Salam Eidul Fitri 1438H | Beraya di mana tu?



Assalamualaikum.

Hari raya hari bermaaf-maafan dan berziarah. Pergi je lah ke rumah saudara-mara dan rakan taulan untuk mengeratkan ukhwah. Tak perlu dijemput, hari raya bukan kenduri yang perlukan jemputan.

Betulkan niat.

Sama seperti memenuhi jemputan kenduri, jangan harapkan hidangan lazat, redha sahaja dengan apa yang disediakan. Tuan rumah sudah pasti ingin menghidangkan yang terbaik setakat kemampuannya - kemampuan tenaga, masa dan wang. Kita datang nak berjumpa mereka untuk bermaaf-maafan, kan?

Image result for aidil fitri
Sumber di sini.

Bagi yang dah berkeluarga tu bersikap adillah, penggunaan kuasa veto tidak menghasilkan kegembiraan kepada semua pihak. Aku tegas bab ni sebab memasing ada mak bapak dan adik-beradik. Ini hari raya yang datangnya setahun sekali, bukannya cuti persekolahan. Mood-nya tak sama. Kalau raya di rumah sini dahulu raya kedua mesti balik ke rumah sana pula. Begitulah sebaliknya. Adil kan? Kalau lajak sampai raya ketiga, jaga.... "ada ubi ada batas, (sambung sendiri heheh...)". Nak ke anak menantu buat kita macam tu nanti? 

Ada tengok tak short story pasangan (Umie Aida & Faizal Hussein) yang menghantar empat anak mereka naik bas pulang ke kampung? Mereka pula naik kereta. Begitulah orang anak ramai 😀. Sedihnya pasangan tersebut accident dalam hujan lebat. Kami pun begitu, pos dua orang naik bas dua hari lepas.  

Kami menerima tekanan untuk bertukar ke kenderaan yang lebih besar. Kami fikir begini, nak berjalan reramai ni setahun dua tiga kali je... di waktu lain anak-anak aku yang kecil lebih suka naik kancil makcik dia, yang besar saja naik kereta mak dia. Kalau berjalan beramai-ramai anak yang kekecik tu akan naik kereta atuk mereka. Atuk uwan kan suka melayan.

Masalah yang lebih besar, siapa yang akan menanggung hutang selama 9 tahun tu? Adakah mereka atau kami? Dah bertahun bebas dari hutang rumah dan kereta, tak kuasa nak sakit kepala semula. Mandi tak basah tidur tak lena asyik memikirkan liabiliti sedia ada. Kalau ada yang nak bagi MPV ai terima dengan redha.. 😁😁banyak pahala boleh dikumpul tu oii.. Pinjamkan caravan pun ok juga.

Kesimpulannya gunakan sahajalah apa yang ada. Pandanglah para bapa yang terpaksa membawa anak-anak naik motor berhujan berpanas pasti kita akan merasa betapa bertuahnya diri kita ada bumbung menutup kepala. Alhamdulillah.

Salam Eidul Fitri 1438H. Maaf zahir dan batin.


#AkuYangSempitKoYangPanas


Post a Comment

0 Comments