Showing posts with label lighthouse. Show all posts
Showing posts with label lighthouse. Show all posts

Rumah Api Altingsburg | The Straits Settlement Lighthouses

Rumah Api Altingsburg | The Straits Settlement Lighthouses | Rumah api berperanan besar membantu pelayaran kapal di laut suatu ketika dahulu, sebelum wujudnya sistem GPS. Rumah api ialah bangunan tinggi yang dibina di lokasi strategik dilengkapi lampu yang membantu ahli pelayaran untuk mengemudi dan mendaratkan kapal dengan selamat. Ia juga membantu menandakan kawasan berbahaya. Menara masjid yang tinggi juga boleh berfungsi sebagai rumah api sekiranya bersesuaian lokasinya.


Secara keseluruhannya terdapat 43 buah rumah api di Malaysia yang mana 14 buah di semenanjung, 22 di Sabah dan 7 lagi di Sarawak yang diuruskan Jabatan Laut Malaysia.



Rumah Api Altingsburg @ Rumah Api Kuala Selangor
Pada tahun 1907 sebuah rumah api dibina di atas Bukit Malawati yang bersejarah menghadap Selat Melaka. Ia dibuka secara rasmi pada tahun 1910. Berketinggian 83 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat, ia dibina berhampiran muara Sungai Selangor di daerah Kuala Selangor. Ia menjadi penanda pintu keluar masuk ke perairan Selangor. Ia diberi nama Rumah Api Altingsburg bersempena dengan seorang Gabenor General Belanda di waktu itu.






Lampu cerah dia atasnya akan berpusing dan berkelip setiap 15 saat serta mampu memancarkan cahaya sejauh 56 kilometer. Kini cahaya lampu dijana dengan kuasa elektrik yang bersih dan efisien berbanding menggunakan minyak tanah dan generator di awal pembinaannya dahulu. Rumah api ini masih berfungsi dengan baik walaupun usianya melepasi 100 tahun. Lampunya dinyalakan bermula jam 7 malam hingga 6 pagi.

Rumah api ini terletak bersebelahan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor. Ia tidak dibuka kepada umum melainkan pada hari hari tertentu sahaja. Kami yang dapat masuk inipun hanya dibenarkan naik sehingga ke tingkat satu sahaja atas faktor keselamatan.


Rumah Api Altingsburg
No 1, Puncak Bukit Malawati,
45000 Kuala Selangor.
SELANGOR DARUL EHSAN.


Baca juga:


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free