My China Trip- Shanghai Day 2 | Peoples Square dan Yuyuan Bazaar


My China Trip- Shanghai Day 2 | Peoples Square dan Yuyuan Bazaar | Merata aku berjalan hari ni. Di musim bunga ni semua bunga berkembang cantik memukau pandangan. Seronok berjalan dengan suhu 24C, nyaman je. 

 
Panas dah badan aku berjalan menjauhkan diri daripada scammers tu, lepak sekejap di Peoples Square. Stesen Metro PS ni ada 19 exit so kalau nak menunggu kengkawan make sure exit yang betul. People's Square ni selepas Nanjing Road shopping district. Yang menghala ke sungai tu kawasan The Bund.
 
Wah best lah buskers ni. Walaupun lagu cina tapi sedap di dengar. Kalau Edry KRU dengar ni masuk AJL tahun depan pulaklah kot hahaa… Aku duduk sekejap melepaskan lelah sambil merakam aksi mereka.

 

 
Berdekatan Peoples Square ni ada Madamme Tussaud dan hentian Big Bus Tour. Dah masuk sekali dulu di Madamme Tussaud London cukuplah kot. Setakat Selena Gomez apa kelas? kalau ada M. Nasir ke .. Ramli Sarip ke… nak jugak aku masuk. Patriotik sangat. Gituh.






 
 Ada orang berpiket, tak tahu sebab apa.

 Ada playground di sini
 
Big Bus Tour ada menjual tiket untuk 24 dan 48 jam dengan tiga laluan. Tiket premium 300 yuan dapat naik ke Oriental Pearl Tower atau River Cruise. Bila aku tengok laluan tu semua tempat yang aku nak pergi aku dah kunjungi kecuali temples, so tak perlu. Communication tower lain kali pun boleh pergi, tak minat sangat.
Acara seterusnya aku nak ke sebuah masjid. Aku ni kan bila menulis seboleh-bolehnya akan memberi maklumat yang accurate dengan cara penulisan/ejaan yang betul. Kalau ingat lagi subjek BM dulu:
 
‘di’ akan dijarak jika disambung dengan nama tempat atau masa. Maknanya di Henghe menunjukkan Henghe tu sebuah tempat manakala Dihenghe satu kata nama yang lain. Kenapa aku bangkitkan hal ni? Sebabnya adalah aku tak jumpa masjid tu setelah jauh menaiki Metro, 3 stop lagi nak habis. Info yang aku kumpulkan tu ditaip cara ‘orang sekarang’ yang ramai dah cikgu komplen dengan tak ada koma, noktah, huruf besar, huruf kecil, jarak, hingga menghasilkan maklumat yang kurang tepat.
Tak apalah tak ada rezeki, lain kali cari lagi tapi aku terjumpa sebuah restoran muslim berdekatan The Cube Hotel daerah Pudong. 

Disebabkan tak berjumpa masjid aku kenalah balik hotel untuk solat. Itu tak menjadi masalah besar sebab pertamanya sistem pengangkutan sangat efisien. Kedua, Chi Chen Hotel tu hanya 30m jauhnya dari stesen Xiaonanmen. Lagipun balik petang mana ada orang dalam bilik, semua dengan aktiviti memasing. Ada seorang dormate aku tu sibuk study because she'll be sitting for accounts paper. Stress dia sebab kena jawab 30 soalan english dalam masa sejam. Kesian dia.

Nak kemana eh? Ke Yuyuan Bazaar lagi!

Song Yun Tower. Sumber di sini

Song Yun Tower . Sumber di sini


Dimana Yuyuan Bazaar ni?

No.269 Fangbang Middle Road, Huangpu District, Shanghai

Hanya 10 min berjalan kaki untuk sampai ke sini dari Chi Chen Hotel dan Nanjing Road. Sesiapa yang menginap di Ibis Hotel senanglah, di belakangnya aje. Fangbang Middle Road atau Old Street, City God Temple dan Yuyuan Garden terletak berhampiran antara satu sama lain. Dibuka petang, pengunjung bazaar ni ya Rabbi ramainya. Di Yuyuan Bazaar ada Song Yun Tower resembling zaman dinasti dedulu tu yang sangat cantik di waktu malam. Jalan ini sangat indah suasananya kerana memiliki bangunan berarkiteksur china kuno. Menyesal tak bawa kamera dan handphone. Menyesal menyesal menyesal !
 
