Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail | The unseen nature trail in Krabi

Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail | The unseen nature trail in Krabi | On our last day in Krabi kami naik bot ke sungai belajar cara menangkap ikan secara tradisional. Actually cara untuk mengenalpasti lubuk ikan daripada nelayan tempatan.


Caranya ialah dengan meletakkan pendayung di atas telinga, kat tengorak tu... bila dengar blup blup blup berkemungkinan besar ada karang yang menjadi tempat ikan berkampung. Maka tebarlah jala di situ. Pemandangan menuju ke muara sungai sangatlah cantik, dengan hutan bakaunya... hijau dan nyaman. Sunyi je. Kadang kala ternampak burung putih biru berterbangan atau hinggap di dahan. Kami tak lama di sana sebab air dah nak surut bimbang bot tak boleh balik ke jeti.

Bersebelahan jeti ialah pintu masuk ke Tha Pom Klong Song Nam atau Tha Pom Canal atau "Two Water Canal". Dinamakan sedemikian kerana ianya sangat istimewa dimana pertembungan antara air tawar yang jernih dan air laut. Di hulunya berwarna hijau jernih yang sangat cantik manakala air tawar yang bercampur dengan laut agak keruh dan berlapis di antara keduanya. Jernihnya air tu kan sampai boleh nampak tanah. Salah satu kejaiban alam di Thailand.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi," - Surah Al Furqan Ayat 53.

"Dia mengalirkan dua lautan (air tawar dan air masin) (kemudian) keduanya bertemu. Di antara keduanya (ada) pemisah (yang) tidak keduanya melampaui" -Ar-Rahmaan : 19-20

Tempat ini agak jauh jugalah. Ianya 30km dari Ao Nang Beach dan 27km dari Krabi town tetapi yang bagusnya ia tidak sibuk, so far it's a non-touristy. Memang best lepak kat sini sambil minum kopi. Parkir pun luas dan ada deretan kedai di situ. Gajus yang dijual di sini lebih murah daripada yang dah dipek cantik di souvenir shop. Toilet pun ada, sekali masuk 5 baht. Tiket masuknya ke Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail 50 baht dewasa and 30 baht kanak-kanak for non-Thais. Parking 20 baht.




Wooden boardwalk yang disediakan dalam hutan paya bakau tu sejauh 1.2km. Taklah jauh mana pun dan tak panas... berjalan dalam bulatanlah kiranya. Sambil berjalan tu pandanglah atas bawah, ada pokok yang dilabel, ada pula pokok yang hidup dalam air. Cantiknya lahaiii...

Gambar-gambar yang cantik di bawah ni di sebelah dalam so hang kena jalan sampai habis la noo... biasalah yang indah selalu tersembunyi sket macam dara sunti zaman dahulu kala. Masa nampak pemandangan yang sangat indah tu kan tak henti henti mulut terkumat-kamit dengan subhanallah.. masyaAllah... cantiknya....! Tak banyak review di blog atau travel forum mengenai Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail, yang ramai orang pergi ke Emerald Pool.

Gambar amatur ini sebenarnya tak menggambarkan keadaan sebenar pun, kena datang dan tengok dengan mata kepala sendiri.



Pokok epal katanya..






Berjalan lagi ke depan, ada satu tempat seperti jeti mini. Ada orang kata boleh berkenu tapi aku tak nampak pun waktu tu or even bayang kenu pun takde. Ada yang komen boleh mandi di tempat tertentu tapi yang pastinya ada tanda larangan mandi-manda. Denda 500 baht! Syoknya kat sini... boleh duduk rendam kaki sambil tengok ikan berenang.... haishh.. kalaulah boleh lepak lama sikit hari tu.

Datanglah bila matahari dah meninggi sikit baru nampak jelas kejernihan air di situ. Aduh.. akar pokok pun sangat cantik di mata aku. Kalau uols datang sini pakailah baju warna selain hijau ye. Tempat yang cantik gilos untuk fotografi. Semakin berdekatan kita ke pintu masuk/keluar kejernihan airnya akan semakin hilang.


