Restoran Makanan Halal di Hong Kong

Restoran Makanan Halal di Hong Kong | Assalamualaikum. For muslim travellers, ni ai nak tolong mudahkan hidup you. Tak perlu tergagau-gagau mencari restoran halal.


Sebenarnya di Hong Kong tidaklah susah benar mencari makanan halal sebab ramai orang Arab, Pakistan dan Indonesia di sana. As we know mereka ni termasuk dari India pergi memana pun akan membina koloninya sendiri. Terdapat 250,000 penganut Islam di Hong Kong dengan 120,000 daripadanya adalah rakyat Indonesia yang kebanyakannya menjadi pekerja domestik selain penduduk tempatan dan imigran dari Pakistan yang telah lama menetap di Hong Kong. Berjalan je jumpalah mereka ni.

Permintaan untuk halal food sangat tinggi. Ketika ini terdapat 55 restoran halal yang berdaftar secara rasmi dengan Incorporated Trustees of the Islamic of Hong Kong  yang yang mengawal selia hal ehwal agama Islam dan penduduk muslim. Namun begitu kebanyakan restoran kecil tidak berdaftar tetapi mempamerkan logo halal di premis mereka.

Masa ke Hong Kong selepas Aidilfitri hari tu aku menginap di Chungking Mansion di Tsim Sha Sui, Kowloon. Area ni memng senanglah nak makan. Turun MTR di stesen TST dan keluar mana-mana exit pun berdekatan je kesemua restoran tu dan berdekatan juga dengan Kowloon Islamic Centre. Selain dari sini kawasan Causeway Bay juga ada banyak restoran yang offer halal food. Walaupun bila tukar duit kita akan dapat sekali ganda banyaknya dari MYR tetapi harga barangan dan makanan boleh tahan mahal.


Untuk kemudahan bakal pelancong ke sana aku tolong senaraikan beberapa tempat. 

Chungking Mansion
36-44 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK

Dalam bangunan ni ada beberapa restoran di tingkat bawah dan satu. Roti canai dan teh tarik ada di ground floor. Bosnya boleh bercakap Melayu sikit sikit. 

Aku lebih suka pizza di tingkat satu, Bismillah kot namanaya. Sebiji pizza tu HKD240! matilanakkk....hahah..sekeping HKD20. Sedap! Kebab nampak sedap tapi tak beli sebab 36 ringgit sebiji hehe..

Aku suka makanan Arab tapi harganya agak mahal. Eh, memang mahal! Jadi dua kali je aku makan di restoran Arab selama di Hong Kong. Turkish Kebab Restaurant di ground floor. Semuanya nampak sedap dan membuatkan aku kecur air liur. Nasi dengan kari ayam 60HKD, set nasi dan ikan 68HKD, beef steak 98HKD. Fuhhhh...


Ziafat Arabic Cuisine
6/F, Harilela Mansion, 81 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK
Tel: 23121015 Emel: ziafat@netvigator.com

Kami datang pagi restoran tak buka lagi. Mereka juga ada hotel dengan nama yang sama.


Al-Maidah
13 G/F, Tsim Sha Tsui Mansion, 83-97 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK
Tel: 2367 7288 Emel: almaidah@netvigator.com


MR Kebab
6, 2/F, Haiphong mansion, 51-54 & 55 Haiphong Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK
Tel: 2324466 (berdekatan MTR TST exit A1 dan Kowloon Islamic Centre)

Dah tahu portion nasi tu besar tapi terlupa juga, pi order seorang sepinggan hahah..amekkau.. jenuh nak perabih. Aku order teh 'o' seteko minum sorang je hehe...lepas gian sebab dah dua hari tak minum teh O. Sedap, dimasukkan daun pudina sekali. Habis RM40 seorang.

Selain daripada itu ada banyak restoran halal lain di Kowloon antaranya Restoran Mughal Club dan Istanbul Kebab (depan Charterhouse Hotel) sekitar Masjid Ammar.


Islamic Centre Canteen (Masjid Ammar juga di sini)
5/F, Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wanchai, HK
Tel: (852) 2834 8211 
Breakfast & Lunch: 10am-3pm, Dinner 6pm-9pm (open daily)


Orang kata dim sum di Hong Kong sangat sedap dan kalau teringin nak merasa kenalah cuba di sini kerana halal. Selain dim sum makanan lain di kantin ini dijual dengan harga yag berpatutan. Aku mengada order kue teaw goreng daging hmm.. tak kena dengan tekak tapi paksalah juga makan sampai habis. Kawan sebelah laju je makan dim sum.