Bangunan  di sini bercampur baru dan lama. First time aku datang sini aku tak berjalan sampai ke hujung jadi tak jumpalah Song Yun Tower di atas. Bila datang kali kedua hah kau, punyalah besar bangunan tu dan penuh dengan kedai. Kedai fast food dan ais krim Turki pun ada. Sijil halal Malaysia pulak tu heheh.... ada beberapa sijil ditampal di kedai tu tetiba terpandang logo ghimau, fuhh bangga iols.
 
The price for everything?  dirt cheap!
 
Dapatlah beli shawl 5 yuan kat sini. Berkenan kat cheongsam tapi macam takde saiz I jer iskkk  malas nak tanya takut kecewa. Mesti cantik pakai kat rumah kan? Sopan je duduk kat sofa kekeke.... Beli juga kasut sepasang. I feeling sebaya Yuna you! Haha..

Kat sinilah aku dapat beli butang untuk trench coat yang lagi satu. Kot tu dah lama sangat sampaikan butang ada yang pecah tapi bila pakai elok terletak di badan. Tu yang usaha juga ganti butang. Hari tu gigih mencari sepanjang-panjang jalan Masjid India semata-mata nak cari butang yang hampir sama coraknya. Ada, tapi harga tak boleh blah rm3.50 sebiji. Mencekik sangat. Plastik je pon. Kalau beli 20 dah berapa?? Kat sini dapat 15 yuan je sebiji, itupun tak nego sangat. Bila aku pusing balik makcik tu dengan meja meja sekali dah takde, dah untung banyak kot hehee.. 
 
 
Bagaimana hendak ke Yuyuan Garden/Bazaar?
 
Dengan bas:

Sila naik bas 11, 26, 64, 304, 736, 805, 920, 926, 930 dan turun di Xinbeimen (Renmin Road Lishui Road) Station. Kemudian jalan sepanjang  Anren Street.

Naik City Sightseeing Bus pun boleh, sila turun di Yuyuan Garden.

Dengan Subway:

Sila ambil Subway Line 10 dan turun di Yuyuan Station Exit 1.




Cuba teka berapa yuan harga kasut tu? Sebijik sejibon dengan kasut sekolah All America yang berharga 40 ringgit tu tapi harga kat sini phewwww.... Kalau ada 10 pattern aku beli 10 terus hahahah.... 
 
 
 

 

My China Trip- Shanghai Day 2 | Scammed!!


My China Trip- Shanghai Day 2 | Scammed!! | Berjalan malam di Shanghai sudah maka kita pun nak mengulang Nanjing Road di siang hari pula. Dapatlah gambar thermometer tu siang dan malam.

Istimewanya berjalan seorang ni kita boleh bertukar plan sesuka hati, berjalan ikut kaki. Aku tak risau sangat sebab servis rangkaian Metro di sini sangat meluas. Selagi ada subway tak ada apa yang nak dirisaukan. Hari ni nak berjakan santai santai jek.
Aku berjalan sampai ke Peoples Square. Ada seorang perempuan ni minta tolong ambilkan gambar dengan 2 lagi kawan dia. Aku ok jer siap bagi arahan lagi begitu begini hahaa…. mestilah kita suka kalau orang kata kita pandai ambik gambar ye dok? Kita seronoklah juga sebab dia boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Dah berapa hari dah dok senyap jer... ada mulut pun susah benar nak bercakap.



 Mak pak jangan hilang akal pulak kat dalam ni hehe..


 Seronoknya ada baby... bergambar di Nanjing Road pedestrian walk

 
Dia kata dia orang Shanghai tapi kawan dia si B and C (lelaki) dari Suzhou. Dia ajak aku ke festival teh. Memula aku tak nak sebab kalau dah kata festival mestilah teh tu dijual mahal tapi dia ni very convincing. Dia kata dekat aje so aku pun ikutlah.
 
