UNESCO World Heritage Site | Berbasikal di Hoi An Ancient Town

UNESCO World Heritage Site | Berbasikal di Hoi An Ancient Town | Januari lepas ai ke Da Nang. Seperti yang pernah ku beritahu sebelum ini sebenarnya nak beli tiket ke Chiang Mai tapi musim sejuk tu peak season tiket jadi mahal, di luar bajet. China pun mahal juga di poket ku... disebabkan tak research tempat lain terus book Da Nang dengan Air Asia. Yang penting nak pergi negara yang mengalami musim sejuk dan tempat baru yang aku belum pernah jejak lagi. Dua jam setengah kot fly. 

Aku tak terus explore bandar Da Nang tetapi naik bas menuju ke Hoi An, kota purba yang dijaga baik hingga menarik ribuan pelancong asing. Ramai betul pelancong Korea dan eropah di sini. Hoi An pada kurun ke-15 hingga 19 merupakan sebuah bandar pelabuhan. Ia diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1999.

Hoi An dahulunya dikenali sebagai Fai-Fo atau Faifoo. Melihat bandar tepi sungai ini seolah-olah kita melihat Melaka sekarang ini cuma kawasannya lebih besar dengan lebih banyak bangunan lama yang asal, ada penempatan penduduk di lapisan belakang dan lebih happening. Cuma aku rasa bandar Melaka dan sungainya lebih bersih (sungai terbersih di Asia). Secara keseluruhannya tidak ramai muslim di Vietnam kecuali di Chau Doc berhampiran sempadan Cambodia jadi setakat ini tiada masjid di Da Nang dan Hoi An.


Bagaimana untuk ke Hoi An dari Da Nang Airport?
Jarak Da Nang ke Hoi An kira-kira 40km. Paling mudah naik teksi dengar kadar USD22. Pilihan lain kita boleh book dengan tour company, sewa private car atau naik motor taxi. Nak santai santai naik public bus.

Bas awam ni tak masuk ke airport jadi kita kena naik teksi dan turun di bus stop terdekat dalam 3km jauhnya, VND7000 kot tambangnya, tak ingat dah.  Notes pun dah hanyut bersama handphone di Sungai Kenaboi. 😢😢 Berjalan kaki keluar? hmmm... malas ah.

Mereka kata bas ke Hoi An lalu setiap 30 minit. Naik bas kuning nombor 1. Bas lama yang sempit. Bayangkanlah aku yang katik ni pun tak selesa duduk inikan pula yang berkaki panjang. Daripada pemerhatian tourists and locals sama banyak. Tambangnya VND20,000 (locals bayar 17k) , sediakan duit kecil kalau tak nak kena paw. Takkan baru sampai nak bertekak pula, kan? Rasanya time balik aku kena bayar lebih sebab dia tak nak pulangkan baki.

Bas tu berhenti di sebuah stesen bas lama 2.9km dari Hoi An Ancient Town. Turun je dah kene serbu dengan motor taxi.

Malaysia? Yes. Suka orang Malaysia katanya...terus dia bersembang. Aku pun tak terfikir nak call Grab Bike terus naik motor dia maka kenalah 50k VND... padan muka. Padahal time balik keesokannya naik Grab car tak sampai 40k pun tambangnya.

Bersyukurlah kalau bakal suami ko ada kereta buruk dik, ni ha bawa hantaran kahwin naik bas je.

Kalau nak berjimat silalah naik motor beramai-ramai macam kat sebelah tu 😁😁...tak boleh blah hahaha..

Aku checked-in di Landmark Hostel. Six bed female room tu sangat selesa untuk aku seorang 😃, bilik air pun ada. Breakfast percuma dan guna basikal juga secara percuma. Ikut review depa kata 10 minit berjalan kaki ke Hoi An Ancient Town tapi sebenarnya tak sampai 10 minit pun... melainkan kau berjalan melenggang kangkung mengira tapak. Hostel ni agak ke hujung, ada swimming pool kecil dan menghadap sungai. Di seberang ada banyak hotel 3 4 bintang.