Sebelum ke pintu keluar ada sebuah kafe tempat kita menghilangkan lapar dahaga. Muslim penjualnya jadi makanlah tanpa was was.


Kat sini pun merokok haram. Kat Malaysia tak payah nak kecoh sangatlah eh.

So I think it's time for us to explore more in Krabi. Kita cari tempat yang cantik yang unik yang non-touristy pula. Takkan tiga kali kau pergi Krabi dok ulang tempat yang sama je kan? Bosan ler..


Bagaimana untuk ke Tha Pom Klong Song Nam?
Dari Krabi town, sila ikut Krabi-Ao Luk Road (Highway 4) kemudian selepas lima kilometer belok kanan di persimpangan Pom Khao Khram. Ikut je lah papan tanda jalan di situ. If ngak ngerti, book tour je senang. 


Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail
Moo 2, Baan Nongjit
Khao Khram Sub-district
Muang DistrictKrabi 81000, Thailand

Kenangan di Ao Nang & Krabi 2018 | Tempat baru, tarikan terbaharu

Assalamualaikum and hi... kita berjumpa lagi di tahun baru 2019. Dah belek gambar di Thailand Biennale Krabi 2018? Baru sebahagian arca je tu.. tu pun dah berpeluh ketiak berjalan dari satu tempat ke satu tempat.



Meh nak cerita sikit fasal trip Disember lepas.

Flight aku 7.15 pagi dari KLIA2. Oleh sebab bas pertama pun pukul 5.30 pagi jadi malam sebelum aku dah lepak di airport. Kenapa tak suruh husband hantar? emm... it's okay, I'm fine. Aku tak tahulah nak sedih ke gembira bila sehari sebelum fly baru dapat tahu bahawasanya dengan credit card yang ada aku entitled to lepak at Plaza Premium Lounge. Rasanya dah lebih lima tahun upgraded to that card tapi baru kali ni baru tahu selepas bertanya a few questions kepada Customer Service. Sesia aku ke hulu ke hilir at both airports selama ni merempat merata hahah.... Tu lah.. lain kali ambil tahu, kak! 😤

Okaylah, lepas ni sesiapa nak cari aku three hours before departure silalah cari at that the above location. Sedap oi dapat tambah kalori tanpa sekatan.


Breakfast yang sedap
Kami dibawa oleh team Anda Krabi Seatour sarapan pagi di restoran Bang Nara di Maharaj Luangphor Road, Krabi. Pergh sedap gileh nasi kerabunya, daging goreng pun empuk. Kawan kata banana pancake manis yakmat boleh potong kaki 😁. Di hujungnya ada Abubak Halal Dim Sum yang ketika itu penuh dengan pelanggan. Puas hatilah makan di sini. In case you stay in Krabi town silalah sarapan di sini. Sedap bangat!


Kenapa Krabi dipilih sebagai lokasi pertama Biennale di Thailand?
Sebenarnya pihak berkuasa tempatan Krabi dan Tourism Authority Thailand berusaha membawa pelancong untuk explore kawasan lain daripada yang sudah sedia ada terkenal. Balik balik ke tempat yang sama je kan padahal banyak tempat lain yang tak kurang menarik. Krabi dan Huan Hin diiktiraf oleh United Nation sebagai dua daerah with low carbon emission di Thailand. Sihat badan duduk sini.

300 Biennale diadakan di dunia dan yang Thailand ni dianjurkan oleh pihak kerajaan. Setiap dua tahun Biennale akan diubah tempat dengan edisi keduanya dijadualkan akan berlansung di Nakhon Ratchasima di Korat pada Disember 2020.


