Discover Selangor, Malaysia | #TSDayOut 2016 Ke Paya Indah Wetland & Sepang International Circuit

Discover Selangor, Malaysia | #TSDayOut 2016 Ke Paya Indah Wetland & Sepang International Circuit | Inilah kali pertama aku mengikuti program yang dianjurkan oleh Tourism Selangor yang ku kira aktif juga mempromosikan produk mereka. Selangor, walaupun dekat masih banyak lagi tempat yang aku belum sampai. #DekatJe tapi macam jauh huhu..

#TSDayOut 2016 edisi kali ini membawakan sekali selebriti iaitu Faiz Dickie, Ryzal Jaafar, Ainul Aishah, Gambit, Fezrul Khan dan Zack Zainefer. selain media dan blogger. Memasing ada penggemar tersendiri. "Kak Limah Bunting" tu followers dia ramai oi.


Paya Indah Wetland menjadi lokasi pertama lawatan kami. Kawasan eko-pelancongan seluas 3100 hektar yang terletak di daerah Kuala Langat ini hanya kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ia menawarkan tarikan seperti kolam teratai, badak air, buaya terbesar dan pelbagai jenis burung. Dikatakan terdapat 213 spesis burung di Paya Indah Wetland.

Asalnya bekas lombong bijih timah yang dijadikan kawasan rekreasi pada tahun 1998, ditutup kepada umum selama tiga tahun bermula 2005 dan kini diselenggara pengurusan baru. Terdapat 14 tasik dengan tema tersendiri di sini.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini:
* memerhati burung
* merentas hutan
* fotografi
* memberi makan hippo/buaya/ikan
* berbasikal
* penerokaan tasik menaiki bot
* paddleboat/berkayak
* memancing
* lawatan berpandu alam semulajadi
* aktiviti kebudayaan di rumah Melayu
* pemerhatian hidupan liar malam
* berkhemah



Korang yang berbadan besar tu tak payah nak diet sangatlah. Cuba tengok hippo tu, makan buah je tapi badannya membadak jugakan? hahah... Gambar-gambar yang tiada watermark ni adalah dari group whatapps jadi aku pun dah tak pasti siapa empunyanya. Minta maaf dan terima kasih.

Gambar kiri: Menara tinjau. Kanan: Rumah Melayu taken by Ramble and Wander. Sorry, ter-water mark fulak.




Masuk adalah PERCUMA tetapi bayaran dikenakan untuk penggunaan peralatan seperti basikal dan bot. 

Kami membuat photohunt di sini. Setiap team mendapat soalan yang sama yang mana jawapannya hendaklah dalam bentuk gambar. Task aku mengambil gambar menara tinjau atau pemandangan dari menara tinjau. Lemau je lah gambar aku.... hijau sokmo.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Faks: 03-8768 8424
Emel: piw@wildlife.gov.my



Race Your Heart Out !


Kemudian kami ke Sepang International Circuit melawat hampir keseluruhan kawasan, menonton permulaan Sepang 1000km Endurance Race 2016 dan merempit dengan go-kart. Best habaq hang! Semasa di Litar Mozid Racing hari tu tak puas sebab cuma 500 meter, kali ini litarnya sepanjang 1.2 km. Ini baru race! (Iyelahkan litar dengan bajet RM100 ribu berbanding litar bernilai jutaan ringgit mestilah bezanya bagai langit dan bumi).

Kami ditempatkan di Perdana Suite dimana kebiasaannya hanya para sultan dan menteri sahaja yang diberi keistimewaan berada di sini sewaktu perlumbaan kereta atau motorsikal berlansung. Dapatlah feeling seperti permaisuri sultan eh anak menteri sekejap hahaa... perasan. Kami dibawa tour ke paddock, podium, commentators room, media room, media lounge, press conference room, control room, pit... dapat jugalah berada di litar sebelum perlumbaan Sepang 1000km Endurance Race 2016. Zizan Razak pun ada.. dia salah seorang pelumba dalam Proton Team bersama-sama nama besar Tjan Ley dan Keifli selain Faye Kusairi yang juga seorang artis. 

Gambar-gambar sekitar permulaan Sepang 1000km Endurance Race 2016.