Dah settle down aku pun ambil basikal dan pergi ke bandar purba tu. Sebenarnya ada entrance ticket tapi aku tengok ramai je yang tak membayar. I think it's not fair unless semua orang bayar. Banyak jalan keluar masuk jadi aku fikir buat apa nak bayar kalau orang lain selamba je berjalan masuk? Dengan entrance tiket yang laku selama 10 hari tu kita boleh masuk ke lima bangunan bersejarah (dari jumlah 22 kesemuanya) termasuk muzium, assembly halls, rumah purba dan persembahan muzik tradisional di Handicraft Workshop. Biasanya bila nak lalu di Japanese Covered Bridge tiket akan diperiksa. Nasiblah... aku lepas.

Ada beberapa jambatan untuk ke seberang sana.

Japanese covered bridge. Jambatan ini dibina pada 1590an oleh komuniti Jepun. Pernah diratakan semasa penjajahan Peranchis untuk memudahkan laluan kereta, ia kemudiannya dikembalikan kepada bentuk 'arch' pada 1986.

Dalam Japanese Covered Bridge.



Basikal siap dengan kunci jadi senang kita nak tinggalkan di mana mana. Seronok mengayuh di tengah pekan tu. Banyak restoran, bar, pusat urut badan yang menghadap ke Thu Bon River. Kedua-dua belah sungai penuh dengan aktiviti perniagaan tetapi ada juga keluarga yang masih tinggal di sana, di dalam rumah yang telah dibina beratus tahun. Pelancong sangat ramai waktu tu tapi laluan pejalan kaki besar. Jalan depan kedai pun hanya boleh dilalui oleh basikal dan motorsikal.

Aku ada nampak pelancong menaiki beca dengan berpakaian tradisional Vietnam, Ao dai. Menarik sangat! Eh, menarik tau pakai ao dai then ambil gambar di bangunan lama tu. Paling aku suka, beca tu the real traditional trishaw, takde macam yang kat Melaka berhias dengan Hello Kitty atau bunga penuh pastu pasang lagu dangdut dan hindustan sekuat-kuatnya. Boleh pekak telinga 😅 dibuatnya. Macam takde lagu Melayu. Hilang originality.

Berebut orang ambil gambar.

Kalau rasa nak naik sampan boleh juga. Satu bot boleh memuatkan sehingga empat penumpang. Aku nampak memalam mereka bawa lantern sekali. Tak pastilah sesaja ke atau ada perayaan/upacara keagamaan masa tu. Tambangnya:

VND120,000 - 20 minit
VND150,000 - 30 minit
VND200,000 - 60 minit

Dengan pengiktirafan Unesco, lebih daripada 800 bangunan bersejarah di Hoi An dapat dipelihara sepertimana permulaan kewujudannya ratusan tahun dahulu. 18 daripada bangunan ini dibuka kepada pengunjung yang boleh memasukinya dengan Old Town ticket yang kita bayar tu. Pekan lama inilah tarikan utama Hoi An kerana beberapa binaan bangunan lamanya yang sangat menarik. Pemandangan malam sangat indah dengan tanglung yang bergantungan.

Tak jauh dari situ ada pantai Cua Dai. Bolehlah lepak atau mandi manda jika mahu.





Ramai betul orang di sini.



Shopping di Hoi An?
Bila ke Vietnam dalam fikiran ni nak cari kain pasang dan bagpack 😊 Kedai kain tu aku nampak masa naik motor ke hostel tapi lepas tu pusing pusing naik basikal tak jumpa pula. Kat lorong mana entah. Di sini juga ada beberapa kedai yang menerima tempahan kasut kulit. Kalau ada masa explore kedai-kedai di luar kawasan tumpuan pelancong ni, mungkin harganya lebih berpatutan.

