Showing posts with label flat untuk disewa uitm shah alam rumah sewa flat to let apartment to let. Show all posts
Showing posts with label flat untuk disewa uitm shah alam rumah sewa flat to let apartment to let. Show all posts

Ohh my tenants

Aku rasa lepas ni aku masukkan satu lagi clause dalam rental aggreement yang sebijik macam syarat post graduate nak masuk KPLI.

Bunyinya lebih kurang macam ni :
"para penyewa DILARANG SAMA SEKALI untuk berkahwin dalam tempoh perjanjian ini. Sekiranya tetap berlaku penyewa akan dikenakan penalti sebanyak tuttttttt.........."

Sebabnya:
Bila tenants share 2,3 orang dan sorang kahwin yang dua lagi akan pindah sebab setiap seorang terpaksa bayar lebih. Yang harunya akulah kena buat kerja lagi. Baru je rasa hilang penat turun naik tangga dan baru jugak rasa gembira dapat tenant yang bagus yang tidak membuatkan my blood go upstairs dah nak buat iklan baru.

Ada sesapa nak sewa flat kat seksyen 8 Shah Alam bulan April nanti? Email me ya!

Meeting my new tenant

sesedap rasa boh tajuk

Last 2 weeks kami bermalam di hotel 5 bintang nih sebab new tenant nak masuk. Kemas sana sini, lap tingkap, check itu check ini ........... biasolah kannnn takkan nak bagi orang baru rumah yang kotor pulak. Yang rosak kena tolak depositlah tapi kalau setakat tikar getah rosak sikit tu takpelah, itu kita consider as normal wear and tear. Tikar getah kat rumah aku laaaaggiiiiiii la teruk hahahahha.... saja aku tak kuasa nak tukar, tak dayo nak angkek barang-barang. Kalau bos nak tukar jugak aku nak panggil Bangla yang mesin rumput tu tolong angkat, makan free plus kontrak 3 bulan mesin rumput heheheh.....

Hari tu korang tengok lainkan bilik ni.... time tu bujang professional tu ada lagi kat sini. Dia kerja bidang IT so ada banyak barang berkaitan dalam rumah ni di ketika itu. Yang 2 orang lagi student uni.

Kipas pun kita tukar yang baru. Yang dulu tu brand apa entah, masa tu bajet tak cukup so aku beli setakat yang termampu je lah lepas tu rosak. Kali ni bagi KDK pulak. Bos yang buat aku tolong tengok je. Kalau upah orang lain nih huiii 90-130 inggit diondak ea... gilo mahal kat Shah Alam nih. 

New tenant si pagi-pagi lagi dah sampai dari Kedah. Letih oooo naik bas. Biarlah dia rehat sementara kita setlle semua hal. Oleh kerana dia sampai awal so dia dapatlah bilik single nih.... siap almari dan rak buku. Hanger pun ada cuma aku terlupa nak bawak bedsheet.

Aku suka colour bilik ni

Biru yang cantik berseri

This is one of the new tenants yang tengah buat games lesson untuk anak2 aku

Owhhh nak bagi tau, sejak 11 years jadi landlord inilah the 1st time yang aku tak payah cuci toilet sebelum guna. Tu yang buat aku bersyukur sangat dengan 3 orang jejaka yang sebelum ni. Tukar seat toilet pun tak payah. Gila tolll dalam 11 tahun baru dapat 1 kali..... ko bayangkanlah taraf kebersihan orang kita.

Dalam masa 11 tahun ni jugak aku pernah dapat 2 couples and singles dari satu negeri nih (bukan rumah inilah), kurengggg sangat bab kebersihan ni, tu yang masa aku hangat hati dulu tu aku bilang dia orang ni berak kat sungai ke masa duduk kat kampung? Yang duduk ramai-ramai tu mungkinlah malas nak amik pot/tak buat duty roster, kalau yang duduk dua laki bini pulak apahal yang pengotor sangat like this one? Kalau bini penat balik kerja kena masak lepas tu nak servis ko lagik takkan ko tak boleh tolong kemas apa yang patut? Ko ingat ni zaman feudal lagi ke? Kirim salam lah ek, zaman ni lelaki paling tinggi boleh jadi CEO jek, kekadang kena ikut cakap secretary. Kalau secretary boikot boleh huru-hara schedule tau.

Last week kami ke sini lagi menghantar mesin basuh baru pulak sebab yang dulu dah rosak. Actually like new aje, single lady punya yang dibeli less than a year ago. Itupun sekali-sekala je dia guna time balik ke rumah sewa memang macam baru sangat. Tenants aku ni kata kat rumah dulu kosong je tapi sewa lebih kurang dengan rumah aku ni.....kesiannnnnn. Akak bagi semua kat korang dik, tinggal bawak kain baju je. Akak dah ajar korang gunakan washing machine tu kan jang? Siap test basuh kain lagik. Ekau jangan rosakkan pulak, jangan overload sampai meraung motor mesin basuh tu, jangan bukak penutup atas tu time dia spin........... nanti aku caj ko harga mesin basuh siap petrol dengan tol plus bil telefon dan internet plus travelling time aku nanti. Jauh tu aku cari .......... sampai ke Bukit Beruntung nun, nak dapatkan yang terbaik demi tenant ku yang terchenta.


