Saya Nak Ke Surabaya-Bromo-Malang. Gegurl Nak Ikut?



Saya Nak Ke Surabaya-Bromo-Malang. Gegurl Nak Ikut? Surabaya satu lokasi pelancongan yang menarik di Indonesia. Ye lah, Indonesia yang terdiri daripada banyak pulau tu sangat luas jadi satu satu negeri tu sudah tentu ada tarikan tersendiri baik makanan, budaya atau alamnya. 


Tahun 2012 lalu aku sudah ke sana. Rancangan asalnya bersama husband tetapi waktu tu mak dan pak mertua dalam waiting list untuk ke tanah suci Mekah jadi husband tak jadi pergi. Aku pergi dengan seorang kawan tapi tidaklah kami bersama ke semua tempat. Ikut preference memasinglah kan. Oleh kerana waktu tu aku mengandung hampir enam bulan, pergerakan agak terbatas serta tak dibenarkan untuk ke Kawah Bromo. Dalam terbatas tu pun lepas ke Pesantren unik di Malang tu. Habis satu hari naik public transport siap duduk kat tangga bas lagi huhuu...

September nanti, sebulan setengah sahaja lagi, insyaAllah aku akan ke sana. Jadi inginlah aku mempelawa adik/kakak/makcik untuk turut serta. Nak cukupkan satu van saja kalau boleh.

Trip Surabaya-Bromo-Malang ini bukan trip shopping so rest assured you won't be bored menunggu orang menghabiskan rupiah. Tetapi, kita pergi jugalah shopping sesikit.... membeli untuk kenangan. Nak juga membeli sehelai dua baju kan? Eh, handbag ke...


Itinerary 4 Hari 3 Malam Di Surabaya-Bromo-Malang
Ini cadangan yang tidak semestinya mengikut turutan. Ia akan diatur kembali mengikut jarak dan kesesuaian masa.

Day 1
Muzium Sampoerna, lumpur panas Sidoarjo, pusat kulit Tunggulangin.
Solat di Masjid Al Akhbar, masjid kedua terbesar di Indonesia selepas Masjid Istiqlal di Jakarta.
Bermalam di Bromo.

Day 2
**Menunggu matahari terbit di Penanjakan, naik ke Kawah Bromo, Savana (optional).
Kemudian bergerak ke ladang epal di Batu.
Bermalam di Batu.

Harga tiket Bromo IDR317,500 (mahal sungguh!) + jip xxx rupiah. Kalau teringin naik kuda tambah 100,000 rupiah lagi. Ada pakej yang ditawarkan di sana.

**boleh sahaja bersantai di hotel jika tidak berminat untuk ke Kawah Bromo. Sejuk weh!

Yang sebelah kanan tu lah puncak Penanjakan. Kalau ambil gambar dari arah sana memang lebih cantik tambah lagi time sunrise.

Day 3
Kampung warna-warni di Malang, pesantren, masjid Cheng Ho.
Balik ke Surabaya dan bermalam di sana. Malam tu nak tengok Jambatan Surabaya.

Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri 'Asali Fadlaailir Rahmah

Day 4
Ada banyak masa lapang hari ini.

Kita boleh pergi massage, boleh shopping di sekitar Masjid Ampel, boleh ke Museum Kesehatan Dr. Adhyatma MPH @ Muzium Santet. Aku bawa nurse ni... dia berminatlah kot melihat alat alat perubatan moden dan tradisional ni.

Kenapa dipanggil santet? jeng jeng jenggggg...!


Gegurl berminat? Janganlah lama nau berfikir... lagi lambat decide bertambah mahal tambang kapal terbang. Meh emel kita kat ruggedmom@gmail.com . Sila sila...





Post a Comment

0 Comments