Kedai menjual banyak bagpack kot tapi bukan menghadap sungai. Harganya tidaklah semurah di Ho Chi Minh City. Masa kat satu kedai tu sedang aku tengok beg datanglah anak anjing comel berkaki pendek tu menyalak-nyalak. Aku biarkan je... Manager kedai boleh duduk saja buat tak tahu sambil buat kerja dia, yang staf pun sama buat tak tahu je. Dah buat banyak sales kot hari tu... buat bodoh je bila aku masuk. Lepas tu datang pula mak anjing tu loncat loncat kat sebelah.... aduhai... terus aku keluar #@&%!!! Kucing terloncat mengiau kuat tak memasal pun aku takut inikan pula anjing. Haishhh..!


Restoran Halal di Hoi An
Aku senaraikan tiga je since stay satu malam je di sana. The three halal restaurant are: 

Baba's Kitchen 
Namaste Omar's 
Ganesh 

tapi... I doubted it. Semua ini indian restaurant so bolehlah kalau nak makan seafood dan roti tapi aku tak makan pun sebab membeli di pasar malam. Kalau berjalan sensorang beginilah tak boleh nak makan memacam, tak muat perut.

Pasar malam Hoi An Ancient Town dibuka setiap hari. Ada makanan yang aku nak cuba tapi hampir kesemuanya dicampur pork. Banana pancake banyak dijual tapi banyaknya minyak... Ada dua gerai je yang menjual jajan untuk vegetarian so... jika anda ada kenalan muslim di Vietnam, galakkanlah dia berniaga makanan halal di Hoi An. Gerai kecil pun tak apa asalkan sedap. The potential is so huge because halal food is for all.


Pengalaman setengah hari di Hoi An Ancient Town
Seronok betul berbasikal di pekan ini. Aku bergasak mengayuh di setiap jalan tapi berhati-hati dan fokus sebab drive sebelah kanan. Memula nak sewa motor tapi aku bimbang confuse bila bawa jauh sikit tambahan pula di tempat yang tiada traffic lights. Seksa nak melintas oih. Risau kot kot berlanggar. 

Walaupun Hoi An menerima kunjungan ramai pelancong tempatan dan asing, ia masih sebuah bandar/pekan yang konservatif. Lebih molek berpakaian sopan kerana kita mungkin akan masuk ke rumah persendirian.

Next: My Son Santuary, Da Nang, Marble Mountain


Indonesia | Wisata hits baru, Batu Flower Garden di Bukit Bulu

Wisata hits baru, Batu Flower Garden di Bukit Bulu | Sewaktu kami ke Surabaya September lalu, Wisata Coban Rais yang menempatkan Batu Flower Garden baru lapan bulan dibuka. Kawasan ini masih belum 100 peratus siap tetapi sudah menerima ribuan pengunjung.

Apa yang ada di sini? Tempat berfoto yang unik sama seperti yang ada di Yogyakarta dan daerah lain. Ini trend kan zaman now. Bilamana kita masih lagi dengan 3D Art museum pengusaha pelancongan Indonesia semakin serius mencipta produk baru yang dekat dengan alam dan lebih menarik dan agak adventurous sesetengahnya.

Wisata Coban Rais dibuka dari jam sembilan (kalau tak silap) sehingga jam tiga petang tetapi jika terlalu crowded hanya dibenarkan masuk hingga jam dua. Kena spend at least two hours di sini. Kalau datang lewat sangat seperti kami hari tu tak dapat try semua.


Di manakah Wisata Coban Rais?
Wisata Coban Rais hanya lapan batu dari Kota Batu. Jika kita stay di Batu lebih mudah sewa kenderaan bersama pak supirnya, naik motor pun senang. Coban Rais adalah air terjun yang dulunya dikenali sebagai Coban Sebrangan. Nak ke air terjun ini kena menyeberangi sungai dahulu. Air terjun ini sudah lama wujud cuma ianya semakin dikenali apabila Bukit Bulu terkenal sebagai spot selfie anak muda.