Kantin di tingkat 5, tempat berwuduk tingkat 1, tempat solat lelaki di tingkat 2 dan 3 untuk wanita. Nak makan nasi/mee/kue teaw kena pesan, untuk dim sum kena pergi ke meja kaunter dim sum, tunjuk je Dim Sum yang mana yang ingin anda makan. Rasanya tiada tax dikenakan di sini.

Nak ke sini boleh turun di MTR Wanchai atau Causebay Bay. Kalau naik teksi beritahu nak turun di Islamic Centre di Oi Kwan Road, Wanchai. Kalau dia tak tahu cakap nak turun di Morrison Hill Swimming Pool. Lokasinya tak jauh dari situ, boleh bertanya jika tak tahu arah.. mesti ada je orang Indonesia dan Filipina lalu lalang di situ.

Jika dari stesen MTR Wanchai
Keluar di Exit A3 berjalan ke kiri menuju Hennesy Road. Pastikan laluan tram di sebelah kiri dan kita akan melepasi McDonald, Watson dan Starbuck di sebelah kanan. Agak jauh jugalah berjalan dan pastikan tram di sebelah kiri ya. Bila sampai di satu shopping mall ni, CCWU Building, masuk situ dan keluar ikut tangga belakang yang keluar ke Wanchai Road. Berjalan ke kiri 50m dan bila sampai traffic light melintas ke kanan, jalan terus dan belok kiri sehingga berjumpa Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Sila naik ke tingkat 5.

Jika dari stesen MTR Causeway Bay
Keluar di Exit D2 menuju Yee Wo Street lalu menyeberang ke hentian tram di tengah. Naik tram dan turun di hentian yang berada di bawah flyover Canal Road. Sila pastikan DBS Bank di seberangnya. Berjalan ke kiri hingga ke lampu isyarat kemudian belok ke kiri ke Tin Lok Road, berjalan lagi lalu belok ke kanan pula ke Wanchai Road dan akhirnya ke kiri ke Tak Yan Street yang bersambung dengan Oi Kwan Road.

Jika menggunakan feri
Why not try something different? Naik MTR dan teksi memang pantas tetapi naik feri mesti menarik kan? Sesiapa yang menginap sekitar Avenue of Stars seperti Peninsula Hotel bolehlah naik feri dari Star Ferry Pier dan turun di Wanchai.

Kekerapan feri setiap 10 minit dan tempoh perjalanan 15 minit. Jika naik waktu malam feri akan berhenti 5 minit di tengah perjalanan untuk memberi peluang penumpang mengambil gambar Symphony of Lights. Bila dah sampai Wanchai boleh naik teksi atau berjalan kaki 20 minit mengikut map di bawah. Senang jer...

Tambang feri:
Hari bekerja : HKD2.50
Jumaat dan hujung minggu: HKD3.40

MAP


Ebeneezer's (Kebab & Pizza), Ngong Ping Village
Restoran ini untuk si pemakan yang berada di cable car station di Ngong Ping Village. Bagi yang datang dengan cable car restoran ni berada di sebelah kanan. Restoran ni diantara yang depan sekali dalam barisan kedai-kedai.  

Kalau datang dengan bas, lepas turun bas jalan ke arah cable car station. Lintas banyak kedai-kedai. Restoren ni betul-betul dekat dengan cable car station.

Untuk ke Ebeneezer's ada dua pilihan pengangkutan:

Option 1
Naik MTR sampai station Tung Chung. Naik cable car ke Ngong Ping Village dari cable car station sebelah Citigate Outlet.

Option 2
Naik MTR sampai station Tung Chung. Dari cable car station belok ke kanan untuk naik bas ke Ngong Ping Village dengan tambang sehala HKD17.20. Kekerapan setiap 30 minit. 


Disneyland
Ada dua restoran halal iaitu Tahitian Terrace di Adventureland dan Explorer’s Club Restaurant di Mystic Point. Harganya? wowowoooo.... Senang je nak mencarinya, sila dapatkan map! hahaha.. 


Ocean Park
Sila cari Lakeside Snacks.


Cukuplah tu kot eh? Nak lagi banyak list boleh baca di sini. Ada senarai je tapi cara nak pergi tak ada hehe..


10 Tempat Menarik di Sri Lanka

10 Tempat Menarik di Sri Lanka | Sri Lanka ialah sebuah pulau kecil yang terletak di Lautan Hindi. Bersempadan maritim dengan Maldives dan India, ia dipanggil Ceylon semasa dijajah British sehinggalah tahun 1972. Pada 1978 secara rasmi namanya bertukar kepada Democratic Socialist Republic of Sri Lanka.


