Eksplorasi Gua Sireh@ Sireh Cave di Baling



Kedah | Eksplorasi Gua Sireh @ Sireh Cave di Baling | Sampai je Baling dari Kuala Kangsar kami terus makan tengahari di Nasi Ayam Azman Pinggan Besar di belakang Hentian Bas Baling. Sangat puas hati rasa nasi ayamnya, nasi lembut berderai dengan sos dan kicap disiram terus atas ayam. Sup pun terasa chicken broth tu, bukan jenis air paip boh kiub ayam 😏. 

Selepas tu aku menggunakan kuasa veto untuk terus ke Gua Sireh. Kalau balik rumah mak mentua dulu soheh tak keluar lagi dah dan keputusan tersebut adalah terbaik sebab keesokannya hujan turun hingga tengahari dan Bangteh mula rasa tak sihat.


Koleksi Gua Indah Di Baling, Kedah
Sesiapa yang pertama kali ke sini pasti akan kagum dengan lanskap Baling. Di daerah Baling ada Gunung Baling yang di sisinya Kampung Lubuk Pedati yang menghadap Sungai Ketil tempat berkelah dan mandi-manda. Tidak jauh pula ada kawasan sawah padi yang sangat indah bila musim padi menguning. Melalui Jalan Weng menuju Kampung Padang Che Mas ada Gua Sireh, Gua Badak dan Gua Air.

Gua adalah terowong semula jadi yang terbentuk ke dalam bukit atau gunung disebabkan fenomena alam seperti hakisan air atau angin. Keunikan gua disebabkan ciri monumen geologi, rupa bumi, landskap, kepelbagaian struktur geologi, batuan, fosil dan mineral mempunyai tarikan yang memberi pengalaman dan menjadi aktiviti lasak digemari pencinta alam untuk diterokai. 

Malaysia ada banyak gua menarik yang menghidangkan keunikan dan cabaran tersendiri memandangkan struktur dalamannya berbeza. Di Baling sahaja ada 12, kami dah melawat satu yang lain akan menyusul kemudian insyaallah. Nak pergi ketiga-tiganya sekaligus tak sempat dan takkan enjoy kalau tergesa-gesa.

Apa yang seronoknya masuk gua?

Pendapat aku gini... aku suka bila dapat melihat sendiri apa yang pernah aku baca dan belajar. Walaupun apa yang dilihat itu hanya secara literal tapi dapatlah sedikit pengetahuan. Terasa satu kepuasan.

Kali pertama aku masuk gua ialah di kompleks Gunung Mulu National Park, Sarawak dibawa oleh Sarawak Tourism, selepas tamat Borneo Jazz . Ia pembuka mata dan aku rasa seronok dapat melihat keindahan alam yang terbentuk oleh luluhawa batuan. Yang menambah rasa seronok tu sebab kawan yang pergi tu pun enjoy juga ekspedisi tu. Kalau pergi dengan anak aku yang sorang tu senyap sunyi tak berbunyi lansung boring juga hahaahhaha... suara tak keluar senyum pun payah aiyoo itu budak.

Pelancongan Gua Sireh bermula sejak tahun 2019 dengan pembabitan penduduk kampung. Sehingga kini ia masih diuruskan oleh Koperasi Eko Pelancongan Gua Sireh. Pelancongan ke gua ini menjadi antara sumber pendapatan baharu kepada penduduk kampung yang rata-ratanya hanya menoreh getah.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membantu menyediakan kemudahan dengan menaik taraf adalah laluan pejalan kaki sepanjang 400 meter dan pagar dalam gua, pembelian van pelancong, penambahbaikan fasiliti dan pembelian peralatan gua serta insurans.



Melangkah Ke Gua 
Ok sebelum awak semua rasa membuak-buak nak ke ke sini nak bagitaulah bahawa hanya orang yang tak sakit lutut sahaja boleh ke Gua Sireh. Pasaipa?

Dari tempat parkir kenderaan tu kita kena berjalan kaki dan naik tangga kira-kira 150 meter. Di dalam pula bukan semua tempat ada laluan kayu, sebahagiannya ada pagar sahaja dan kita kena berjalan atas tanah yang tidak rata. Aku pun cuak juga sebab pergelangan kaki aku masih belum pulih sepenuhnya  masih terasa sakit bila berada di permukaan tak rata.

Bas berkapasiti 40 penumpang tak boleh masuk hingga ke kawasan parkir di kaki gua. Aku pun tak pastilah sama ada kena berjalan atau ada van jemput dari jalanraya.