Bukit Bulu pula terletak sebelum Coban Rais dengan ketinggian 1000 mdpl. Pemandangan di sini sangat indah dengan litupan hutan tebal yang menyejukkan mata memandang. Hijau jer... Tiket masuk 10 ribu rupiah, parking 5 ribu rupiah. Ini baru tiket masuk ke kawasan tu.

Oleh kerana sudah agak lewat kami abaikan air terjun Coban Rais tetapi terus ke Batu Flower Garden dengan menaiki ojek. Bayar lagi 10k rupiah seorang. Elok berjalan kaki je... walaupun 800 meter ke BFG tetapi kalau berjalan sambil membawang berdiskusi mencari idea bagaimana untuk menyumbang tenaga ke arah Malaysia Baru takkan terasa jauh pun. Lagipun bukannya panas berdenting.




Yang ni best!

Batu Flower Garden ini tinggi dan dihias dengan bungaan segar sebagai satu kelainan. Owh.. sebelum masuk kena bayar 25k rupiah seorang which includes photographer di dua selfies spot. Mereka akan ambil lima keping gambar di setiap spot. Nak guna kamera sendiri pun boleh tapi kena bayar 15k rupiah ketika masuk ke sini (drone 75k rupiah). Oleh kerana jurugambar ni dah bersiap sedia di angle terbaik, kalau guna kamera kita sendiri dapatlah ambil dari sisi tepi je. Memang cantiklah dalam gambar... dengan bunga berwarna-warni dan berlatar belakangkan gunung. Cuma aku rasa simen platform tu sepatutnya lebih kasar supaya rasa lebih selamat untuk turun.

Selepas itu kami bergerak ke Gowes Air atau basikal udara. Berdua saja yang naik basikal ni sebab yang lagi dua orang tak sanggup. Sebelum naik basikal harnest akan dipakaikan di badan dan bila kita dah bersedia ada staf yang akan menarik tali supaya basikal bergerak ke depan. Aku ingatkan boleh kayuh sampai ke hujung rupa rupanya tidak... sekerat jalan je semata-mata untuk pose. Sekejap benar!

Berani tak?

Hammock bertingkat, spider hammock, paragliding, buaian kami tak sempat naik. 

Spot Hammock Batu flower Garden, Ngeri guys
http://wisatabaru.com/bukit-bulu-dan-batu-flower-garden-wisata-baru-malang-wajib-dikunjungi/



Selesai semua kami pun berjalan ke kaunter untuk memilih gambar. Kalau tak silap lima gambar free tapi kalau nak lebih bayar je 5 ribu rupiah sekeping dan mereka akan simpan dalam handphone kita. Pandai mereka berniaga, banyak gambar-gambar yang cantik mereka rakamkan. Tak beli karang menyesal pula bila dah sampai Malaysia.

Bahagian kanak-kanak tak kurang menariknya.

Bunga pine dan alpukat (avocado).

Special request ni.

Di situlah berakhirnya lawatan kami yang agak memenatkan jugalah sebab banyak berjalan dan memanjat bukit sehari suntuk. Berjalan dengan aku memang gitulah, pergi merata. Teringin juga nak ke sana lagi bila siap sepenuhnya.

Harga tiket masuk ke Batu Flower Garden.

Batu Flower Garden
Oro-Oro Ombo, Kehutanan
Kecamatan Batu
Kota Batu
Jawa Timur 65151, Indonesia

Motivasi | Kepercayaan itu mahal harganya

Tags
Kemaafan diberi jika berlaku kesilapan tetapi bukan jika kepercayaan/amanah dimusnahkan. Jadi dalam hidup buatlah kesilapan tetapi bukan pecah amanah.

Kerana... memaafkan mudah tetapi melupakan dan memberi kepercayaan kembali adakalanya mustahil.

Jadi  bila orang dah percaya kat kita, kita prove lah kita bagus.



