Peraturan Baharu Pengisian Nama Air Asia & MAS | Syarikat penerbangan tempatan Malaysia Airlines dan Air Asia telah membuat peraturan baharu tentang pengisian nama sewaktu menempah tiket penerbangan. Masalah nak isi nama panjang ni biasa ditanya oleh pengembara yang baru nak berjinak-jinak melancong sendiri. Kira travel d.i.y. lah. Penting ya isi nama dengan betul, tak cukup perkataan seperti dalam passport boleh dihalang daripada memasuki negara lain.


Apa Perubahan yang Dilakukan?
Disebabkan ada yang selalu keliru, ikut sistem MAS sekarang kena key-in begini:

1) Nama omputeh + nama Cina di passport Malaysia. Contohnya Warren Tan Lee Kim.

Di First & middle name: Warren Lee Kim
Di Last name/surname : Tan    

Nama kena ikut bebetul seperti yang dicetak di passport’s MRZ (machine-readable zone) di bahagian bawah mukasurat yang ada maklumat pemegang passport.


2) Nama Cina sepenuhnya... contohnya Loke Siew Fook

Di First & middle name: Siew Fook
Di Last name/surname : Loke


3) Nama Melayu.. contohnya Puteri Amirah Balqis Al-Qudsi binti Azman (ehh kenapa panjang sangat nama kau?)

Di First & middle name: Puteri Amirah Balqis Al-Qudsi 
Di Last name/surname : binti Azman


4) Nama Iban/Dayak/Kadazan/Orang asli : Marsha anak Londoh

First & middle name: Marsha
Di Last name/surname : anak Londoh



Untuk sistem Air Asia, mereka suruh masukkan "Given Name" (nama pak hang bagi) dan "Family Name/surname (nama pak hang) terus. Dia buang terus a/k a/l a/p anak tapi kekalkan bin binti sama dengan MAS. Format nama Vietnam lain sikit.

Harap membantu dan tak keliru lagi.