NS meriah minggu ini!



Assalamualaikum.

Dah plan nak kemana-mana minggu ni? haaaa.... kek Nismilan minggu ni kemain highuk pinguk doh  dek pelbagai program bermula hari ini. Moh la poiiieee.... duduk kat rumah pun nak buat apa? Kesian anak-anak, bawalah mereka berjalan-jalan. Dahlah sekolah dari pagi hingga ke petang, it's worth it if we spend quality time with them. Marilah kita mencipta kenangan bersama mereka....


International Sand Challenge 2014 di Port Dickson
Lokasi : Pantai Cahaya
Tarikh : 28 Feb - 2 Mac 2014
Port Dickson akan bergegar dengan acara hebat yang memasuki edisi ketiga bermula hari ini hingga 2 Mac 2014. Acara ini juga mendapat penyertaan daripada peserta luar negara seperti Thailand, India, Singapura dan Brunei.

Dalam pada itu, acara ini buat julung kalinya diadakan di tepi pantai dan merupakan keunikan dalam penganjuran acara Port Dickdon International Sand Challenge 2014. Kali ini ia akan disertai oleh 400 buah kenderaan pacuan empat roda daripada pelbagai kelab di seluruh negara, 400 tu beb! Naik 200 daripada yang diadakan pada tahun 2012. wahhh mesti best tu!

Dalam pada itu, acara ini akan diserikan lagi dengan pelbagai acara lasak yang lain seperti PD 4x4 Challenge, PD Night Challenge, ATV, pameran Kelab Radio Amatur, Jualan Barangan Pacuan Empat Roda dan pameran daripada agensi Kerajaan serta pihak swasta.

This is an ENDURANCE EVENT and does not offer you the usual 4x4 challenges like jungle bashing, river crossing, rock climbing or getting stuck in deep mud up to your nose. Competitors are given 8 hours to complete about 20 special stages. Kat mana lagi orang biasa biasa macam kita ni nak tengok Sand Challenge nih.... paling dekat pun kat Dubai atau Rajashtan. Tambang kapal terbang je pun dah dekat 5000 hengget, hotel lagi.... Dubai tu dik.

Pertandingan akan dimulakan di Pantai Cahaya selepas perarakan di bandar Port Dickson.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Tun hairudin Abu Bakar (tiga dari kiri) menunjukkan piala yang bakal dimenangi.


Sambutan Hari Tentera Darat ke 81
Lokasi : PUSASDA dan Pantai Saujana
Tarikh : 1 - 2 Mac 2014

Yang ini pun best gak. Sila cari lokasi PUSASDA di google map :-)


Tempatan Fest 5.0
Lokasi : Kompleks Belia dan Sukan Paroi
Tarikh : 1 - 2 Mac 2014


Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2014
Lokasi : Bekas Tapak Kem Paroi
Tarikh : 28 Feb - 2 Mac 2014
Jom boli pokok!

 

Cerita banyak pun takde makna, moh kito poiiii...!!

Post a Comment

0 Comments