Sri Lanka dibahagikan kepada sembilan wilayah dan 25 daerah. Bangsa utamanya Sinhala dan Buddha menjadi agama rasmi 70 peratus penduduknya diikuti Hindu dan Muslim. Kebanyakan masyarakat muslim berada di kawasan pesisir pantai. Sebahagian daripada mereka berbangsa Melayu dan dikatakan dibawa oleh British sebagai buruh semasa menguasai Ceylon. Sehingga kini bahan eksport yang menjadi trademark Sri Lanka ialah kayu manis, getah dan Ceylon Tea.

Setelah 30 tahun berlaku peperangan gerila diantara tentera dan Tamil Ellam, 2009 adalah permulaan kedatangan pelancong secara beramai-ramai ke negara tersebut. Pada tahun 2014 seramai 23,000 rakyat Malaysia telah melancong ke sana. Kenapa agak kurang orang bercerita eh? 

 
Why Sri Lanka?
Hanya terdapat beberapa negara di dunia yang mampu menawarkan kombinasi landskap yang hebat, pantai memutih, warisan negara yang terpelihara dan pengalaman unik dalam satu kawasan yang boleh dikatakan kecil. Dengan keluasan 65,610 kilometer persegi, Sri Lanka memiliki 8 UNESCO World Heritage Sites, 1330 km pesisir pantai yang kebanyakannya masih belum tercemar, 15 taman negara yang penuh dengan binatang liar, hampir 500,000 ekar ladang teh dan 250 ekar taman botani. 


10 Tempat-Tempat Menarik di Sri Lanka / 10 Attractions in Sri Lanka:
Actually I'm telling you more than 10.


1. Anuradhapura 
Ia merupakan kota suci bagi penganut Buddha. Terletak di utara Sri Lanka, is pernah menjadi ibu negara kemudian ditinggalkan selepas pencerobohan King Chola Rajaraja I pada tahun 993. Mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site kini istana, biara dan monumen kuno boleh dilawati kembali.

Bodhi Tree Temple (The Sri Maha Bodhiya), Ruwanwelisaya- stupa tertua dan mempunyai ruang yang banyak, The Archaeolgy Museum, Lovamahapaya, Isurumuniya Vihara juga berada di sini.


2. Kandy
This is another UNESCO World Heritage Site, Berketinggian 465m dari aras laut Kandy merupakan pusat pentadbiran dan kebudayaan yang penting, Kandy adalah bandar kedua terbesar selepas Colombo. Temple of the Tooth Relic, salah satu kuil paling suci di dunia bagi penganut Buddha terletak di sini.

Kandy Lake, sebuah tasik buatan yang diciptakan oleh Sri Wickrama Rajasinha pada 1807 mendominasi bandar ini. Selain itu Ceylon Tea Museum, Pinnewala Elephant Orphanage, Millenium Elephant Foundation, The Royal Botanical Garden dan New Ranweli Spice Garden juga terletak di Kandy. 


3. Adam's Peak
Adam's Peak ialah sebuah gunung berbentuk kon berketinggian 2,243m di tengah Sri Lanka. Ia lebih dikenali penduduk tempatan sebagai Sri Pada yang bermaksud "sacred footprint" atau "Tapak suci".

Sebuah batu berbentuk kesan tapak kaki sepanjang 1.8m berdekatan puncak gunung yang mana penganut Buddha mempercayainya sebagai kesan tapak kaki Buddha, penganut Hindu menganggapnya kesan Shiva dan penganut Islam mempercayainya sebagai kesan tapak kaki Nabi Adam. Menurut sejarah setelah Adam diperintah keluar dari syurga kerana memakan buah khuldi yang dilarang Allah, baginda dikatakan dihantar ke Sri Lanka manakala isterinya Hawa ke Jeddah.

Ada 6 laluan ke puncak dengan 5500 anak tangga untuk didaki, sanggup ke?? Ibnu Batuta pun dah sampai jadi aku pun berhasrat mencuba.

4. Galle
Ke mana nak dituju? Kalutara Temple, berjalan dan menunggu matahari terbenam sepanjang Fort's Walls, Galle Light House, Dutch Church, National Maritime Museum, St. Mary's Cathedral, turtle hatcheries along the coast dan pelabuhan semulajadi, .

Galle pernah rosak teruk akibat tsunami di Aceh yang beribu batu jauhnya pada 26 Disember 2004.

Untuk ke Galle boleh naik bas atau keretapi dari Colombo. Dari Kandy pun boleh naik bas tetapi mengambil masa hingga 8 jam.