***
When peoples lost trust in you, kau cakaplah ekonomi bagus macam mana pun kami tetap nak kau jatuh jugak. 


Gunung Banyak, Indonesia | Merangkak di Omah Kayu hahahha.... dan selfie di Taman Langit

Gunung Banyak, Indonesia | Merangkak di Omah Kayu hahahha.... dan selfie di Taman Langit  | Tanpa ke Gunung Bromo lawatan ke Surabaya dianggap tidak lengkap. Bila dah sampai Gunung Bromo sebaiknya sambunglah pula ke Batu kerana lokasi tarikan pelancongan lebih banyak di sana. Suhu sejuk pula tu.


Kota Batu yang digelar De Kleine Zwitserland atau Swiss Kecil di Pulau Jawa ialah sebuah bandar di timur Jawa. Rasanya lokasi paling popular di kalangan rakyat Malaysia ialah ladang epal dan Jatim Park. Yelah kan, kita mana ada tanam epal, panaih lit lit. Suhu di sini diantara 12-19C dengan ketinggian atas 700-1700 dari aras laut. Rasa sejuk nyaman itulah menjadikannya tempat beristirehat penjajah Belanda suatu ketika dahulu selain dikelilingi gunung-ganang seperti Gunung Arjono dan Welirang.

Tagline "Wonderful Indonesia" digunakan sepnuhnya dalam mempromosi negara besar ini. Di Batu, selain Jatim Park rasanya produk pelancongan lebih kepada yang berkaitan dengan alam, yang kurang memusnahkan hutan. Konsep yang bagus dalam mengekalkan keberadaan alam sekitar. Di sini elok kita habiskan masa dua tiga hari untuk menikmati sepuasnya suhu sejuk dan makanan enak yang berbeza dari daerah lain.


Gunung Banyak- lokasi wisata terbaru di Kota Batu
Banyak tarikan pelancongan baru dibina dan ada yang sedang popular di Indonesia. Produk yang instagramable pastilah lebih menjadi pilihan anak muda. Begitu juga Kota Batu, selain Jatim Park dan ladang epal yang sememangnya popular kini Gunung Banyak 'dinaikseri' sebagai lokasi paragliding, Omah Kayu- rumah di atas pokok, hammock gergasi dan tempat berfoto di Taman Langit.


Paragliding di Gunung Banyak
Orang Indonesia panggil paragliding, paralayang. Jadi Gunung Banyak ini lebih dikenali sebagai wisata paralayang. Cantik terbang dari sini sebab ada kampung di bawah sana. Aku ke sini sebelum menghadiri Kursus Asas Paragliding yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat jadi aku agak cuak jugalah nak tandem fly. Rugiiii.... 350k rupiah je.

Paragliding di Gunung Banyak

Jalan naik ke taman wisata ini agak sempit. Sesetengahnya tidak berturap dan kurang tanda jalan. Kami melalui rumah kampung untuk sampai ke puncak yang semakin sejuk dan nyaman udaranya. Rasanya sewa parking 15k rupiah. Bagusnya bayar sekali masuk, kalau ikut jam jenuh.


Omah Kayu bukan untuk si penakut 😛
Sebelum masuk ke kawasan Omah Kayu kena bayar entrance fee IDR5,000 seorang. Jika anda tidak mampu berjalan sendiri tempat ini tidak sesuai untuk anda sebab bertangga. Kawasan ini redup je sebab dilindungi pokok-pokok besar yang masih dikekalkan untuk menepati konsep taman tersebut.

Terdapat tujuh buat rumah kayu di atas pokok menghadap kawasan perkampungan yang boleh kita explore. Boleh nampak Kota Batu/Malang dari sini. Tinggi, di tebing gunung. Nak sewa pun boleh tetapi lebih sesuai kepada orang yang adventurous. Rumah kecil dilengkapi dengan tilam, selimut, bantal dan mini bar. Aku tak naklah kot... memalam karang sunyi sepi alahai... macam susah je nak isi perut.

