Showing posts with label mbodia. Show all posts
Showing posts with label mbodia. Show all posts

Cambodia | Bergerak ke Siem Reap dari Phnom Penh



Bergerak ke Siem Reap dari Phnom Penh

Hari kedua aku bergerak ke Siem Reap. Sepatutnya lima tempat yang patut aku lawati semasa di Phnom Penh selain Tuol SlengGenocide Museum dan Choeung Ek Memorial tapi masa tak mengizinkan dan aku mesti bergerak mengikut jadual yang aku buat sendiri. Kalau tak akak jugak yang frust. Riverside boat ride pun terlupa. Ikutkan travelchameleon semua tu sempat dalam satu hari. Masa di PP tu sempatlah aku singgah di sebuah masjid tapi tak bertañya pulak namanya.

Tiket ke SR aku dah beli sesampainya di PP lagi di transport company yang bertentangan dengan stesen bas di tepi sungai tu. Larryta namanya di Sisowath Quay. Sebelum beli tiket di situ aku dah survey dua tempat dan harganya sama, my driver suggest beli kat Laryta sebab wife dia selalu naik mini bus kat situ. Harga tourist USD10 if locals kurang USD1. Dah kita minta tolong orang tempatan kan so dapatlah harga local. Si penjual tu nak bagi dia 1 dollar tu tapi dīa tak nak.

Keesokannya sebelum pukúl 7 aku dah terpacak kat depan office Larryta. Seat numbered tu yang passenger relax je tak berebut. Yang aku tak tahu tiket untuk tourist berlainan hahah…adehhh… suspens aku weh takut kena charge menipu. Masa tiket diperiksa orang tu ada cakap sesuatu tapi aku buat muka kosong takde perasaan, macam orang terpisat-pisat bangun dari tidur. Kalau terjadi kat hangpa buat lagu tu jugak tau, jangan buat muka ngak ngerti pulak, kena beli tiket lain ko nanti. Pandang je dia macam takde perasaan hahaa...

Perjalanan mengambil masa 6 jam dengan mini bus (van). Kalau naik bas lagilah lama mencecah 8 jam. If you choo to board a bus lebih baik naik bas malam. Sleeper bus nya macam best jer. Naik bot pun boleh kalau suka. Naik van ni dengan beg sekali duduk dengan kita. Aku duduk depan berdua...bersyukur sangat. Masa van nak bergerak entah apa yang dicakapkan oleh orang sebelah aku dengan driver tu..sat sat cakap lepas tu tunjuk kat bagpack aku, lepas tu si driver tanya "bag you?" (your bag?) hahaa...gasaklah. Janji faham. Orang sebel;ah aku tu ingat aku ambil beg driver yang sama colour. Selama 6 jam itu jugalah tak bercakap wehhh basi mulut dibuek eh. Diorang tak boleh communicate in english so dendiam ajelah. Kerja aku tidur bangun tangkap gambar tidur bangun tangkap gambar...itu je lah sehingga ke Siem Reap.



Ada juga van yang membawa ayam hidup tapi bukan diletakkan dalam bakul, nampak macam diikat satu persatu kat jaring keras kemudian di hujung van tu ada pula digantung motor dan basikal macam ni.

 Di sepanjang jalan terlihat rumah orang senang dan orang miskin. Bila kita tengok yang susah rasa bersyukur sangat dengan apa yang ada. Selalu sangat mendongak ke atas membandingkan diri dengan orang kaya memang akan rasa kita serba tak ada. Bila pandang ke bawah baru rasa bertuahnya diri lebih-lebih lagi  hidup di Malaysia

Van berhenti dua kali, sekali toilet stop dan sekali lagi makan di Kampung Thom. Aku beli mangga sebiji 2000 riel je tak kuasa nak masuk ke dalam restoran. Dalam masa setengah jam tu sempatlah ke Kampong Thom Market di sebelah. Ada bengkel memproses emas/aksesorilah...menarik! Salon rambut pun sempoi habis.

Mesti rangup dikunyah ni

 Masa lapar ni kan kumbang goreng berlada ni sungguh menggiurkan

 Nak cuci rambut?
 
Seronok tengok bebudak sekolah..happy je muka diorang. Kebanyakan mereka menaiki basikal ke sekolah selain yang berjalan kaki, menaiki motor dan tuk tuk. Lain sikit tuk tuknya jenis yang tak beratap di belakang tu.
 