Briefing on Thailand Biennale Krabi 2018
Sesi penerangan bermula agak lewat kerana ada participants yang belum sampai. Kami yang dari KL ada direct flight tetapi yang dari Laos dan satu dua negara lagi kena transit di Bangkok dulu. Sementara tu kami dijamu dengan makanan tradisi Thai, tak ingat namanya tapi ada dua jenis. Yang satu tu sama je macam kueh Melayu. Perut dah penuh tak mampu dah nak sumbat lagi so aku minum je.

Di Andaman Cultural Village tu ada Beads Museum dan bilik pameran lukisan. Kalau uol berada di Krabi atau Ao Nang elok juga ke sana untuk melihat hasil tangan penggiat seni tempatan dan antarabangsa.

Di hadapan Andaman Cultural Centre

Bahan pameran di Beads Museum


Antara lukisan yang dipamerkan di Andaman Cultural Centre, Krabi.

Duduk di dalam dewan sejuk nau, jadi aku keluar masuk je keje sementara menunggu majlis bermula. Bila Dr Vichaya Win Mukdamanee baru dalam 20 minit buat briefing tentang contemporary arts yang berlansung dari 2 November 2018 hingga 28 Februari 2019, mata pun ya rabbi punyalah mengantuk. Sangat! Tersengguk-sengguk, dahlah duduk depan sekali. Tulis nota pun ke atas ke bawah hahaha.... sorry Doc. Orang sebelah mengancam nak post gambar tak semenggah tu so aku pun berazam untuk blackmail dia dengan gambar yang tak senonoh juga sejak dari tu 😈. Hey... don't underestimate my paparazziness 😁

Walaupun belum terasa lapar tetapi kami telah dibawa makan tengahari di Paknam Krabi Seafood, di tepi sungai depan Front Bay Hotel, Krabi. Makanan di restoran ni memang sedap benau tapi mak ooi kemain podeh. Aku orang Nismilan pun kenot tahan. Yang berkulit putih tu bertukar merah sampai ke telinga hehehe... aku cakap kat jorno sebelah, tu lah you suka tulis memacam kan dah kena cili mulut! 😁😁

Selepas itu bermulalah acara memperkenalkan arca di bandar Krabi dan pulau-pulau.

Yang pertama, Two Visions of the Wonderland ↠ 'ulat' kat tanah ↠ pokok ara (banyan tree) yang ditanam terbalik. 10 batang pokok ara ni diambil dari rumah orang kerana ia boleh mnyebabkan keretakan struktur. Ia kemudiaannya cuba ditanam terbalik sebagai salah satu Biennale di tepian sungai. Eh, hidup pula dia siap bertunas lagi. Aku agak asalkan akarnya mendapat air pokok akan terus hidup.

Arca seterusnya boleh lihat di sini, kesemuanya di tepi sungai bandar Krabi.

Selepas itu kami naik bot ke Khao Khanabnaam. Di Khao Khanabnam ada sebuah gua yang yang menempatkan Biennale. Uniknya ia berbentuk rangka manusia bersaiz gergasi yang dibelit ular gergasi juga. Macam sama dengan hadith mengenai azab orang yang meninggalkan solat. Dari manalah agaknya Tu Wei-Cheng mendapat idea? Harap harap jika arca ini kekal di sini sehingga 20 30 tahun lagi ia tidaklah disalahertikan sebagai rangka sebenar.

Di hujung sana Khao Khanabnam


Port selfie...

Di dalam gua di Khao Khanabnam ini ada satu Biennale "Giant Ruins"

Di dalam gua di Khao Khanabnam ini ada satu Biennale "Giant Ruins"
 
Di dalam gua di Khao Khanabnam ini ada satu Biennale "Giant Ruins" (gambar kiri) dan gambar kanan kengkonon artifak yang dijumpai. Patung Hello Kitty pun ada heheheh..

Selepas itu ke Koh Klang Muslim Village, perkampungan muslim di Krabi. Kampung ni betul betul bertentangan dengan bandar Krabi. Kalau naik bot penumpang ke seberang tu murah je tapi kalau ambil pakej setengah hari touring pulau naik tuktuk 500 baht for four pax. Masih murahlah untuk empat orang.