Kebanyakan yang ke sini di waktu itu adalah golongan muda. Ada yang nampak macam student U, couples. Amboi kau dik... Kami pun bergasaklah buat photo shoot selfie bagai kat sini. Bila tengok video rupanya ada seorang kawan kami merangkak nak turun dari pelantar hahahhaha.... keras perut gelakkan dia 😂😂😂

 



Tak jauh dari situ ada giant hammock. Ini pun kalau berani cubalah. Takde safety harnest ye... best pulak 'terapung' atas net tu. Yang susahnya bila nak ambil gambar wohooo.... bergoyang-goyang! Takut handphone/kamera terlepas ke bawah.




Taman Langit
Dinamakan Taman Langit kerana ia berada di atas gunung. Menggunakan konsep yang sama seperti Batu Flower Garden tetapi sudah tentulah objeknya berbeza. Eh, belum buat lagi blogpost fasal Bukit Bulu dan Batu Flower Garden ni. Hmmm...banyaknya yang tak dibuat lagi.

Pada aku spot yang paling menarik di sini ialah patung yang dibuat menggunakan akar dan ranting kayu. Serius kreatif!


Tong sampah pun cantik.

Mak mak yang over 😁😁

Di Taman Langit ini pun ada lodgig juga dan ia nampak lebih moden.

Menetas je terus besar gini 😁😜




Wisata Gunung Banyak (Parahlayang)
Jalan Raya Indragiri
Sumberejo, Kec. Batu
Kota Batu, Jawa Timur 65318
Indonesia

Peminat barangan preloved (bundle), Jalan Jalan Japan akan dibuka di Seremban!

Peminat barangan preloved (bundle), Jalan Jalan Japan akan dibuka di Seremban! One man trash, other men treasure. Unwanted things seseorang mungkin menjadi barangan berharga orang lain. Biasa terjadi begini kan? Ada je orang berminat dengan barang yang kita nak buang.


Berdasarkan pemerhatian ramainya orang berjualan barangan terpakai di setiap daerah menunjukkan permintaan terhadap used items sangat tinggi. Malah blogpost aku tentang Lubuk Pakaian Bundle di Aranyaprathet tu mendapat bacaan tinggi dan ramai yang komen serta menghantar emel pertanyaan. Eh asyik tanya jer... bila nak bawa akak ke sana, dik? Nak spend dua hari baru puas belek handbags, kasut dan baju. 

Kita jangan ingat orang miskin saja yang memakai barangan second hand, ramai juga peminat vintage atau yang jenis brand conscious yang melanggani kedai-kedai begini. Harganya barangan berjenama biasanya ditentukan berdasarkan tahun ia dibuat, design dan samada ianya edisi terhad atau tidak. Sebab tu ada pengumpul Hermes Birkin dan Chanel (contoh) kerana harganya akan meningkat bila pengeluaran model tersebut dihentikan. Bila dilelong lagilah mahal, but overall harga barangan second hand adalah MURAH.



Kenapa kitar semula popular di Jepun?
Menurut data yang dikumpulkan pada 2009 keluasan rumah di Jepun secara purata hanyalah 95 mps (1023 kps) jadi mereka menjualnya kepada kedai barangan terpakai untuk memaksimakan ruang. Lagipun negara Jepun menghadapi empat musim berlainan dalam setahun. Bila musim dingin perlukan space untuk menyimpan winter wear, bila musim panas dan bunga pakai baju nipis dan ringan, bila tiba musim luruh kena pakai jaket nipis pula. Negara kita lainlah, daun getah je luruh selain jantung nak luruh mendengar duit beratus juta dijumpai dalam rumah 😲

Menurut Pengarah BOK Marketing Sdn Bhd, Mr Daichi Shuzui, trend mengitar semula barangan bermula pada awal 90-an. Penduduk Jepun berpendapatan tinggi tetapi keluasan rumah terhad disebabkan nilai tanahnya yang tinggi. Ruang yang agak kecil menyebabkan pemilik menjual barangan mereka yang masih berkondisi Neelofa di kedai barangan pre-loved. My husband pernah cakap semasa dia berkursus di Jepun tahun 1990 dulu, orang buang je mini compo yang masih elok tu. Allahu... kami ni guna tv yang sama sampai berbelas tahun. Zuhud.


