Ilmuan Islam- jabir Ibn Hayyan 750-803M



Dikenali sebagai Bapa Ilmu Kimia Dunia. Beliau yang nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil menempatkan dirinya sebagai ilmuan terkemuka. Dia mengamalkan bidang perubatan dan kimia di Kufah (sekarang Iraq) sekitar tahun 776M.

Sumbangan terbesar beliau adalah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada 100 risalah yang telah diabadikan hingga kini. Terdapat 22 risalah yang antaranya yang berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia. Beliaulah yang memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen didunia alkimia.

Post a Comment

0 Comments