Kemain selfie dengan Zizang






Litar (circuit) yang sepanjang 5.543 km ini memerlukan 181 pusingan untuk menghabiskan endurance race ini. Dalam satu tim maksimum empat pelumba dibenarkan. Jadi, perlumbaan yang bermula jam 12 tengahari akan tamat sekitar 9 malam. Fuhhhh...  Eh, jangan risau nak keluar masuk SIC ni, penonton akan diberikan pass/dicop tangan untuk membuktikan yang kita ni memiliki tiket.

Kemudian kami dibawa melawat kawasan dalam Sepang International Circuit tour.

 Dibawa ke sini. Pastikan anda memakai kasut bertutup ya kerana itu peraturan antarabangsa.

Ke bilik kawalan.

  
 Track Commentators' room. Dalam perlumbaan besar dua orang pengulas sukan berbahasa Melayu dan Inggeris disediakan.

 Media room ini mampu menempatkan beratus wartawan serentak.

 Encik Zulfakar dari Proton memberikan sedikit penerangan di pit Mayhem-FX Tune Racing.

 Kenal tak? Kenal tak? One of the professional racer, Keifli Othman. Macam pernah dengar je... tapi di mana ya? hahah.. cer teka?


Kami juga dibawa ke north and south grand stand. Tempat duduk ini berharga RM1,900 untuk tiga hari sewaktu F1 Race. Kelebihan duduk di sini ialah kita bertentangan dengan paddock/pit maka dapatlah melihat kereta MAHAL di depan tu. Kalau bawa tele-lens bolehlah zoom racer pujaan hatimu di seberang sana. Tempat duduk berhawa dingin di atas pit tiketnya berharga RM14,000 siap makan minum free flow dan akses kepada pelumba :-)

Kalau nak seat murah yang berharga RM200 nun di atas rumput yang saujana mata memandang... garing beb kena jemur hehehh...


Ini pula corporate suite yang sewanya RM140 ribu selama tiga hari untuk perlumbaan F1 dan RM70 ribu untuk Motor GP.

VIP dan selebriti.

Merasa jugalah bergambar di podium yang pernah dinaiki Michael Schumacher dan Lewis Hamilton. Sewaktu hari perlumbaan hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan berada di kawasan ini, not even SIC staffs. Mak happy nak!

Kengkonon dialah racer saya. Kami sedang membuat press conference selepas memenangi perlumbaan bertaraf dunia.

Cerita belum habis dik. Kami pergi berlumba go-kart pula. Vrrooommmmm...!!



Phil membuat disclaimer kalau dia kalah adalah disebabkan tayar yang dah tak cantik lagi tu.


Lawatan ini sangat bagus. Agak sukar untuk aku pergi sendiri kerana tiada partner selain tiada kebenaran untuk berada di sesetengah tempat. Rasa macam VVIP sekejap heheh... Terima kasih kepada Tourism Selangor kerana mempelawa mengikuti program #TSDayOut 2016 kali ini.

Hey don't forget to book your ticket for 2016 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix on 30th September - 2nd October 2016 and Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix on 28-30th October 2016. USHER mai buat after race concert uols...


Tips ke SIC:
1. Sila pakai topi, sun glass, payung, kasut bertutup dan lumur sun block ke tangan dan muka. Minum banyak air. Panas berdengung.

2. Kalau teringin nak merasa menjadi pelumba sehari, rajinkan diri semak facebook page SIC. Mereka akan update di situ.

3. Ada muzium kereta di SIC. Don't miss out, rugi dik.

4. Di hari perlumbaan penting suasana sangat meriah dengan pelbagai kedai dan kiosk perniagaan. Bawa duit lebih manalah tahu kan ada pula barangan limited edition yang bertandatangan pelumba pujaan.


Update:
Malaysia’s Drift King, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel led a combination team of professional and celebrity drivers to win the 2016 edition of the Sepang 1000 Kilometres Endurance Race at Sepang International Circuit (SIC) on Saturday night to earn his second overall crown. (Read more here)







Sarawak Rangers | Tradisi "ngayau" melawan komunis

16 September : Selamat Hari Malaysia!!



Sarawak Rangers | Tradisi "ngayau" melawan komunis | Hari ini eloklah kita berkisah sedikit tentang sejarah Malaya (Malaysia). Jangan pandai jadi keyboard warrior sahaja, ambil tahu juga warrior sebenar dalam mempertahankan negara. Berterima kasihlah kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak hospital, rakyat yang bermati-matian dan ramai lagi yang tak tersebut namanya. Politikus yang suka menghasut dan memecah-belahkan masyarakat tu kita 'TENDANG' je dia sampai terbenam masa PRU ke-14 nanti. Dia pun datang dari negara orang, berlagak bagai tuhan.



