Discover Selangor | Istana Sultan Alaeddin @ Istana Bandar, Jugra



Discover Selangor | Istana Sultan Alaeddin @ Istana Bandar, Jugra | Dalam program Eat.Travel.Write 4.0 oleh Gaya Travel dan UPEN Selangor kami dibawa melawat tempat menarik dan bersejarah di daerah Hulu Langat iaitu, Sijangkang, Banting dan Jugra. Setelah melawat Kompleks Pemakaman Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra dan Muzium Insitu, kami dibawa pula ke sebuah bekas istana yang ditinggalkan selepas negara mencapai kemerdekaan.

 


Sejarah Kampung Bandar, Jugra
Jugra menjadi pusat pentadbiran yang pertama di Selangor kerana kemudahan asas seperti sungai dan jalanraya selain ciri-ciri keselamatan yang sesuai untuk menjadi kawasan pentadbiran beraja. Kampung Bandar, 15km dari Banting merupakan sebuah perkampungan lama yang dahulu dikenali sebagai Bandar Temasya. Ia menempatkan istana Sultan Alauddin Sulaiman Shah yang didiami baginda selama 35 tahun.

Kampung Bandar terletak di daerah Jugra yang sudah terkenal sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad dan semasa kedatangan Frank Swetthenham lagi. Ia telah dibuka pada tahun 1898 oleh Al-Marhum DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa.
 
 
Istana Bandar
Sultan Alauddin Sulaiman Shah (1865-1938) telah memilih tapak istana seluas 12 ekar ini kerana ia berhampiran dan pusat pengangkutan utama iaitu sungai dan jalan sedia ada yang menghubungkan bandar Temasya dengan Jugra dan Klang. Ia juga berhampiran dengan Masjid Bandar.
 
Istana ini digunakan sebagai tempat bersemayam baginda sultan bersama permaisuri baginda Hajjah Safiah. Sultan ke tujuh yang memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan, Sultan Salahuddin Abdul Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah juga ditabalkan di istana ini pada tahun 1926. Istana Bandar telah ditinggalkan selepas kemerdekaan Tanah Melayu (kini Malaysia) berikutan pusat pentadbiran berpindah ke Kuala Lumpur. 

Tinggalan istana ini pernah dijadikan dijadikan Pusat Kraftangan Daerah dan Maahad Tahfiz selama beberapa tahun.


Konsep Pembinaan dan Susun AturIstana ini mempunyai gabungan antara senibina tempatan, Moor dan kolonial. Bumbung limas mengambil beberapa elemen reka bentuk senibina Aceh dan bentuk simetri yang menggambarkan gaya warisan penjajah. Elemen Gothic dan Rom jelas kelihatan pada tiang dan dinding bata tebal.
 
Reka letak istana dibahagikan kepada tiga bahagian utama mengikut hirarki, yang merupakan ruangan awam untuk rakyat jelata, ruangan separa peribadi untuk pegawai istana dan kawasan peribadi untuk kerabat diraja. Tingkat pertama berfungsi sebagai ruang awam dan ruang separa peribadi manakala tingkat bawah mengandungi ruang untuk kerabat diraja.Istana ini mempunyai 40 buah bilik untuk disesuaikan dengan keperluan keluarga diraja.
 
Bumbung limas melitupi kawasan utama yang dibina mengikut ketinggian yang berbeza sebagai cerminan hirarki politik istana. Bumbung bertingkat digunakan untuk memberi perlindungan kepada kawasan utama yang dikhususkan kepada pegawai kerajaan, dapur dan balai nobat. Sementara itu, bumbung datar ditambah kemudiannya, ketika dilakukan pengubahsuaian pada tahun 1900. (www.padat.gov.my)
 
Fuhhh 40 bilik! Aku takut duduk dalam rumah yang sangat besar, banyak sekatan dan banyak bilik. Kalaulah mak kata, "tinggal kejap, mak nak pergi pasar malam ni" huii... seram! hahahha..

 
Struktur utama bangunan adalah daripada konkrit, marmar dan kayu cengal. Ada dua tangga kayu yang dibuat daripada kayu keras cengal yang bersempadan dengan kawasan lain di istana. Istana Sultan Alaedin mempunyai 27 bukaan tingkap dan pintu termasuk panel kayu dengan pelbagai ukuran untuk disesuaikan dengan tujuan.
 






Di tingkat atas.

Balairong seri



Di bahagian tengah dan belakang.





Di bahagian belakang. Ada juga pihak yang mengatakan ini bahagian depan.


Sila abaikan model tu kekekeke...
 
 
Istana Sultan Alaeddin @ Istana Bandar belum dibuka kepada pelawat. Jika ada pihak yang mahu membuat rombongan lawatan atau kajian sila buat permohonan kepada Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Post a Comment

3 Comments

  1. Salam..boleh sy tau macamana puan boleh acces ambil gmbr semua dlm tempat ni?Perlu permission ke?

    ReplyDelete
  2. Ya perlukan permission. Saya masuk semasa media trip.

    ReplyDelete
  3. Kami ke Istana bandar pada 12 Feb 2024

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.