Yang bawa aku ni kawan dia si A yang dikatakan dari Suzhou. Tak ke pelik? Bila aku tunggu kawan dia yang lagi 2 orang tu dia kata takpe diorang tahu jalan. Eh?
 
Memacamlah kami berborak sambil berjalan tu. Dia kata ayah dia drive BMW mak dia pandu Honda. Bapaknya ada bisnes kononnya. Tanya pulak aku ada kereta apa. Nak aku jawab kang tahu ke dia Proton? Dia kata aku pun kaya jugak sebab pakai gelang emas. Perghh…merata dia memandang. Ko tak tahu mek, omeh murah kek Kualo Pilah. Nampak je dia padahal aku pakai kot berlengan panjang masa tu. Bila dia berjalan di  depan aku pun simpan gelang kahwin aku tu.
 
Kami berjalan agak jauh juga dan dia nampak my uneasiness so dia bagi reassurance tempat tu selamat bla bla bla. Jalan yang dia bawa tu less crowded, Henghe Road. Ada sebuah restoran muslim di situ tapi aku tak sure betul ke halal sebab ada gambar bir di signboard. Diam-diam aku simpan passport dalam poket seluar. Duit memang dah ada sikit. Kiranya apa-apa hal pun aku tak nak jadi PATI di China ni.
 
Logik ke festival takde orang berpusu-pusu? Sampai je di kedai tu ada seorang lelaki berpakaian tradisional membukakan pintu. B masuk dulu dan aku buat keputusan TAK NAK MASUK.

 
Lega.

 
Aku berjalan laju berpatah balik. Berjalan main agak-agak je, jumpa restoran muslim tu semula. Aku berjalan terus mengikut arus. Mesti pelancong China tu semua nak gi shopping kat Nanjing Lu kan? Ikut je diorang.

 
Ingat ye kawan-kawan kedai tu no 245, Beijing Road. Dia mungkin akan menipu tentang festival lain pulak.


Lahabau betul!
 

  

 

IFTAR@KL | Berbuka Puasa Beramai-ramai di Kuala Lumpur



IFTAR@KL | Berbuka Puasa Beramai-ramai di Kuala Lumpur | The Iftar@KL event is organised by the National Department for Culture and Arts, with cooperation from various other agencies such as Ministry of Tourism and Culture Malaysia, Tourism Malaysia, the Kuala Lumpur City Hall, the Visit Malaysia Year Secretariat, Department of Islamic Development Malaysia, Islamic Tourism Center (ITC), Department of Federal Territory Islamic Affairs, the National Heritage Department, and Masjid Jamek Kampong Bharu.



The Iftar@KL event happening every Saturday and Sunday for the public and tourists to experience what it’s like to fast in Kuala Lumpur. Visitors can head on over to Jalan Raja, Kuala Lumpur, opposite the Sultan Abdul Samad Building to break fast with the locals, try some local food such as bubur lambuk (a type of spiced porridge usually made during Ramadhan) while enjoying the spiritual culture of this holy month.

Visitors can expect an array of activities available at the event, such as the preparation and distribution of the ‘bubur lambuk’, tourism exhibitions, nasyid performances and competitions, Ramadan talks, Al-Quran recitals, fast-breaking ceremony followed by communal prayers and other activities.
Entrance is FREE and the public is invited to participate in the event which is happening on the following dates: 4, 5, 11, and 12 July 2015.

For more information, please visit http://www.jkkn.gov.my/


 

Minggu lepas aku berbuka puasa di Masjid India. Seperti biasa, disebabkan ramai sangat orang kami anak-beranak minum sahaja dulu, solat kemudian baru mencari makanan. Meriah di perkarangan masjid ni, seronok! Untuk yang berbuka puasa di dalam, kurma dan minuman disediakn. Yang paling syoknya orang berlari-lari nak masuk dalam jemaah Maghrib.

Sejak siang lagi kami teringin nak makan kebab di depan Laman TAR dan panggung Coliseum tu dan dah rezeki dapatlah juga merasa yang last punya 2 biji kebab untuk empat orang. Bapaknya siap call suruh tapau tapi maaflah, jerung-jerung yang aku bela ni lapar. Dah banyak kebab aku cuba tapi yang ini tetap terbaik sejak 1993 dulu. Hanya sebuah gerai kecil di tepi jalan tetapi mempunyai pelanggan tetap yang begitu ramai. Kena beratur panjang melingkau !
Jenuh makan di Malaysia ni. Selamat berpuasa dan berbuka !