Sticky post: Flat untuk disewa

Updates: Booked oredi

Scroll down for new entries.

Sila perpanjangkan makluman ni kepada adik, abang, kakak, awek, kekasih gelap, bini muda, officemate, student, boss, bla bla bla...... tapi takmo melalui ejen hartanah ek. Orang Afrika/Myamnar/Vietnam pun takmo gak.

Ada sebuah flat untuk disewa:

- Blok A3/2 r 1b/2nd floor/ lebih kurang 600 sqf
- berlokasi di Pandan Perdana berhampiran Pandan Lake Club, Taman Shamelin, Pandan Jaya, Pandan Indah dll
- berhampiran kedai makan, 7e, bus stop
- Tak kisah le lelaki ke perempuan nak duduk janji tak duduk sekali dua-dua
- kekosongan bermula 1 Nov 2011
- 2 mths security dep + 1 month rental of rm500 + rm150 for utility dep

Kepada yang berminat sila hubungi ruggedmom@gmail.com.

*Pengiklan tak semestinya pemilik.

Jalan-jalan cari pondok

Dah lama jugak tak cerita fasal window shopping kan? Yang nak kuceritakan ni cherita lama........ lebih 3 tahun la kot sebab last sekali aku shopping 3 tahun dulu.

Al kisahnya aku dah shorlist a few properties yang perlu dibuat site visit. Ada 2 rumah ni alamat macam sama tapi satu kondo satu lagi flat. Aku silap salin ke.......... atau depa silap key-in? Nevermind, cari je lah sorang-sorang. Aku pergi sorang je ........... ntah ke mana merabannya tapi jumpa jugak. Aku ni kan dari arah Bukit Bintang tu memanjang je salah jalan bila nak ke Seremban walaupun dan selalu ke sana tapi akhirnya sampai jugak ke rumah. So morale of the story, redah je.

The 1st one Kondo AH, nak dilelong murah-murah jek, haruslah aku curious. Macam rumah kat Shah Alam yang nak disewakan 50 hengget tu mau tak pelik. Yang ni dulunya projek Mbf. Pak guard kata blok b/c tak da orang or tak siap, yang okay cuma blok A. Time aku sampai tu ada tuan tanah sedang mengamuk sebab ada 2 orang mamat neh duduk free kat dia punya vacant unit. Eh korang, kalau baru datang ke kota metropolitan ni pi cari kondo kosong boleh duduk free. Kondo Highland Tower pun banyak kosong.

Kat JMB office tu jugak ada satu couple Singaporean pertengahan umur ni invite aku ke rumah depa bcoz they want to let go rumah depa tu. Kesian kat depa, dah invest more than 250k hasilnya tak seperti yang diangankan. Aku pun pi ler ke tingkat 12 tu........... saja nak tengok.... sambil depa do the selling mantra. Spacious siap built in cabinet. Gila ah nak beli .......... not in my class lah. Kalaupun berduit takkan nak beli pulak dengan condition sebegitu. Lif pun alahaiiiii......... 1 je berfungsi. So tak jadi... eh eh.... memang tak nak pun, not my taraf  :-(

Then ke flat AH pulak seberang jalan nun. Aku intai-intai rumah orang lain yang terbuka..... ermm ok, luas jugak and design pun ok. Lokasi pun bagus tapi area Ampang ni (di area situ) ramai Indonesian. Pendatang mampu sewa rumah tapi kita tak berumah, gimana tu? Aku tanya orang kat situ..... bang, kawasan ni sewanya berapa? Dalam 4 ratus setengah. Tanya kat orang lain pun sama jugak 400. Minat terus turun.

Maleh la den. Karang nak repair pun lebih banyak daripada tu. Takper....... kita cari lagi. But after 2008 aku dah tak mencari dan tak amik pot lagi, hopefully sementara je.

Now jangankan nak shopping, nak window shopping pun tak berani huhuhuu....

Tips Hartanah 9 - Jangan Jatuh Cinta

Tips Hartanah 9 - Jangan Jatuh Cinta | If u buy property(s) for investment jaaaaangannnn la jatuh cinta sampai sayang nak jual. Jangan jadi macam aku.



Ada sekali tu aku rasa terbeban nak membayar bank loan. Ye la, sewakan rumah tapi tak untung-defisit. Kawasan tu lambat bona melotup. Inilah bahananya beli rumah belum naik tiang dan tak melawat kawasan pulak tu. Dalam brochure gambar KLIA bukan main dekat lagi dengan projek tu padahalnya……………

Lepas fikir punya fikir aku pun iklankan ‘untuk dijual’. Kebetulan pulak aku kat NSTP masa tu. Time aku jauh kat Seremban ni rasa dah bosan, jual ajelah. Bila datang dedekat rasa sayang pulak sebab sekolah semua dah siap, sekolah agama rendah pun ada, universiti pun ada, stesen minyak ada, highway ada… Nak jual pun harga tak tinggi mana.

