Kembara Kraf Selangor 2014 - part 1




Assalamualaikum.


Thank you for still being my readers. I believe you will get some knowledge here especially about travel. Walaupun fokus blog ni tentang pelancongan dan pengembaraan sama ada di dalam atau di luar Malaysia industri kraf yang turut berkait dengan pelancongan tempatan juga perlu diketengahkan.



Trip Kembara Kraf Selangor 2014 kali ini adalah anjuran bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor dan Gaya Travel Magazine. Aku anggap program kali ini sebagai edu-trip sebab banyak perkara baru yang dipelajari. Di musim cuti persekolahan ini kalau anda menghadiri majlis di Selangor mungkin boleh singgah ke tempat-tempat berikut untuk menempah produk tertentu dengan harga yang lebih murah daripada yang dijual di pasaran. Jangan tak tahu, produk keluaran syarikat kecil ini mempunyai pelanggan dari kalangan VIP dan pasaran luar negara sejauh Amerika Syarikat! Hebak mung!


 Perasmian program dilancarkan oleh Yang Dipertua MBPJ, Dato' Alinah

Pantas akak blogkan kali ni sebab waktu cuti sekolah ni akak ada ramai assistant, ai jadi supervisor saja.

Perabot Taman D'Reebu
Perusahaan perabot taman ini telah dimulakan pada tahun 2002 di Sungai Buloh, Selangor. Produk keluaran mereka ialah chalet desa, kabin, pondok, wakaf, buaian, pergola dan replika rumah. Kayu yang digunakan pula adalah dari jenis meranti, balau, cengal dan pine. Menurut Encik Alias Desa, pemilik D'reebu, sehingga kini mereka masih tiada saingan. Hah apa lagi usahawan di luar sana?

Pada tahun 2015 kabin untuk lori buatan mereka akan masuk ke pasaran Amerika Syarikat. Kalau dah orang sana tempah sudah pasti kerana mereka menjaga kualiti dengan ketat. Tetapi, pelanggan yang ini hanya mahu menggunakan kayu pine dari dalam negara mereka sendiri. Tak kisahlah kan janji made in Malaysia. Bangga kita.


 Chalet desa ini boleh disiapkan dalam masa dua hari tetapi pengeringan kayu mengambil masa yang lama bergantung kepada jenisnya.


Meh nak bagi tahu sifat-sifat kayu...

Retak, rekah, sompek, sungkap, leding, lengkung, kecut, kembang, lubang, selumbar, kasar, mata kayu, tona tidak sekata, perbezaan usia kayu, perbezaan jenis kayu. Buta kayu adalah termasuk dalam kategori lain ya :-)

Kalau uols tempah di D'reebu Sdn Bhd ini kalian akan diberi diskaun diantara 15-20% hohooo...banyak juga tu. Kayu yang terbaik adalah dari jenis cengal kerana ia mempunyai kandungan minyak yang lebih tinggi dan boleh tahan sehingga 30 tahun. Perabot kayu meranti mula rosak bila berumur 3-4 tahun, pine selepas lima tahun dan balau selepas 10 tahun justeru itu harganya turut berbeza mengikut jenis kayu yang digunakan, saiz dan design. Kalau tempah mengikut design sendiri pun boleh, dah design eksklusif harganya pun aku agak eksklusiflah juga. Apa ada hal ye tak?

Produk D'reebu menggunakan ciri ketukangan Melayu dan Cina. Nak membuat sesuatu produk tu tak lama tetapi proses pengeringan kayu yang mengambil masa. Contohnya, kayu meranti yang mempunyai sedikit sahaja minyak (sebab tu anak-anai suka) boleh dikeringkan di dalam oven manakala kayu yang lebih berminyak dikeringkan secara semulajadi sehingga berbulan-bulan. Kandungan minyak di dalam pokok balau pula kurang daripada cengal sebab tu para pekerja hanya dibenarkan memotong cengal selama tiga hari berturut-turut kerana ia akan menjejaskan kesihatan mereka. Kesihatan pekerja kenalah dijaga kalau tak nanti bos jugak yang kena bayar duit ubat. Oleh kerana dah 12 tahun berniaga perabot mereka mudah mengecam jenis kayu kecuali meranti kerana ia mempunyai sub-spesis yang banyak.


 Kalau nak yang berukir begini pun boleh juga

 Replika rumah - pemainan orang kaya

Replika rumah biasanya ditempah oleh peminat barangan kayu tetapi mereka tiada tanah untuk membina rumah kayu. Golongan yang kedua ialah peminat replika rumah kayu dan golongan ketiga ialah orang yang memang mahu membina rumah kayu dan menjadikan replika tersebut untuk mengembangkan idea pembinaan rumah.

Rumah kayu sebenar biasanya mempunyai ruang yang luas dan hanya mempunyai dua bilik. Rumah dijadikan tempat berkumpul dan hanya anak-anak perempuan bersama ibu bapa sahaja yang tinggal di dalam rumah manakala anak lelaki tinggal di dalam chalet yang dibina di luar rumah. Mereka hanya masuk ke dalam untuk makan, solat dan aktiviti bersama keluarga. Kalau aku kan, aku tak bagilah anak bujang den tu duduk berasingan kang ontah kemano pulak poi merempit tetengah malam. Zaman sekarang ni kena ada rasa cemburu yang lebih terhadap anak-anak ni.

