat jenama otak-otak yang terkenal iaitu Otak-Otak Kempas, JB, Muar dan Sri Paya.


Kami berehat sebentar di rumah Hj Arifin. Besar Betul rumah dia. Rumahnya dibahagikan kepada dua bahagian, bila ada penyewa bahagian tengah akan dikunci jadi penyewa ada privacy. Homestay beliau yang berbilik 5 itu disewakan dengan kadar rm300 sahaja semalam.


Kami datang di musim buah so kami buat macam kampung sendirilah. Ada yang sampai memanjat pokok. Nak aku pos gambar di sini ke kak? hahahah....karang dia remove aku dari friendlist pulak ;p Yang lain sedang berseronok bermain bola sepak dengan berkain pelikat.

Hj Arifin membela empat ekor harimau. Kalau ko nak pedajal kengkawan sendiri please make sure dia takde masalah jantung ya. Harimau ni digunakan untuk menghalau monyet/kera. Hasilnya positif dengan syarat harimau tu perlu dialihkan kedudukannya setiap hari. Monyet cerdik tau.

Kami dibawa ke Zai Foodstuff untuk melihat cara pembuatan mi siput. Cara membuatnya sama seperti pembuatan mi kuning tetapi dikeringkan selama sehari sebelum dipaketkan. Penghasilan sehari adalah sebanyak 60-100kg dan dipasarkan sekitar Johor. Ia boleh digoreng, direndam untuk melembutkan lalu dibuat mi sup/kari atau dibuat murtabak. Yang bergoreng rupanya seperti inang-inang yang banyak dijual di Melaka tu tetapi inang-inang diperbuat daripada pulut.



Kemudian kami melawat Kempas Food Enterprise pula. Perusahaan ini mengeluarkan makanan sejuk beku untuk dipasarkan sekitar Johor. Kenapa tak sampai ke luar Johor? Yang ini pun dah tak terbuat, katanya. Murah rezeki dia.

 Cerewet jugak proses membuat otak-otak ni

Tak susah manapun memproses tempe tapi kacang soya perlu direndam selama dua hari. Aku suka tempe tapi setakat ni kulit muka belum cekang lagi walaupun selalu makan tempe. Tipulah 'doktor' tu...

Kemudian melawat ladang cendawan pula. Menanam cendawan nampak je macam senang tetapi susah jugak, kena mengukus selama 10 jam. Kelembapan habuk kayu+serkam padi+ kapur pertanian perlu tepat. Nak menyuntik benih perlu dibuat di dalam bilik khas dan bukan sembarangan orang dibenarkan masuk untuk mengelakkan jangkitan bakteria. Haiii cerewetnya...aku beli jelah kat kedai.

Baguslah penduduk Kampung Sri Paya ni, tak mensia-siakan masa mereka. Ada yang menyewakan rumah, ada yang bertani dan memproses makanan. Yang penting kedua-dua bidang ini kait-mengait untuk memajukan kampung disamping meningkatkan pendapatan penduduk.

Produk homestay sesuai kita terokai secara berkumpulan. Kepada yang berminat untuk merasai pengalaman di sini bolehlah berhubung dengan:

Koordinator, Hj Mohd Lazim bin Abu Bakar 016-7163071
Setiausahanya, Hj Ahmad bin Mohamed 019-7007008
Emel : hjahmadmohamed@yahoo.com.my
website : www.kgsripayahomestay.blogspot.com

Kampung Sri Paya Homestay
C108-A, Jalan Susur Masjid 2
Kg Sri Paya
81030 Kulaijaya
Johor

**Inilah pertama kali aku jumpa homestay yang siap booklet bagai. Sudah pasti program ini diuruskan dengan baik di sini. Bak kata Tun Ling Liong Sik elok kepala ikan maka eloklah badannya.

Puteri Harbour Family Theme Park | Lat's Place

Puteri Harbour Family Theme Park | It's where playtime comes to life !

PHTP merangkumi empat aras taman tema keluarga yang menghidangkan pengalaman menarik melalui karakter kartun kanak-kanak yang terkenal seantero dunia. Ia merupakan Bandar Sanrio Hello Kitty Town yang pertama di luar Jepun, Lat's Place yang merupakan restoran animasi yang pertama di dunia dan lima karakter di dalam The Little Big Club iaitu Bob the Builder, Barney and Friends, Angelina Ballerina, Pingu the Penguin dan Thomas and Friends.

Ni cheq nak ceghita pasai restoran interaktif Lat's Place.