Di pulau tu, kami dibawa minum di sebuah rumah kampung yang macam resort, siap ada swimming pool di depan rumah. Cantik rumahnya walaupun bersaiz sederhana, sempatlah aku berangan nak ada rumah begini juga (berangan itu percuma). Orang have have juga ni... ada bela kambing, ayam, ikan dan ada ladang getah. Mereka juga ada kedai makan di tebing sungai tempat bot berlabuh.

Bersih dan tenang je kampung ni...

Naik bot ke Koh Klang muslim village.



Kemudian kami naik tuktuk semula ke Khlong Prasong melihat Buffalo Football Field sebelum ke Klong Lu Beach pula. Di pantai ada dua Biennale, sambil mendengar penerangan dari pihak penganjur kami dapatlah melihat sunset. Cantiknya sunset at Klong Lu Beach!




Cukuplah tiga gambar matahari terbenam ni walaupun ada banyak lagi... sangat cantik kan?  Walaupun belum berapa menjadi lagi gambar sunset aku. 

Tamat dah lawatan hari pertama so Malaysian group checked-in di Phetpailin Hotel. Bilik okay, restorannya diiktiraf halal malah di sekitarnya banyak kedai makan muslim dan ada 7E juga cuma kena berjalan 15 minit ke bandar. Tiada pusat urut berhampirannya... sedih. Line internet krik krik... tak tahulah disebabkan hujan ke apa. Sempatlah aku tengok final game Malaysia vs Thailand dalam AFF Suzuki 2018 kat sini.

Esoknya... ke pantai dan laut, best!

Biennale di Khlong Muang Pier sangat menarik! Kreatif sungguhlah Felix Blume yang merekacipta benda tu. Buluh yang dibuang ruas tengahnya dan ada lubang kecil dicacakkan di laut. Ia akan mengeluarkan bunyi bila air berombak. Nak dengar dengan lebih jelas datanglah sewaktu air pasang, duduk dendiam kat situ.

Nun di hujung jeti Biennale by Felix Blume.

Then we went to Ao Nang Beach. Di sebelah patung ikan todak yang jadi landmark pantai Ao Nang tu ada satu Biennale yang diberi tajuk "About the hiding of the giant jellyfish" dimana walking path dipasang dengan sejenis spring/getah yang membuatkannya tenggelam apabila dipijak. Berjalan lagi ke hujung Ao Nang Beach, selepas Ao Nang Seafront Thai Resort, ada satu arts yang interesting, "No sunrise no sunset".

Yang kelakarnya masa kat sini ada seorang mat saleh tu mandi bogel. Memula tak tahu tapi ternampak ada seluar atas batu then perasan dia dalam laut. Makin lama makin jauh dan dia sekejap sekejap pandang ke arah kami. Owh... swimming trunk dia hehee... Kami berada di situ dalam 30-40 minit jugalah. Lepas tu aku nampak dia letak tangan ke belakang (tekap pungkok hahahah...) cuak kot sebab semua kamera boleh zoom 😂 . Mujur kami tak lama sangat, kalau tak mau kecut telur dia hahahah.... kena rendam macam bebudak nak bersunat dedulu. Moral of the story, dah tetua toksahlah mandi bogel kat tempat public. Kah! Please be respectful to asians culture, okay? Tunjuk gambar kang.


Sebelum naik bot ke Phra Nang Cave Beach kami dijamu dengan snek lagi... makan je lah keje mana tak gemuk. Di depan pantai ni lah ada batu yang dibalut dengan kepingan emas. Bila air pasang batu tu nampak terapung. Di pantai ini ramai betul orang, ada yang berbaring sambil membaca buku, mandi-manda, rock climbing dan berjalan atas tali. Lepas bebas di sini, risau pula bila tengok orang openly cemolot, teringat anak-anak sendiri... minta dijauhkanlah. Risau weh bila jadi mak mak ni.

