Tawau

Brother ni pagi2 dok bersihkan kolam ikan. Di luar rest dibuat kolam-kolam kecil untuk simpan ikan yang masih hidup so kalau ada orang nak kira fresh dari laut le.

Oleh kerana disepanjang pesisir pantai ada penempatan penduduk so segala sampah-sarap termasuk plastik bersepah-sepah, bahaya untuk hidupan laut. Sedangkan manusia yang berkuasa menggerakkan tangan pun boleh mati tercekik inikan pulak ikan, penyu.


Lobster 390 inggit sekilo ada bran?

Aku dengan Aiman p breakfast yang mamat ni baru bangun tidur. Breakfast simple je toast bread dengan goreng pisang and coffee/tea

Sekejap sangatlah duduk kat sini......apa nak buat...lain kali kalau ada rezeki datang lagi. Serious, aku sangat suka.

Look at the design. Pokok langsuir tu melembutkan struktur kayu yang keras

Dari Semporna terus ke Tawau. After about 1 1/2 hr journey kita bagi budak2 ni main2 jap. Drebar pun letih drive tengah2 panas.... co-driver? takde nya aku jadi pembantu drebar............tidur lagi best.




Then kita ke Pasar Tanjung Tawau
Yang bulat-bulat tu amplang.......dulu aku pernah beli kat KK huishhh.... tak sodap. Ada kuih bangkit kacang, haaaa.....yg itu hang kena try. Pes pecal pun ada.

Pemukul telur, aku beli sebuah untuk mak mertuaku

Yang ni aku beli sampai 4 perisa, anak-anak nak buat ice blended. 1st time jumpa kat Sarikin, Sarawak tapi masa tu aku tak bagi anak beli. This time aku belek2 ada tanda halal, aku beli sampai 40 peket.

Korang kalau beli ikan bilis/ikan masin jangan terus lempar dalam kuali je basuh dulu yang. Orang tu kuis-kuis dengan selipar jamban korang main telan je (ada jugak orang bagi alasan tak basuh ikan bilis sebab nanti tak garing)

ikan-ikan kering memang murah berbanding di semenanjung

Pemandangan dari atas Pasar Tanjung Tawau. Kat depan tu Pasar Tawau



Soto Makasar.........sedapppp! dihidang dengan nasi, mesti cuba. Kami order sorang satu tapi aku rasa dari berlainan tukang masak sebab soto aku lagi sedap dan lain sikit rupa dia. Di sini kalau kita makan depa akan hidang air suam sekali.

RM3-00?? tak pernah kujumpa harga tu di pasar malam. Kalau dok Sabah puas makan ikan wehhh.... Makanan laut yang mentah sangat murah.

Ikan buntal

Tuna......sedapnya sandwich tuna dengan salad dan mayonissss....mak aiii kecur ayaq lioq. Berlapis-lapis isi dia.....kalau goreng dengan sambal cili api......ohhhh.....

Kami pi sampai ke belakang pasar. Adik dok tutup hidung sebab hanyir. Ye la dah pasar ikan.

Lepas tu jalan lagi ke bazaar pulak, biasalah bazaar punya barang.....kain batik, baju tidur, blouse, souvenir dll. Aku beli souvenir je kat sini guna duit masing-masing. Tak kuasa aku nak membayarnya tak lama lagi mesti aku akan jumpa bawah katil la....bawah meja la......sendiri beli untuk kawan sendiri.

Wow! Ayam mongolia?

Kat Tawau ada dua masjid
ini yang lama, terletak sebelah hotel Marco Polo dan berhampiran bazaar. Kedudukannya memang strategik di tengah-tengah bandar. Ruang solat orang pompuan di sebelah atas. Ehh...aku sukalah location masjid ni.

Muka bosan

Lepas beli barang lebih kurang kami balik ke Kunak, esok pagi dah nak balik. Owhhh......sekejapnya........ Our host dah berapa kali pesan tak payah beli apa2 ikan semua dah beli..... sedap seyyy makan ikan bakaq. Aku ni kalau bercuti duduk rumah sesapa confirm badan naik. Kesian kat tuan rumah penat dia masak kan?


6.30 pagi esok sempat lagi ke Tamu Kunak.




1 comments so far

Tawau..bumi peladang..kalau ikan segar,memang banyak murah sini

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free