My China Trip- Shanghai Day 1 | Terlepas Metro terakhir!


My China Trip- Shanghai Day 1 | Terlepas Metro terakhir! 



Pengalaman yang agak pahit jugaklah hehee…
Haa itulah dia asyik sangat berjalan tak check bila last subway yang servis ke tempat tinggal aku. Ingatkan sama macam Hangzhou semua 11 lebih baru tamat tapi Line 2 ni pukul 10.30 dah last. Patutlah orang-orang kat sini berkejar-kejar turun tangga dan berebut naik. Yang aku ni dok tercangak cangak lagi nak menghadamkan laluan yang terpapar di dinding tu. Aku fikir kalau tersalah line ni karang susah sebab dah jauh malam. Aku nak elakkan naik teksi haaa amekkawww..! First day dah kena tinggal!
Ada 3 orang remaja yang sama-sama ditinggal subway tu tolong aku claim balik tambang yang dah dibayar. Mereka juga tolong aku tahan teksi tapi hampeh takde yang nak ke hotel. Tak tahu katanya walaupun aku dah bagi alamatnya. Kalau ada pun mintak sampai 100 yuan. Kalau siang boleh je berjalan kaki macam aku datang tu tapi ni dah pukul 11 malam.
Sementara orang masih ada tu aku pun balik berjalan kaki. Sambil jalan sambil tahan teksi tapi takde teksi kosong. Kalau ada pun tak nak berhenti. Hampa. Aku nampak bangunan yang ada crown di atas bumbung (sepanjang The Bund) tu pun semua dah bergelap. Aku yakin di laluan yang betul cuma rasa agak jauh sikit. Dah siang esoknya baru tahu yang aku berada di jalan besar baris yang satu lagi.
Penat dan gelap so I decided to enter Ibis Hotel. Dah terfikir dari awal nak minta tolong dari mana-mana hotel tapi masih berharap ada teksi yang akan berhenti. Aku bagi kad hotel dan mintak tolong dia call teksi. Aku kata, I have tried a few times but they refuse to send me to the hotel. Selesai masalah. Kena 22 yuan walaupun dekat je. Sangat dekat. Esoknya bila mengulang kembali ke Yuyuan Bazaar barulah nampak Ibis Hotel tu... ler... kawasan tu jugak.


Tips Melancong
 
1) Bila susah dapat teksi minta tolong daripada pihak hotel atau seumpamanya dan

2) Selalu berbuat baik dengan orang

3) Lagi satu tips, kalau berjalan di Malaysia ni dan tak jumpa surau atau masjid ko masuk ke bangunan pejabat yang besar terutama gomen punya. If the guards buat dek je ko jalan terus. Kalau dia tahan bagi tau elok elok ko nak tumpang solat. Insyaallah mereka akan izinkan. Ingat, walaupun dia 'jaga' saja kat situ, pangkatnya jauh lebih rendah daripada ko tapi dia berkuasa ya. Majikan dia suruh jadi abang/kak long kawasan.


Dalam hidup ni try to always be nice to others, hantar positive vibe. Jangan asyik membodohkan orang, memaki, bangga diri... orang tak suka tapi orang perhatikan saja. Ilmu yang kita ada ni Nabi kata ibarat setitik air di lautan, sikit bona. Kalau selalu ikhlas bermanis muka insyaAllah hidup akan menjadi lebih mudah. Biar jadi bekas orang jahat, jangan tak mahu jadi orang baik. Sekian.

Irresponsible Dive Resort in Semporna !

Irresponsible Dive Resort in Semporna ! | SHAME ON SINGAMATA ADVENTURES AND REEF RESORTS. Some dive companies are simply irresponsible. Singamata Adventures and Reef Resorts in Semporna, Malaysia is a Dive Resort Company that responsible divers should stay away from.

 
Mari tengok gambar-gambar kezaliman ni.
 