Phra Nang Cave Beach

Aktiviti di Phra Nang Cave Beach

Railey Beach. Masa ni air surut jadi traktor tu masuk ke laut collect beg tetamu resort dari bot.

Railey Beach

Di sebalik pantai inilah Railay Beach yang banyak dalam brosur tu... ada short cut untuk ke sana.  Railay Beach ada east and west side tapi aku pun tak sure kami lunch kat belah mana heheh.. Ada beberapa resort di sini dan sebahagiannya milik penduduk tempatan beragama islam.

Kemudian kami naik bot lagi menuju ke Poda Island pula. Ya Allah cantiknya air lautttt.... jernih! Aku beriya pakai baju mandi tapi tak mandi pun. Kalau uols ke Poda Island sila bawa bekalan makanan supaya tak kebuloq. Lapar oih lepas mandi laut. Memang best lah mandi-manda di sini... airnya jernih kehijauan, cantik! Jaga kaki tu supaya tak terpijak corals ya. Jernih sunguhlah airnya... Di sini pun ada Biennale dan daripada tiga Biennale di sini aku suka "Visions". Mujur berbunyi waktu siang je, kalau dengar waktu malam mau meremang bulu roma hahah.. tapi memang genius lah. Artis tu gunakan solar power je untuk run Thai poem sepanjang siang. Owh.. fyi di Poda Island tiada resort, biasanya tour operator akan buat day trip ke sini.

Di depan Poda Island pulau batu yang tinggi tu ialah Tai Meng Island. Nampak macam James Bond Island pun iya juga. Dalam perjalanan balik tu kami lalu di Chicken Island yang orang tempatan panggil Axe Island. Ada satu tempat yang kita boleh berjalan atas pasir di antara dua pulau tetapi hanya kelihatan sewaktu air surut. Kami tak singgah pun sebab takde dalam itinerary.

Poda Beach - jangan tak mandi bila sampai sini. Jernih!

Dalam perjalanan balik dari Nopparat Thara Beach ke Krabi, ada satu pasar malam yang dibuka setiap Khamis di Baan Klong Heng tak jauh dari Ao Nang. Kalau sewa motor/kereta mudahlah nak jenjalan. Sewa songteaw pun boleh.

Last day, kami ke Tha Pom Klong Song Nam untuk melihat bagaimana nelayan di sana menangkap ikan. Teknik untuk mengetahui lubuk ikan hanyalah dengan meletakkan pendayung atas sedikit dari telinga. Dipercayai ada batu karang kalau ada bunyi macam gelembung air, bermakna banyak ikan di situ. Cara orang lama yang praktikal walaupun tak belajar tinggi. Pernah aku terbaca tentang seorang kapten kapal berpengalaman yang akan berborak dengan nelayan untuk mendapatkan tips di lautan. Yelahkan bukan semua hal kita boleh dapat secara formal, orang berpengalaman pun tidak patut diketepikan pandangannya. Pada aku boleh je percaya asalkan takde petua merepek atau syirik. Bukan semua ilmu kita boleh dapat dari buku ye tak?

Di jeti pintu masuk ke Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail, satu kawasan seperti di Tanjung Piai (nak masuk kena bayar tiket). Kita berjalan ikut plank mengelilingi kawasan, semakin ke dalam airnya semakin cantik. Hijau dan jernih. Di bahagian luar air tawar bercampur dengan air masin laut, airnya hijau tapi tak berapa jernih. Di sebelah dalam air dari bukit yang jernih dan cantik secara natural, ditambah lagi dengan akar-akar pokok yang timbul di permukaan air... cantik benar kalau nak show ootd. Tetapi, tidak dibenarkan mandi... denda 500 baht jika berdegil. Memanglah denda tu sikit je bagi kita tapi kita tak tahu kualiti air tu, dibuatnya kau terjun dalam tu terus berbuih mulut haa cane?? Meraung mak kat rumah.



