Showing posts with label ahli politik. Show all posts
Showing posts with label ahli politik. Show all posts

Mari kita berpolitik

BN dah menang di Galas dan Batu Sapi jd tahniah kpd YB2 baru tu (ni berita dah basi. Kalau aku jd journo dah lama kena tendang klr dek editor). Tak lama lagi ada pilihanraya kecil di Tenang pulak. Nama aje Tenang takkan adanya tenang time berkempen nanti. Di Johor apatah lagi.

Apalah nasib PM ke-6 nih ntah dah berapa orang YB meninggal...... banyak pilihanraya banyaklah pembaziran berlaku. Kenapa tak diubah je sistem kita ni, kalau mana2 YB meninggal ganti je terus dgn wakil rakyat drpd parti yang sama? Bukankah itu yang rakyat kawasan tu hendak masa election dulu? Dah cukup tempoh sepenggal barulah kempen balik, takda buang masa, buang air liur, buang duit, buat dosa memfitnah!
Ikhlas dr hati aku ni, aku tak minat lansung nak jadi ahli politik. In my humble opinion the vote is much more important than talking politics. Lawyer aku pun dah jadi YB, tu yg aku terserempak dgn dia kat rmh pengantin tu. Aparaaa lawyer tu, hantar surat kat aku pun sampai tak boleh nak gam tapi cop PnC. Sibuk kempen ko jang?

Aku rasa di Malaysia negaraku yg tercinta ni siapa2 je boleh jadi YB, yg tak layak pun nak masuk politik jugak. Tak tahan pressure dan duit nt letak jawatan masuk parti lain, tak pun pung pang pung pang jadi NGO pulak. Okay jugak jadi NGO asalkan jangan dok kempen "kami gay kami okay". Mmg patut direjam je (karang ada pulak yg buat police report mcm AC Gelang Magnet).

Yang dok heboh sekarang ni (millions thanks to Assagne) Pak Menteri rogol pembantu rumah. Eventhough dlm mass media susah nak jumpa berita ni dan kebanyakan bloggers cakap pun berlapik tapi ada jugak yang terang2an bagi tau siap scan surat dr Migrant Care lagi. Haiyaaaa......karpet sudah bocor lah, cannot sorok2 lagi maah. Nampak sungguh berbudi bahasa si dia itu kan.... Walaupun aku tak mahu mendengar sebelah pihak tapi bukti2 yg ada membuat aku terpaksa percaya. Caca-marba sungguh ! Yg dah tentu bersalah pun baru dapat jawatan penting di tempat yg ada banyakkkkkkkkkk duit. Apa nak jadi weiii?....sedih sungguh sedih. Bila pemimpin tak punya keperibadian dan integriti yang kuat what do you expect from them? Sepatutnya pemilihan kenalah stringent mcm Singapore. Ramai lagi yang layak dan berkebolehan, ni tak balik2 muka yang itu jugak. Motifnya boleh dijangka, kata ramai orang. Google je adik kakak kalo nak tau.

Dulu2 masa kita bergantung khabar berita drpd conventional media bolehlah simpan...now? Korek selagi boleh. Ada beberapa org VVIP ni yang aku dan ramai org lain tak berkenan nengoknya terutama bila menjawab soalan atau provokasi, sombong siut. Sorang dah takde tinggal lagi 2 org. Kalaulah kita boleh mengundi kat mana2 kwsn yang kita suka, bolehla pakat2 kempen pi ke Perak nun kalahkan dia. Lepas GE 2008 nampak dah tone down skt tapi skrg dah balik ke asal. YB2 sekalian, kami rakyat marhaen ni mengundi supaya hak rakyat dipertahankan atau diperbaiki....bukan utk yg lain2. Apa2 keputusan penting dalam negara mesti mengambil kira kepentingan rakyat terbanyak. Sensiviti rakyat terbanyak kena jaga. Letih aku dengan deme nih.

Ya Allah, janganlah kau turunkan bala keatas kami yang tidak bersalah dan lemah ini. Amin.

Nota KhasYg nak supply brg2 kempen tu berhati2lah ye sbb kes yg dah jatuh hukum sebelum ni supplier kalah maknanya TAK DAPAT DUIT balik! miliions tuh








Projek oh projek

Dah lama dah aku nak mengkhabarkan perkara ni, la ni baru terucap.

Every time i blk kg nampak la sekolah2 lama yang dibarukan, i mean dinaiktaraf. Dari setingkat jd bertingkat2 tapi yang peliknya dua2 sklh tu kat kg yg ramai penduduknya msk kategori menopause n endropause atau hampir2 ke situ. Yg muda2 yg masih active beranak takda la ramai benar pun. Aku sentiasa tertanya2 "apakah perlu?". Mcm membazir pun ada. Dulu2 thn 80an mmg ramaiiii...ada 1 tmpt perhentian tu sekali trn je 1/2 bas roti paun tu kosong! Tu yg sklh menengah kat pekan je. Yg sklh rendah kt kg pun ramai, berderet2 mak ayah tgu dgn motor takpun jemput pakai kaki.

Since actvt ekonomi tak rancak kat sana yg muda2 berhijrah utk kehidupan yg lbh baik. Kalau ada kebun getah blh la stay kat kg motong, yg takde lbh baik blah sblm kena marah dgn mak ayah. Tu yg sklh rendah aku dulu (girls school) dah jd sklh cmpur. Dulu murid2 dkt 1000 skrg ni dh cmpr2 pun 300++ je muridnya.

Kat daerah kg aku ni jugak dah ada jejantas yg kununnya utk bdk2 sklh melintas. Again, lawak jenaka kengkawan den "tompek org nak menopause". We all dulu berduyun2 melintas jalan. Rasanya takde sesapa yg accident. Bt jejantas beratus ribu tp tiap2 kali den balik kg time bdk sklh balik takda sorang pun yg ikut situ melainkan nak merendek sonjo2.

Teringat pulak aku ada 1 sklh kat mana ntah yg muridnya 1 cgunya 3. Secara logiknya PATUT DITUTUP tp sbb political pressure tk tutup. Bukan ke membazir fund namanya tu? Bayar gaji cgu, dt letrik, air, tkg kebun, bla..bla..

Bila lah org2 kita ni blh mengasingkan/membezakan perniagaan dan politik?

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free