Flying Fox di Gua Kandu, Gopeng



Flying Fox di Gua Kandu, Gopeng | Caving!! Okay kali ni nak bercerita tentang eksplorasi Gua Kandu di Gopeng, Perak.

Caving in Gua Kandu, Gopeng.

Eksplorasi gua (menggua kitorang cakap) bolehlah dikira aktiviti baru yang aku minati. Ini kali ketiga tetapi menjadi gua keenam yang aku masuki. Setiap gua berlainan bentuknya lantas memberikan pemandangan serta cabaran yang berbeza.  Pertama kali dulu Gua Tempurung kemudian kompleks gua di Taman Negara Mulu di Sarawak. Dah baca cerita masuk 4 gua dalam masa 2 hari? Kempis peha ai.

Gua Kandu tak jauh kedudukannya dari Gua Tempurung dan tidaklah begitu mencabar, mencangkung dan merangkang tu sekejap aje tetapi gelap, kering dan berdebu. Di sini kena buat rapelling, panjat naik dan turun menggunakan tali. Nervous ai! Aku ni ada masalah kurang keyakinan melonjakkan badan.

Seperti Gua Tempurung, Gua Kandu juga merupakan sebuah gua batu kapur yang dihiasi dengan stalagmit serta stalagtit yang indah. Pernah dijadikan tempat persembunyian askar Jepun semasa perang dunia kedua kemudian tempat merancang serangan gerila komunis. Memang gelap. Dikatakan dulunya sebatang lilin digunakan selama empat bulan semata-mata untuk menjaga kerahsiaan aktiviti penjajah dan pengganas ini. Selain kesan-kesan yang menjadi bukti keberadaan mereka di sini, Gua Kandu juga tidak ketinggalan mengalami masalah vandalism. Gatal betul tangan memasing.


Pakej 'Caving' Untuk Amatur
Nomad Adventure sebagai pengendali aktiviti caving dan rafting telah melaksanakannya secara baik dan professional. Yakin hati kita ni dengan staf-staf mereka yang berpengalaman. We were being briefed about safety, pakai helmet bebetul...ketatkan.. mesti menutup dahi, pasang torchlight dan pasang harness. Exited! Teruja untuk dua jam berikutnya. Eh, kenapa kena pakai harness pulak? Suspens gue.

Moose dari Nomad Adventure sedang brief kami sebelum caving.
Elok suggest kat bos memasing untuk buat team building or self-development programme dengan aktiviti seperti ini. Kenapa? Kita selalu beralasan kita tak berupaya.. kita tak mampu buat itu ini.. i tak boleh.. i tak berani... kita tak mencabar diri kita sendiri sebenarnya. Sekali kita melepasi satu satu tahap cabaran mesti kita nak cuba yang lebih mencabar lagi because we know we can do it. Yang penting ialah menggerakkan emosi dan tenaga untuk first step tu. Bab itu yang payah sket.

Selepas safety briefing sekali lagi di pintu masuk gua maka masuklah kami mengikut kumpulan masing-masing. Di permulaan ni ada sebuah laluan sempit tapi jangan risaulah, setakat saiz 120 kg tu tahan nafas mesti boleh lepas hahaa.. Kami ditunjukkan beberapa kesan sejarah seperti perkataan Mao Tze Dong di dinding gua dan bekas kawasan melombong bijih timah.

Dalam cabaran repelling ni, ya Allah takutnya aku nak naik ke atas dengan tali tu. Kena bebetul fokus  memegang tali sepenuh kekuatan dan bergerak naik ke atas. Walaupun abang JPAM ada ai tak naklah jatuh bedebuk macam nangka busuk.. Masa turun satu hal lagi, berdebar sakan bila kaki tak tahu nak pijak kat mana hahah... Dalam berdebar tu berjaya juga.