Tempat ni walaupun tak berapa besar tetapi cantik so we another option selain Emerald Pool yang popular tu. Jaraknya 30km dari Ao Nang Beach, 27km dar Krabi town, jalan menghala ke Phang Nga.

Eventhough masih banyak lagi gambar tapi rasanya cukuplah sampai di sini dulu kot. Maybe lepas ni nak buat satu entry khas untuk Tha Pom Klong Song Nam Nature Trail ini saja.

Bye!

















Bila artis antarabangsa meluah idea di Thailand Biennale Krabi 2018

Bila artis antarabangsa meluah idea di Thailand Biennale Krabi 2018 | Dalam usaha untuk mengekalkan Thailand sebagai sebuah negara yang menarik untuk dilawati, Krabi telah dipilih sebagai lokasi pameran antarabangsa seni kontemporari Thailand Biennale Krabi 2018 yang diadakan buat pertama kali.


Office of Contemporary Art and Culture (OCAC) dan Ministry of Culture di Bangkok dengan sokongan Krabi District Office telah melancar Biennale yang pertama kali di sini dengan tema "Edge of Wonderland". Krabi dipilih kerana telah dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah daerah yang kaya dengan keindahan alam, sejarah dan hospitaliti. Banjaran gunungnya, pulau yang cantik, air laut jernih menepati makna keajaiban alam. Selain itu kedatangan pelancong juga tinggi di Krabi, lapan juta pelancong telah mengunjungi Krabi pada 2017 menjadikannya keenam popular di Thailand.

Berbeza dengan pameran seni yang kebiasaanya dilakukan di dalam bangunan, Thailand Biennale Krabi dipamerkan di pelbagai tempat seperti di tengah bandar, tepi sungai, dalam laut dan dalam taman negara. Kat laut pun ada haa.... interesting!

Pameran ini berlansung selama tiga bulan bermula 2 November 2018 sehingga 28 Februari 2019. You still have time to see it. Bagi diri ai yang tidak berapa pandai menikmati seni ini, ada artis/pereka arca kayu/besi yang sangat genius. Untuk mereka yang terlibat dalam fine arts, lanskap,  senibina, interior design... mungkin bahan pameran ini boleh memberi idea baru. You must see it!


Eksplorasi Biennale
Memula kami diberi penerangan oleh pembantu kurator Dr Vichaya Win Mukdamanee di Andaman Cultural Centre, Krabi. Tempat ini merupakan pusat kebudayaan di mana seni pembuatan manik dan muzium kesenian ditempatkan.  Banyak juga lukisan dipamerkan di sini. Selepas lunch kami dibawa melawat sculpture di Krabi Town, Khao Khanabnam dan Koh Klang (perkampungan muslim). Selama tiga hari di sini banyak lokasi Biennale yang kami lawati walaupun tak habis. Cuaca pun molek je tiga hari tu. Alhamdulillah.

Dr Vichaya Win Mukdamanee

Setiap arca yang dicipta ada maksud bagi pembuatnya tetapi kita sebagai orang yang melihat boleh mentafsir pelbagai maksud, subjektif. Kalau kau tanya pada photographer or sculpture apa maksud kerja seni mereka dan dia cakap subjektif, itu tipu. Mesti ada tujuan kita buat sesuatu tu kan?

These are not Biennale but sculptures at the Andaman Cultural Centre.

Jom kita tengok sebahagian besar arca yang dibina untuk pameran dalam waktu terhad ini. Terbakar lemak kami berjalan ke sana sini uols...

