Hotel Review | Bagasta Boutique Guesthouse - A Modern Kampung Experience in Kuala Lumpur



Hotel Review | Bagasta Boutique Guesthouse - A Modern Kampung Experience in Kuala Lumpur | Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya bangsa dan Kuala Lumpur sendiri telah diiktiraf sebagai lokasi membeli-belah yang ke-4 terhebat di dunia. Keindahan dan berbagai pengiktirafan yang diraih oleh Malaysia membawa bersama kedatangan pelancong yang meningkat setiap tahun. 

Pelancongan melibatkan tiga perkara asas iaitu penginapan, pengangkutan dan makanan. Bukan semua yang datang ke mari pakcik kayo... ramai juga golongan sederhana dan budget travellers. Golongan yang kedua dan ketiga yang pertama kali datang ke sesuatu negara biasanya akan menginap di kawasan bandar yang mudah akses kepada pengangkutan awam dan dekat dengan tourist attractions.

Selain hotel mahal yang berada di sekeliling Petronas Twin Tower @ Kuala Lumpur City Centre @ KLCC - pernah tak terfikir ada juga hotel sederhana yang boleh memberikan pemandangan KLCC yang jelas serta dikelilingi oleh restoran berselera timur dan barat serta berdekatan pula dengan LRT?

Bagasta Boutique Guesthouse yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur ada kesemua ciri itu. Tak perlu bercerita banyak kot, tengok je lah gambar-gambar di bawah ni. Lebih menarik lagi konsepnya 'kampung dalam bandar'.



Bilik aku ni kecik sikitlah tapi lengkap. Yang penting hampir kesemua 30 biliknya boleh nampak KLCC.
 
Harga bilik bermula daripada RM180 sebilik semalam. For locals try tanya dulu, mungkin boleh dapat sedikit diskaun.


Sumber : Bagasta


Sumber : Bagasta


A spectacular view from rooftop. Sorry, gambar tak cantik.

Breakfast juga di rooftop. Selepas subuh terus naik atas ni untuk melihat sunrise. Kalau rajin shoot video. Buat time lapse lagi ngam.
 

Kampung baru terkenal dengan sajian makanan yang pelbagai dan enak. Kalau tak nak citarasa Melayu try western food. Sekitar Bagasta Boutique Guesthouse ni ada tiga restoran yang menyediakan makanan barat. Makan steak lah pulak, hari hari makan nasi kat rumah kan...


LRT hanya 5 minit berjalan kaki manakala Masjid Jamek Kampung Baru yang terkenal dengan bubur lambuk di bulan Ramadhan jauhnya hanya sekangkang kera. Location wise memang strategiklah guesthouse ni. Sesuai sangat dijadikan base untuk kita berjalan kemana-mana di dalam Kuala Lumpur.

Tempat pelancongan yang berdekatan Kampung Baru:
- Zoo Negara
- Dataran Merdeka
- Bangunan Sultan Abdul Samad
- Petaling Street (Chinatown)
- Kuala Lumpur Golf & Country Club
- Kawasan membeli-belah Bukit Bintang
- Masjid India
- Perdana Botanical gardens

Sila hubungi :
Bagasta Boutique Hotel
56 Jalan Raja Alang, Kg Baru
Kuala Lumpur.

Telephone: +603-26989988
Faks: +603-26989688
E-mail: reservation@bagasta.com.my








 

Post a Comment

0 Comments