Puteri Harbour Family Theme Park | The Little Big Club



Hai, jumpa lagi !

Banyak tempat yang aku nak recommend untuk hangpa pi berjalan sekeluarga semasa cuti sekolah minggu depan. Masih lagi di Johor Bahru ye.

The Little Big Club menghidangkan karektor kegemaran kanak-kanak iaitu Bob the Builder®, Barney®, Angelina Ballerina®, Pingu® and Thomas & Friends®. Tak jumpa di tempat lain dah, kesemua karekter ini letakkan di bawah satu bumbung, asli dan ekslusif.

Diantara aktiviti interaktif yang disediakan di Bob The Builder termasuk meletakkan batu bata dan memasang rangka tingkap macam real life punya kerja. Jadi tukang rumah anak kita sekejap hahaaa... kanak-kanak sure seronok sangat di sini. Ye lahkan, selalu menonton si Bob di dalam tv saja tapi kali ni bersama-sama membina bangunan dengan Bob. Ini boleh mapping minda mereka jugak, bagi idea dah besar nanti nak kerja apa. Nak makan gaji ke... nak menggajikan orang.




Ini yang sebenar
Nak menari dengan Angelina Ballerina® di Angelina’s Dance Studio menggunakan teknologi CGI pun boleh.

Pingu pun ada....

Salah seorang anak aku membesar dengan cerita Thomas and Friends. Sampai naik muak den menomankan dio dopan tv. Kalau dia dapat tengok sendiri Thomas, Percy, Mavis dan karektor the Troublesome Trucks hai tak tahulah betapa sukanya dia.



Di The Little Big Club® juga ada persembahan pentas, ruang permainan kanak-kanak dan peluang berjumpa dan bermesra dengan karektor yang mereka minati. Tiket masuk boleh dibeli secara berasingan atau bersekali dengan Sanrio Hello Kitty Town. Kanak-kanak dibawah usia 3 tahun FREE !

Lokasinya?

Puteri Harbour Family Theme Park
Persiaran Puteri Selatan
Puteri Harbour
79000 Nusajaya
Johor Darul Takzim

Untuk maklumat lanjut sila semak di sini ya...http://www.playtime.com.my/little-big-club

Post a Comment

0 Comments