Jom Bercuti Ke Batu Ferringhi Dengan Traveloka! Hah, Traveloka?




Jom Bercuti Ke Batu Ferringhi Dengan Traveloka | Musim cuti ni ada plan nak bawa famili pergi bercuti ke? Seperti yang aku beritahu sebelum ni kami ada rancangan untuk ke tiga tempat untuk pergi bercuti. Minggu lepas dah balik Baling, tu dia... dari malam Rabu hingga balik hujan tak berhenti. Memang balik kampung sungguh tak keluar kemana-mana lansung kecuali pekan Rabu (pasar tani). 

Kami memang dah lama tak bersantai-santai sekeluarga sebab ada yang ambil exam penting tahun ni jadi terpaksalah berkorban berjalan dedekat je sewaktu semester break. Anak-anak tak puas hati, minta ganti pergi tempat lain huhu.... Jadi, sebelum mereka merajuk lebih baik aku try survey sana sini. Nak di bawa mereka travel ke luar negara duit bukan banyak pun. Lagipun nilai RM teruk nau jatuh tambahan pula baru semalam pihak sekolah whatsapps amaun terbaru pendaftaran persekolahan 2017 fuhhh #lappeluh, dengan yuran kelas kecemerlangan (kelas tambahan untuk pelajar darjah 6) yang naik... Bercuti di dalam negara pun ok juga kan? Itulah rancangan terbaik buat masa ini.
Cuba teka kami nak pergi mana? Alaaa, tak jauh pun, rasa nak pi naik ke utara tanah air juga. Macam nak pergi ke Pulau Pinang lagi sebab anak-anak seronok buat bike tour tahun lepas. Street art pun tak habis cari. Kali ni cadangnya nak stay di Batu Ferringhi pula.
Bila nak bercuti ni tentulah semua benda nak kena survey kan terutamanya tempat bermalam. Bila dah tahu ke mana destinasi percutian yang nak dituju, terus buka website Traveloka. Hujung-hujung tahun ni mesti lagi banyak promosi yang ditawarkan. Kalau sebelum ni aku selalu survey di dua booking site sekarang rajin juga semak harga di Traveloka sebab promosi yang diadakan not bad. Bukan setakat dalam negara saja tapi promosi sampai ke luar negara lagi. Tu yang syok tu. Tambah lagi, website ni sangat cepat dan mudah sebab ia dah siap-siap filter and sort untuk kita. Jadi, tak perlulah nak compare kan satu persatu hotel dengan yang lain. Dapatlah jimatkan masa.
Image result for traveloka
Sebenarnya, di website Traveloka ni terdapat lebih dari 100 hotel terkemuka di Asia Tenggara yang kita boleh tempah dengan potongan harga yang sangat menarik. Aku dah shortlist beberapa hotel yang best untuk bermalam di Batu Ferringhi nanti antaranya ialah Bayview Beach Resort. Tengok daripada review yang diberikan oleh pengunjung lain tentang penginapan ni sangat positif. Lagipun, banyak juga kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel lebih-lebih lagi ada swimming pool yang luas dan sangat menarik. Bawa bebudak berjalan wajiblah stay di hotel yang ada swimming pool besar, kalau tak aku yang stress nanti. Walaupun aku tak berapa minat mandi laut tapi aku suka hotel berdekatan dengan pantai jadi memang sesuailah tempat penginapan ni dijadikan sebagai tempat percutian kami.
Apa yang menarik di Batu Ferringhi ni? Sememangnya, terdapat banyak tempat dan aktiviti yang menarik boleh dilakukan. Aktiviti yang famous dekat Batu Ferringi ni adalah aktiviti pantai seperti jet ski, luncur angin, parasailing, banana boat, berkelah dan lain-lain lagi. Dah kita naik kereta takde masalah untuk ke tempat-tempat menarik seperti Taman Herba Tropika, Taman Negara Pulau Pinang, Bukit Bendera, Masjid Terapung Tanjung Bungah, pasar malam dan  lain-lain lagi. Banyak beb aktiviti menarik di sana. Ada banyak lagi tempat menarik di Pulau Pinang, rajinkan search di blog ni ya? Balik Pulau pun tak kurang menariknya. Try check di sini. Penang memang best, rasa dah tak sabar pula nak mengulang ke sana. Entah dapat entahkan tidak bos kita bercuti kerja lagi. Kalau difikirkan bab makan lagilah heaven! Nasi kandar, asam laksa, char kuey teow, jeruk madu Pak Ali...eh banyak lagilah. Kecur ayaq lioq!
Di Balik Pulau.
Kepada yang tak pernah ke Pulau Pinang kita ada pilihan sama ada naik flight dari Kuala Lumpur ataupun drive kereta sendiri ke Batu Ferringhi ni. Kalau nak drive mungkin akan makan masa sikitlah dalam empat ke lima jam perjalanan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan bergantung kepada lalu lintas. Bagi aku, kalau nak syok bercuti ni lebih baik guna pengangkutan awam. Badan pun tidaklah letih sangat tapi takes time jugalah nak ke satu satu tempat. Kalau nak cepat dan selesa lebih baik naik flight. Di website Traveloka tu pun boleh buat tempahan tiket flight. Semua di hujung jari je la ni. Mudah dan cepat. Harga mahal? Tak perlu risau sebab website ni juga ada potongan harga untuk flight dari pelbagai jenis airlines. Register nama kita so bebila ada promosi kita akan dapat tahu lebih awal.
Jadi, tunggu apa lagi? Jomlah rancang percutian. Rancang sesempurna mungkin tapi kalau ia tak menjadi seperti dirancang kita redha je. Tuhan pun ada perangcanganNya sendiri kan?
Kalau nak percutian yang menarik, jimat dan mudah, silalah pergi ke website https://www.traveloka.com/en-my/  untuk dapatkan the best rate for flight and hotels jika dibandingkan dengan harga di tempat lain. Terdapat banyak promosi untuk pelbagai tempat menarik yang boleh dinikmati. Yang lebih bagusnya, harga yang dipaparkan juga sudah termasuk dengan segala mak nenek cukai dan tiada caj tersembunyi yang perlu dirisaukan. Menarik dan senang kan? So selamat merancang percutian yang menyeronokkan! Lepas ni bolehlah merancang percutian yang lebih bermakna dengan Traveloka juga.
Nak senang check harga hotel/flight dan promosi terkini download je Traveloka punya apps. Ai sudah, you bila lagi?

Post a Comment

0 Comments