Tradisi Ngayau Dalam Era Darurat.
Tahukah anda, setelah Darurat Tanah Melayu pada 1948-1960, pasukan keselamatan Komanwel dan pasukan keselamatan Malaya bertempur dengan pengganas komunis melibatkan siri2 peperangan gerila di hutan belantara Tanah Melayu. Acapkali menimbulkan masalah bagi pasukan keselamatan adalah terpaksa mengangkut kembali mayat2 pengganas dari hutan untuk diletakkan di depan balai2 polis bagi tujuan pengecaman (serta peranan SB untuk tujuan risikan) oleh sanak saudara dan perang saraf. Mengangkut mayat2 pengganas dari hutan ke pekan2 mengambil masa berhari2 dan amat memualkan apabila mayat dah membusuk.

Dengan keterlibatan Sarawak Rangers dari kaum Iban Sarawak sebagai penjejak dalam kempen Malaya, sebahagian pegawai British beranggapan lebih mudah untuk memenggal kepala mayat-mayat pengganas untuk dibawa pulang ke HQ dari mengangkut keseluruhan mayat bagi memudahkan transportasi dan pergerakan infantri Komanwel setelah tamat misi di hutan.

Aktiviti "ngayau" ini yang dilakukan oleh tentera Komanwel dan Sarawak Rangers adalah "rahsia terbuka" (open secret) dikalangan anggota keselamatan Malaya, dan tidak ditunjukkan pada media, tapi taktik kejam ini amatlah digeruni oleh pengganas Komunis. Pada April 1952, akhirnya "rahsia terbuka" itu diketahui ramai di UK dan Colonial Office pada masa itu terpaksa menangani kejutan dan kemarahan media Britain apabila foto seorang pegawai Royal Marine memegang dua kepala pengganas tersebar luas.
Amat menarik sekali, peranan Sarawak Rangers yang berbangsa Dayak dalam aktiviti "ngayau" di Malaya turut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya, Sir Gerald Templer yang mencadangkan," Dyaks should be used not only for tracking “but in their traditional role as head-hunters" (Kaum Dayak bukan sahaja harus digunakan sebagai penjejak malah sebagai tradisi mereka sebagai pemenggal kepala) sepertimana yang direkodkan oleh Colonial Office. Colonial Office turut mencatat rekod, "Templer “thinks it is essential that the practice (decapitation) should continue”, although this would only be necessary “in very rare cases” (Templer memikirkan ia amat penting amalan ini (ngayau) patut diteruskan, walaupun ia hanya diperlukan dalam kes-kes terpencil).
Akibat kegemparan isu "ngayau" ini, Colonial Office mencadangkan, “it would be well to delay any public statement on this matter for some months” (sebaik-baiknya penangguhan memberi kenyataan umum mengenai perkara ini untuk tempoh beberapa bulan). Namun begitu akhbar The Daily Telegraph di UK memberi sokongan dan menerusi komentar positif menyatakan "that the Dayaks “would be superb fighters in the Malayan jungle, and it would be absurd if uninformed public opinion at home were to oppose their use” (kaum Dayak merupakan pahlawan hebat dalam hutan Malaya, dan adalah mengarut jika pandangan orang awam yang tidak tahu apa-apa menentang penggunaan mereka ini).
Colonial Office sempat memberi amaran mengenai isu ini, "in addition to decapitation, “other practices may have grown up, particularly in units which employ Dayaks, which would provide ugly photographs” (sebagai tambahan kepada pemenggalan (ngayau), amalan lain berkemungkinan turut diamalkan, terutamanya dalam unit-unit yang melibatkan kaum Dayak, yang mana akan ada foto-foto gambar yang mengerikan.
Dari sudut budaya, ia memenuhi norma adat "ngayau" dan citarasa bangsa Iban dan Dayak. Mesti diingat, kepala-kepala pengganas komunis yang dipenggal / di-ngayau oleh anggota Iban Sarawak Rangers yang dikerah British ke Tanah Melayu untuk membantu Askar Melayu memerangi PKM era darurat juga berperanan sebagai psy-ops juga (perang saraf) masa era darurat kerana bila pengganas PKM mengutip kembali mayat komrad mereka yang dipenggal itu seolah-olah mengingatkan kembali era kependudukan Jepun dimana gerila MPAJA yang ditawan tentera Jepun akan dipenggal. Pastinya anggota tentera berbangsa Iban ketika itu gembira mendapat "lesen sementara" dari British untuk "mengayau" kepala musuh setelah sekian lama adat tradisi "ngayau" diharamkan oleh keturunan Brooke di Sarawak lebih dari 100 tahun lamanya.
Mengikut fakta sejarah, adat ngayau yang diharamkan oleh pemerintah Brooke pernah "dihidupkan tanpa lesen tapi mendapat restu British" oleh gerila-gerila Iban dan Dayak lainnya ke atas tentera Jepun semasa penjajahan Jepun ke atas Sarawak. Ini antara faktor utama British "mengizinkan" ngayau dalam kempen Darurat di Tanah Melayu kepada Sarawak Rangers.