Malaysia pasaran barangan terpakai yang menguntungkan
Menurut seorang lagi pengarah Mr Koji Onozawa, tidak semua negara Asean membenarkan pengimportan barangan terpakai ke negara mereka. Melihat sambutan baik masyarakat Malaysia, Bookoff Corporation Limited yang telah mempunyai 800 kedai di Jepun membuat keputusan memperluaskan perniagaan mereka dengan membuka cawangan mereka di Malaysia, negara luar kedua selepas New York, Amerika Syarikat. Bezanya outlet di Jepun sana menggunakan model jual dan beli sementara di sini hanya menjual, buat masa ini. 

Kedai pertama Jalan Jalan Japan Malaysia dibuka di One City Sky Park, Subang Jaya pada 2016 diikuti 1 Shamelin Mall pada tahun lalu. Minggu hadapan cawangan baru akan dibuka di Seremban Centre Point. Excited mak! 😁 Mengikut perancangan mereka mahu membuka dua outlet setahun.

Nama Jalan Jalan Japan dipilih kerana perkataan "jalan jalan" itu sendiri popular di kalangan rakyat Malaysia for look-see experience. 


Shopping Adventure with preloved goods from Japan
Dengan lima hingga enam kontena barangan didatangkan dari Jepun setiap bulan, setiap outlet Jalan Jalan Japan menawarkan hampir 200 ribu barangan yang berlainan. Tidak seperti pasaraya yang memiliki produk sama dalam pelbagai saiz/warna kedai bundle hanya menjual as-is-where-is basis sahaja. Rezekilah tu kalau dapat yang berkenan di hati dan padan pula saiznya.

Kontena yang tiba di pelabuhan Klang akan dibawa ke gudang mereka yang juga terletak di Port Klang. Barangan tersebut akan melalui proses pengewapan panas, dicuci sehingga tidak meninggalkan bau dan diseterika sebelum dihantar ke kedai.

Outlet terbaharu di Seremban ni menghimpunkan pelbagai barangan dari perhiasan rumah, peralatan dapur, pakaian, permainan, kasut, beg tangan, luggage dan sebagainya. Surf board pun ada. Yang tak tahan tu ada seseorang beli tripod yang jenis elok tu tau, murah je. Macam mana aku tak jumpa eh? Leka sangat kat seksyen hangbags tu kot.



Mata kat lain tangan kat lain hahahah.... berpinau! 


All this plus two branded sling bags only RM100. Demi sepasang #kebayamerah uols...

To me two hours spent here wasn't enough. Dengan anak hakak yang sibuk nak beli mainan dia lagi, dengan kita nak cari macam-macam... sudah pasti akan kutinggalkan mereka dengan bapaknya pada 2 Jun nanti. InsyaAllah akan dapat berbelanja dengan aman tenteram 😁😁

So jangan lupa tau pergi ke Jalan Jalan Japan di Seremban Centre Point pada 2 Jun 2018. Dengan keluasan 24,000 kaki persegi 'tawaflah' dalam tu dari 10 pagi ke 10 malam. Jika perlukan bantuan panggil sahaja salah seorang daripada 15 pekerja yang bertugas.


Jalan Jalan Japan
Tingkat 3, Seremban Centre Point Mall
19, Jalan Dato Siamang Gagap
70100 Seremban
Negeri Sembilan

Facebook



Instagram


Video pra-pembukaan Jalan Jalan Japan, Seremban Centre Point, Negeri Sembilan.


Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free