Perak | Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar 2025



Perak | Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar 2025 | Aku dah pernah tulis dan kongsi gambar di sini juga tahun 2014 dahulu jadi kali ini kira ulangkaji. Bawa anak-anak melawat tempat bersejarah supaya mereka lebih menghargai negara sendiri.


Ini kisah pembinaan Masjid Ubudiah dari laman web rasmi Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan negeri Perak.

Semasa berehat dalam rawatan di Port Dickson, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar sekiranya kesihatan Baginda pulih.

Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, Baginda telah menitah Colonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk merekabentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Arkitek yang ditugaskan merekabentuk Masjid ini ialah Mr. Hubbeck, yang menggunakan senireka 'Moor' dan Mr Caulfield, Jurutera Negeri Perak, telah ditugaskan melaksanakan bangunan Masjid ini. Senireka yang diilhamkan oleh Mr. Hubbeck telah menjadikan Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai senireka yang bermutu tinggi sehingga ianya mendapat tempat dalam pelan pelancongan.

Pada hari Jumaat, 26hb. September 1913, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Baginda dan Raja (Sir) Chulan. Mengikut cerita, dengan tidak semena-mena seekor gajah Baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaanya Raja (Sir) Chulan ibni Sultan Abdullah, bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.

Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya musnahlah batu marmar itu. Perjuangan itu berlanjutan hingga berjam-jam, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.

Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu Marmar itu telah dibawa melalui Afrika Selatan.

Walau bagaimanapun pada tahun 1917, Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918) yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916.

Sebelum Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, dibina dan dijadikan Masjid Negeri, Masjid Ubudiah dan dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Sultan memegang jawatan Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya di-Raja dan jawatan Setiausaha diuruskan oleh sesiapa yang memegang jawatan Kerani Besar Pejabat Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Foto dari sini.








Free Islamic information pamphlets for non-Muslims.



Masjid Ubudiah
Jalan Istana
Bukit Chandan
33000 Kuala Kangsar
Perak

Post a Comment

8 Comments

  1. InsyaAllah jika ada kesempatan nak singgah di Kuala Kangsar lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try stay di Hotel Casuarina Kuala Kangsar. Bilik luas.

      Delete
  2. Bagi anak2 mengenali sejarah. Bagus jugak ni. Lamanya tak pergi ke Kuala Kangsar sejak opah suami dah meninggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara masih ada anak yang masih bersekolah ni saya bawalah jalan-jalan. Bila dah sambung pengajian tinggi cuti tak sama dah.

      Delete
  3. tinggalan sejarah , pahala berganda buat sultan yang membinanya....cantik sungguh....terasa mcm dekat brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sangat cantik. Dalamnya pun nyaman je tapi masjid ni tak boleh dibesarkan lagi sebab tanah sempit.

      Delete
  4. Ini jauh tak dari Ipoh kak? Nanti di Ipoh saya nak cari mesjid lah, pengen juga melihat design arsitektur nya.

    Kalau mesjid Ubudiyah ini dekat, boleh juga saya kesana.

    Cantiiik sangaaat 😍😍😍. Kubah emasnya mengingatkan saya dengan mesjid Sultan Omar Ali yg di Brunei dan kubah emas di Depok, Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid Ubudiyah 48km dari Ipoh. Dah sampai sana boleh melawat Galeri Sultan Azlan dekat dekat situ juga dan Victoria Bridge 11km dari masjid.

      Arkitek masjid ni orang yang sama mereka Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Stesen Keretapi Ipoh dan Bangunan Sultan Abdul Samad di dataran Merdeka.

      Delete

Feel free to leave your comment below. Thank you.

Ruggedmom Ruggedmom