Flying Fox Di Gua Kandu, Gopeng
 
Paling best buat flying fox setinggi 20 meter! Waaa.... teruja!! Nak pergi ke starting point tu pun dah kena gunakan harness. Berhati-hatilah ye... hujung kasut aku tersangkut di batu selepas guide tu lepaskan untuk meluncur. Sepatutnya aku menuju ke depan, disebabkan kasut tu tersangkut aku terpusing ke belakang. Phewww... ok tenangkan diri... bila kasut terlepas keting aku terhentam ke batu. Bengkak dan lebam keting yang mampu menjatuhkan 'saham' jika masih bujang trang tang tang. Mujur tak pakai skirt pendek. Baru je hilang lebam ni ha. Dah lah lepas tu rafting, berkerut jugalah dahi bila guide suruh bergerak ke depan masa rafting tu tapi ai tak menyesal, nak cuba lagi ada lah. Empat kali dah buat Flying Fox, makin lama makin seronok. :-)


Waiting for our turn to zipline.

 

  Hah, dah berjaya! Ada lagi yang dah kecut segala-galanya dalam teragak-agak terpaksa juga buat flying fox sebab laluan alternatif taklah semudah mana hahah...


Selepas melakukan Flying Fox sejauh 100m, untuk turun ke tempat berkumpul di bawah gua ada tiga cara:

1. Melalui laluan hutan.

2. Menggunakan Flying Fox sejauh 100m kemudian berpatah balik berjalan kaki lalui mengikut laluan hutan.

3. Menggunakan Flying Fox sejauh 100m kemudian turun melalui cenuram di tepi gua menggunakan via ferrata dan tangga yang curam.


  
Turun melalui via ferrata yang best walaupun di penghujungnya kaki aku tak sampai ke tempat berpijak. Bersyukurlah jadi orang katik, dapat berpijak ke sambungan kabel heheh..

Inilah aktiviti MESTI cuba bila ke Gopeng! Do it with family and friends.


Serba Sedikit Mengenai Nomad Adventure

Nomad Adventure ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Chan Yuen-Li, seorang yang sangat meminati alam dan sukan ekstrim. Memiliki sijil dalam Wilderness First Aid, Rope & Swiftwater Rescue dari Rescue 3 International, kesemua ketua untuk aktiviti 'whitewater rafting' disahkan kebolehan mereka oleh International Rafting Federation.

Selain eksplorasi gua dan 'rafting', mereka juga menawarkan program outdoor lain seperti:
  1. River Rescue Team Challenge
  2. Whitewater Kayaking
  3. Mountain School
  4. Academy Kampung
  5. Rafflesia Trekking
  6. Heritage Hunt Gopeng
  7. Camping

Sila hubungi nombor di bawah untuk merasai pengalaman outdoor activities dan sukan ekstrim yang takkan dilupakan.

Nomad Adventure
525 Jalan 17/13
46400 Petaling Jaya
Selangor
Tel: +603 – 7958 5152
Emel: yuenli@nomadadventure.com
Web: Nomad Adventure

Camp Site: Lot 17525
Kampung Chulek
Gopeng, Kampar
Perak.



Motivasi | Isteri Adalah Rakan Suami


Nasib baik pasangan saya makan mengikut masa yang ditetapkan. :-))

Perak WoW | White Water Rafting In Sungai Kampar, Gopeng

Perak WoW | White Water Rafting At Sungai Kampar, Gopeng | Kita selalu tercari-cari sesuatu yang menarik di negara orang. Kita bandingkan apa yang orang ada dengan apa yang kita rasa kita tiada. Yang sebenarnya jika kita rajin 'menggali' tak cukup masa untuk kita nikmati keindahan negara sendiri.

Oh! indahnya Perak. Ada sentimental value di negeri yang pernah kaya dengan hasil bijih timah ini.

When I read the itinerary for Perak World of Wonders programme  and saw caving and white water rafting being part of the activities...wowww!! Tak sabarnyaaaa... inilah aktiviti yang aku (we actually) looking forward. Aku suka ke tempat yang agak kurang popular tetapi sangat berpotensi untuk dimajukan aspek pelancongannya. Sudah pasti ada golongan tertentu yang menjadi sasaran - belia. Ramai juga golongan berusia yang masih cergas and lead a healthy life cuma golongan muda secara fitrahnya lebih sukakan aktiviti mencabar minda dan tenaga. 

Sama seperti aktiviti menggua hahaa.... pelik nau bunyinya, Nomad Adventure jugalah menjadi pengendali untuk aktiviti rakit redah jeram yang ekstrim ini. Selain pengalaman yang luas mengendalikan sukan lasak, Nomad Adventure sangat mementingkan aspek keselamatan peserta. Safety briefing kena dengar betul betul untuk mengelakkan kemalangan dan apa tindakan yang perlu dibuat jika jatuh ke dalam air. Better be safe than sorry. 

