Kotajail @ Galeri Penjara Air Molek | Okaylah kita sambung cerita berjalan-jalan di Johor Bahru hari tu. Anak aku pun dah masuk semester baru cerita masih tak siap lagi padahal masa banyak je kat rumah ni.
Keluar dari Zoo Johor aku nak ke muzium. Berjalan berdua bolehlah berlama-lamaan dalam muzium, kalau anak-anak ikut mesti merengek nak cepat beredar. Masa duduk merehatkan kaki di hentian bas di luar zoo, seorang staf zoo kata muzium tutup dan dia cadangkan ke Penjara Air Molek. #dekatje katanya.. dan boleh naik shuttle bus dari situ.
Ajom!!
Melangkahkan Kaki Ke Penjara
Galeri Penjara Ayer Molek menempatkan pameran sejarah penjara, kisah banduan, dengan lukisan, tulisan, luahan dan sesalan mereka terpalit pada tembok batu. Usaha menghidupkan semula Penjara Air Molek -Kota Jail - yang menyimpan rahsia penghuninya lebih 120 tahun untuk memberi pengalaman kepada masyarakat bukan sekadar melihat tetapi menyelami fungsi penjara suatu ketika dulu.
Proses pemulihan penjara itu dilakukan secara berperingkat sejak Oktober 2024, membabitkan lebih 10 struktur utama, termasuk sel tahanan, ruang kawalan, dewan aktiviti dan kawasan luar penjara. Bagaimanapun, semua kerja pemuliharaan dilakukan tanpa meroboh atau mengubah bentuk asal, demi mengekalkan nilai sejarah dan identiti binaan.
Terdapat tiga zon utama A, B dan C yang kini dibuka kepada orang ramai, masing-masing dengan fungsi unik dan tarikan tersendiri. Di Galeri Seni Kebangsaan Ayer Molek menempatkan ruang pameran karya seni tempatan. Terdapat juga ruang acara dan pameran budaya, kafe serta ruang santai yang menampilkan produk tempatan dan sajian kontemporari. Dilengkapi juga laman komuniti dan sukan termasuk perpustakaan komuniti. Aku jelajah semua tempat tapi tak perasan pula perpustakaan tu.
Eh jap. Sebenarnya ada kisah lucu masa nak masuk ke kawasan sel tu 😄. Kawasan tu yang kena bayar tiket masuk, dewasa RM5 kanak-kanak dan warga emas RM3.
Staf muda tu bagi keratan tiket.
Berapa dik?
RM8
Eh, kenapa lapan ringgek?
Warga emas RM3 je kak.
Ya Allah berdekah aku kat situ hahahahahhahah... terus aku berjalan masuk hahahhahaha... See, dia panggil aku kak 😄.
Aku ni tidaklah nampak muda, bukan jenis menjaga kulit muka tapi bila berjalan dengan suami dah tiga kali orang ingat bapak aku 😂😂😂(mungkin sebab rambut janggut dah putih). Kakak ipar dia pernahlah membebel, mu ni tak jaga penampilan! heee....
Husband aku pun sengih je sebab dah tiga kali kena kan...
Ambil gambar dulu di bekas ruang menunggu. Kat sebelah ni ada kafe tapi perut dah kenyang makan kacang pool Haji Pool.
Pagar dan pintu kota ini tebal betul, diperbuat daripada besi. Sebahagian daripada struktur asal bangunan dibina oleh kontraktor bernama Encik Wong Ah Fook pada 1883. Nama Wong Ah Fook ni diabadikan di satu jalan tau, walau dah berpuluh tahun tapi aku ingat lagi masa kerja bank deraf bank/ telegraphic transfer dihantar ke bank yang beralamat di jalan ini. Dah separuh abad baru tahu Wong Ah Fook tu kontraktor. Tak kecoh pun macam Jalan Chen Man Hin (Dr) di Seremban bebaru ni.
Bilik dobi dan mandi.
Ada pameran sejarah penjara dan kisah banduan. Dapat dilihat di sini lukisan, tulisan, luahan dan sesalan banduan yang mendiami tembok batu ini. Sedih tau bila baca sesetengah luahan tu. Ada yang menyesal ada juga teraniaya. Tulisan ini sengaja dikekalkan untuk kita belajar sesuatu dan mengambil iktibar. Sebahagian banduan ini tetap melaksanakan solat di dalam sel masing-masing. Pasti menyesal tersalah langkah.
Ada juga ruang pameran pakaian banduan yang berbeza warna mengikut jenis dan tempoh tahanan. Selain itu dipamerkan juga pelbagai jenis dadah, senjata tajam yang dijumpai didalam penjara.
Banduan mandi beramai-ramai di kolah atas tu dengan hanya kemaluan bertutup tuala Good Morning. Patutlah tuala ni wujud sampai sekarang bisnes baik rupanya. Aku takdelah ambil gambar sebab aurat kan...sehelai tuala tu dipasangkan tali/getah jadi hanya punai je lah bertutup. Aku dok fikir macam mana eh dengan banduan saiz 3xl? hmmm... tak pasal pasal kena memikir.
Ruang atas ditutup. Bayangkanlah macam filem Shawshank Redemption tu.
Mesti ramai yang nak tahu fasal hukuman gantung kan? Macam-macam cerita tersebar berkaitan keadaan mayat. Menurut apa yang aku baca di mana letaknya tali menentukan lidah terkeluar atau tidak tapi takdelah panjang macam dalam Mastika tu.