Kami diturunkan di pejabat syarikat tu yang agak jauh dari stesen bas. Staf tu nak hantar kami ke hotel memasing dengan caj USD4 hoiii tak nak aku. Minah omputeh yang berdua tu pun tak nak. Aku nak angkat beg dah nak berjalan ke luar, tahan je lah mana-mana motor taxi ke tuk tuk ke... tapi dia pujuk balik nak jugak hantar kami. Aku nak bayar usd2 je, rupa-rupanya foreigner tu kena usd2.50 seorang walaupun hostel aku jauh sikit. Tak haggle punnnnn saja buat muka macam dah terer sangat kat negara tu. Kalau bayar 4 dollar memang menyesallah sebab tak jauh mana. Masa dia pulangkan balance duit try lagi tu kelepet usd1 macamlah aku tak nampak.
 
Letak je beg aku terus ke Angkor Artisan tempat pembuatan barangan kraf termasuk ukiran batu. Kat belakang Luxury Concept Hostel je lokasinya. Barangannya menarīk tapi kebanyakannya orang ada ada je membeli di sini.
 
 
Cantiknya bunga kebangsaan kita ni
 
Lapar weh, misi mencari makanan halal pulak.

Aku berjalan di Sivatha Boulevard kemudian ke Siem Reap Art Centre. Tak masuk dalam pun...jenguk jenguk sekejap lepas tu keluar ke arah penjaja. Ada seorang makcik ni dok perati je aku. Aku pun perhati je dia hahaa...nak bertanya penjaja di tepi jalan tu jual makanan halal ke? Setelah beberapa kali berbalas pandangan tu aku pun bertanyalah and as expected dia bercakap bahasa dia...beriya-iya dia explain tapi den sepatah tak faham huhuu.. cuma dia tunjuk kat seorang penjual mi tu tapi aku tak yakin sebab ada patung lelaki berwarna emas. Eh eh makcik tu berkenan kat tudung instant aku lah pulak, senyum senyum pegang pegang tunjuk tunjuk...alahai makcik yang lain tinggal kat hostellah.

Aku berjalan pula ke Old Market. Ada seorang kakak penjuak skaf di bahagian belakang Old Market ni boleh berbahasa Inggeris sikit. Aku minta tunjuk jalan tapi dia hantar aku naik motor sampai ke Cambodian Muslim Restaurant. Terima kasihlah kak, semoga dimurahkan rezeki. Dia gembira berjumpa muslim yang lain katanya. Sebelum tu aku dah check google map tapi ditunjuknya Cambodian Restaurant di Pub Street.
 

Tak susah pun ke restoran halal tu, bila jumpa Angkor Mart di sebelah kiri (Terrace de Elephant sebelah kanan di Sivatha Boulevard tu) ko masuk ke kiri tu sampai jumpa simpang dan ke kiri lagi. Adalah dalam 400m kot dari Angkor Mart tu. Tak terasa penat sebab banyak kedai sepanjang jalan tu.  Produk halal dari Malaysia melambak di convinience store mereka; ada Munchy's, Shoon Fatt dan lain-lain. Bangga ai.
 
Nak makanan yang eksotik tak?
 
 
 
 Cicah sambal kicap sedap kot ni?
 
Massage service in Siem Reap banyak dan sangat murah. Jika di PP aku urut satu badan usd7 di SR urut kaki hanya usd1 untuk 15 minit. If you come during happy hour foot massage is only usd3 for 60 minutes. Berbaloi-baloi!
 
Malamnya berjalan-jalan ke Pub Street yang meriah dengan pelancong barat sama macam di West Street di Guilin. Memang teramat ramai western tourist di Cambodia ni selain orang Jepun. Kebetulan universiti di Jepun tengah semester break. Yang muda belia dah ke luar negara bersendirian. Aku dulu nak pergi pekan Kuala Pilah pun tak lepas huhuu...punyalah dijaga sangat. Sekarang ni baru terlepas, seronok tak hengat! Rasa macam baru dapat kepak. Cuma, agak susah nak berjalan berdua on weekdays sebab anak-anak ada yang bersekolah menengah. Masa mereka kecik dulu di Tahap 1 akulah cikgu besarnya hahaa.. kekadang aku bagi cuti hari Isnin, tak pun hari Jumaat hihihiii...
 
 
Dah namanya pun Pub Street kan ko agak-agaklah apa yang ada di situ. Bolehlah berjalan cuci mata dan poket.
 
Ada beberapa night market di sekitar ni tapi bukanlah yang guna payung pasar tani seperti tempat kita. Elok kemas tersusunnya.

Nanti kita sambung cerita di Angkor Wat pulak ye.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free