Akhirnya tak jadi jual walaupun masih tak untung. Bilalah value rumah tu nak naik…..merangkak-rangkak. Sabar yo lah jang. Sabar membayar hutang…hiks.

If anyone interested in your property and he is willing to pay at your price tag, let it go! Berlambak lagi rumah kat Malaysia ni.

Setakat ni aku belum pernah menjual harta. Aku jual kereta yang dulu pun sebab dah beberapa kali kena langgar. Rumah yang aku duduk sekarang ni walaupun kecik tapi dibeli dengan susah payah, ada sentimental value oooo. Kalau aku berpindah sekalipun mungkin aku sewakan saja rumah ni mahal sikit daripada market rate. Why?

Privacy wehhhh….I will not just rent out the house but selling the privacy also. Ko nak seksi meksi dalam rumah pun orang tak tahu (sebab takde rumah berhadapan) siap pokok buah-buahan lagi, serai, pandan, ciku, durian, nangka, cempedak, limau purut dan lain lain semua ada. Good neighbourhood pun iye jugak.

Tips Hartanah 7 - Tanah kosong?

Tips Hartanah 7 - Tanah kosong? | Aku belum mampu lagi nak beli tanah kosong. Kalau ada pun yang 6 kaki tu jelah, tu pun tak tau dimana sebab aku tak pergi masjid punya orang. Tengok tak cerita ‘Tanah Kubur’?



Pendapat aku, kalau duit kita tak sebanyak mana elakkan membeli tanah kosong melainkan ko memang time tu jugak nak buat rumah dan duduk kat situ. U can take it or leave it.

Normally bank only finance around 60%-70% kalau kita nak beli tanah. Itupun mesti dah ada plan rumah. Pemahaman aku, if anything goes wrong it would be easier to sell the house and the land together rather than selling the land only.

Aku takde pengalaman la bab tanah ni so aku tak tahu sangat fasal masalah-masalahnya. Yang aku selalu fikir, betul ke tanah yang ditunjukkan dalam geran oleh si penjual sama dengan actual tanah yang kita pergi site visit dengan dia tu?

Tips Hartanah 5 - Feng Sui

Tips Hartanah 5 - Feng Sui | Panjang dah weh aku cerita, dah faham lom? Dah dapat manfaat ke idak? Kalau perlukan personal shopper bagi tau aku ya, untuk area Negeri Sembilan and part of Klang Valley only.


U all percaya feng sui tak? As a muslim u cannot percaya benda-benda sebegini. Bangsa Cina sendiri pun ada yang tak percaya apahal ko pulak nak beriya-iya. Aku pun tak percaya tapi aku mengambil berat jugak certain perkara yang berkaitan dengan investment in properties.

Orang Cina tak suka no 4 so rumah teres ko cantik dan gah itu mungkin tak akan menarik depa untuk membeli bila ko letak “for sale”. Masa aku keje dengan developer dulu, bos aku siap tukar no rumah 14 ke 13A. So aturan no rumah tu 12, 13, 13A, 15,……

Sebelum membeli, hang pi la tengok kawasan tu dulu terutama kalau projek tu dah siap. If under constructions pun boleh tengok dengan site supervisor.


My experience

Ada orang iklankan tanah untuk dijual di Seremban ni. Aku ni yang kaki sibuk pi la nengok. Atas bukit wehhh…best. Rumah orang kaya kan selalu kawasan tinggi senang nak tengok rakyat jelata.

Sampai je kat atas, tanah tu luas betul and …..tu dia………………………………….….direct mengadap kubur!

Terencat angan-angan aku. Tujuan asal pun aku cuma nak melihat-lihat saja. Sekarang dah naik rumah teres 2 ke 3 tingkat kat situ and tetap mengadap kubur. Tak kuase la teman oooiiii... Aku ni penakut dan aku selalu terfikir bila en. Suami keje malam macam mana? Ko ndak?

Korang tau tak kes sesetengah penduduk kat Bukit Kiara against rancangan pembesaran kawasan kubur disitu. Depa- orang-orang kaya ni- tak mahu property value depa jatuh and yang jadi ‘kapla’ menentang pulak this one prominent figure. Kalau bangsa lain menentang aku fahamlah sebab bukan depa yang nak kena tanam kat situ. Oooo… yang buruk buruk nak letak kat kawasan orang miskin ye. Ko jugak yang nak kena simpan kat situ nanti, senang anak bini nak jenguk (kalau ada masa and kalau your wife tak kawen lain hik..hik..).

Ada jugak dalam sesetengah kes, state government awal-awal lagi dah gazette kawasan kubur di sesuatu tempat but the developer tak masukkan dalam plan yang dia jual kat kita. Bila kita dah duduk setahun dua barulah kita tersedar…… Sebelum kubur tu penuh dan lebih ramai orang tau, ko jual je la rumah ko tu. Confirm harga susah nak naik.

Pernah lalu kat Taman Connought? Kubur sebelah flat je.

Korang kalau kopipes ni jangan lupa kredit aku tau!

To be continued..............

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free