Owh lupa pula, kena beli tiket eh. Aku rasa tiket ni banyak sangat kelas dah agak mahal. Gunung Mulu national Park World Heritage Site di Sarawak hanya mengenakan tiket dewasa sebanyak RM15 untuk pas lima hari, RM7 untuk warga emas, RM5 untuk pelajar 5-18 tahun dan percuma bagi kanak-kanak dibawah enam tahun. Manakala national park RM10 dan nature reserve hanya RM5. Murah berbanding statusnya yang terkenal serata dunia.

Aku rasa lebih sesuai tiket dewasa dikurangkan kepada RM10 dan kategori pelajar tu disekalikan. Pelancong asing tu takpelah mereka datang bawa duit memang nak melancong. Aku juga ingin mencadangkan denda tinggi jika membuang sampah merata-rata atau menconteng gua. Sakit mata dan hati menengoknya. 

Elok juga tiket dengan nombor siri diberi kepada pelawat. Setakat ini kita hanya mengisi nama di dalam buku log. Satu tindakan yang baik untuk memastikan semua pelawat telah keluar dari gua bila habis waktu melawat.  


Kat depan tu ada tangga yang tak berapa tinggi. Sapsapsoi je naik.



Selepas itu kami diiringi oleh 'tour guide' comel ke dalam gua. Adik (eh anak)  tu pun tunjuklah kesan angin dan air yang membentuk dinding gua menyerupai haiwan tertentu. Menarik juga. 

Adik tu kalau dia belajar subjek geografi dengan tekun dan cari juga maklumat tentang gua, dia boleh tambah ilmu dan terangkan dengan lebih baik. Dia juga akan dapat menjawab soalan dengan lebih yakin lagi. Besar potensinya untuk menjadi jurupandu yang baik sebab membesar di situ. Yang penting jangan 'goreng', sesetengah pelawat nampak je macam tak tau apa apa tapi pengkaji bumi dan ahli sejarah. Pelan pelan kayuh dik, insyaallah boleh jadi orang hebat satu hari nanti.


Ciri-Ciri Gua Sireh
Keluasan gua mencecah 192 meter lebar dengan ketinggian antara 60 hingga 80 meter. Mengikut kajian dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia UKM), Gua Sireh ini sudah ada masyarakat terawal yang mendiami gua sejak 16,000 hingga 17,000 tahun lalu kerana terdapat banyak kesan fosil atau kulit kerang dan siput lama yang kelihatan.

Bukaan gua tidak berapa besar dan di pintu gua kita akan 'disambut' dengan batu yang berbentuk sirih junjung. Berjalan lagi ke dalam gua semakin menarik dengan dinding unik berombak-ombak berwarna putih dan seakan-akan berbentuk lukisan tiga dimensi selain formasi stalagmit dan stalaktit berbentuk singa, burung, musang, gajah, perahu patah, pengisar tepung dan lain-lain. Malah ada batu yang berbunyi seperti gong bila diketuk.

Lampu berwarna-warni menghiasi gua itu menghidangkan pemandangan yang sungguh mengasyikkan tapi aku rasa agak terganggu dengan kabel elektrik yang melintang di dinding gua. Mungkin boleh diperbaiki lagi.

Sirih junjung.

Aku pun dah blend in dengan background 😄

Same spot, different colours.


Chamber yang luas dengan dinding yang cantik beralun.

Kiri tu pagar je tau, kita jalan atas tanah.

Luas.

Bentuk singa. Sakit hati aku tengok contengan tu.

Batu yang berbunyi gong bila diketuk di tempat tertentu.





Penerokaan Gua Sireh hampir dua jam menyeronokkan dan aku yakin anak-anak dapat menambah ilmu pengetahun mereka. Taklah bosan dalam kelas geografi nanti.

Selalu aku pesan bila dalam kereta, pandang sekeliling, tahun depan belum tentu ada hutan tu lagi. Manusia semakin rakus melihat duit.


Pesanan Akhir
Ada orang kata, orang sekarang ni bukan nak dengar pantang orang tua bila masuk gua.

Kena baca mentera ke? Kena cakap, atuk, anak cucu tumpang lalu?

Teringat bicara seorang ustaz, 'atuk' tu siapa... kau cucu setan ke? hahahhaha...

Pada aku Islam ni mudah, jaga mulut dan kelaku. Baca bismillah, ayat kursi dan selawat lalu berserah kepada Allah. Kalau kita percaya sangat mistik boleh jatuh syirik pula nanti. Bila sakit kepala kau salahkan lalu kubur waktu senja padahal kau berapa kali turun naik kereta, kejap berpanas lepas tu masuk dalam kereta kena air-cond semula lepas tu turun balik. Tak pun, kejap buka tingkap sebab nak hisap rokok lepas tu tutup balik. Mana tak bengang kepala. 