Sebagai seorang kartunis yang sangat berjaya di Malaysia sehingga karyanya tersebar luas di luar negara, jenama yang kukuh ini meyakinkan pelabur untuk membuka Lat's Place. Gaya kartun Lat yang bercirikan masyarakat majmuk Malaysia menceritakan kehidupan budak kampung serta hal ehwal semasa dan dipersembahkan dengan menarik serta tidak berat sebelah. Kalau dia nak menyindir, dia sindir aje. Tiada siapa yang membantah pun. Teringat aku dalam salah satu buku komik tebal yang aku beli, beliau menyindir DBKL yang menggantung lampu lip lap lip lap hinggakan pelancong tak perasan mana satu traffic lights hahaaa....sinis ! Begitulah sepatutnya orang seni, peka dengan keadaan semasa.

Aku kenal dengan Lat ni pun melalui majalah Gila-Gila yang gila kubeli di zaman sekolah dulu. Lagi mak tak bagi beli laaaagiii kita beli sorok sorok hahaaa....


 Berseronok mengalahkan bebudak ! hahaa...

Step into the comic world of Lat and meet his LAToon friends for an interactive and engaging animated experience while you embark on an amazing culinary adventure !In these themed restaurant, the fun adventures of Lat The Kampung Boy will come to life right before your very eyes ! Boleh berborak dengan karakter tu youuuu....

Masa ke sini hari tu kami dihidangkan dengan mee hoon goreng dan kuih muih. Sedaplah pulak mee hoon tu tapi masa singkat sangat, tak sempat nak menambah. (Eh, kata nak kurus kak?)


 Cakkkk !!!


 
 Ada jalan yang kering gagah jugak nak lalu kat air pancut

Souvenir ! souvenir !


Datuk Lat is our national assets. Hebatnya beliau sampai kat badan kapal terbang pun ada lukisan dia.

 
Menarik juga tempat ni. Alamatnya di :

Persiaran Puteri Selatan
Puteri Harbour
79000 Nusajaya
Johor Darul Takzim
Tel : 1300 88 FAMILY (326459)
Emel : ph.enquiries@tar.com.my for online ticketing
 
hubungi 1300 88 LATS (5287) or +603 2203 9667 (jika dari luar Malaysia)
Call centre agents are available to take your call from 9am to 8pm everyday. Phone bookings are available for tickets one day prior to the intended visit.
 
For more info kindly visit :
 
Waktu perniagaannya adalah :
Isnin, Rabu-Jumaat 11am-8pm
Hari minggu dan cuti umum 9am-8pm
(dinner starts at 6pm)
 
Tutup pada Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum
 
Tanya mereka ya, jangan tanya saya . Tak dapek sey nak jawab kang.

Tanjung Piai | The southernmost tip of mainland asia

Seperti yang pernah aku khabarkan sebelum ini, lawatan ke Johor made me very exited sebab sepanjang hidup aku cuma pernah ke sampai Rengit sahaja. Itupun bukan atas tujuan melancong. Banyak tempat yang akan aku ceritakan sebagai panduan anda, step by step lah ye.... banyak bona tak dayo akak nak buek copek copek. Dahlah laptop aku ni kekadang tu lembap ya amat. Meragam macam datang bulan!



Perasaan ingin ke Tanjung Piai the southernmost tip of mainland asia atau titik paling selatan benua asia muncul selepas kawan aku update gambar mereka sekeluarga ke sini beberapa tahun lalu. Selain itu aku dah pernah ke Tanjung Simpang Mengayau di Kudat yang mana merupakan titik paling atas Malaysia. Ke utara sudah ke selatan pulaklah kan?
 
Pemandangan di waktu matahari jatuh sangat indah di sini. Duduk relaks sambil melihat kapal lalu dan berlabuh sebelum masuk ke Pelabuhan Tanjung Pelepas mengingatkan kepada putaran hidup diri sendiri.Paling bagus datang ke sini pada waktu pagi atau petang untuk mengelakkan kepanasan melampau di tengah hari.




 
Berhati-hati di waktu senja, manalah tahu terserempak dengan ular kapak. Dia nak halau ko balik je tu...kambing pun balik ke kandang bila dah senja khennn...

Taman negara Tanjung Piai berkeluasan 962 hektar dengan 526 hektar kawasan pantai paya bakau. Kawasan pesisir pantai yang bersempadan dengan Selat Melaka adalah sepanjang 8km. Selat yang paling sibuk di dunia iaitu Selat Melaka melalui kawasan ini. Oh yeah, we have many of 'the world' status.Menurut Wetland International, Johor memegang rekod mempunyai 28.7% hutan paya bakau di semenanjung Malaysia (27,722 hektar) ataupun 4.7% keseluruhan jumlah paya bakau yang terdapat di Malaysia. Diselia oleh Johor National Parks Corporation, digazetkan sebagai tapak RAMSAR yang ke 1289 pada Januari 2003.

