Hari Koperasi Negara yang meriah!

Hari Koperasi Negara yang meriah! | Majlis perasmian Hari Koperasi Negara telah berlansung dengan jayanya di Waterfront, Kuching, Sarawak minggu lalu.


Kuching yang dipilih sebagai destinasi HKN tahun ini oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sangat bebesar hati dengan pemilihan tersebut. Sungguh menarik apabila majlis perasmian turut dimeriahkan dengan penyambut tetamu dengan pakaian tradisional masing-masing. Dengan 47 etnik yang mendiami Sarawak sudah tentulah pakaian mereka pelbagai corak dan warna melambangkan budaya bangsa masing-masing.



Bilakah koperasi dimulakan?

Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.
Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.
Objektif
Objektif sambutan Hari Koperasi Negara adalah untuk:
  • Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.
     
  • Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi.
     
  • Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.
     
  • Mendapatkan idea-idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara.
 (dari laman web SKM)




Selendang keringkam ni mahal tau



Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem

 Orang Melaka pun ada haa... Datuk Seri Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka. Mujur dah jadi mantan, kalau tak kono berjawablah apo pasal bumbung ILP runtuh.


Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama isteri Datin Seri Asmah Ab Rahman. Okay dia memang hensem.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan Datin Patinggi Puan Sri Datuk Jamilah Anu 



 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim

Majlis dimulakan dengan koir, bacaan doa diikuti ucapan VIP barulah ucapan VVIP, the Chief Minister pula. Kalau dengar CM berucap sama je macam mendengar Dato' Seri Mohamad Hj Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan berucap, bahasa laymen. Itu yang membuatkan rakyat berasa seperti tiada gap.

Dalam ucapannya Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak, telah menyebut bahawa koperasi yang pertama ditubuhkan adalah dari Sarawak. Namun begitu, "sik tau ku ada gik kah sik koperasi ya" hahahaa.... beliau pun tak tahu masih wujud ke tidak. Aku pande kelakar Sarawak bah.

Ketua Menteri Sarawak sedang memberikan ucapan.

Bagi tahun terkini Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad mengungguli tempat pertama sebagai koperasi terbaik diikuti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Koperasi Felcra-Felcra Malaysia Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad dan Koperasi Kakitangan Petronas Malaysia Berhad. Itu lima yang teratas. Jumlah yuran dan syer bagi 100 koperasi terbaik Malaysia berjumlah RM13.49 bilion dengan RM116.79 bilion aset. Bahaya tayang duit bilion bilion ni. Eh?

Beratus gerai mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka. Sambal ikan bilis kering dari Pahang tu sangatlah sedap. Sarawak mempamerkan berpuluh jenis beras. Baru ku tahu banyak betul jenis beras. Selalu beli beras Jalaludin Hassan tu je.

Selain menjaga booth masing-masing, staf koperasi ni juga bergilir-gilir ke seberang sungai membeli kek lapis dan ikan terubuk masin hehee... bergesel dalam kedai uols.. Ceria muka memasing dapat beli kek lapis berkotak-kotak.


Program "Jom Jelajah Koperasi Sarawak"  adalah anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk serta perkhidmatan koperasi kepada masyarakat agar lebih dikenali ramai. Terima kasih yang tidak terhingga diatas peluang yang diberikan untuk mengikuti program ini.

Berkelah di Homestay Kampung Melayu Tebakang

Berkelah di Homestay Kampung Melayu Tebakang | Inginkan sesuatu yang menarik? Meh akak nak cerita tentang keistimewaan inap desa atau homestay di Sarawak ni.


Di mana letaknya Kampung Melayu Tebakang?
Kampung Melayu Tebakang telah wujud sejak kurun ke-18 lagi yang mana penerokaan tanahnya telah dimulakan oleh Haji Laer yang merupakan seorang ulama dan pedagang berasal dari Bintangor.