Di tebing sungai bandar Krabi


Gambar kanan: imej di dalam teropong. 
Artis: Kamol Tassananchalee
Title: Two visions of the Wonderland

Banyan tree yang ditanam terbalik. Boleh pula dia hidup eh.
Artis: Yang Zhenzhong
Title: To be or not to be

Artis: Panya Vijinthanasarn
Title: Neo Centipedian Animal Non-Discovery

Artis: Vichoke Mukdamanee
Title: Story of Love

Macam maze kan?
Artis: Chong Bun Pok
Title: Wandering at the Edge of the Wonderland

Di Khao Khanabnam

Kena naik tangga ni untuk masuk ke dalam gua.

Bila tengok exibit ni terus teringat kaum Ad. Yang melilit di badan tu adalah ular yang sangat besar, gambaran ini dijelaskan dalam quran azab bagi orang yang tidak solat. Musykil aku, dari mana artis Cina ini mendapat ilham agaknya?
Artis: Tu Wei-Cheng
Title: Giant Ruins

Di Koh Klang

Ia dibuat seakan stadium mini dengan bola berisi jerami padi bertujuan sebagai tempat berehat dan bersosial di kalangan penduduk setempat.
Artis: Takafui Fukasawa
Title: Buffalo Football Field

Artis: Wang Wei
Title: Elevated sea level




Di Khlong Muang Pier

Genius! Kalau nak dengar bunyian yang jelas kena senyap dan lebih baik datang ketika air air pasang.
Artis: Felix Blume
Title: Rumours from the sea

Di Ao Nang Beach

Lokasinya hanya bersebelahan landmark Ao Nang Beach, patung ikan todak tu. Di bawah batu/tiles diletakkan sejenis spring.
Artis: Tran Luong
Title: About the hiding of the giant jellyfish

Untuk kesan yang lebih 'menakjubkan' datang juga waktu matahari terbenam 😰
Artis: Kamin Lertchaiprasert & Suriya Umpansiriratana
Title: No sunrise no sundet

Di Phra Nang Cave Beach

Emas tulin dilekatkan sekeliling batu besar tanpa mengunakan paku. Sewaktu air pasang batu ini akan kelihatan lebih bersinar cantik dan seolah-olah terapung.
Artis: Vong Phaophanit & Claire Obousier
Title: Gilding the border

Artis: Aram Bartholl
Title: Perfect beach HD

Artis: Chusak Srikwan
Title: Phra-Nang

Di Poda Island

Artis: Camille Norment
Title: Pulse- Formation

Kabel dipasang ke solar panel tetapi diset untuk mengeluarkan bunyi hanya di siang hari. Seram seh kalau dengar memalam hahah...
Artis: Ignas Krunglevicius
Title: Visions

Artis: Leung Chi Wu
Title: Monuments for solitude

Di Tha Pom Klong Song Nam

Ini bukan Biennale tetapi salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi. Kita perlu berjalan di plank hingga ke dalam (macam yang di Tanjung Piai). Di sebelah dalam air tawar yang jernih kehijauan manakala di luarnya air tawar bercampur dengan air laut. Ini bukan Emeral Pool, tidak dibenarkan mandi ya. 

 Teknik mengesan lubuk ikan dengan meletakkan pendayung ke atas telinga. Teknik ini turut digunalan nelayan Iceland.


Di Than Bok Khorani National Park

I told them, this is stairs to heaven 😀
Artis: Vertical Submarine
Title: Mirrors and copulation are abominable, since they both multiply the numbers of men.

Dah lama tak tengok getah keping. Awak pernah ke tengok?
Artis: Amber Ginsburg, Sara Black & Charlie Vinz
Title: Le Musee du Grand de Hors (The Museum of the great outdoors)

It's not going to last long, many of it will be dismantled once due so please take this opportunity to see these incredible arts during limited times.

When is the next Biennale in Thailand?
In December 2020 at Nakhon Ratchasime in Korat. Haa uols... get ready dengan iklan tambang murah tu.

For more info please read here .


Big thank you to Tourism Authority of Thailand and Krabi Tourism for arranging this trip.

Artikel Terbaru

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free