Showing posts with label air terjun. Show all posts
Showing posts with label air terjun. Show all posts

Mencipta Kenangan Di Hutan Rekreasi Sungai Tekala

Mencipta Kenangan Di Hutan Rekreasi Sungai Tekala | Bismillah... dua minggu juga tak update blog, type-save-type-save-type-save... repeating the same actions. Entah apa yang aku sibukkan pun tak tahulah. Oleh kerana ada tempat baru yang kami sekeluarga (err...with Set B boys) pergi Ahad lalu jadi aku update segera sebelum hilang keterujaannya.


Tujuan ke Semenyih sebenarnya memenuhi undangan kenduri di rumah adik ipar. Keluarga sendiri kan, takkan tak pergi pulak sedangkan aku takde apa apa urusan tapi lewat sampai sebab husband tak sabar nak test mesin rumput baru dia 😃.  Selesai di sana takkan nak terus balik kot? Bukan akulah tu kalau makan sepinggan terus balik... bayar tol oih nak sampai sana.

Kami mak paknya dah plan nak bawa The Boys mandi-manda sebab cuti Deepavali lima hari minggu lepas tak kemana-mana pun. Bebudak tu memanglah active as always, keluar pukul 8 balik 12 tengahari, keluar lagi 5 petang balik pukul 7. Aku je lah yang mereput kat rumah berebut tv dengan anak dara yang tak sesudah menghadap drama Korea 😔. Anak-anak-anak excited sangat bila aku kata, kita nak pergi mandi di air terjun! Seluar, baju, swimming trunk semua mak dah packing sesenyap.

Maka teruslah kami ke Hutan Rekreasi Sungai Tekala yang jauhnya hanya 13km dari pekan Semenyih dan 43km dari bandaraya Kuala Lumpur. Dokek yo.... Ia berada dalam Hutan Simpan Sungai Lalang, sebahagian daripada hutan negeri yang juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor. This is a lowland dipterocarp forest.

Sebelum sampai nanti kita akan menempuhi tiga buah kuburan moden. Yang terakhir tu aku terbaca, "Sales Gallery/Office", aku ingatkan projek perumahan tapi rupanya 'rumah terakhir' huhuu... Makcik aku kata dia kalau lalu memana kubur Cina dia mesti akan ingat kat aku sebab tahun 90an dulu aku pernah cakap pada dia aku nak buat bisnes kubur Cina 😁😁😁... untung worr... nampak tak betapa out of the box thinking nya aku? hahaha... 

Eh, dah sampai.


Di sebelah tempat parkir kenderaan tu ada tandas dan surau. Suka surau tu, ringkas je. Di sebelah lagi ada 30 tapak perkhemahan yang mampu memuatkan seramai 150 orang dalam satu satu masa. Bolehlah uols bawa anak murid/keluarga camping di sini nanti. Ada juga papan peringatan agar pengunjung berhati-hati dengan penyakit kencing tikus (Leptospirosis) - sebenarnya kencing binatang, bukan tikus je seperti yang ramai daripada kita faham. Sila elakkan daripada mencuci bekas makanan dan kaki di air yang yang bertakung.

Ada monyet haa.... jaga jaga barang uols.

Eh, ada monyetlah! Selepas membayar tiket masuk kami pun terus menuju ke puncak. Kata nak mandi air terjun khennn... Tercari-cari jugalah tempat yang agak selesa untuk menghampar alas punggung. Aku yang pakai long skirt sempit rasa alamakkk... payahnyalah nak duduk sesuka hati. Dalam perjalanan ke atas tu aku perasan ramainya Filipino. Mereka lebih beruntung daripada yang lelain sebab hari Ahad dapat cuti. Giler ah kerja terus-terusan tak dibagi cuti. Aku yang jadi "mem" besar kat rumah ni pun nak cuti empat hari sebulan.




Air terjun ni best, banyak tempat yang kita boleh mandi. Ada natural rock pool yang membuatkan bebudak seronok mandi. Aku jadi pemerhati je sambil mengisi perut (lagi). Husband ai kata di tempat paling tinggi takde tempat yang agak luas untuk bentang tikar.

Pukul 3.30 kami mula beredar dari situ bila langit semakin gelap. Sewaktu di bawah aku nampak ada pengunjung yang baru sampai. Hhmm.... terfikir juga kan sekarang pepetang hujan, kenapa datang petang eh? Kesian anak-anak dia mengharap je nak mandi. Jangan memain dengan kepala air, jenuh Bomba nak cari kang. Kami masuk je dalam kereta hujan pun mula rintik.