5. Central Highland
Kawasan tanah tinggi ini meliputi  Wilderness Protected Area, the Horton Plains National Park dan the Knuckles Conservation Forest. Hutan gunung yang berketinggian 2,500 meter dari aras laut ini dianggap kawasan bio-diversiti yang hebat.

 
6. Yala National Park
Hanya dua daripada lima blok Yala National Park @ Ruhunu National Park dibuka kepada umum. Taman negara ini ialah yang paling kerap dilawati pengunjung dan merupakan yang kedua terbesar di Sri Lanka.

Terdapat pelbagai binatang di sini. Taman negara ini penting dalam konservasi gajah Sri Lanka dan burung akuatik. Walaupun terdapat 35 ekor harimau bintang namun peluang untuk melihatnya agak tipis disebabkan keluasan taman ini. Selain itu ada 215 spesis burung, 44 mamalia dan 46 reptilia dengan lima daripadanya endemik.

 
7. Dambulla
Dambulla ialah bandar besar di daerah Matale. Hanya berjarak 148km di timur laut Colombo, ia menjadi hub pengedaran sayur-sayuran di Sri Lanka.

Tarikan di sini termasuk Kompleks Kuil Gua yang terbesar dan terpelihara serta Rangiri Dambulla International Stadium yang siap dalam masa 167 hari sahaja.


8. Menyelam
Ada banyak lokasi yang menarik berdasarkan kedudukannya di Lautan Hindi dan pernah menjadi sebahagian Laluan Sutera (Silk Road) dan laluan perdagangan laut yang lain. Untuk menyelam di Sri Lanka kita perlu memastikan musim angin monsoon. Bulan Oktober hingga Mei waktu yang sesuai untuk aktiviti menyelam di perairan barat dan barat daya manakala bulan Mei hingga Oktober sesuai menyelam di perairan timur laut.

Diantara lokasi penyelaman yang bagus ialah Barracuda Reef, Cargo Wreck, Panadura Wreck, Taprobane Reefs, Goda Gala Diyamba, HMS Hermes, British Sergeant, Boiler Wrecks

9. Stilt Fishing di Kalpitiya Peninsula
Aku teringin sangat melihat sendiri cara memancing yang unik ni.

Sumber di sini


10. Shopping di Colombo dan Kandy
Sri Lanka adalah salah sebuah negara pengeksport pakaian utama dunia. Mereka juga adalah pengeluar batu permata yang berharga, rempah dan teh. Shoba Display Gallery, Odel, Paradise Road adalah nama-nama pusat membeli-belah bagi tekstil, batu permata, ukiran kayu selain kraftangan.


Pernah dikenali sebagai Serendip, Taprobane, the Pearl of the Indian Ocean dan Ceylon. Pulau yang satu ini memiliki magisnya sendiri. Jom kita teroka Sri Lanka!

Why we travel?

Why we travel? | Nak cari jodoh pun ya juga.


Nampak tak permainan Air Asia? heheh.... tak perlu hard sell pun. AIR ASIA FREE SEATS telah mula dijual bermula 7-13 September 2015 untuk penerbangan dari Mac hingga 29 Oktober 2016.

Apa lagi? Cepatlah cari tulang rusuk kiri korang ! (sesuai untuk yang bujang saja ya)


Matic.fm | Radio Pelancongan Anda !

Matic.fm | Radio Pelancongan Anda ! Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) telah melancarkan Radio Pelancongan & Kebudayaan Matic.fm yang berfungsi bagi menyampaikan maklumat serta informasi mengenai industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia.

 
Majlis Perasmian Stesen Radio IP Matic.Fm | Radio Pelancongan Anda ! telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Beliau berkata Matic.fm akan memberikan maklumat berguna mengenai kepelbagaian budaya termasuk destinasi pelancongan kepada para pendengar.

Matic.fm menggunakan teknologi protokol internet (IP) yang memungkinkan pendengar untuk mendengar Matic.fm secara dalam talian menggunakan telefon pintar atau terus ke homepage www.matic.fm .

Sumber nst

Menggunakan tagline ‘Travel with Style’, Matic.fm berhasrat untuk memberikan pendengar informasi yang berkaitan dengan kebudayaan dan pelancongan melalui pelbagai segmen menarik. Segmen-segmen yang disediakan ini dilihat dapat memberi impak yang positif terhadap pembangunan serta perkembangan  industri pelancongan dan kebudayaan negara. Matic.fm juga dijangka akan menjadi platform untuk mempromosi produk pelancongan, acara-acara dan menggalakkan perkembangan pembangunan industri ini.