Helmet dan jaket keselamatan yang kami pakai diperiksa satu-persatu. Helmet mesti ketat, safety vest pun mesti dipakai dengan betul. Memula tu rasa tak selesa betul bila safety vest asyik naik ke dagu hehe.. ada pula yang pakai ke bawah sangat hingga tuttttt nya terjojol (dia tak tarik tali di bahu) dengan alasan, u know what, kalau lemas diorang akan selamatkan i dulu... wakakakaa... sex sells gituh.

Sebelum dibenarkan menaiki raft kami disuruh meluncurkan diri di jeram kecil kemudian berenang. Mereka nak tengok reti ke terlentang terlangkup mengikut arahan hahaha... suspen jugalah sebab aku berani berenang dalam swimming pool aje. Ngeh.

Kami bermula di Kuala Razila dalam keadaan air sungai agak cetek di musim kemarau ni. Giler penat weh bila air sungai cetek, banyak betul halangan batu-batu besar. Bila musim hujan pula sungai menjadi dalam dan deras. Cabaran Sungai Kampar ini berada di stage 2-4 bergantung keadaan cuaca. 

Setiap raft diisi dengan tiga hingga empat orang peserta bersama seorang guide berpengalaman. Kena ikutlah arahan dia seperti move forward, backward, left/right, jump jump! bum bum! Senang je arahannya tapi bila kena bertukar-tukar kedudukan dalam masa singkat tu yang sampai terlentang dalam tube hahaha.... kelakar! Elok kalau ada partner yang bersaiz XL dalam raft, sekali dia henjut je terus melungsur raft tu dari celah batu hahahah... adoila... seronok!!

Jangan risau sangat jika raft/kayak terbalik sebab ruang-ruang diantara tempat duduk tu cukup untuk kita bernafas. Jika berada jauh dari raft pun paling senang apungkan badan dengan memandang ke langit. Kan dah pakai jaket keselamatan..

Kos utuk seorang peserta sekitar RM150-165 bergantung kepada pengendali mana yang kita gunakan. Selain Nomad Adventure, Kandu Eco Tour dan Radak Adventure juga ada menyediakan pakej rafting. Pilih mana yang berkenan.

Aku tak bawa kamera. Gambar-gambar ni semua adalah dari Gaya Travel. I just enjoy the game :-))

Cara memegang paddle kena betul, hulunya mesti sentiasa dalam genggaman walaupun kedudukan berubah supaya tidak mencederakan peserta lain.



White water rafting WAJIB anda cuba bila singgah Gopeng.


Jom tengok video trip Perak World of Wonders 2016!




Hotel Dan Resort Selesa Di Selatan Thailand

Hotel Dan Resort Selesa Di Selatan Thailand| Thailand menawarkan pelbagai pilihan penginapan yang sesuai dengan semua bajet. Yang pastinya kos penginapan di negara gajah putih ini lebih murah daripada Malaysia. Bila dah murah tu kita pilihlah yang luas with good facilities kan? Bila lagi nak merasa?

Bercuti bersama keluarga memerlukan penginapan yang selesa. Paling kurang pun mestilah ada pendingin hawa. Untuk keluarga aku memang perlu sangat air-conditioned room terutama dalam keadaan cuaca panas melampau di nusantara sekarang ni. Bilik berkipas tak main eh, boleh berkelahi nanti.

Di bawah ini aku senaraikan 5 hotel dan resort yang murah dan selesa di selatan Thailand:

Grand Garden Hotel
66 Soi.3 Prachawiwat Road
Sungai Kolok
Narathiwat 96120 Thailand
Tel. (+ 66 73) 613600 - 5
Fax. (+ 66 73) 613500
Email : info@grandgardenhotel.com