Captain Paul Watson's photo.
 
Captain Paul Watson's photo.
 
Captain Paul Watson's photo.
 
Captain Paul Watson's photo.
 
 
There is no excuse for removing Sea Turtles, clown fish, puffer fish and other species from the sea for the amusement of ecologically ignorant guests.
 
It is Dive Companies like this that give the Diving Business a bad name. This company boasts that they are an authorized PADI 5 Star Instructor Development Dive Resort. From their Brochure:
 
“Being an authorized PADI 5 Star Instructor Development Dive Resort, we are ideally equipped to offer a wide range of courses catering to different needs and budgets. Our experienced PADI instructors can help you achieve your goals; whether that is your first, tentative step as an open water diver, or if you fancy taking the plunge and going pro with our PADI Divemaster experience. We also have a dedicated instructor who can teach courses solely for our Chinese customers.”
 
This abuse was discovered because of photos taken by guests that show the name of the company on their boat.
 
I am sending off this message to Singamata:
 
To Singamata Adventures and Reef Resorts.
The attached pictures have been brought to our attention. There is no excuse for illegally handling marine wildlife for the amusement of your guests. This is irresponsible and extremely unprofessional for a PADI authorized Dive Resort.
 
We will bring this issue to the attention of Project Aware and PADI.
 
And we would request that you issue a policy statement to your instructors and boat operators to refrain from allowing customers to harass and abuse marine wildlife. Such unethical activities are an insult PADI and to the international diving community.
 
The Sea Shepherd Conservation Society will issue an advisory to the diving community to be aware that Singamata Adventures and Reef Resorts is an irresponsible company and does not adhere to marine conservation ethics.

Sincerely
Captain Paul Watson
 
Please feel free to send a note of protest to Singamata at info@singamata.com
Singamata Adventures And Reef Resort Sdn Bhd.
Company: 629733 W / KPL: 4635 / MATTA: 2490 / Resort: 2036 / PADI Dive Resort: S21482
Office Location: Sea Fest Complex, Jalan Kastem, Semporna, Sabah, Malaysia.
Mailing address: P O Box 109, 91308, Semporna, Sabah, Malaysia.
Email address : info@singamata.com
Phone / Fax no. : +60 89 784 828
 
 
hmmm....apa nak jadilah? Orang yang kita harapkan untuk menjaga dan mendidik tentang keindahan alam semulajadi turut sama bersekongkol merosakkannya. Pelancong yang tak sensitif perlu dididik bukannya diikut kehendak mereka untuk menangkap atau melihat dari dekat sehingga membahayakan nyawa hidupan laut tersebut. Gambar ni sedang viral di media sosial sebuah negara. Yang malunya siapa? Malaysia. Tourism Malaysia. 

Kes ni samalah dengan video ikan pari beranak yang siap dengan "subhanallah" "masyaAllah" "keajaiban Tuhan" segala. Ikan dok dalam air le weiii.... sampai mintak nyawa ikan tu.
 
 
 
 

My China Trip- Shanghai Day 1 | The Bund & Shopping at Nanjing Lu


My China Trip- Shanghai Day 1 | The Bund & Shopping at Nanjing Lu | Hari ketiga aku bergerak pula ke Shanghai dan check-in Shanghai Chi Chen Hotel. Registration proses cepat, staff boleh berbahasa Inggeris dengan baik, modern design dan 30m dari Metro Xioanmen Line 9. Kunci locker pun pakai sensor kat gelang. Macam spy sangat hehe.. senang dibawa mandi.

Nama  je duduk hotel tapi aku pilih female dorm 8 orang sebilik. Yang agak tak selesanya toilet cangkung berdekatan sinki. Bila ada orang kat situ terpaksalah bersabar menahan. Segan gituh. Di sini toilet paper disediakan tapi biasalah paip tak ado…pepandai ko lah camana nak cebok huhu.. Lampu yang kat sinki tu pun cantik. Serba serbi baru di sini. Bilik private pun ada, cantik dan selesa. Mini market di sebelah kiri, shipping company sebalah kanan.
Jika di Thailand aku naik train yang paling perlahan, perjalanan Hangzhou-Shanghai aku naik China Maglev iaitu keretapi yang berkelajuan sehingga 350km sejam. Terasa macam naik Ferrari berdesup! G train ni tiketnya 77.50 yuan.