Kerjasama strategik ini melibatkan pihak Twin Holdings Sdn Bhd, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia serta para penggiat industri bagi menjayakan MaTiC.fm ini. Lebih daripada 12 orang penyampai radio yang berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan setakat ini akan terlibat dalam menjayakan stesen radio MaTiC.fm secara sukarela. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan dan Kementerian ini di bawah inisitiatif Strategi Lautan Biru kebangsaan (NBOS) dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi Kerajaan, NGO dan swasta.
 
Matic.fm akan beroperasi selama 24 jam dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan segmen seperti Best of Malaysia, Anjung Budaya, We Are The Host, Sembang Santai, Citarasa Malaysia dan Celebrity Escape. DJ yang akan bertugas pula adalah gabungan baru dan lama termasuk Ritchie Rahman, Nizal Mohamad, Aziz Desa, Brolan, Arie, Azz, Aishah, Cha Sulaiman, Lia Omey, Char-B, Helmi and Zam Mui. Ok lah kan... kalau semua lagu lama letihlah mokcik... macam lagu kenduri kahwin le jadinya nanti hehe.. jiwa mokcik muda lagi.
 
Rakan niaga strategik China Auto Manufacturers (M) Sdn Bhd (CAM) telah menaja dua buah van untuk roadshows dan aktiviti bersama pendengar.
 
Sumber Cleffairy
 
Jadi tunggu apa lagi? Dengarlah Matic.fm di telefon!

Dapatkannya dengan memuat turun dari ...
 
google play     apple store


Motivasi Pagi | Berbaik sangka

Motivasi Pagi | Berbaik sangka | Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik), hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.


Imam As-Syafie

Ingatan untuk diri sendiri yang alpa.

MATTA Fair kembali lagi dari 4-6 September 2015


MATTA Fair kembali lagi dari 4-6 September 2015 ! | Wallawehhh... dia datang lagi di PWTC!

Sumber di sini

Malaysia Association of Tour and Travel Agents (MATTA) Fair adalah satu acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Berlansung secara besar-besaran di Kuala Lumpur setahun hanya 2 kali, masa inilah kita nak bargain hunting. Bersedialah untuk 'diracun' dengan pakej-pakej yang sangat menarik ya. Dalam beribu pempamer tu pasti ada pakej yang sangat menarik ditawarkan. Mati kutulah kalau cuti 3 hari duduk di rumah je, lebih baik kita berjalan Cuti Cuti 1 Malaysia...Dekat Je kan? Selalunya pakej ke pulau-pulau indah seperti pulau super cantik di Terengganu dan Sabah akan laris dijual. 

Dengan keadaan Ringgit Malaysia yang lemah sekarang ni eloklah kita melancong di dalam negara sahaja buat sementara waktu. Kita akan sewa hotel, kenderaan, makan, membeli-belah... hmm berapa banyak pihak terlibat tu? Pengorbanan nafsu melancong jejauh kita tu akan dapat membantu menggerakkan ekonomi negara. 

Tapi, kalau kita teringin juga ke luar negara, ada banyak tawaran hebat ke destinasi-destinasi popular di kalangan pelancong Malaysia seperti Australia, New Zealand, Eropah dan Asia. Sila semak juga harga tiket kapal terbang dari Etihad Airways, Qatar Airways, Malaysia Airlines dan sebagainya. Dah selalu sangat naik low cost airlines kan, masa ni lah nak merasa naik premium airlines pulak dengan harga berpatutan.

MAS siap bagi diskaun 30-50% kepada pengunjung yang membeli tiket penerbangan ke mana-mana destinasi penerbangan mereka dalam masa 3 hari ni. Tak kiralah beli dari travel agent, ejen sah yang dilantik di seluruh Malaysia atau melalui website MAS. Malah MAS juga menaja 10 tiket percuma untuk contest khas kepada para pengunjung yang membeli pakej minima RM300 di MATTA Fair. 10 uols... boleh pergi London, Paris, Tokyo, Seoul dan Hong Kong secara PERCUMA !

MATTA Fair kali ini akan dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Turut hadir ialah Tuan Haji Hamzah Rahmat- Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang- Naib President Inbound MATTA dan YBhg Dato' Mirza Mohammad Taiyab- Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, para VIP tersebut akan turut melancarkan satu pakej istimewa negeri Pahang iaitu, "Best of Panoramic Pahang, Eco Packages". Wah best nya... aku suka eco-tourism.

Sebelum anda 'diayat' untuk membeli pakej-pakej tu, nak share sikitlah beberapa perkara yang perlu diambil tahu supaya tidak ada tuduh menuduh di kemudian hari.