Hutan ini merupakan kawasan perlindungan kepada beberapa spesis monyet, burung (sesetengahnya jarang dilihat) dan burung hijrah yang menjadikannya kawasan penempatan sementara sebelum meneruskan perjalanan ke negara lain. Di dalam selut pun ada hidupan yang lain seperti ketam, udang, ikan dan sebagainya. Aku ada ternampak ikan belacak/tembakul hari tu. Elok bawa anak-anak ke sini untuk mereka lebih memahami keadaan geografi negara sendiri. Kalau duduk aje dalam kelas bosan juga. Kami yang jauh ni pun dah sampai takkan hangpa di Johor sendiri takmo pi kot?

Kapal berlabuh sementara menunggu giliran masuk ke perlabuhan. Berlabuh di laut pun kena bayar parking heheh..

Bangga dan puas hati dah sampai sini!

Bagaimana nak ke sini dari arah Kuala Lumpur?
Sila keluar di tol Simpang Renggam dan ambil arah Pontian/Benut kemudian ikut sajalah signboard mengarah ke Tanjung Piai. Sonang yo lah! Lolap mato pun sampai.

Bagaimana nak ke sini dari arah Johor Bahru?
Anda perlu menggunakan highway Skudai menghala ke Pontian/Pontian Kecil. Bila tiba di Pekan Nenas belok kiri di Sri Bunian, ikut jalan kampung dan belok kanan di Jalan Tenggayun. Tak jauh mana pun...75km sahaja dari JB.

Melalui jalan kampung ke sini aku nampak jalannya macam lebih rendah dari laut. Tak banjir ke masa air pasang besar?

Kami sampai ketika air surut so pemandangan agak sadis sikitlah dengan sampah sarap yang tersangkut di akar bakau. Bilalah nak berubah sikap manusia ni? haishhh... Tak ada ke sense of belonging kepada negara sendiri? Tak merdeka lagi ke pemikiran kita? (sentap).

If you need further details kindly contact the right person:

Tanjung Piai National Park
82030 Mukim Serkat
Pontian, Johor, Malaysia.
Tel : 07-6969712
Emel : jnpc@johorpark.com

Visiting hours : 9am-5pm except Monday

Keunikan Rumah Bugis di Pontian

Masyarakat majmuk di negara ini membawa bersama seni dan budaya masing-masing. Tidak ketinggalan seni binaan rumah yang dicipta atau dihasilkan berdasar sesuatu peristiwa atau cara hidup sesuatu masyarakat itu di tempat asalnya.



Begitu juga dengan kaum Bugis yang berasal dari negara seberang yang telah lama bertapak di Malaysia ini. Asalnya kedatangan mereka adalah untuk membantu mengusir penjajah suatu ketika dahulu. Tanah Melayu kan dijajah selama beratus tahun, bermula dengan Portugis, Belanda dan kemudian Inggeris. Memandangkan kehidupan di Malaysia lebih baik tambahan pula ramai yang berkahwin dengan orang Melayu peribumi maka ramailah daripada mereka menetap beranak-pinak di sini. Ramai orang bugis yang menetap di Johor walaupun ada juga yang bertebaran ke negeri lain mencari rezeki. 

Peluang melawat dan melihat sendiri keunikan rumah bugis yang sangat cantik dan unik adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Dengan kos pengubahsuaian yang mencecah 2.3 juta ringgit ko bayangkanlah betapa gahnya rumah ini. Menggunakan kayu belian yang keras, ia juga tidak menggunakan paku. Main pasak aje.

Rumah milik keluarga Hajah Induk Chichuk binti Daeng Haddadek dan Abd Hadi bin Haji Ambok Ingtang di Kg Sungai Kuali, Pontian, Johor.

Rumah bugis dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut:
1. Rakkeang, bahagian paling atas. Dahulunya dijadikan loteng tempat menyimpan padi. Di rumah Hajah Induk dijadikan tempat 'lepaking' sambil ngeteh (pandai je aku :)) . Kalau rumah aku ni kan, akan kujadikan mini library di sini.

2. Ale bola, bahagian tengah rumah. Kita tinggal di sini.
3. Awa bola, bahagian bawah rumah antara lantai dan tanah. Pada masa dahulu rumah bugis dibina tinggi untuk mengelakkan gangguan binatang dan serangga berbisa.