 Semua tulisan Cina. So how?

Dari Hangzhou Railway Station ke Shang Hang Qiao
 
Kaunter jualan tiket di Hangzhou Railway Station di bahagian atas. Jika kita mengadap HRS tu kindly walk to the right. Aku beli tiket di kaunter sebelah kanan no 21/31. China national boleh beli di mesin je, senang. Alu try dengan passport tapi tak boleh. Tak betul caranya kot. Janganlah ada gap dengan orang depan, ada je yang try menyelit. Rapat sangat kang takut dikata sex harasment pulak haishhh.. Lagi satu, sejak di Hangzhou lagi haktuiii haktuiii ni biasa je tak kiralah indoor ke outdoor, euwww...

Di subway dan stesen keretapi di China beg kita akan diimbas setiap kali masuk, lebih mudah tak perlu buka beg kecuali bila sensor tu berbunyi tettttt.... Lepas scan beg teruslah ke departing area mengikut jenis train yang kita nak naik. Macam aku naik G train. Grrr... kenapa entah nak potong queue walhal dah ada seat memasing. Train jenis ni ada pramugara/i yang akan menyambut di pintu so jangan risau, tak tahu boleh bertanya. Buat ayat simple sudah. Tak susahlah sebab kita memang dah menunggu di boarding room yang dikhaskan so terus turun di tangga dalam tu je. Train ni bila sampai ke destinasi dah siap cleaner 4 orang sekumpulan. Tak tahulah dalam berapa minit mereka ni mesti siap cuci kemas adjust seat segala.

Pemandangan sepanjang perjalanan sungguh indah dengan ladang bunga dan kabus memutih (eh ye ke? Atau jerebu?). Rumah-rumah di kawasan ladang besar-besar belaka terutama di kawasan Jie Qian. Kalau kita tengok dari dalam kapal terbang kawasan ladang mereka ni nampak agak tersusun, rumah berkelompok kemudian ladang tanaman yang luas.

Dari hotel ke Nanjing Road (road = ‘Lu’ dalam Bahasa Mandarin) hanya 20 minit berjalan kaki. Kat Shanghai ni lagi sejuk jadi relaks je lah jalan-jalan tak berpeluh. Sepanjang jalan tu ada banyak kedai repair motor, menjual barangan elektrik macam soket, lampu dan barangan untuk wiring tu. Sebahagiannya kedai borong tapi taklah besar pun kedainya…sangat kecik. Tak sangka terjumpa ejen menjual tiket keretapi di sini so terus je beli untuk hari last nanti. Ingatkan nak cari di Nanjing Road aje sebab di Shanghai Hong Qiao tadi punyalah ramai manusia. Beli melalui ejen kena tambah 5 yuan dan sila tunjukkan passport anda.

Bila berjalan ke depan lagi ternampak ramai orang. Aku pun bertanyalah kepada tourist guide apa nama tempat tu. Dia bagitau tapi dalam Mandarin. Tanya orang lain pun sama jugak. Payah betul. Yuyuan Garden rupanya... itupun aku tahu selepas dapat map Big Bus Tour keesokannya.

Hari semakin senja aku pun meneruskan hasrat ke tempat shopping ittew. Tetiba nampak berderet orang melintas jalan so aku pun ikutlah. Pepandai je kan, staf hotel tu suruh jalan straight aje. Kekadang tidak mengikut plan asal adalah bagus. Tengok river cruise lah dik non kat situ… belayar kat Huangpu River dengan lampu yang menyala cantik. Boleh nampak Oriental Pearl Tower dan The Bund. WOWWWW sangat cantik dan penuh dengan manusia. Puaslah bergambar di sini.

Di sinilah The Bund.
 
 The Hong Kong & Shanghai Bank and The Shanghai Custom House Building.

