Showing posts with label rojak pencuci mulut. Show all posts
Showing posts with label rojak pencuci mulut. Show all posts

Jenuh nak kurus

Sejak hari yang aku post entry nak turunkan berat badan tu belum lagi nampak terang dan jelas hasilnya. I'm doing it slow and steady naturally. Control makan je exercise lansung takde. Yang aku tak puas hati tu bila aku makan weighing scale tu bergerak ke kanan (naik le tu) tapi bila dua hari tak makan malam tak pulak bergerak ke kiri. Lemak dah tepu gamaknya. Sebulan berpuasa gigih aku berusaha supaya berat badan tak naik, makan control bantai minum air banyak-banyak, time sahur pun makan berselang hari. Maintain kak, 57kg. Seminggu je raya sudah naik 3kg adoyaiiiii........... sia-sia usaha aku. 

Semalam tak makan nasi, malam ni makan kedondong jek. Buah kedondong yang ditanam my darling rangup dan tak masam, i loike. Sejarahnya kami tanam kedondong ni sebab masa aku pregnant anak yang ke-4 kot aku nampak buah tu bergayut-gayutan kat rumah orang kat sini jugak. Nak mintak segan sebab dia tak mesra alam, tak bercakap dengan semua orang. Kecur air liur aku hang tauuuu...... Tu yang beli pokoknya tapi bertahun jugaklah baru dapat makan.
Moral: kalau tak nak orang mintak apa-apa jangan buat muka mesra.

Tak berapa 'mari' lah pencicah nih, kacang pun kena bubuh sendiri

Mak Bee memang sodapppp........ tapi dah takde stok le pulak kat area sini. Kalau dibungkus macam ni takkan jumpa kat Giant/Tesco, kena cari kat kedai biasa jugak.

Balik kg hari tu aku cari jugak Mak Bee nih tapi ngak ketemu jadi aku belilah yang jenama Al Mustakim made in Sg Petani, alahai... manis le pulok sampai aku kena modified, rebus cili kering then hentam keletung keletang dalam lesung then godak-godak ke dalam pencicah tu baru 'marrriiiiiiiiii'. Tokleh gi maneh-maneh ni wehhh.... lainlah kalau nak eksport ke Kelantan & Terengganu, deme dah biase.

Mak bee... mak bee... nak kena cari kat Alor Setar ke?

* Camana nak kurus, bulan Syawal ni dok mengunyah tepung dengan butter jek

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free