 Almari lama yang masih baik di rakkeang



Banyak betul perabut kayu jati.

wahhh sedapnya korang makan kuih raya

Dipamirkan juga salasilah keluarga ini bersama gambar datuk nenek dan moyang keturunan mereka. Rajin betul buat family tree.

Dapur rumah ini diperbuat daripada batu di bahagian bawah seperti kebanyakan rumah kampung yang lain di zaman ini. Kalau dah dapurnya luas dan selesa siap bilik takdo makno nak naik ke atas rumah lagi dah. Macam rumah mak aku jugak... tak koso den.

Nota: berdekatan rumah ini ada gerai menjual mi udang yang sedap.


Agro Pelancongan di Ladang Nanas Pontian, Johor



Banyak yang usaha telah dan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya Tourism Malaysia dalam memperkenalkan Malaysia kemata dunia. Usaha yang berterusan ini mencakupi pelbagai aspek pelancongan seperti agro, ekologi, makanan, pendidikan, perubatan dan membeli-belah. Agro pelancongan disifatkan sebagai langkah ke hadapan dalam usaha memperkenalkan kemajuan di sektor pertanian negara kepada pelancong dan pelabur asing.
 
Seperti yang lain, agro pelancongan ada peminatnya yang tersendiri terutamanya kepada yang meminati bidang pertanian, makanan dan kajian tumbuhan. Dengan itu pihak yang berkenaan telah merancang untuk memberi peluang kepada para pelancong untuk merasai pengalaman melawat ladang nanas di Pontian Johor.

Secara tidak rasmi terdapat 80 spesis nanas yang ditanam di ladang ini yang merupakan 1/3 daripada keseluruhan spesis yang ada di dunia. Huiiii banyak tu….kalau kita nak pergi cari setiap jenis nanas di semua negara jenuh jugaklah kan? Nak senang, mai ja sini. 


Ladang milik kerajaan di Alor Bukit, Pekan Nanas, Pontian, ini juga dijadikan tempat untuk membuat kajian baja dan penyakit yang menjangkiti nanas. Luasnya sejauh mata memandang, 300 ekar! Ladang ini akan dipromosikan sebagai Johor Pineapple Park bila tiba masanya nanti. Uollss je yang tahu ni tau…


Tempoh penanaman nanas ni kebiasaannya mengambil masa selama setahun empat bulan tetapi dengan penggunaan peransang pertumbuhan tempohnya di pendekkan kepada 10 bulan sahaja. Oleh itu lebih pengeluaran dalam masa yang singkat. Penggunaan peransang pertumbuhan juga membantu supaya nanas dapat membesar dengan sekata.

 
Sebiji nanas sebenarnya terbentuk daripada beratus-ratus biji nenas yang lain. Yang aku boleh kaitkan macam mata belalang, mata compound. Daripada satu pokok menghasilkan tiga jenis benih angin, tangkai dan tanah. Setiap kelopak ada tunas akar. Ada banyak cara untuk menanam nanas tetapi yang paling mudah adalah dengan menanam ‘jambulnya’. 
 
Bahan peransang perlu dimasukkan ke bahagian ini supaya nanas membesar dengan sekata, sonang nak dituai takdolah kocik bosa kocik bosa saiz eh

Sleeping beauty or puteri tergelincir?


Kebanyakan nanas yang terdapat di pasaran adalah dari jenis Mooris, N36 dan Josa Pine. Sekarang promosi giat dijalankan untuk memperkenalkan jenis MD2 kerana ia lebih manis dan rangup. Memang betul pun, aku dah rasa. Kiranya kalau buat jamuan/kenduri harusssss habis nanas ni masuk ke dalam perut. Tetapi, seperti durian aku lebih suka makan nanas dalam bentuk asal. Kalau dah jadi acar ke...air ke... kurang minat.

Spesis Selangor green pula dikatakan boleh membantu mengubati batu karang.


Sesebuah negara tidak akan stabil ekonomi, politik dan sosialnya jika sektor pertaniannya diabai kerana ia merupakan bidang penting dalam menjamin kelansungan kehidupan rakyat. Iyolah, dah kalau nak makan pun mengharap orang menjual kepada kita macam mana? Bagaimana kalau negara pengeluar tu dilanda wabak penyakit atau kemarau ke di sana..banjir ke..

Semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi beliau pernah meminta kita memperkasakan bidang pertanian tapi ramai yang pandang lekeh saranannya. Macam tak kelasssss gittewww.... maklumlah orang sibuk bercerita dunia sains dan teknologi khennn... sedangkan di Amerika sana petaninya ramai yang jutawan. Petani di sini pun. Aku tahulah, dulu aku kerja di bank. Jadi penternak dan peladang pun boleh jadi pakcik kayo.


















Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free