Per pax = harga untuk seorang

2 to Go = harga untuk 2 orang (biasanya diiklankan minimum 2 to Go) 

3h 2m = pakej 3 hari 2 malam dan meliputi makan, penginapan dan pengangkutan. Selalunya hari ketiga kita dapat breakfast saja walaupun penerbangan pukul 3 petang).

...dari RM99 = semak bebetul... harga seciput itu apakah yang diberinya? Jangan mengagau cari khemah pulak malam nanti. Fahamkan bebetul dia tulis 'dari RM99' maknanya ada tambahan bayaran jika kita mahukan perkhidmatan yang lebih. Kalau dia menjanjikan bulan dan bintang berhati-hatilah. 

Travel period = beli pakej hari ini tapi bila boleh mula menggunakannya dan hingga bila pula tempoh sah lakunya? 

Upgrades = biasanya untuk bilik. Sila lihat harga sebilik 2 orang, 3 orang dan tambahan duit jika nak dok sensorang. Kalau nak privacy kenalah bayar lebih.

Dan banyak lagilah. Kalau tak faham tanya je kepada travel agent tu. Kalau ada kemusykilan, soal dia sampai faham, okay? Jarang pempamer atau ejen menipu cuma cara pengiklanan kekadang agak tricky (and confusing sometimes). 


Sumber di sini

Marilah beramai-ramai memeriahkan MATTA Fair edisi terbaru ini. Manalah tahu dapat harga pakej terbaik kan?

Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC)
Waktu pameran : 10 pagi - 9 malam





Berjalan lagi ke kita?

Berjalan lagi ke kita?

Krik krik...

Mudah mudahan ada rezeki

Krik krik...

Kekadang kita pun menumpang kerja orang juga, bukan kita tahu semua, bukan kita pandai semua

Krik krik...

Please hold your comments

Krik krik...

Kalau dalam pemilihan komando pelatih yang suka mengadu awal awal kena 'pancung'

Krik krik...

Selalu ingat, ramai lagi yang lebih bagus dari kita di luar sana tapi senyap je

Krik krik...

Senyap tapi berhasil

Krik krik krikkk...

Homestay Popular | Budaya Bidayuh di Kampung Mongkos

Homestay Popular | Budaya Bidayuh di Kampung Mongkos | Kata pepatah jauh berjalan luas pengalaman sungguh jelas kebenarannya. Mana mungkin kita mengetahui kehidupan masyarakat lain jika sekadar berada di pejabat atau di rumah. Mana mungkin kita mampu 'melihat' jika sekadar memandang sahaja. Who lives sees, who travel sees more.

Menyambung program Jom Jelajah Koperasi Sarawak 2015, dari Homestay Kampung Melayu Tebakang kami ke sebuah lagi koperasi di Serian iaitu Homestay Kampung Mongkos. Perkampungan ini letaknya hanya sejauh 2.5km dari Tebedu, sempadan Malaysia-Indonesia di Borneo. Jika tahun lepas aku berkesempatan melawat rumah panjang Iban di Sarikei, kali ini ke perkampungan kaum Bidayuh yang letaknya sekitar 65km dari Kuching dan 15 minit pemanduan dari pekan Serian.
 

KAUM BIDAYUH
Kaum Bidayuh adalah etnik yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:
  • Selakau/Lara (Daerah Lundu)
  • Jagoi/ Singai (Daerah Bau)
  • Biatah (Daerah Kecil Padawan)
  • Bukar/ Sadong (Daerah Serian)
Kaum Bidayuh ialah salah satu daripada 27 etnik yang terdapat di Sarawak dan merupakan kaum keempat terbesar selepas Iban, Cina dan Melayu yang merangkumi 8% pecahan kaum di Bumi Kenyalang. Mengikut bancian tahun 2010 jumlah mereka ini adalah seramai 198,473 orang.

Walaupun kaum Bidayuh bukan etnik yang terbesar jumlahnya di Sarawak tetapi mereka mempunyai dialek yang banyak, dikatakan setiap 10km dialek mereka berbeza. Bahasanya agak unik berdasarkan sebutan, pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang berlainan.

Muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Ia  berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Motif sesuatu upacara yang dijalankan juga dapat dikenalpasti melalui muzik yang dimainkan. Umumnya, muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar, Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil).

Kebanyakan penduduk Kampung Mongkos masih menyara diri melalui hasil pertanian. Mereka bertanam padi, sayuran, lada hitam dan kelapa sawit. Ada juga yang bekerja di jabatan kerajaan di Kuching.