Hotel ini antara hotel yang besar di Sungai Golok @ Su-ngai Kolok. Tak jauh dari sempadan Malaysia-Thai, walaupun hotel lama dan bilik aku tak berapa luas tetapi tetap selesa. Swimming pool pun ada. Kolam renang sangat perlu bila membawa kanak-kanak riang. Nak mendapatkan makanan halal untuk breakfast pun senang.
Ao Manao Resort,
171/2 Kakluanerang
Amphoe Merang
Narathiwat
Tel : 086 1889837
Resort sederhana ini milik Mr Amin Tok Tanjong, seorang ahli parlimen Narathiwat selama enam penggal. Beliau bercita-cita untuk membuka penginapan di tepi laiut ini kerana merasakan kawasan tersebut menarik tetapi ramai orang tak mengetahuinya. Tambahan pula beliau mahukan sektor hiliran berkembang di kawasan tersebut. Di resort ini tidak ada restoran. Makanan dipesan dari orang kampung untuk tetamu yang menginap. Sila cuba makan nasi kerabu dan kai koloek di berada di Narathiwat.

Ada bilik dan 'banglo' ditawarkan mengikut minat tetamu. Bilik aku tu okaylah ada bathtub tetapi belum dapat menonton tv lagi masa tu walaupun tv lcd dah ada.Tilam pula jenis keras macam di China tu, bagus untuk kesihatan tulang belakang.

Letaknya 4km dari pekan Narathiwat, hanya 60b dengan motor taxi. Tetamu yang menginap di sini akan dicadangkan untuk melawat Masjid Wali Hussin, Masjid Krisek di Pattani dan Wat Luong Pho Tuat di Pattani. Juga dicadangkan untuk berkelah di air terjun Pacoo, muzium artifak islam di Bankunlahan, melihat Al Quran tulisan tangan di Yeego dan berjalan-jalan di Manao National Park. Di dalam taman negara tu ada air terjun kecil dan pokok-pokok lama. Kalau nak melihat matahari terbit paling awal di Thailand bolehlah menunggu di pantai tu.
Satu lagi tempat menarik yang boleh kita lawati ialah istana raja tetapi perlu memohon melalui Tourism Authority of Thailand cawangan Narathiwat. Kawasan lawatan terhad di tempat yang ada pameran hasilan seni sahaja. Puteri Raja Thai akan datang semasa Longkong Festival pada bulan September.
Di antara Narathiwat dan Yala ada kawasan peranginan bernama Halabala, yang hanya berjarak 15km dari Pengkalan Hulu.


Selepas subuh.

 Melayan bapa berbual sambil menunggu terbitnya matahari.



 Dari kiri ketupat pisang (dakat), topek, kue (pak tongko) menjadi sarapan pagi kami selain bubur nasi.

C.S. Pattani Hotel
299 Moo 4, Nhongjik Road
Rusamilae
Muang, Pattani
Tel : 0-7333-6090-6
Emel: info@cspattanihotel.com
Hotel berbintang empat ini sangat selesa. Plus point yang penting ialah swimming pool yang besar dan restorannya hanya menyediakan makanan halal. Senang sangat nak makan, tak perlu fikir nak drive ke bandar. Kalau takde bawa baju renang pun boleh minta dari lifeguard tu. Bukan two pieces eh..ehem... bukan juga untuk muslimah. Aku buat muka minta kesian kat lifeguard tu nak mandi pakai track bottom dan t-shirt so dia pun kata, akok mari male nati de.. Tapi aku tak mandi pun, kenyang sangat selepas dinner tu.
Bilik deluxe aku tu luas dan sangat selesa siap ada dinding kaca di kepala katil dan ada buku-buku untuk dibaca. Inilah kali kedua aku tidur tak tarik langsir. Selalunya aku takut kalau tingkap terdedah je, entah apa-apa yang akan mengintai nanti huhu...  I is penakut juga bila sensorang.



 Adult pool.
 Bilik saya yang luas dan sangat selesa.


Nhan Mod Dang Resort, Pa Phayom
Resort ini memang unik. Sila baca blogpost aku sebelum ni di sini.


New Seasons Hotel, Hatyai
106 Prachathipat Road
90110, Thailand

Telphone:+66 74 352 888
Sebuah hotel moden berjarak 2km dari Hatyai Junction Railway Station,
4 km dari Magic Eye 3D Museum dan 5 km dari Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum. Hotel ini berada di central Hatyai. Senang berada  di sini.. nak mendapatkan makanan halal senang, nak berurut.. shopping.. ke pasar basah..
 