The Bund ialah  waterfront area di tengah Shanghai. Kawasan inilah yang paling terkenal di kalangan pelancong kerana di malam hari lampu-lampu dinyalakan di kesemua bangunan di sini menghasilkan suatu pemandangan yang sangat cantik. Dedulu kawasan ini selalu banjir bila ribut taufan melanda jadi tembok setinggi 10 meter dibina untuk mengelakkan banjir semasa taufan. Hasilnya kini ia menjadi tumpuan pelancong. Awak jangan lepaskan peluang ke sini bila melancong ke Shanghai. Senang je nak ke sini, dari Nanjing Road tu jalan terus menghala ke sungai/ The Bund. Kalau tanya aku semua aku jawab "senang jer..." hahaha... memang senang pun. Positif ok.









 Oriental Pearl Tower di kiri sekali.
 





Shoot outdoor wedding pun metetop !


 
The Bund ditempati oleh banyak bangunan yang bersejarah menghadap Huangpu River. 52 buah bangunan-bangunan ini secara amnya memiliki  Eclecticist architecture, tetapi sebahagiannya menggaambarkan stail Romanesque Revival, Gothic Revival, Renaissance Revival, Baroque Revival, Neo-Classical atau Beaux-Arts, ada juga  stail  Art Deco (Shanghai merupakan antara kota yang mempunyai koleksi Art Deco terbanyak di dunia.

Dulunya kawasan ini menempatkan bank-bank utama tetapi semasa parti komunis menang dalam perang sivil, bank, hotel dan jabatan penting kerajaan semua ditinggalkan. Bangunan ini berubah fungsinya. Bila China mengamalkan dasar ekonomi terbuka, bangunan-bangunan indah ini dikembalikan ke fungsi asalnya. Seronok melihat bangunan dan gelagat orang di sini.
 
Aku selalu frust bila minta tolong orang shoot guna dslr jadi aku pakai timer. Ulang selagi tak dapat gambar yang aku nak dan orang lain pun dok amik gambar aku pulok hahaa.. Pelik kot tengok orang bertudung. Makcik-makcik yang dalam Metro selalunya akan pandang aku dari atas sampai ke bawah. Kekadang mereka tegur tapi…. Wo pu che tau! Hahhaa.. Selama di Shanghai ni cuma tiga orang Melayu Malaysia yang aku jumpa. Rare species gituh. Uols bawalah tripod kalau nak gambar cantik. Sangat cantik dan meriah tepi sungai Hunagpu tu.
 

Bersama peminat lagi kekekek...

Nanjing Road yang ramai orang tu di timur (east Nanjing Road). Aku berjalanlah dari tepi sungai sampai ke thermometer besar kat bangunan Giodarno tu. 13C kau! Patutlah sejuk. Inner tudung ninja yang selama ni aku tak suka pakai sangat membantu menghangatkan telinga aku.

 
Macam-macamlah dijual di sini dengan beratus kedai tak termasuk yang menjaja monopod, drone dan roller blade di tengah pedestrian walk tu. Bila hujan renyai tetiba pulak ada produk baru, payung. Beribu orang, jual je lah apa benda pun mesti ada pembeli.
 
Aku tak beli apa-apa sebab tadi kan dah shopping sikit di Yuyuan Garden so berjalan je lah ambil gambar dan lepak kejap tengok budak main roller blade. Malu-malu pulak aku nak ‘tembak’. Sudahnya aku simpan je kamera, guna handphone.


 
Aku rasalah, orang yang melancong ke Shanghai ni berduit belaka. Dari pakaian sebahagian besar daripada mereka hinggalah apa yang mereka beli. Top to toe bergaya. ‘Apple’ pun macam murah sangat berbondong-bondong orang membeli. Best nyer kalau dapat beli macam-macam sampai beg beranak-pinak.


Pssttt.... aku ada tambah gambar di dalam blogpost di bawah :

My China Trip - Hangzhou Day 2 | Strolling Around West Lake

My China Trip - Hangzhou Day 2 | Historical & Cultural Street of Qinghefang
 
 

Video Mencandat Sotong by A French Traveller

Video Mencandat Sotong by A French Traveller | Ni iols nak bakar line lagi, nak ajak awak melancong ke Terengganu sempena Cuti Cuti 1Malaysia - Dekat Je... seronok tau mencandat sotong!