Kampung ini berjarak 15 minit pemanduan dari bandar Serian bahagian Kota Samarahan. Kira-kita 60km dari Kuching dan berada diantara Serian dan Tebedu. Selain Tebedu, Serian merupakan benteng pertahanan dari serangan Indonesia semasa konfrontrasi dulu. Ingat lagi tak subjek sejarah dulu..? ke.. masa cikgu mengajar kat depan ko baca majalah Gila-Gila jugak? hahahah...

Rasanya inilah satu-satunya perkampungan Melayu di daerah Serian.


Bagaimana hendak ke sini?
Kita boleh meniki teksi, van (kereta sewa) atau menyewa kereta secara persendirian. Lebih murah dan selesa menyewa kereta.


Apa yang menarik di sini?
Semasa kedatangan kami ke sini, kami disambut dengan kompang dan Silat Gerak Waris oleh anak-anak penduduk. Menariknya, kita perlu melintasi jambatan untuk ke kampung ini. Bagi yang berkereta pula mereka perlu mengikut jalan yang agak jauh sedikit untuk meletak kereta di hadapan rumah.



Terdapat 19 buah homestay yang disertai oleh anggota Koperasi Kampung Melayu Tebakang Serian Berhad. Wah... cecantik semua rumah kat sini. Selain rumah yang besar, dicat dengan warna-warna menarik pula tu. Aku agaklah kan berdasarkan saiz rumah, tiada penerima zakat di sini. Aku agaklah.




Kami dibawa menyusuri Sungai Kayan untuk berkelah di sebuah kawasan tebing pasir sebelum dijamu makan tengahari dengan masakan kampung yang sodap amek! Umai wajiblah kan... selain rendang terung pipit, gulai rebung, pucuk ubi yang ditumbuk campur apa entah - kemain sedap- dan lain-lain lagi. Mewah betul lauknya. Selain berkelah, kita juga boleh membuat aktivit lain yang disediakan di sini seperti:

- lawatan ke kampung
- penglibatan dalam aktiviti pertanian
- jungle trekking
- memancing ikan
- menyusuri sungai Batang Kayan
- long boat river safari and picnic



 Di kawasan cetek bot terpaksa ditarik

Sambil berkelah tu penduduk kampung telah mendemontrasikan cara memasak Ayam Pansuh membuat Kek Jantung Pisang yang aku dah poskan resipinya di sini. Dua jam masa yang diperlukan untuk menyiapkan sebiji kek yang cantik tu. Dua jam ko... hahah... kebas kaki dibuatnya. Kita kongsi beli je lah, sebiji 70 ringgit.



Membakar ayam pansuh

Ayam Pansuh tu memang istimewa, dimasak dalam buluh macam masak lemang. Kena guna ayam pencen yang agak liat isinya, kalau guna ayam Pasar Chow Kit mudah hancur. Rasa ayam yang bercampur serai, bunga kantan dan pucuk ubi tu nyam nyammsss... kalau aku masak nanti aku akan tambah lada hitam bagi pedas sikit. Lauk ayam kalau tak podeh macam orang nak pencenlah, hambar. Eh?! hahah....ampun Mak Lang! hahah...





Berminat untuk menginap di Homestay Kg Melayu Tebakang? Sila hubungi:

Encik Pathe bin Abdul Rahman (penyelaras koperasi)
Tel: +6082-874263 / +6019-834 3182
Fax: +6082-875780


Homestay Kampung Melayu Tebakang

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak 
Daerah Serian Lot 938 
Serian Town Land District 
94700 Serian
Sarawak

Get Direction


Lawatan ke inap desa (homestay) ini adalah anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine sempena program "Jom Jelajah Koperasi Sarawak" yang bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk serta perkhidmatan koperasi kepada masyarakat agar lebih dikenali ramai.  