 Kabin dua tingkat yang dijadikan pejabat. Kabin boleh ditempah setingkat atau dua tingkat.


Perabot taman keluaran D'reebu menjadi aksesori pelengkap bagi menyerlahkan nilai estetika dan keindahan sesebuah taman dan laman. Ketika ini mereka mempunyai 40 pekerja mahir dan dibantu oleh 20 orang pekerja sokongan dengan hasil jualan sekitar RM600 ribu sebulan. Mereka boleh menghantar tempahan ke mana sahaja yang anda mahukan sama ada ke alamat sendiri...atau rumah mak... atau ke rumah dot dot dot...

Nak diskaun tak? Kalau rasa nak tempah atau beli yang dah siap silalah ke:

D'reebu Sdn Bhd
Lot 428-A, Merbau Sempak
Batu 18, Jalan Kuala Selangor
47000 Kuala Selangor.
Tel : 012 3297778 (sms sahaja)
Faks : +603 60382320
Emel : dreebu@yahoo.com
Website : www.dreebu.com
GPS : 3.22223, 101.510104

Lokasinya tak jauh dari Cendol Bakar.


Ramadas Pottery Factory

Next, kami ke kilang membuat pasu pula di Kuala Selangor juga.

Encik Ramadass merupakan seorang adi guru dalam industri pembuatan tembikar. Beliau yang telah lama dalam industri ini kini telah mengembangkan lagi kilangnya, malahan pembeli tembikar Ramadass ini bukan sahaja dari kalangan warga tempatan, tetapi pelancong dari luar negara turut sama mendapatkannya. Produk yang selalu dihasilkan adalah pasu, tabung, bekas kemenyan, periuk tanah, patung sembahyang dan barangan perhiasan rumah. Harga produk bergantung kepada saiz, jenis dan kesukaran pembuatannya


Alat khas digunakan untuk menetapkan ketebalan pasu

Alatan tradisional untuk membuat pasu

Masa dulu, di zaman sebelum adanya mesin untuk membuat pasu tayar digunakan seperti gambar diatas. Tanah liat diletak di bahagian tengah lalu tayar dipusingkan melawan arah jam. Bila dah terbentuk pasu atau apa-apa sahaja yang diinginkan benang digunakan untuk memotong. Benang tersebut pula perlu ditarik mengikut arah jam. Pasu perlu dijemur selama empat jam kemudian dibersihkan lalu dikeringkan lagi selama empat hari sebelum dibakar.


Pada tahun 1950an terdapat lebih daripada 100 orang pengusaha pasu tanah dan buyung namun kini hanya lima orang yang masih membuatnya di Kuala Selangor. Selain terpaksa bersaing dengan periuk aluminium, sebahagian daripada mereka juga tiada pewaris yang mahu menyambung kerja berlumur lumpur ini.

Berlainan dengan Encik Ramadas, pada tahun 2012 beliau telah mengambil alih perusahaan ini setelah sekian lama membantu bapanya dan beruntung anak beliau juga turut berminat di dalam bidang ini. Menggunakan campuran ballclay, pasir dan air, bahan-bahan ini diadun di dalam alat khas sebelum dibentuk. Ballclay digunakan kerana ia boleh menghasilkan pasu yang kuat dan tahan lama.

Produk utama keluaran kilang Ramadas Pottery ialah pasu yang di belakang dia tu...nampak tak yang bulat tu? Selalu kelihatan di akhbar bila melaporkan berita perayaan Ponggal. Ia digunakan untuk menyimpan susu dan memasak nasi. Pasu tanah liat bagus sebab suhu panas akan tahan lebih lama. Tak perlu microwave okay.


Batu untuk bertungku

Selain pasu dan peralatan sembahyang masyarakat India, Ramadas Pottery menerima tempahan produk lain seperti batu tungku ini. Ia digunakan bagi wanita selepas bersalin untuk mengecutkan peranakan. Confuse aku bila 'lelaki-lelaki tersebut' pun turut membeli batu tungku ni jugak? Apa yang korang nak tuam? kihkihkihh... Ada orang yang menjalankan bisnes penjagaan kesihatan menjualnya pada harga RM58 sebiji way more expensive than harga yang diberikan oleh Encik Ramadas. Tempahan minima 100 biji kalau korang nak harga RM10 sebiji.

Mungkin perniagaan barangan berasaskan tanah liat ini akan lebih berkembang maju sekiranya produknya lebih beraneka. Maklumlah manusia sukakan alternatif. Selera masyarakat asia dan eropah berbeza malah pemilihan warna di negara-negara asia lebih ceria.

Untuk tempahan sila berurusan dengan pemiliknya di :

Ramadas Pottery Factory
Lot 2269, Jalan Keretapi Lama
Batu 12, Jalan Kelang
45000 Kuala Selangor
Tel : 03 32891054
H/P : 012 3586304


To be continued in part 2....


Program Kembara Kraf Selangor adalah anjuran majalah Gaya Travel dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Unit Pelancongan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang bertujuan untuk mempromosikaan produk-produk kraf di negeri Selangor. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran program ini.











Post a Comment

0 Comments