Negeri Sembilan | Lorong Seni Seremban Dengan Lebih 40 Mural! | Ada sesiapa ke dah pernah sampai sini? Jom OOTD!
Berkonsepkan 'Returning The Street To The Public', Lorong Seni Seremban destinasi seni jalan yang menarik di tengah-tengah Bandar Seremban. Lorong sepanjang 500 meter ini mempamerkan lebih daripada 40 mural berwarna-warni hasil karya artis tempatan, Setiap mural menggambarkan kisah budaya, sejarah dan kehidupan masyarakat setempat.
Jumaat Sabtu Ahad malam ada peniaga berjualan di situ, kebanyakannya barangan terpakai (preloved). Ada jugalah baju yang aku berkenan tapi tu lah, saiz takde 😅. Penatlah jadi orang gemuk ni.
Tips nak bergambar tanpa gangguan: Datang awal pagi Sabtu Ahad. Kereta pun tak banyak parkir di situ.
Selepas penat berjalan silalah menjamu selera. Tempat makan ni dibuka setiap malam.
155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan














4 Comments
Saya nih suka lihat2 saja kalau mural begini. Tp biasanya tak nak foto. Sebab tak pandai berpose 🤣🤣. Ada teman saya, kalau melihat mural dia LGS pose yg sesuai dengan mural. Adalah seolah2 dia memeluk gambar, atau seolah ikut naik ke boncengan sepeda, yg macam tuh lah. JD kreatif hasilnya.
ReplyDeleteKalau saya yg foto, langsung pose gagang sapu je 🤣. Kaku...
Tp kalau ada tempat makan, memang semangat 😍😄
Saya pun kalau dengan suami/anak pose kayu hahahahh... yang seronok bergambar bila dengan kawan-kawan masa Fam trip.
DeleteCantiknya Lorong Seni Seremban! Mural di sini memang aesthetic untuk OOTD. Kena betul tips datang awal pagi tu. Baju preloved takde saiz takpe, janji dapat OOTD ;)
ReplyDeleteTengok depan mata lagi puas hati
DeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.