JJCM | Sarapan Pagi Di Warung Ngarai



JJCM | Sarapan Pagi Di Warung Ngarai | Semasa kami pergi ke rumah keluarga di Tiak, aku nampak satu penginapan baru bernama Bin Daud Boutique Chalet. Gempak uii desain penginapan baru ni siap ada swimming pool. Lokasinye sebelah SK Tiak, Kupang, Baling.

Kami balik Baling bulan April hari tu tapi tak perasan pula ada construction kat situ. Chalet ni depan jalan besar laluan ke Grik/Kelantan jadi sesiapa yang dah tak larat hadap jem boleh berehat dulu di sini. Dengarnya masa PMX ke Baling awal bulan hari tu chalet ni jadi tempat rehat beliau dan rombongan. 

Dari pekan Baling ke Tiak aku ikut Jalan Sera, jalan kampung yang elok bertar. Aku suka pandang persekitaran tempat baru dan perasan begitu banyak sekali banglo baru dengan desain menarik, seperti yang selalu lalu di media sosial. Mungkin anak-anak mendapat tanah warisan atau mungkin juga orang luar yang membeli tanah di sini. Kebanyakannya banglo setingkat seperti yang ku angankan. Berangan je lah...


Jalan-Jalan Cari Makan
Masa berborak dengan adik ipar dia dok suruh kami pi try Warung Ngarai. Dekat ja... mu jalan teghuih pahtu naik kanan- katanya. Aku apalagi.... sejak bekerja semula dan pegang duit sendiri pantang orang promote tempat makan nak cuba saja 😀

Aku nak pergi awal tapi anak-anak bantai tidur lepas Subuh. Aku dah siap sidai kain sapu rumah segala masih lagi liat nak bangun, aku pun chow dulu. Aku dah cakap banyak kali, aku punya time start pukul tujuh pagi. Bercuti di hotel pun sama, pukul tujuh pi breakfast, senang ko nak membuang ke apa dalam sejam selepas tu. Breakfast awal biasanya restoran masih lengang, boleh memilih dengan tenang. Apaknya sibuk mengemas dahan pokok yang dipangkas semalam jadi dia tak ikut.

Masa aku sampai tu sekumpulan rider baru keluar tapi pelanggan masih ramai. Ada beberapa buah kereta dengan no plat luar Kedah. Kedengaran bebudak kecik speaking London... ni mesti orang Kolumpo balik bercuti.

Betullah kata adik ipar dan mak mentua bahawa lokasi warung ni best. Dah la atas bukit, menu pun laris. Kalau buat intimate wedding pun ok juga ni atau majlis nikah dengan hidangan sarapan pagi. Ingatkan kedai baru tapi sebenarnya dah dua tahun beroperasi. Awat tak dak orang habaq?



Aku nak makan roti je tapi habis, hanya tinggal soto ayam, lontong dan nasi lemak jadi terpaksalah order soto dan kopi Ngarai. Ok sedap cuma sambal kicap tak pedas lansung. Kepada biras aku yang dok kata kopi Ngarai rasa kopi Vietnam sampai aku tak manyabar nak cuba, hang ni la... ... manade... coffee latte lah. Sabo je le dengan mamat tu.

Harga? Boleh tahan.




Tempat bergambar.

Anak pernah bersekolah di sini.

Balik tu husband aku sibuk nak tengok gambar. Lain kali kita pergi bersama eh, kita JJCM tempat lain juga. I belanja.


Warung Ngarai
Kg Bukit Kuala Kuang
Kupang
Kedah
⏰️ 7am - 12pm (Khamis cuti)
📞 013-4446433


Post a Comment

15 Comments

  1. vibes dia SA suka..kalau dpt mkn menu yg dah sold out tu lagi gempak kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye best. Nanti nak datang lagi. banyak juga kedai baru ala kafe di Baling ni.

      Delete
  2. lps sarapan bole bergambar view atas bukit cantik

    ReplyDelete
  3. sy pun suka pi try mkn di restoran atau warung makan yg baharu. Jika sedap, pasti akan ke sana lagi..

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. budak kecil speaking london.. mesti dah kolompur kan... 😂

    Okla next time kalau tersesat ke sana boleh la singgah makan di sini.. Nampak suasana kampung tu menarik.. ☺️👌🏻

    ReplyDelete
  5. Baca tajuk Warung Ngarai, saya sangka di Ngarai Sianok Sumatera Barat, rupanya di negara kita juga adanya.
    Ada kopi Ngarai rasa coffee latte ye.

    ReplyDelete
  6. Tapi dekat sana memang ada ngarai nya kak? Best nih lokasi di atas bukit. Sukaaa dengan kafe yg dibuat nuansa alam.

    Hahahahha saya kalah jalan dengan anak, dan dari malam sudah bilang, bangun hrs pagi, Krn nak sarapan di Spot A misalnya. Ternyata pagi tak bangun, betul2 saya tinggal juga. Biarlah mereka tidur di kamar, nanti dibelikan roti saja 🤣

    ReplyDelete
  7. Anak kecil memang macam tu. Kalau dibawa jalan juga nanti meragam sebab tak cukup tidur tapi anak-anak saya sudah besar. Bila mau ke mana-mana tak pernah on time.

    ReplyDelete
  8. Cantik warung ni, sesuai shooting filem pendekar lengkap dengan pakaian zaman dulu dulu.

    ReplyDelete
  9. Lawa view tempat bergambar tu. Menarik warungnya. Pernah nampak simpang ke Tiak, masa lalu jalan nak ke Gerik.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.

Ruggedmom Ruggedmom