Sumber: Ibn Shah


**Mari baca blog post ini kalau nak tengok tengkorak manusia. Rumah Nyuka, sebuah penempatan kaum iban di Lubok Lemba, Ulu Sarikei.

Death Railway at Kanchanaburi | Dari Stesen River Kwai Ke Thamkra Sae

Death Railway at Kanchanaburi | Dari Stesen River Kwai Ke Thamkra Sae | Bila kita melancong ke negara orang pastilah kita hendak melawat tempat-tempat yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong. Jika ke Melaka nak tengok tinggalan kota A Famosa, ke Negeri Sembilan harus ke istana lama Seri Menanti... begitu juga ke Thailand, pelawat akan ke jambatan merentasi Sungai Kwai (the bridge on the River Kwai).








Jambatan ini mula dikenali melalui filem "The Bridge on the River Kwai" yang diterbitkan pada tahun 1957. Filem yang menjalani penggambaran di Sri Lanka ini dibintangi oleh Alec Guinness, William Holden dan Jack Hawkins. Walaupun kerajaan Thailand tidak menganugerahkan datukship kepada pelakon-pelakon ni, Kanchanaburi sangat popular okeh hinggakan aku pun terjebak sama ke sana dua tahun lepas. Gigih aku keluar bermusafir pepagi sejauh 120km ke barat Bangkok. Setiap hari ada sahaja pelancong terutamanya dari barat mengunjungi tempat ini. 


The Burma Railway/Death Railway/Burma–Siam Railway/Thailand–Burma Railway adalah landasan yang sama. Dahulunya landasan ini sepanjang 415 km (258 batu) menyambungkan Thanbyuzayat, Burma, dan Ban Pong, Ratchaburi, di Thailand. 304 km landasan di wilayah Thailand dan selebihnya di Burma. Semasa World War II tentera Jepun mengerah banduan perang (PoW) membinanya untuk mengangkut senjata api ke Burma bagi mengelakkan ancaman serangan dari laut.


Bagaimana ia dikenali sebagai Death Railway (landasan keretapi maut)?

Semasa pembinaannya terlalu ramai tentera bersekutu yang menjadi banduan perang mati akibat kekurangan zat makanan, keletihan dan siksaan tentera Jepun. Sejarah negara kita sendiri pun ada menceritakan bagaimana zalimnya tentera Jepun ini ketika menjajah dulu. 16,000 PoW mati sewaktu pembinaan landasan maut ini. Dengan perubatan yang minima kebanyakan banduan mengalami keadaan yang sangat menyedihkan sebelum kematian mereka. Mereka dipukul, melutut diatas kayu tajam sambil berjam-jam memikul bebanan dan diikat dengan kawat tajam di pokok tanpa diberi makan dan minum berhari-hari. Keadaan PoW di dalam hutan yang menyiapkan landasan ini sangat teruk, tak tergambar di fikiran waktu ini terutama di kala monsun tahun 1943. 

Kebuluran, keletihan dan wabak penyakit yang melanda pada tahun 1943 mengakibatkan produktiviti berkurangan. Untuk memastikan projek siap mengikut jadual 200,000 buruh dari Asia dibawa masuk. Buruh-buruh Melayu dari Tanah Melayu, Cina, India dan Burma ini mengalami nasib yang lebih buruk daripada PoW. Dikatakan sejumlah 150,000 maut semasa pembinaan landasan keretapi ini. Kubur-kubur mereka berada di Kanchanaburi, Chungkai (di seberang sungai kira-kira 2 km dari Kanchanaburi) dan Thanbyuzayat di Burma. Pihak tentera Jepun sedikit pun tak pedulikan kebajikan Pow dan buruh yang lain, yang penting landasan perlu disiapkan dengan segera. Uhh... mendengar cerita ni pun sesak dada. 