Omputeh dukung anak kecik masuk gua elok je. Saintis Malaysia bawa anak bawah lima tahun masuk hutan takde pun kena sampuk. Jika terlalu percaya hal mistik apa pun akan dikaitkan dengannya. Orang lain dah ke angkasa raya kita masih percaya mitos dan berpantang tak habis habis.

Kena ingat bahawa islam tak terpisah dengan sains. Semoga semuanya baik baik saja.


Gua Sireh
Kampung Padang Che Mas
Dalam Wang
09100 Baling
Kedah
Tel: 013-411 4325

Waktu Operasi : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

FB : https://www.facebook.com/p/Gua-Sireh-Baling-Kedah-100063664868220/
Tik Tok : https://www.tiktok.com/@guasirehofficial

Post a Comment

10 Comments

  1. Seumur hidul tak pernah masuk gua. Macam seronok juga masuk gua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah sekali. Boleh try Gua Tempurung di Gopeng tapi itu lagi memenatkan. Gua Sireh ni biasa je tak mencabar lansung.

      Delete
  2. Sy biasa jugak ke Baling tu, banyak tempat menarik boleh diteroka rupanya. Sy cuma tahu sejarah bukit di Baling tu aje. Rasanya, sy dah tak sesuai nak masuk gua, lagi2 seperti yang diceritakan RM ni, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baling ada banyak tempat menarik, boleh search "tempat menarik di Baling" kat blog ni. Saya suka masuk gua tapi ada yang agak mencabar juga seperti di Kuching dan Gua Tempurung. Mencabar dari segi kerahan tenaga je la... turun naik tangga.

      Delete
  3. Saya sangaaat suka dengan wisata gua kak 😍😍😍. Sebab memang ada banyak pelajaran history dari gua gua ini. Apalagi terkadang banyak gua yg sudah ada dari zaman manusia purba.

    Kebanyakan gua tinggi lokasinya, yg saya baca sebab dulu daerah sekitarannya masih laut. Dan mereka memilih lokasi tinggi, supaya terhindar kan dari hewan2 buas.

    Tapi walau suka masuk gua, saya hanya mau jika ada guidenya hahahahaha. Takuuuut 🤭🤣🤣. Terkadang suatu gua besar sangaaat.

    Dan jujur saya seram jika sampai bertemu ular 😄😄.

    Tapi harusnya jika gua itu sudah dibuka untuk umum, ularpun dah pergi.

    Setuju, tiket masuknya jangan terlalu mahal, kecuali foreigners. Krn apapun jumlah visitors biasanya tetap ramai dari warga lokal kan.

    Tadi saya terbaca batu gong, sebab di Pacitan Jawa Timur juga da Gua Gong, ddi dalamnya ada batu g kalah dipukul seperti gong suaranya.

    Saya langsung tertarik. Apa ada kesamaan dari 2 gua ini. Sebab batunya sama2 mengeluarkan suara gong.

    Lihat dari foto pun, agak mirip, gua Gong di Pacitan juga luas, dan sudah dibuat semacam jalur berjalan untuk visitors.

    Saya berharap bisa datang dan melihat langsung gua sireh ini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali pertama saya masuk ke gua ialah di Gua Tempurung, Gopeng, Perak, selepas tu gua-gua di Miri dan Kuching, Sarawak. Selepas pengalaman pertama di GT saya sangat sukakannya. Kalau ke Ipoh nanti bolehlah masuk Gua Tempurung, 28km sahaja dari Ipoh. Setakat Tour 2 tak perlukan guide pun cuma perlukan tenaga yang banyak kena turun naik tangga.

      Saya tak pernah terfikir nak masuk gua di Indonesia sebab tak pernah keluar pun bila search tempat-tempat menarik. Yang saya selalu ingat nak ke kawasan sejuk dan gunung berapi.

      Delete
  4. Patut boleh buat dua jenis harga satu utk warganegara dan satu utk bukan warga negara dan boleh la charge mahal sedikit.. sbb jauh nun kat baling.. kalau kena bayar mahal org akan fikir tiga nak masuk.. lagi2 kalau anak ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dan bahagikan dewa serta kanak-kanak sahaja Warga emas boleh dikategorikan dalam tiket kanak-kanak.

      Delete
  5. Subhanallah!
    Negara kita tidak kurang cantiknya dan tidak kalah dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Rasa seronok pula ikut 'meneroka' Gua Sireh di Baling. Unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia banyak sangat tempat cantik yang underrated. Kadang geram juga dengan orang yang suka memperlekeh negara sendiri tapi puji melambung negara luar sedangkan dsia tak explore pun dalam negara.

      Delete

Feel free to leave your comment below. Thank you.

Ruggedmom Ruggedmom