Thailand | Maetaeng Elephant Park - tunggang gajah lagi !

Thailand | Maetaeng Elephant Park -  tunggang gajah lagi ! | Selepas menunggang gajah di Namuang Safari Park, Koh Samui tahun lepas hati aku berkata cukuplah, biarlah itu yang pertama dan terakhir, cukuplah sekali merasa terhuyung-hayang di tempat tinggi hingga nak keluarkan handphone pun takut. Taubat mak! 😓😓

Tak taubat nasuha kisahnya.... bila dibawa ke Maetaeng Elephant Park ni teruja pula rasa nak naik gajah sebab gajah-gajah ni akan masuk dalam sungai seperti di Kanchanaburi dulu. Ini kes teringat ingatlah ni.


Di mana letaknya taman gajah ini?
Maetaeng Elephant Park ini terletak di tepi sungai di Maetaman, 50km dari bandar Chiang Mai. Chiang Mai tu nun di utara Thailand sana. Di kawasan ini ada beberapa lagi elephant park dan elephant rehabilitation centre untuk gajah yang pencen bertugas.

Taman gajah ini luas dan memiliki puluhan gajah di bawah kendalian syarikat yang turut memiliki elephant clinic sendiri. Taman ini menerima ramai pengunjung, mungkin disebabkan iklan words of mouth yang mengatakan aktiviti di sini menarik, gajahnya tak nampak stress dan buffet lunch included.

Taman untuk mamalia terbesar di darat ini bermula sejak 1989 lagi bila mana ada pihak rasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu apabila semakin banyak gajah masuk ke bandar akibat pembalakan haram.  Tenaga gajah juga banyak digunakan dalam sektor tersebut. Bila ini berlaku keluarga Chailert yang tiada pengalaman membela gajah mengambil inisiatif membuka taman gajah untuk memberi kehidupan yang selamat untuk gajah-gajah ini disamping sebagai satu tempat pembelajaran mengenai gajah Asia di Thailand. Klinik gajah pula mula dibuka pada tahun 2006 untuk memantau gajah betina yang bunting tapi lelama kena uruskan masalah kesihatan lain juga. Disebabkan kesukaran membawa gajah yang sakit ke Lampang Elephant Hospital yang jauhnya tiga jam dari Maetaman (makin sakitlah gajah tu kalau dibawa naik trak lelama, nak bawa doktor veterinar ke situ pun masalah juga) jadi pada 2009 klinik gajah yang lengkap diadakan dengan bantuan badan kebajikan, sukarelawan dan penderma. So... veterinar dan Mahouts yang pakar dalam elephant behaviour serta herba semulajadi bertugas secara tetap di klinik percuma tersebut.  


Apa tarikan Maetaeng Elephant Park ini?
Banyak!

1) Pertama, sebab boleh naik gajahlah.

2) Dapat melihat elephant show. Gajah-gajah ni boleh bermain bola dan melukis.

3) Lepas naik gajah boleh naik rakit.

4) Kalau tak suka naik rakit boleh cuba zipline. Haishh geram je tengok.

5) Surau disediakan.
Orang dah sediakan tu pepandailah jaga, jangan main lempar je telekung tu. Tisu pun pi buang ke dalam tong sampah. Please lah, takkan tu pun tak tau. Orang Thai pembersih tau.

6) Makanan halal disediakan dan rasanya boleh tahan sedap. Sila ikut seksyen yang dicetak pada tiket. Dapatlah merasa mi daging kat sini.

7) Tandasnya banyak dan bersih.


Aku shoot dari atas gajah ni. Gambar yang ini je semenggah sket.


Pandai dia menyepak.


Bila naik rakit ni kita akan duduk di bangku kecil seperti di atas. Tak basah lansung baju seluar.




Syok oih main flying fox/zipline tu.

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian.

Berakit tengah panas tapi best jugalah. Pilot ni kata dia tak bersekolah tapi dia boleh berbahasa Inggeris at social level. Kalau nak belajar bahasa asing carilah kerja as a front liners seperti ini. Biar grammar ke laut, lama lama pandailah tu. Jack Ma pun dulu begitu.

Kalau haus boleh beli air. Ada beberapa orang yang berniaga di tebing sungai.

Aku tengok elephant show ni dengan group dari Israel. Boleh tahan juga rupa mereka #tetibaofftopic 😁

Eden sorang jo haa...

Harga pakejnya?
Harga pakej BHT1,600 seorang untuk 4 jam yang termasuk:

- pengangkutan pergi balik dari hotel
- elephant trekking
- pertunjukan gajah
- berakit di sungai
- naik kereta lembu
- Halal buffet lunch

Aku tak naik kereta lembu tu. Tak kuasa mak lambat benau hahaa...

Kalau pergi sendiri naik songteaw dari bandar Chiangmai akan dikenakan tambang 500 baht tapi tak sure one way atau return. Mungkin boleh dapat harga yang lebih murah kalau pandai haggle.


Tips menunggang gajah
1) Pakailah pakaian yang bersesuaian. Jangan pakai skirt atau seluar dari jenis kain licin sebab bila gajah tu bergerak kita akan bergerak juga. Bila time menurun ke sungai atau bukit kita akan laju melorot turun juga, jenuhlah berpaut pada palang besi tu. Berdebar jugalah aku hahahah...

2) Pegang handphone atau kamera anda dengan baik. Kalau jatuh ke dalam sungai tu kira arwah teruslah.


Biasalah di mana-mana tourist attractions di Thailand ni akan ada photographer yang akan mengambil gambar. Tiada paksaan untuk membeli. Yang di elephant park ni jual 200 baht tapi di penghujung selepas kita turun dari rakit tu 160 baht. Ofkoslah aku beli yang 160b tu kan.

Untuk maklumat lanjut sila baca di sini. Banyak ilmu baru kita boleh dapat di seksyen FAQ website ini.


MAETAENG ELEPHANT PARK
99/1 Moo. 2
Kued Chang, MaeTaeng
Chiang Mai 50150
Thailand
Telefon: +66-81-549-1110 / +66-89-755-5451
E-mail: info@maetaengelephantpark.com








This Is The Newest Post

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free