'Santan' Menu dalam pesawat terbaru daripada Air Asia dan Air Asia X

'Santan' Menu dalam pesawat terbaru daripada Air Asia dan Air Asia X | Air Asia melancarkan menu terbaru dalam pesawat yang bertemakan Asean. Bersandarkan kejayaan Nasi Lemak Pak Nasser, Air Asia ingin mengetengahkan hidangan lain pula yang tidak kurang enaknya. 

The sweet lady, Tony Fernandes and Benyamin Ismail (acting CEO for AAX)


Konsep 'Santan' dipilih kerana ia adalah bahan asas yang tidak asing bagi semua komuniti Asean dan Air Asia sebagai syarikat penerbangan jati Asean akan memperkenalkan beberapa hidangan dari serata rantau Asean bermula dengan Nasi Dagang dalam pusingan menu terkini ini.

Antara hidangan terbaru untuk pembelian dalam pesawat Air Asia (penerbangan AK) ialah Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan Dodol, Nasi Kepal Ayam Teriyaki dan Sandwich Pizza Ayam Salai; sementara menu pra tempah adalah Nasi Tomato Ayam Percik, Balutan Satay Ayam dan Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang.




  
Just to inform you, ai tidak dibayar AA untuk memuji ye tapi roti canai ini memang lebih sedap daripada yang ai makan baru baru ni dalam syarikat penerbangan yang satu lagi. 

Bagi penerbangan Air Asia X (D7), menu pra tempahnya pula ialah Kombo Nasi Dagang dan Kombo Mee Goreng Mamak yang dihidang bersama 350ml air mineral. Nasi Dagang juga tersedia bagi pembelian dalam penerbangan Air Asia X.

Menurut Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, mereka sentiasa mencari jalan untuk menambahbaik pengalaman penerbangan bagi tetamunya. Makanan semestinya memainkan peranan penting tetapi mereka tidak mahu sekadar menjual tetapi juga menggunakan pengalaman dalam penerbangan bagi memperkenalkan hidangan Asean bagi kesemua tetamu mereka.

Kita juga boleh menambah pencuci mulut yang manis dengan pilihan 'Maximise Your Meal' yang termasuk Biskut Karamel Masin dan Kit Kat untuk hanya RM7 bagi melengkapkan hidangan dalam penerbangan Air Asia (AK). Bagi hidangan kanak-kanak pula pra penempahan boleh dibuat untuk Dua Burger Ayam Mini dan Ribena bagi kedua-dua AK dan D7.

Voucher menang contest tu boleh tak guna konsep All-U-Can-Grab Mr Tony? I nak tart nanas tu 20 pcs. Nak makan sampai cemuih.


Sila buat penempahan awal in flight meal selewat-lewatnya 24 jam sebelum penerbangan untuk mendapatkan potongan 20%. Hey...kenapa bayar lebih?? Masuk kat Manage My Booking di asirasia.com untuk menempah berjenis hidangan yang confirm akan ada dalam flight nanti. Kalau kita naik penerbangan tengahari dari luar negara soheh makanan yang sedap sedap habis. Aku lah kan, macam mana sedap pun makanan asing hari keempat mencari staple food juga. Owh.. jangan lupa kopi T&Co daripada biji kopi gred Robusta yang sangat sedap tu.

Nak tahu promosi dan aktiviti terkini Air Asia boleh semak di www.twitter.com/airasia dan www.facebook.com/airasia.

Dah, jom balik!

Nota:
Air Asia telah dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia untuk tujuh tahun berturut-turut bermula 2009 hingga kini melalui kajiselidik tahunan Syarikat Penerbangan Dunia oleh Skytrax. Air Asia juga menjadi syarikat penerbangan global pertama yang bekerjasama dengan Interpol untuk melaksanakan sistem I-Checkit bagi menyaring passport para penumpang melalui perbandingan maklumat yang terkandung dalam pangkalan data Kecurian dan Kehilangan Dokumen Perjalanan (Stolen and Lost Travel Documents: SLTD) badan polis dunia itu. 


Eh uols, dah ada official announcement ke AAX akan ke Hawaii? Yang pasti ada yang menang contest untuk ke Hawaii. Marilah kita bersama-sama berebut bila tiket dijual nanti. 