Prosedur pelaksanaan hukum gantung sampai mati di Malaysia dijalankan dengan sangat ketat dan sistematik mengikut Kanun Tatacara Jenayah (Seksyen 277). Proses ini melibatkan beberapa fasa utama, bermula daripada persediaan awal sehingga selesai pengurusan jenazah.
Dadah
Alat untuk menghisap dadah.
Senjata tajam yang dijumpai.
Akhir sekali ada ruang bertutup untuk menonton video bagaimana proses sebatan dijalankan. Ada cctv di sini jadi aku tidaklah merakam, karang aku pula kena sebat. Kite tacoddd...
Cara sebatan macam main golf eh, bagaikan melepas amarah dah lah yang melibas pun badannya kus semangat. Angkat tangan tinggi tinggi ZASSSSSS.... pecah kulit punggung. Ada pegawai penjara dan doktor menyaksikan proses tu. Doktor tu jugalah yang akan merawat luka sebatan. Ya Allah, kalau aku jadi doktor tu depress aku. Lebih baik jadi doktor kat luar bandar, musim buah ada gak orang kampung hantar durian ke rumah. Tiber.
Sebenarnya cara sebatan yang dijalankan di negara kita tidak mengikut saranan Islam. Cara Islam, tangan tidak boleh diangkat tinggi, ia macam mengepit buku di celah ketiak dan buku itu tidak boleh jatuh apabila tangan diangkat.
Banduan pertama kena tiga sebatan kalau tak silap. Yang kedua enam, ada yang sembilan. Tak ingat exact amount tapi banyaklah. Yang pertama tu aku tengok sambil tutup telinga. Yang kedua dan seterusnya tutup telinga juga tapi tak tengok habis, walaupun telinga disumbat tapi raungan masih boleh didengar ya. Pecah kulit punggung dan perlu dibantu berjalan. Astaghfirullah hal azim.
Lawatan Yang Berkesan Di Jiwa
Penjara Ayer Molek, antara penjara tertua di Malaysia ditutup pada Ogos 2005, selepas Penjara Pulau Pinang dan Penjara Taiping, Perak, kerana terlalu padat namun kekal berfungsi sebagai lokap polis sehingga 2018 sebelum ditutup sepenuhnya.
Ramai betul banduan dimasukkan ke sini. Johor dikelilingi laut, selain rakyat sendiri warga asing pun mudah masuk melalui laluan tikus. Kes jenayah melibatkan warga asing bukanlah asing sejak dulu.
Membawa anak-anak ke sini bukan sekadar untuk melihat bangunan lama. Ia adalah ruang untuk mereka belajar mengenai hidup, nilai kebebasan dan pengorbanan. Tiada manusia yang bebas melakukan apa sahaja, setiap orang mesti ada pegangan agama yang baik dan mematuhi undang-undang. Apa yang disaksikan di Kotajail adalah pengalaman yang berguna kepada generasi muda.
Di mana letaknya Kotajail?
Kota Jail terletak strategik dalam kawasan IIBD (Ibrahim International Business District), hanya 500 meter dari pusat bandar. Ada shuttle bus dari/ke Zoo Johor.
Tiket Masuk Galeri Penjara Ayer Molek:
Warganegara Dewasa : RM5
Warganegara Kanak-kanak/warga emas: RM3
Bukan warganegara, dewasa : RM15
Bukan warganegara, kanak-kanakL: RM10











5 Comments
Pameran sejarah kat Galeri Penjara Ayer Molek ni memang deep! Tergelak bab salah sangka warga emas tu, kelakar sungguh. Sis rasa berbaloi tak explore sel tahanan tu?
ReplyDeleteSangat berbaloi. Untungnya saya hanya datang berdua jadi tiada budak yang menekan-nekan ajak balik hahahah..
DeleteOk, Krn Desember saya akan liburan ke JB, jadi museum ini saya akan datangi 😍😍😍. Memang sukaaaa kalau ke museum yg ada cerita2 'seram' begini. Bagaimanapun penjara bukan tempat yg happy kan. Jadi pastilah ceritanya akan terasa berat saat melihat langsung.
ReplyDeleteApalagi baca yg hukuman mati. Kalau di sana gantung, kalau di Indonesia tembak mati tepat ke jantung.
Kdg saya berpikir kak, mana hukuman mati yg sebenarnya minim sakit? Yg tak menyiksa... Tembak mati LGS ke jantung, berarti terhukum akan merasa sakit tak? Atau lgs mati saat itu juga?
Gantung pula, pasti akan terasa dulu sebab dia tak LGS mati kan?
Ada yg bilang suntik mati lebih manusiawi. Tp pernah terbaca, saat suntik mati ada 3 jenis suntikan . Yg 1 mematikan otak, yg 1 mematikan jantung, 1 lagi saya lupa mematikan apa.
Tp pernah suntikan yg mematikan otak tak bekerja, artinya saat suntikan utk mematikan jantung mulai bekerja, terhukum akan merasakan sakit yg amat sangat. Krn otaknya blm mati.
Aahhh tak tahulah 😢😢. Yg pasti baca begini saya langsung merinding memang .
Cara suntikan lagi menyiksa. Rasanya paling tak sakit adalah pancung leher dengan pedang tajam.
DeleteSaya pun suka ke muzium bertema sebab fokus dan lebih banyak bahan pameran.
Best nyer kalau dapat jejak kan kaki ke Kotajail ni.. Byk yg holeh dipelajari.. bab bayar RM8.00 tu mmg huhuu... Okla dipanggil kak..
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.