Pada tahun 1947 landasan ini ditutup tetapi dibuka semula pada 1957 untuk seksyen Nong Pla Duk and Nam Tok. Sekarang pun hanya sebahagian jaringan dibuka kerana kos membaiki dan penyelenggaraan yang tinggi. Keretapi ini masih berfungsi membawa penumpang dari Bangkok hingga sejauh Nam Tok. Menariknya, kita dapat melihat pemandangan ladang ubi kayu, jagung, tebu dan sayuran selain Wang Po viaduct yang memperlihatkan kehebatan kejuruteraan di waktu itu. Manual lagi tu.

Landasan maut ini adalah bukti kekejaman dan keberanian manusia. Ia juga menunjukkan kepada kita betapa bangsa Jepun ini sangat berdisiplin dalam menyiapkan sesuatu projek. By hook or by crook projek mesti siap dalam jangkamasa yang ditetapkan. Dalam negara Jepun yang besar itu ada satu bangsa saja... tak macam di negara kecil yang mempunyai negeri yang kecil-kecil berbangsa-bangsa.. Macam manalah nak kuat, banyak nau bangsa... ditambah pula bangsa baru, makin berpecah ada lah.



Bagaimana untuk ke River Kwai?

Ada boleh mengambil pakej yang ditawarkan dari Bangkok/Kanchanaburi. Naik van boleh, naik keretapi lagi syok. Buat day trip sahaja boleh, stay dua tiga hari lagi best, boleh lajak ke Hellfire Pass.

Jika memilih menaiki keretapi dari Bangkok:
Sila naik train dari Thonburi Station (juga dikenali sebagai Bangkok Noi) ke Kanchanaburi kemudian ke River Kwai Bridge Station.



 Bangkok ► Kanchanaburi & River Kwai

km
Train number:
485
257
259
0
Bangkok Thonburi (Noi) depart
-
07:45
13:55
64 km
Nakhon Pathom depart
-
09:02
15:03
82 km
Nong Pladuk junction
04:25
09:22
15:22
133 km
Kanchanaburi arrive
05:42
10:25
16:17
133km
Kanchanaburi depart
05:57
10:35
16:19
138 km
River Kwae Bridge
06:15
10:44
16:33
-
Thamkrasae Bridge
07:38
11:53
17:51
-
Wang Po
07:49
12:06
18:01
210 km
Nam Tok arrive
08:20
12:30
18:30
Sumber di sini.

Sesungguhnya Tuhan sangat memahami dan maha pemberi. Jika dua tahun lalu aku tertanya-tanya ke manakah akan dibawa sekiranya menaiki koc sebenar dari Stesen River Kwai, tahun ini telah terjawab.

Jika dahulu hanya menaiki tram menggunakan "death railway" menyeberangi River Kwai, tahun ini merasa menaiki keretapi sebenar yang bertolak dari Bangkok. Dari InterContinental Hua Hin yang serba mewah tu, kami bergerak ke Kanchanaburi seawal tujuh pagi agar tak terlepas keretapi. Keretapi ini untuk kegunaan awam jadi sesiapa yang lambat nasiblah kau kena tinggal.



Tulisan tangan je haa nombor tempat duduknya.

Setiap penumpang akan diberikan tempat duduk bernombor dalam koc kelas tiga. Aku suka third class train ni sebab senang nak ambil gambar dengan tingkap terbuka. Seperti biasalah akan ada para penjual yang mencari rezeki daripada penumpang yang ramai tu. Keretapi akan berhenti di beberapa stesen untuk mengambil dan menurunkan penumpang, melalui lengkokan di tebing bukit, sangat menarik seperti yang kita lihat dalam gambar/video.










Kami turun di Thamkra Sae dan diberi peluang bergambar di landasan maut tersebut. Tinggi weh!


Viaduct




Pengalaman yang hebat!

Harga souvenir di  Thamkra Sae lebih murah daripada Bangkok. Lagipun sesetengah design tu hanya dijual di sini sahaja. Jangan teragak-agak membeli, nanti menyesal macam aku huhuu..

Selepas makan kami checked-in di River Kwai Village Hotel. Hotel besar dalam hutan menghadap sungai. Giler best!







Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free