12 Hidangan Istimewa Sarawak. Mesti Cuba!

12 Hidangan Istimewa Sarawak. Mesti Cuba! | Setiap bangsa dan kaum mempunyai kebudayaan dan makanannya sendiri yang bersesuaian dengan keadaan hidup dan cuaca sesuatu tempat. 


Begitu juga dengan negeri Sarawak. Merangkumi 27 etnik dengan 47 bahasa negeri di kepulauan Borneo ini sudah tentulah mempunyai kepelbagaian hidangan pembuka selera melebihi negeri lain. Kalau suami 'diikat' dengan menjaga perutnya, pelancong juga begitu. Tak kisahlah nilai duit kita naik setinggi mana pun jika layanan tip top dan makanan sedap pasti pelancong akan berusaha untuk datang lagi dan lagi. Makanan enak akan sentiasa terasa-rasa ditekak betul tak?


Berikut adalah senarai 8 Hidangan Istimewa Sarawak yang aku recommend untuk dicuba:

Umai
Umai adalah makanan masyarakat Melanau khususnya yang tinggal di sekitar Daro, Matu, Mukah, Rajang dan Belawai. Ia juga popular di seluruh Sarawak dengan pilihan umai ikan, udang atau obor-obor. Ikan yang biasa digunakan pula ialah ikan empirang tetapi ada juga ikan jenis lain sebagai pilihan.

Cara penyediaannya mudah. Isi ikan diasingkan daripada tulang, disiat-siat lalu dicampurkan dengan hirisan nipis bawang besar, garam dan perahan limau kasturi. Ada juga yang menggemari tambahan sedikit hirisan bunga kantan.

Semua tempat yang menghidangkan umai semasa di Kuching minggu lepas aku cuba. Yang di Sumiran Eco-Camp sedap, yang di Grand Margharita juga enak cuma umai GM agak berair, mungkin telah disediakan beberapa jam awal.



Manok Pansuh
Manok ialah ayam dalam bahasa Melayu Sarawak. Hidangan ini sangat istimewa. Potongan ayam yang telah diperap dengan hirisan halia, bunga kantan, dan bawang besar dimasak di dalam buluh macam lemang tu. Dimasukkan juga pucuk ubi semasa proses memasak. 

Ayam yang sesuai ialah ayam tua atau ayam pencen sebab dagingnya lebih kental. Supnya sedap tapi aku kena makan dengan sambal kicap hehe.. bohlah garam secukup rasa.




Midin Goreng Belacan
Midin termasuk dalam kumpulan paku pakis. Sesetengah kaum memanggilnya 'biling' dan rasanya SANGAT SEDAP digoreng bersama belacan. Mak mertua lalu pun tak perasan weh.


Botok Ikan/Telur Masin
Aku ingatkan orang Johor je makan botok hehe.. nak tulis resipinya panjanglah pulak. Silalah ke blog Che Mat TiffinBiru.com

Botok ikan yang di atas dibalut dengan daun mengkudu. Cili hijau tu ermm boleh tahn pedas.


Mee Kolok @ Mi Kolo
Mi kolok boleh dimakan kering atau berkuah. Menggunakan mi sanggul sebagai bahan utama, Istimewanya kerana penggunaan mee sanggul/mee kering/mee rangkai bersama hirisan ayam atau daging yang direbus. Nak sedap lagi kena makan dengan kicap pedas.

Sumber di sini

Laksa Sarawak
Sesiapa yang pergi Sarawak tapi tak mencuba rasa Laksa Sarawak ibarat belum sampai ke negeri ni. Kalau dilihat bahan-bahan untuk menghasilkan laksa istimewa ni mudah saja... ditambah dengan sambal udang kering untuk rasa yang lebih kawww..!

