Resipi Soft Cookies Sedap | Walaupun aku selalu kata nak kurus dan ada sedikit usaha untuk kurus seperti kurangkan makan nasi dan briskwalk pepetang tapi aku suka makan benda 'merepek'. Beli kerepek setiap minggu dan suka buat tat nanas. Nampak tak kontradik di situ? Nak kurus tapi makan tepung 😅
Aku dari remaja lagi suka baking, masak lauk tak suka sangat tapi sejak berkahwin dan ada anak kite masak la.. pertengahan bulan habislah gaji kalau hari-hari beli lauk. Lagipun takkan nak biarkan suami dan anak-anak makan hasil tangan orang lain setiap hari kan? Cemuih.
Kali Pertama Makan Soft Cookies (Biskut Lembut)
Ada satu kali tu Subway ada buat promosi apa entah jadi aku pun nak cuba rasa. Di sebelah cashier counter ada pula biskut coklat bersaiz lebar yang nampak sangat menyelerakan. Pergi pula waktu makan tengahari tu yang rasa semua nak makan. Sedap uii..!
Maka setelah bertahun cakap nak buat, minggu ni buat dua kali dengan hasil agak berbeza tapi gambar hasil akhir kali kedua tu takde. Parchment paper pula dah hujung jadi berhimpit-himpitlah doh tu berebut tempat nak mengembang hahha...
Cubaan kali pertama ikut resipi tepung 2 1/4 cawan, hasilnya biskut rapuh. Cubaan kedua aku guna 2 1/2 cawan tepung, elok jadinya tapi tak garing di tepi.
Cara buat soft cookies ni mudah je sebenarnya, tak perlu guna mixer pun just pukul dengan whisker je. Ni aku dah share resipi jangan save aje, balik kerja karang pi beli mentega dan terus buat. Lepas Maghrib adun - simpan dalam peti ais - lepas Isyak bakar. Senang! Projek baking aku ni start 9.30 dan 10 malam, waktu otak aktif cari apa nak makan 😄😄
Nak hasil yang baik dan lebih sedap gunalah mentega (pure butter) tapi aku ada stok Buttercup je. Aku juga guna chocolate coin Beryl's dan cip coklat timbang. Tak jumpa cip coklat Hershey. Aku juga tambah secubit garam walaupun Buttercup jenis bergaram sebab nak rasa masin sikit melawan rasa manis gula dan coklat. Rasa lemak. Kuantiti gula yang aku gunakan just nice je tak manis sangat. Soft cookies sepatutnya berwarna keemasan, garing di tepi dan lembut di tengah. Teksturnya serta agak kenyal kerana kita menggunakan gula perang (brown sugar).
Jika sukakan perisa lain boleh juga tukarkan cip coklat dengan kismis dan walnut yang dipanggang.
Ini bahan-bahan untuk soft cookies:
1 cawan mentega. Cairkan.
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur (2 kuning + 1 putih)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking soda (abaikan jika guna tepung naik sendiri)
Secubit garam
1 cawan cip coklat
1 cawan chocolate chunk/coin
Cara-caranya:
1. Cairkan mentega dengan api perlahan (masukkan dalam microwave pun boleh). Padamkan api kemudian biarkan ia suam dalam lima minit.
2. Ayak tepung dan baking soda.
3. Masukkan telur, gula perang, gula pasir, esen vanila dan garam dalam mentega cair. Gaul guna whisker sampai sebati.
4. Masukkan campuran tepung ke dalam bahan basah dan kaup balikkan. Masukkan coklat, gaul lagi.
5. Tutup bekas adunan dan simpan dalam peti sejuk selama sejam atau satu malam. Selepas dikeluarkan scoop adunan dan letakkan dalam dulang pembakar. Saiz doh bergantung kepada kemahuan sendiri. Kalau anak ramai buat bulat kecil je, nak jadi macam soft cookies Subway bulatkan besar telur ayam saiz B. Jarakkan tau, nanti biskut tu akan melebar macam aku. Eh.
6. Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 170c dalam oven yang telah dipanaskan . Akan datang aku nak try 190c lima minit lepas tu turunkan ke 170c tujuh minit. nak tengok bagaimana hasilnya. Kalau 12 minit tu biskut tak jadi seperti yang diharapkan cuba tambah masa lagi. Lain oven lain suhu dan tempoh masanya.
7. Biarkan lima minit sebelum dipindahkan ke redai untuk disejukkan.
Sedak dooh. Selamat mencuba!!
Bila semua bahan telah dicampurkan.
Parchment paper dah habis. Sepatutnya kena jarak lagi ni.
Asyik sungguh tengok biskut melting.
Disebabkan rapat sangat biskut melekat antara satu sama lain. Bila potong jadi empat segi 😏. Cubaan kali kedua elok je bulat.
Baru buat malam tadi (kali ketiga) tambah setengah cawan serbuk koko dalam doh 😋
Cuba tau!
12 Comments
Menarik ni nanti boleh try kalau timbul kerajinan. Bulan 9 ni banyak cuti long weekend.
ReplyDeleteSaya punya kerajinan mengejut je. Kadang iklan/content lalu masa kerja malam terus buat, kat rumah saya semua lelaki jadi apa je buat insyaallah habis.
Deletesedap tu buat kudapan pd waktu ptg dgn teh o panas. pasti menjadi!
ReplyDeleteYa betul... biskut dah manis kena lawan dengan teh/kopi tawar
DeleteOh jadi walau bulat2 tapi saat di oven, dia akan melting dan melebar ya kak. Saya kira memang sudah dibuat lebar dari awal.
ReplyDeleteSoft cookies ini fav saya juga, tp selama ini selalu pesan dari teman 😅. Baking memang bukan sesuatu yg saya suka. Lebih suka memasak lauk drpd kue2
Senang je Fanny, sambil masak lauk pun boleh buat sebab tak payah guna mixer. Mesti anak-anak suka.
DeleteBiskut akan melebar sendiri kalau tepung ikut sukatan.
Nampak sedap sangat.. saya follo
ReplyDeleteGuna pure butter lagi sedap
DeleteNampak sedap sangat.. saya follo
ReplyDeleteSaya follow sini :)
ReplyDeleteNak kurus ni subjective hahahaa.. samalah kita nak kurus tapi terpaksa makan dan makan 😅
ReplyDeleteTak apa la yg penting hati gembira..
Tengok biskut melting tu mmg mengasyikan.. thanks for the resepi.. insyallah nanti nak try buat dgn the kids . ☺️👌🏻
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.