Plan your holiday peeps!







Kunming | Lawatan Ke Flower & Birds Market

Kunming | Lawatan Ke Flower & Birds Market | Hari keempat di Kunming takde apa plan yang hebat sangat sekadar berjalan-jalan di sekitar kawasan tumpuan di Kunming. Look see look see sajer.

Since the three gegirls will be departing on that day maka kami pun mengukur jalan di Flower & Birds Market. Pergerakan kami  bermula seawal tujuh pagi, awal giler... tauke kedai pun dok baring lagi kat rumah hehe...
Pukul lapan pun berapa gerai saja yang buka. Beruntunglah peniaga yang berpagi-pagian sebab rezeki selalu datang awal pagi kan? Kami beli shawl di satu kedai je.. beruntunglah dia.. senyum sampai ke telinga!

Memborong shawl. Shawl di sini jenis tebal yang bersesuaian dengan musim sejuk. Kalau di Malaysia ni sesuai dipakai dalam pejabat yang air-cond super sejuk dan panggung wayang je lah.

Sebenarnya ada banyak pasar bunga dan burung di Kunming. Yang kami lawati tu ialah Jingxing Flower and Birds Market di Yondao Street, tak jauh dari Kunming Department Store dan Nanping Pedestrian Street. Waktu beroperasi bermula 9 pagi hingga 6 petang.

Selain bunga dan burung, pasar ini juga tempat pemasaran haiwan peliharaan lain seperti kucing, anjing dan ikan. Kesian aku tengok anjing dan kucing tu bersesak-sesak dalam sanngkar  kecil. Barangan perhiasan diri seperti batu jed, barangan antik, syiling lama, tembakau, senjata tiruan, kraftangan dan sebagainya menjadi sebahagian jualan tetapi fridge magnet dari hari pertama kami tak jumpa. Memang tak ada ke agaknya? Nasib baik kedai yang nak ke departure hall Kunming Airport ada jual. Berbanding Shanghai dan Hangzhou, aku rasa harga barangan di sini lebih tinggi.


Di kawasan ini banyak bangunan lama yang masih elok terpelihara tetapi ada juga seperti terbiar. Mungkin ada pemilik baru yang menunggu masa sesuai untuk membangunkannya. Keadaan Old Kunming dan F&BM nampak berbeza tetapi tetap menarik. Kagum kita tengok bangunan yang masih utuh walaupun dibina semenjak Dinasti Ming lagi. Bangunan kita? Asyik bocor dan roboh je hmmm..

Selepas pusing keliling di old Kunming tu aku berjalan-jalan sepanjang Dong Si Street sederet Masjid Yongning. Aku rasa dalam 200m dari masjid tu kot ada sebuah kedai yang menjual beg tarik (trolley bag) dengan harga murah. Pilihan tak berapa banyak tapi memang murahlah. Aku ni teragak-agak nak beli ke tak.. nak beli ke tak.. esoknya decided confirm tak beli hahaha.... Cabin luggage yang ada ni pun tak fully utilize takkan nak beli yang besar lagi. Mujur tak beli, dapat free je saiz besar dari rumah lelong yang aku beli hehe.. Kalau dah rezeki takkan kemana kan?

Tembakau



Pelbagai corak dan fesyen baju anjing.



  Teringinnya aku nak ada nama dalam chinese character, nak tempah sangat tapi bila masuk kedai aje sama ada mereka mengelak bertentang mata atau menggoyangkan tangan sambil berkata no English. Camno tu? Tak dapek nak nolong.



 Kalaulah dia tahu betapa sedapnya lemang dimakan bersama rendang pasti dia tak menjual lagi jagung dalam buluh ni.


 Peta Kunming.
Servis mengurut oleh si buta.


Apa yang aku beli di Kunming?

Shawl for someone, penutup telinga yang berbulu tu, kasut sulam reben yang comfy  dan fridge magnet. Lain? Makan.


Kenangan

Ini dah jadi kenangan manis heheh...

No 3 tak panjat tapi abang dia hempas pintu fridge tu yang kami tak perasan kakinya dah sampai ke tepi batu alas. Bila dia pulak tutup pintu tu fridge dengan kuat peti ais tu rebah hahah... (lepas tu kami tak alas dengan batu dah).