Nak mudah beli saja pes yang siap dijual. Aku beli pes buatan Hj Manan yang terkenal tu. Cuba yang ini dulu... kalau 'rakyat jelata' suka nanti baru buat sendiri from scratch.

Sumber Dayang Jack

Kek Lapis
Kek lapis warna-warni pelbagai corak memang kepakaran wanita Sarawak. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan halus buatannya kesabaran yang tinggi sangat diperlukan. Orang macam aku ni elok beli je lah. Boleh kematu tumit buat kek ni hahaa..

Untuk menghasilkan kek yang enak mentega jenama tertentu digunakan kerana ia akan menghasilkan tekstur kek yang lembut. Kek yang bercorak di tengahnya memerlukan lebih masa untuk disiapkan sebab bahagian dalamnya perlu di siapkan dulu. Setiap lapisan kek memerlukan masa selama 10-15 minit untuk dibakar dengan menggunakan api atas. Bila masak, keluarkan dan ditekan supaya rata kemudiaan di tambah satu lapisan lagi, bakar dan ulang proses ini sehingga habis adunan. Kalau yang bawah guna sesenduk bancuhan tepung layer kedua dan seterusnya digunakan sama banyak juga. 

Pengusaha kek menggunakan oven gas berwarna hijau yang banyak dijual di Serikin. Gigih aku tawaf Kuching mencari oven tu. Jumpa tapi mahal sangat pulak. Kenapa organizer tak drag programme kami sampai Ahad eh? Boleh shopping kat Serikin, ishhh...

Pengusaha kek lapis yang terkenal di Kuching diantaranya ialah Diwannie di Jalan Satok, Mira Cek House di seberang sungai dan Dayang Salhah, juga di seberang sungai (belakang masjid). Kek yang menggunakan butter biasanya dijual bermula daripada RM20 sepotong. Potongan kek semakin mengecil sekarang.. hmmm

Sumber di sini


Kek Jantung Pisang
Adakah mungkin kek ini pencetus kepada penghasilan kek lapis?

Untuk membuatnya kita perlu menggoreng adunan sesudu demi sesudu dengan sedikit mentega sehingga saiznya semakin membesar barulah ditambah kuantitinya. Goreng sesudu balik-balikkan dan angkat. Masukkan sesudu lagi, letak yang dah siap tadi, balik-balikkan dan angkat. Ulang sampai siap. Buatlah sambil duduk ye hehee..

Untuk menyiapkan sebiji kuih jantung pisang ini memerlukan 2 jam kesabaran hahaha... nak habiskan sekejap je.

Cantikkan lapisan tu


Tebaloi
Tebaloi ialah snek yang diperbuat daripada sagu dan dipopularkan kaum Melanau di Mukah. Tahun lepas semasa trip Mukah Kaul Festival aku dah melihat proses pembuatannya di sebuah kilang. Sejak kecil aku memang sukakan snek ni, sedap dan rangup dengan pelbagai perisa.

Di kilang ianya dijual RM1.00 sebungkus, bila dah sampai Kuching jadi 3-4 bungkus RM10.00. Dah dibungkus dalam kotak kan... lainlah harganya.




Ais Krim Bergula Apong
Gula apong ialah gula Melaka. Terdapat dua orang yang  menjual ais krim sedap ini di bandar Kuching. Yang kami pergi tu di open air hawker centre berhadapan dengan Electra House. Senang je nak ke sini. Dari pintu pagar utama masjid negeri, jalan terus ke depan. Selepas lorong yang pertama tu (kiri) pandang kanan.

Waktu perniagaannya bermula jam 1 petang hingga 5 pagi.


ABC Swee Keng
Bertuahnya aku kawan lama bawa ke sini. Kedai ini terletak berhampiran pasar lama Satok (Pasar Satok sekarang dan dipindahkan ke Kubah Ria).

Selain pelbagai jenis air batu campur makanan seperti mi kolok dan laksa Sarawak juga dijual di sini.



Ikan Terubuk Masin



Sumber di sini


dan... seafood juga!!









Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free