Percutian Ke Perak yang Gagal | Assalamualaikum dan hai... seronok eh cuti sekolah, sana sini jalan sesak. Masa cuti ni lah kita nak berkumpul satu keluarga dan buat aktiviti bersama tak kiralah di rumah sahaja atau melancong. Tengok berita pun pheww sampai 28 jam atas jalan untuk sampai ke negeri pantai timur, semua pintu sempadan ke Thailand pun kena beratur berjam-jam. Kami semalam kena ekstra 1 1/2 jam dari Baling ke Seremban. Mujur anak-anak dah besar dan biasa dibawa berjalan jauh.
Masa aku kecil dahulu arwah abah bawa pergi Port Dickson, paling jauh pun Cameron Highland dan itu lah sekali aku ke Cameron Highland seumur hidup. Bila aku cerita kat kengkawan semua tak percaya 😄
Tahun ni ada anak yang ambil SPM jadi dia sentiasa kena menghadiri kelas tambahan di sekolah dan ada ada pula kelas tambahan khas berbayar. Aku dah bayar tapi terlupa nak tulis di white board pulek... Selepas finalize plan jalan-jalan ke Teluk Intan-Tanjung Tualang-Baling aku pun tempah hotel pada hari Jumaat sehari sebelum bertolak dengan harapan sempat berada di hotel sebelum lapan malam supaya si anak dapat masuk kelas tambahan online. Lambat sikit takpelah.
Selepas je aku tempah hotel, cikgu kelas update jadual kelas tambahan 12 dan 13 September. 13 September tu kelas habis 4.30 petang. Allah...
Kebiasaannya kami akan gerak Jumaat malam dari Seremban tapi disebabkan nak ke Teluk Intan kami bertolak pagi kerana perjalanan tiga jam je. Jam lima petang kami pun memulakan perjalanan. Ingatkan semua smooth sebab dari Seremban ke KL ok ke tapi amekkau... dekat 11 malam baru sampai Ipoh. Apa pun tak boleh kelas online pun ke laut 😏
Ini final itinerary yang aku sediakan. Mak is always detail.
Keesokannya kami melawat Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar dan pasar minggu. Pasar karat was cancelled.
Kali pertama ke Masjid Ubudiah ialah sewaktu media trip tahun 2014 dulu. Walaupun sejak puluhan tahun lalu setahun dua tiga kali lalu Kuala Kangsar tak pernah sekalipun kami singgah sini, berkejar nak cepat sampai kampung. Rekabentuk Masjid Ubudiah sangat cantik dengan warna kubah yang menyerlah. Kawasan bandar DiRaja Kuala Kangsar pun tenang dan bersih je. Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah dan Istana Tepas) dan Galeri Sultan Azlan Shah pun dekat sini je. kami tak cukup masa nak pergi semua tempat tu.
Husband cadangkan kami beli makanan di pasar minggu lepas tu makan tepi Sungai Perak. Very relaxing kononnya makan bawah pokok sambil memerhati air sungai mengalir tapi pasar minggu pun 9km dari situ di Jalan Baling-Kuala Kangsar maka kami terus balik kampung je lah, takkan nak patah balik.
Selepas berjalan dari hujung ke hujung aku berpendapat pasar minggu Kuala Kangsar tak berapa menarik tapi ada makcik pakcik busking kat situ. Sedap eh suara acik tu, dia tarik tinggi pun tak bertukar suara jantan hahahahah.... Lagi satu, kerepek pisang murah, RM10 je sepeket. Di Seremban kerepek pisang nipah RM15 pisang tanduk RM16. Menyesal beli satu je.
Pekena roti canai dulu.
Begitulah cerita percutian ke Perak yang gagal. Aku teringin benar nak bergambar di menara condong Teluk Intan sebab dua tahun bersekolah di sana sekeping gambar pun tak ada. Nak juga bawa anak-anak tengok kapal korek tapi tidak dapat direalisasikan kali ini.
Insyaallah kami cuba lagi di lain waktu.
2 Comments
Sepertinya tempat wisata dj Perak Ini memang banyak ya kak.saya sendiri belum pernah kesana. November kan saya ke Perak, tapi stay di Ipoh 2 malam. Saja nak refreshing 😄, walaupun tujuan utama nak ambil novel yg saya pesan dari salah satu blogger Ipoh, Nadia. Jadi jumpa di sana.
ReplyDeleteKalau waktu saya panjang, mungkin saya akan eksplor tempat2 wisata di perak . Memang harus next time.
Wheeeew, 28 jam stuck, hahahahah sakit badan pasti 🤣.
Saya biasa jalan road trip belasan jam kalau di Indonesia, tp itu dalam kondisi mobil tetap jalan, memang jarak saja yg jauh. Tapi kalo sampai stuck Krn jammed, itu letihnya sangat terasa
Perak sangat banyak tempat menarik.
DeleteKalau dari KL boleh ke Teluk Intan dulu sebelum ke Ipoh. Di Ipoh nanti pergilah ke Tasik Cermin. Boleh juga ke Taiping untuk berjalan di Tasik Taiping yang famous tu.
Feel free to leave your comment below. Thank you.