Kelebihan Berenang

Kelebihan Berenang | Rasulullah kata ajarlah anak-anak berenang, memanah dan menunggang kuda. Sebab? ...

Menyampah Dengan Status Facebook?

Let's stop being annoyed with everything and start lifting each other up!

Thank you Amy McDermott for writing this. Bosan jugak kalau semua tak boleh. Kena check semula hati kita, cara kita menerima berita/cerita.




Contoh terbaru kes Dr Harlina.

Apa yang dia cakap tu betul, nasihat dia kepada strangers terlebih lagi kepada peniaga. Panggil saya puan atau Dr Harlina. Sebab? Gelaran "Puan" tanda hormat lebih lebih lagi kepada orang yang tidak dikenali. Di sekolah pun cikgu akan panggil Puan. Di hospital pun. Kan dah belajar masa di sekolah dulu... ponteng kelas ker....?

Kenapa dia suruh si peniaga panggil Dr Harlina? Sebab dia dikenali sebagai Dr Harlina Siraj. Bukan sebab dia berlagak dengan gelaran doktor. Bersihkan hati kita. Selalulah berbaik sangka. Kalau baca komen negatif kat status dia tu perghhh... 'beradabnya' .... siap kata kalau mati nanti tulis kat batu nisan "Dr". Mujur Dr Harlina tak delete post. Dia tak salah pun. Dia tegur elok elok.

Kekadang memang bosan (err...menyampah jugalah) status suci yang dah macam riak tetapi kita scroll je lelaju. Tak payah baca, tak perlu komen. Hati pun tak sakit. Contoh bawa bekal makan bersila di airport Malaysia. Kalau di bilik hotel di foreign land lainlah. Aku rasa tak patut sebab ada banyak pilihan makanan di airport. Lagipun ko tu bapakkkkk kaye. Takdelah aku komen disitu karang bertubi-tubi pula komen lain masuk. Ramai yang tak suka tapi diam je. Tak berbaloi pun membazir data.

Tetapi kekadang tu tak boleh juga kalau tak komen sebab info yang diberi pengkomen atau yang up status kurang tepat. Jika dibiarkan nanti sesat jalan. Tak semua boleh menerima penjelasan, ada yang berfikiran terbuka dan ada juga yang defensif dengan penerangan kita. Balas pun macam nak cari gaduh. 

Orang nak pos gambar makanan biarlah. Dapat juga idea nak masak apa atau nak makan di mana. Takkan tu pun tak boleh? Nabi kata kalau jiran terbau eloklah kita bagi sikit takde pulak dia kata kalau nampak gambar pun kena bagi juga. Don't make life complicated lah ustaz. Sekarang dah tahun 2016, orang berniaga di segala platform media yang ada. Kalau dah bini kawan ustaz yang mengandung tu teringin bila tengok makanan tu belikanlah. Tak pun masakkan. Bangga giler bila laki masakkan untuk kita tau! Google je resipi. Paling senang JANGAN guna smartphone, guna je Nokia torchlight, takde gambar di situ. Lebih senang mengawal diri kita daripada mengawal tingkah orang lain.

Yang mengandung pun janganlah 'over' sangat. Kalau tak dapat bersabarlah. Mungkin ada hikmahnya yang kita belum tahu. Macam aku dulu. Masa aku mengandng teringin sangat nak makan tauhu bakar di Seksyen 7 tu. Ala... restoran yang dekat surau tu. Dia jual kalau tak sila satu set RM3 ada tiga potong. Aku nak satu je tapi owner/manager dia tak bagi. Waiter tu nampak simpati dengan aku. Sedih. The next time aku datang lagi dengan husband pula jadi aku order tauhu tu sebab ada 'DBKL' muahahah.... punyalah tak sedap sosnya... Masa tu barulah sedar kenapa Allah tak izinkan aku makan dalam cubaan pertama.

Ada juga makanan lain yang aku tak dapat merasa sewaktu mengandung. Nak buat macam mana dah takde rezeki.

Ooo..takut air liur anak meleleh? Karut. Kalau air liur dia meleleh sampai ke tua bolehlah percaya. 



Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free