Hutan Rekreasi Sungai Tekala ni menarik sebab:
1) tak jauh dari KL/Seremban
2) air terjunnya bertingkatnya tak tinggi sangat, sesuai untuk keluarga
3) ramai boleh berkelah serentak
4) nak camping pun boleh

Yang kurang menariknya cuma... ada pondok rehat yang sudah pecah atapnya dan bilik persalinan yang teruk, selain ada yang tak berpintu ia juga berdaki 😞. Kalau baju dalam kau jatuh erghhh... geli nak pakai oih! hahah... Aku nampak seorang bapa prihatin ni angkut air sebaldi dan siram bilik persalinan tu sebelum digunakan. Hmm...pancut dengan Harpic atau Mr Muscle dan tenyeh seminggu sekali bersihlah tu. Weekend je ramai orang datang.

Kami bercadang nak datang lagi tapi nak panjat Bukit Broga sekali. Bolehlah berendam dan test bilik air baru tu nanti.


Tiket masuk:
Dewasa RM2
Kanak-kanak RM1


Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah
Km 11 (Batu 7), Jalan Cheras,
43200 Cheras, Kajang
Selangor
Tel: 603-9075 2885
Faks: 603-9075 6022
Koordinat:WGS 84 : N3.0715° , E 101.8763°

Buat keputusan dgn akal bkn dgn kuasa

One day i went to one of the politician office's in Jempol locality. Kena q u..rame beno peminatnya. Non- it to mention name lah ye karang dikata membodek pulaks.

Aku terdengar le cik kiah bertiga  ni ngadu kat YB tu tntg masjd/surau kek tompek dio tu..ntah pasal org menumpang ke pasal apa tak taulah sbb krg jelas pd pendengaran aku yg kat luar bilik tu. Yang pasti mereka minta pendapat YB tu blh ke tak nak kunci tempat awam tuh. Boleh ke? Tempat awam tu..bkn buat dr duit sorang umat atau satu2 parti politik. Tu pun nak tanya YB, boring YB tu agaknya takleh nak pikir sendiri.

YB ni jawab:
"Kito tak buleh kunci doh..dibuek ea kang ado musafir waktu pulak dah nak habih..disbbkan kito kunci mesojid tu dio tak dapek samayang, kang kok kito yang kono tanggung doso ea"

Waa...aku respek la kt dia. Tak kiralah dia jwb tu ikhlas ke tak tapi itulah jawapan yang menggunakan akal bukannya kuasa. Nantilah kok MB tanyo den bg taulah YB mano, buleh dio bertanding laie sok heheheh...
Bukannya spt tuttttt...bila dua puak bertelagah disuruhnya tutup surau, camana org dt2 situ nak berjemaah. Skrg ni ambik kau..merata2 blog org dok baraikan kisah peribadi dia. Malu..malu..walaupun buat muka tak malu.

my oh my ..

Why i can't stop browsing, looking at my friends' face...rindu bangat!

i'm really frustrated bcoz couldn't joint them till dawn. Bawak anak2 jadi camtu ler cukup time nak tilam nak botol nak itu nak ini. Tak bawak karang tak meriah la pulak. Musti byk gossip yg aku dah terlepas. If not bcoz of my other fren bt kenduri kawen hr Ahad tu sure i'll be lepaking sama2. But i'm pretty sure i wl be going back to that place thn ni jugak. Sesuai utk pencinta alam mcm aku nih..hijau, sejuk dan mendamaikan. Yg penting takde asap kete, asap rokok je..ah menyampah!

Owh..aku punya extnl drive tertinggal lg hr Sabtu hr tu masa nak ke Sedayu...this time kat photo lab yg lain pulaks. Kenapa le teruk benar ingatan aku ni... manjang tertinggal je. Bila benda tu takde tersangkut la kerja2 aku. Kalu apek tu tak trn sini hr Khamis ni terpaksa la aku ke KL jugak..dateline..dateline.. Dok rmh pun ada dateline ek?

rindu...sekolahku n kengkawanku

Berkelah di Ulu Bendol

Ahad lepas famili mak teh, maksu n uwan ajak aku join depa picnic kat Ulu Bendol. Masa Amir sms i just ignored and never tell my children. Kalau tak kecoh la. Sejam lps tu makteh pulak call "jom la ke sini bla bla bla". Since aku dah siap masak so tapau la. Mcm makcik2 lak siap bawak bakul bagai. Anak2 punya la suka main bola dlm air. Si kecik Azmin pun tak mau kalah, tk naik2 even dh menggigil. Tapi sayangnya tak bawak kamera sbb org rumah tak ikut sekali-kono kojo! Camana lak aku nak mengendong kamera yg berat tuh dgn bakul nasi dan bdk kecik sekali?

next time..next time..

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free