Lada hitam yang dijemur.
RUMAH PANJANG BIDAYUH
Rumah panjang Kampung Mongkos ini berada di tengah-tengah kampung baru yang berkembang setelah rumah panjang sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung pertambahan penghuninya. Ia masih berfungsi sebagai kediaman dan dijaga rapi.

Bagi tujuan keselamatan lazimnya rumah panjang masyarakat Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi supaya sukar untuk dikesan oleh musuh. Kini kebanyakan generasi muda telah berhijrah ke bandar diatas faktor ekonomi dan pendidikan yang mereka terima. Tambahan pula bandar Kuching yang menjadi ibu negeri Sarawak tidaklah terlalu jauh. Namun tradisional long house masih dikekalkan kerana ada yang masih selesa dengannya.

Kayu belian digunakan dalam pembinaan struktur utama rumah panjang diatas faktor kekuatan dan ketahanan manakala buluh kering digunakan untuk membuat lantai. Rumah panjang ini adalah 483 kaki panjang, dan terdiri daripada 24 buah rumah berderetan untuk 24 keluarga.

Rumah panjang Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju dengan fungsi masing-masing. Ia kelihatan hampir sama seperti Rumah Panjang Iban di Sarikei.

'Bilik utama' merupakan ruang utama kediaman. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di malam hari.

'Awah' pula adalah bahagian pelantar rumah panjang yang lazimnya bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Ia tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, istiadat dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai.

'Tanju' pula adalah bahagian terluar rumah panjang agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada hitam, jagung dan sebagainya.

Nota:
'Awah' ini pulah terbahagi kepada tiga bahagian lagi. Bahagian yang paling ke luar ialah tempat duduk dan berbaring para tetamu. Bahagian tengah tempat menari ketika perayaan dan bahagian yang berkayu keras berhadapan unit masing-masing tempat meletakkan bahan mentah.

Bahagian dapur rumah panjang di Kampung Mongkos kini diperbuat daripada batu-bata selain dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air paip. Terdapat juga rumah panjang Bidayuh yang lain di Sarawak seperti Kampung Benuk dan Kampung Annah Rais.

Kini rumah panjang menjadi produk pelancongan yang digemari oleh pelancong asing setelah dipakejkan dengan aktiviti menarik seperti menari tarian tradisional, mandi-manda di air terjun Silungkung (kena trekking 45 minit sambil melihat flora dan fauna), memetik lada hitam serta sayuran dan belajar membuat kraftangan.

Untuk mengetahui tentang rumah panjang masyarakat Bidayuh Muslim sila baca di sini.


ADAT MEYAMBUT TETAMU
Kehadiran kami disambut dengan berbesar hati oleh tuai rumah dan penduduk kampung dengan melaksanakan tradisi turun-temurun mereka. Ketua rombongan diminta untuk memecahkan telur di dalam bekas yang disediakan lalu kami semua bersalaman dengan para penghuni  yang berbaris panjang di "awah".

Sewaktu kedatangan kami ramai kaum petani sedang berada di ladang untuk menyiapkan tapak pertanian mereka bagi musim bercucuk-tanam yang baru.



Ketua rombongan kami disambut dengan memecahkan sebiji telur ayam di dalam bekas
 Sumber www.projektravel.com



Setelah ucapan alu-aluan dilakukan oleh pengerusi homestay, Encik Sulang a/l Manggang, kami disajikan dengan persembahan tarian oleh kanak-kanak yang sungguh berbakat. Paling seronoknya semasa kami dijemput menari tarian buluh ...best giler! sampai tersepit kaki hahha... Dulunya mereka menggunakan kayu keras dalam tarian ini tapi sekarang digantikan dengan buluh sebab buluh lebih ringan dan tidak menyakitkan.

Kanak-kanak ni menari sampai darjah 5 saja, darjah 6 fokus kepada UPSR. Bagusnya ko nak, the boys aku relax je walau esok nak periksa.

Upacara tarian tradisional masyarakat Bidayuh


Setelah itu kami dijamu makanan tradisional seperti nasi yang dimasak dalam buluh, ayam pansuh, sagu yang dimasak dalam buluh kecil hingga menghasilkan satu long stick yang agak liat. Rupanya seperti gam panjang yang kita gunakan dengan 'pistol' tu tetapi berwarna merah pudar dan semi-transparent. Payahnya nak bercerita bila gambar tak boleh transfer dari handphone ni grrr....

Kimu'o pula adalah nasi yang dimasak di dalam periuk kera. Oleh kerana sewaktu kami tiba adalah musim panas jadi tiada stok periuk kera. Kera je ada hahaha...