La Malaisie en 4 minutesDécouvrir la région de Terengganu en Malaisie en 4 minutes, ca vous tente? Alors c'est parti! Au programme? Plages de rêve, Mosquée en Cristal, Parc Nautique, etc... Bon voyage :)Donnez moi vos avis! Decouvrez les photos de mon voyage ici: http://instagram.com/afrenchtravelerID Snapchat : afrenchtravelerMusique : James Hersey - Coming Over (Filous Remix)
Posted by Votre">https://www.facebook.com/votretourdumonde">Votre Tour du Monde
on Sunday, July 5, 2015

My China Trip - Hangzhou Day 2 | Historical & Cultural Street of Qinghefang

My China Trip - Hangzhou Day 2 | Historical & Cultural Street of Qinghefang | Aku sejak pagi di West Lake mencari Hangzhou map. Memang ada tapi kesemuanya tulisan cina. Habis camno?

Aku berjalan je lah menghala ke Phoenix Mosque, nak cover arah yang berlainan pulak. Senang je mencari tempat ni... dari Ding'anlu subway station tu sila berjalan arah ke Masjid Phoenix dan jalan terus ke kanan tu. Kalau nak ke West Lake kena ambil arah yang bertentangan dengan Masjid Phoenix, naik jejantas. Ada Tourist Information Center berdekatan dengan masjid tu tapi staf tu tak boleh berbahasa Inggeris. Hukaloh... nasib baik terjumpa english map itupun satu je tinggal. Dah nak beredar dari Hangzhou baru jumpa.

Aku berjalan di jalan yang bersejarah itu hingga ke hujung mencari satu tempat (tak ingat dah namanya, Wushan Square kot). Jumpa, dan dalam perjalanan tu rupa-rupanya melalui Hefang Street ni. Meriah tempat tu dengan pelancong dalam dan luar China.

Hefang Street yang sepanjang 1.8km telah wujud sejak Dinasti Song lagi (960-1279M). Letaknya kira-kira 15 minit berjalan kaki dari West Street. Ia merupakan shopping street 'empat penjuru' dengan bangunan tradisional  bercirikan dinasti Ming dan Qing yang menjual pelbagai jenis cenderahati. Disinilah contoh terbaik bangunan antik Hangzhou yang menempatkan restoran dan farmasi yang terkenal berkurun lamanya iaitu Baohetang dan Huqingyutang.

Ada berbagai kedai menjual pelbagai jenis barangan seperti snek, dvd muzik tradisional, kedai bantal, karikatur, teh, skaf yang membuatkan jalan ini sangat happening. Aku bergasak beli skaf je lah, murah! 5 yuan ..10 yuan... tak teringat lansung nak beli kain pasang sutera China. Biasalah kita kena try lilit lilit kat kepala lepas tu.. cong ceng cong ceng sambil tunjuk kat aku hahhaa.... mereka beli sebab nak lilit kat leher. Musim bunga kan, agak sejuk sedikit.

Macam retis pulak bila orang nak bergambar hahha... your eye big, you cute haha.. kembang mokcik hehe..

Untuk menahan kesejukan





Hari tu teragak-agak nak beli tak..beli ke tak..?


 Bangunan antik di sini sungguh cantik. Macam mana bangunan mereka boleh bertahan hingga beratus tahun eh? Padahal musim sentiasa berubah


 Pelbagai jenis teh dijual. Yang dikatakan terbaik ialah Lonjing tea.

Aku juga membeli kismis bertangkai yang masih baru dan wangi. Test yang lain beli yang lain gituh. Adoiii susahnyalah nak menyampaikan maksud sampai perlukan bantuan. Aku nak 100g je dia ingat aku nak sekilo. Ciritlah makan kismis bebanyak... dah lah takde water hose. Toilet kat Thailand jugak best.

Esok dah nak ke Shanghai dan aku pun sibuk mencari tempat menjual tiket bas di kawasan ini. Orang kata ada tapi tak berjumpa. Di sini pun ada sebuah tourism office, kedai di hujung, dan mereka boleh berbahasa Inggeris sikit sikit. 

Aku suka Hangzhou. I like China.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free