Okaylah, kalau berminat untuk merasa tinggal bersama masyarakat Bidayuh di Homestay Kampung Mongkos, pakej 2 hari 1 malam bermula daripada RM120 seorang. Hostel juga disediakan. Silalah berhubung dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ya.
  
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak 
Daerah Serian Lot 938 
Serian Town Land District 
94700 Serian
Sarawak
Tel : 082-874263
Faks: 082-875780


Bagaimana untuk ke Homestay Kampung Mongkos?

Dari Kuching, boleh naik van sewa berwarna kuning dari Electra House dengan tambang RM15 seorang. Boleh juga naik bas dari pekan Serian.

Nak senang, sewa kereta dari Kuching yang dikira per hari. Jimat.



Program "Jom Jelajah Koperasi Sarawak"  adalah anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk serta perkhidmatan koperasi kepada masyarakat agar lebih dikenali ramai.

VIDEO | Terengganu International Squid Jigging Festival 2015

VIDEO | Terengganu International Squid Jigging Festival 2015 | Assalamualaikum. Oleh sebab rindu menggebu kepada Terengganu, aku carikan video mencandat sotong bulan Mei lalu.


Program mempromosi negeri Terengganu secara besar-besaran kali kedua ini telah membuahkan hasil dengan meningkatnya kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke negeri yang kaya dengan minyak ini. Sektor lain yang berkaitan seperti perusahaan batik, songket, penginapan, penyedia makanan dan pengangkutan turut menerima tempiasnya.

Kami bukan sahaja mencandat sotong tetapi juga dibawa ke tempat-tempat dan acara menarik sepanjang seminggu berkampung di sana. Boleh rujuk blogpost di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. Untuk cerita tahun lalu boleh gunakan ruang "search" tu ye.

http://www.ruggedmom.com/2015/06/terengganu-international-squid-jigging.html

http://www.ruggedmom.com/2015/06/kenyir-elephant-village-pusat.html

http://www.ruggedmom.com/2015/06/pulau-redang-terengganu-pulau-super.html
 
 
Pulau-pulau di Terengganu hanya dibuka diantara Februari hingga Oktober setiap tahun dan ditutup semasa musim monsun. Kalau nak pergi time school break sila book awal ye. Di musim mencandat sotong pula bot laris ditempah. Sila ke post ini untuk mendapatkan contact number.

Jemput tengok video hasil kerja TV Al Hijrah ni eh. Sila sila...

https://www.youtube.com/watch?v=aG9N6RiB23U

 

Konsert Merdeka Bersama Anuar Zain

Konsert Merdeka Bersama Anuar Zain | Eh? Kat mana? Mesti die hard fans Nuar Jen menggelitis nak tahu hehe... sabar kak ye... ai pun minat juga.

 
Sebenarnya retis pooojaan hatimu ini telah buat show bersama artis lain di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak. Yang merasmikan majlis ialah Perdana Menteri kesayangan anda. Aku tak dengar ucapannya sebab masih ngeteh sambil makan nasi goreng dabai di seberang sungai.
 
Semasa berjalan kaki balik ke Merdeka Palace terdengar dari jauh Datuk M. Daud Kilau menyanyi. Aku tak minat tapi lagu-lagunya memang popular... beria orang bersorak. Memula nak masuk bilik dah tapi lepas tu Azlan The Typewiter menyanyi pulak lansung aku terjebak sampai tamat.
 
Meriah sambutan kemerdekaan di Kuching. Ada beratus bendera digantung di pokok dan bangunan.
 

 
Jemput tengok gambar konsert sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di Kuching pada 10 Ogos lalu. Ko redha je lah eh dengan gambar-gambar ni.. tu je mampu. Tunggu jugak kot kot ada orang nak sponsor lens Canon. Eh? hahaa..
 
Azlan The Typewriter
 
 



Mas Idayu... ko bayangkanlah betapa gegak gempitanya bila dia naik ke pentas. Setiap kali aku tengok dia perform di pentas atau tv aku akan teringat komen negatif seorang editor akhbar tentang dia.
 




Nahhh... Anuar Zain
 




 Mengadalah menyanyi kat bawah lelama

Sekalipun Anuar Zain tak pandang kat aku yang tercongok di pentas VIP. Aku je dok teringat kat dia.

Siti Nurhaliza







Penutup. Eh Anuar Zain tak naik ke pentas sekali lagi.



MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !!!
 
 
Semoga kita merdeka jiwa raga.
 
 
 
 
 
 

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free